Jual Balik:

Kit Biasiswa:

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Rahsia Anak Pintar:

Rahsia Anak Soleh:

Jimat elektrik:

mmm

Belajar Bahasa Inggeris:

Nak Berhenti Merokok?

Pertolongan Cemas:

Perfect Slim Diet:

Thursday, August 20, 2009

Mengubati Cagu

Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut.Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih. Selamat mencuba.

Angin Ahmar

Angin ahmar atau strok ialah penyakit yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang cukup dan dengan itu, sel-sel otak akan rosak dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasainya tidak lagi berfungsi. Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Angin ahmar ialah penyakit ketiga teratas yang mengakibatkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan orang dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar berlaku pada setiap 45 saat, dengan satu kematian pada setiap 3 minit, akibat angin ahmar.Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar kerana penyakit ini adalah padanan bagi "serangan jantung" yang merupakan penyakit yang diakibatkan oleh salur Darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.Jenis angin ahmarAngin ahmar boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama:• iskemia; dan • pendarahan. Iskemia biasanya diakibatkan oleh bekuan darah yang melekat pada salur darah (trombosis), atau oleh bekuan darah yang bebas (embolisme). Pendarahan boleh mengambil bentuk pendarahan di dalam otak atau di bawah membran tengah antara tiga membran di dalam otak. Hampir 80% daripada semua angin ahmar diakibatkan oleh iskemia.Tanda dan gejalaGejala-gejala strok bergantung kepada jenis strok dan bahagian otak yang terjejas. Strok iskemia biasanya hanya menjejaskan bahagian setempat otak yang dirempuh oleh arteri yang sumbat. Walaupun strok pendarahan juga boleh menjejaskan bahagian setempat, ia seringnya mengakibatkan gejala-gejala sejagat yang disebabkan oleh pendarahan dan pertambahan tekanan intrakranium.Jika gejala-gejala surut dalam tempoh sejam atau paling lama dalam 24 jam, diagnosisnya ialah serangan iskemia sementara (TIA) yang pada dasarnya merupakan angin ahmar kecil. Sindrom ini mungkin merupakan satu tanda amaran, dan sebahagian besar daripada pesakit mengalami angin ahmar pada masa depan. RawatanAdalah penting bahawa angin ahmar dikenal pasti dengan seberapa cepat yang mungkin kerana pesakit-pesakit yang dirawat dengan lebih awal mungkin akan hidup dan pulih dengan lebih baik.Jika seseorang pesakit disyaki menghidap angin ahmar, perkhidmatan-perkhidmatan kecemasan harus dihubungi dengan segera. Pesakit itu harus dihantar ke hospital terdekat yang boleh memberikan penilaian dan rawatan yang cepat dengan terapi-terapi terkini yang disasarkan pada jenis angin ahmar yang dihidapi. Hanya pemeriksaan fizikal dan pengimejan perubatan dapat memberikan maklumat tentang kewujudan, jenis, dan takat angin ahmar. Keputusan-keputusan yang cepat tentang ubat dan keperluan untuk pembedahan telah ditunjukkan dapat memperbaik pemulihannya. Kajian-kajian juga menunjukkan bahawa pesakit-pesakit yang dirawat di hospital-hospital yang mempunyai Pasukan atau Unit Angin Ahmar dengan rancangan penjagaan yang khusus dapat memperbaik kemungkinan untuk pemulihan.Kemungkinan menghidap strok iskemia boleh dikurangkan dengan penggunaan aspirin atau sebatian berkait seperti klopidogrel. Ubat-ubat ini dapat menghalang pengumpulan platelet yang membentuk bekuan darah yang menyumbat tetapi atas sebab yang sama, rawatan sedemikian juga boleh meningkatkan setakat kemungkinan dan kesan strok pendarahan kerana ia menghalang pembekuan darah.

Tekanan Darah Tinggi

Apakah dia Tekanan Darah?

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Bagaimana Tekanan Darah Diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Tekanan Darah berubah-ubah

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Apakah dia tekanan darah tinggi?

Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar Tekanan darah optima iaitu 130 / 80 mmHg.
Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.

Akibat tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi secara berkekalan boleh mendatangkan komplikasi seperti berikut
* serangan jantung
* angin ahmar
* kegagalan jantung
* kerosakan buah pinggang

Memastikan tekanan darah optima
* memeriksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda
* tidak merokok - narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda
* kurangkan pengambilan garam - garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi
* kurangkan lemak - lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang
* kekalkan berat badan unggul
* bersenam secara berkala
* elakkan pengambilan alkohol

Sakit Kepala

Semua orang pasti mengalami sakit kepala, sama ada lelaki ataupun wanita, kecil mahupun dewasa. Bagaimanapun kita selalu memandang ringan sakit kepala dan tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan seseorang kepada kematian.

Migrain, sakit kepala paling kerap dialami seseorang. Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya.

PUNCA-PUNCA SAKIT KEPALA

Ketegangan

Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.

Pengambilan ubat-ubatan

Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.

Kecederaan kepala

Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.

Inflamasi salur darah di kepala dan otak

Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.

Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium

Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.

PANDUAN UNTUK MEREDAKAN SERANGAN SAKIT KEPALA

* Berehat seketika dengan berbaring.

* Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam

* Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.

* Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.

* Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.

* Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.

* Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.

Rahsia Anak Pintar:

Rahsia Anak Soleh:

Belajar Bahasa Inggeris:

Kit Biasiswa:

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Jimat Elektrik:

Perfect Slim Diet:

Kerja Kerajaan:

Pertolongan Cemas:

Nak Berhenti Merokok?:

Jual Balik:

Artikel Yang Sering Dibaca Pelawat KEKAL SIHAT: