Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait
dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan
diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa
pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau
hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang
sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang
tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan
toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi.
Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin
sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan. iv)
Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana
tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan
paru-paru dan kerongkong).
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian
kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang
berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian
kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang
berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang
toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang
banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air
untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih
serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang
kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan
fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak
bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung
dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung
mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran
koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser).
Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut
untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi
toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang
lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang
setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui
perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang
berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan
toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan
kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin
yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang
yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat
dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi
berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah
menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan
tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau
sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di
sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan
tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat
kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah
pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal
penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di
bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan
saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit
tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA i) Bahagian atas
. Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. ii) Bahagian bawah (tengkuk).
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan
penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang
berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau
pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan
bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian
kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian
perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit
jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan
toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi
kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang
dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang
mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses
pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah
pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan
kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas
memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH ‘
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di
bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan
toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah
disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang
berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid
yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang
berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses
pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses
awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang.
Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan
darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah. ii) Sistem saraf otak yang lemah. iii) Masalah
pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :
Sistem penghadaman yang lemah.
Sumber:
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia
Perlis.
No comments:
Post a Comment