Jual Balik:

Kit Biasiswa:

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Rahsia Anak Pintar:

Rahsia Anak Soleh:

Jimat elektrik:

mmm

Belajar Bahasa Inggeris:

Nak Berhenti Merokok?

Pertolongan Cemas:

Perfect Slim Diet:

Friday, December 11, 2009

Membina Harga Diri Kanak-kanak

Apakah yang dimaksudkan dengan harga diri?

Harga diri adalah satu cara di mana kanak-kanak menilai diri mereka sendiri. Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi?

Kanak-kanak ini :
• Mudah berkawan.
• Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru.
• Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan.
• Boleh mengawal perlakuan.
• Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain.
• Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif.
• Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi.

Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah?

Mereka :
• Tidak ceria.
• Kurang keyakinan diri.
• Perasaan tidak berguna.
• Sentiasa berasa letih dan penat.
• Sering memikirkan perkara-perkara yang tidak baik.
• Rasa rendah diri.
• Sering gagal di sekolah.

Apakah faktor-faktor positif perasaan harga diri?. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perasaan harga diri :
• Kasih sayang.
• Keselamatan.
• Panduan.
• Penghargaan.
• Galakan.

Bagaimanakah anda dapat membantu anak anda untuk membina perasaan harga diri yang tinggi?

Anda harus :
• Berikan pujian pada setiap kejayaan walaupun kejayaan yang kecil.
• Berikan kasih sayang yang ikhlas.
• Tunjukkan minat pada setiap masalah,aktiviti atau projek yang dilakukan oleh anak anda.
• Menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
• Cuba elakkan segala perlakuan negatif dan bunga-bunga kemarahan.
• Beri penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan atau apa-apa pertuturan yang sopan.
• Balaslah dengan sifat kasih sayang atas segala perlakuan yang baik.
• Sekiranya anak anda melakukan sesuatu yang tidak anda senangi, asingkan yang negatif darinya pisahkan perangai yang tidak menyenangkan dari dirinya. Umpamanya 'ibu tidak suka anda membaling-baling permainan, tetapi ibu tetap menyayangimu.'

Faktor-faktor yang boleh menjejaskan perasaan harga diri di kalangan kanak-kanak
• Menaruh harapan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah ke atas anak-anak.
• Memarahi atau mengherdik anak-anak terutamanya di hadapan orang lain.
• Memanggil anak-anak dengan perkataan lembab, bodoh, malas dan sebagainya.
• Terlalu membela atau tidak mengendahkan anak-anak.

Pesakit Buah Pinggang Berisiko Mati Pucuk

Buah pinggang antara organ terpenting dalam tubuh manusia. Seandainya organ penting itu mengalami kerosakan, ia tiada galang gantinya kecuali melakukan pemindahan buah pinggang dari penderma atau penderita perlu menjalani hemodialisis sepanjang hayat.

Tahukah anda, buah pinggang milik lelaki mempunyai peranan penting dan berkait rapat dengan kemampuan seksual pemiliknya berbanding wanita.

Walaupun perkembangan perubatan moden mampu menyediakan pelbagai jenis ubat untuk membantu masalah ketidakmampuan dalam perhubungan seksual kaum lelaki namun keperkasaan seorang lelaki berkait rapat dengan sistem saraf, testis dan sistem pembuluh darah di mana organ-organ ni berhubung terus dengan keaktifan buah pinggang mereka.

Kebarangkalian pesakit buah pinggang kronik menderita impotensi kelamin adalah besar. Secara tidak langsung, penderita sakit ini selain mengalami kurang darah dan kadar pHnya turun, pembuluh darah juga akan menyempit akibat dari hipertensi yang sekian lama bersarang di tubuh penderita. Ia juga tidak mengecualikan pembuluh darah di zakar.

Seperti kita sedia makium, penderita sakit buah pinggang menanggung banyak masalah. Dari segi fizikal, selain mengalami perubahan perubahan fizik seperti di atas, penderita juga mudah terkena jangkitan pada saluran kemih (traktus urinarius). Dan ini juga mengakibatkan mental mereka terganggu. Gangguan mental mungkin berlaku dan ia ada kalanya berpunca daripada terlalu memikirkan perbelanjaan besar yang perlu dicari untuk mengubati penyakit ini. Faktor mental ini kemudiannya akan menjadikan penderita sakit buah pinggang mengalami kehilangan ghairah seksnya.

Selalunya penderita sakit buah pinggang tidak memikirkan soal seksual lagi. Secara automatik, fikiran mereka terputus terhadap hubungan kelamin kerana terlalu memikirkan bagaimana buah pinggangnya boleh berfungsi semula. Sakit buah pinggang boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau jantina seseorang. Sesiapapun boleh disinggahinya. Bagi yang masih muda, masalah seks tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Untuk mengatasinya, pesakit haruslah mendapatkan rawatan psikoterapi kerana masalah seks ini timbul akibat gangguan psikologi penanggungnya.

Banyak faktor yang menjadi penyebab sakit buah pinggang. Munculnya batu karang juga boleh mengakibatkan sakit buah pinggang menjadi lebih kronik. Begitu juga bagi mereka yang yang sering menghidapi tonsil. Penyakit ini mesti diubati sehingga pulih. Jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan radang buah pinggang (glumerulo nephritis) di mana akhirnya boleh mendatangkan sakit buah pinggang yang serius. Jika didapati mata anak anda bengkak-bengkak, bergegaslah ke doktor sehingga dapat diketahui dengan pasti apakah penyebabnya dan apakah ia terjadi kerana masalah atau kelainan pada buah pinggang.

Penderita sakit buah pinggang perlu mendapat pemeriksaan secara teratur supaya penyakit itu tidak terus berlarutan sehingga menjadi lebih serius. Sekiranya ia menjadi tempat singgah yang kekal bagi batu karang, buah pinggang langsung tidak boleh berfungsi dan ia terpaksa dibedah untuk diganti. Ini semakin membebankan anda kerana pengubatannya amat tinggi. Dan lebih penting membimbangkan mempengaruhi daya seksual anda.

Jadi jagalah buah pinggang anda.

Refleksologi ( Urutan Tapak Kaki )

Refleksologi diperakui berkesan pulihkan sistem badan selain meredakan kelenguhan

SEJAK kebelakangan ini, pusat refleksologi dengan khidmat urutan kaki dan pelbagai terapi urutan bercambah menjadi industri diminati ramai terutama kalangan individu yang bekerja dalam suasana stres. Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak. Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Justeru, refleksologi adalah jawapannya kerana selain murah, ia juga diakui berkesan.

Pasti ada yang bingung memikirkan apa kaitannya urutan kaki dengan kesihatan sistem badan manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan. Apabila teknik urutan kaki dibuat secara berkala misalnya seminggu sekali, kaki yang lenguh juga akan berasa lebih ringan. Malah, sesiapa yang mengalami masalah tidur juga disarankan melakukan refleksologi kerana selepas sesi urutan, pesakit akan berasa lebih sihat. Mereka juga disarankan supaya meminum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin yang berkumpul keluar melalui peluh dan air kencing..

Bagi mengetahui jika ada masalah pada bahagian organ tubuh seseorang, mereka biasanya akan berasa sakit ketika tekanan lembut dibuat pada bahagian tertentu di tapak kaki.

Rasa sakit menandakan bahagian berkenaan bermasalah. Bagaimanapun, selepas beberapa sesi urutan dibuat, pesakit biasanya akan meneruskan urutan kerana yakin dengan keberkesanan rawatan. Ada yang mengakui selepas mengamalkan refleksologi, badan lebih sihat malah sistem imunisasi juga lebih baik.

FAKTA: Kelebihan refleksologi
• Melancarkan pengaliran darah
• Meningkatkan daya tahan individu
• Mengurangkan risiko tulang reput
• Menyeimbangkan kedudukan badan
• Melancarkan pergerakan
• Menguatkan otot kaki
• Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
• Menguatkan tulang dan pinggul
• Mengurangkan risiko sakit sendi
• Mengurangkan rasa letih
• Mengelak risiko sembelit
• Mengurangkan masalah usus
• Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan.
• Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah.

• Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan?

Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.

• Bagaimana toksin terjadi?

- Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
- Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
- Merokok
- Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
- Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.

Reflexologi kaki memang terasa sedikit kesakitan

Kalau tidak sakit, itu bukan reflexologi, mungkin itu kaedah urut badan. Namun kalau reflexologi, memang terasa sedikit kesakitan, tetapi menyeronokkan.

Petua Menghadapi Diabetes

KEBANYAKAN mereka yang didiagnosis mengalami diabetes atau pra diabetes, sentiasa dimaklumkan mengenai komplikasi jangka panjang akibat diabetes yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok, buta, sakit buah pinggang dan pemotongan anggota badan.

Malangnya, hanya sebilangan sahaja yang diberitahu kesemua komplikasi tersebut umumnya boleh dicegah melalui perubahan gaya hidup yang disyorkan seperti diet, makanan tambahan, kerap bersenam dan mengambil perhatian kepada ujian perubatan seperti HbA1c, pemeriksaan mata yang kerap dan sebagainya. Kebanyakan penghidap diabetes boleh mencegah atau melambatkan kebangkitan komplikasi itu. Menurut Laporan oleh USA Today keluaran April 2009, walaupun ujian HbA1c mudah diperolehi, terdapat kurang daripada 42 peratus penghidap diabetes telah melakukannya atau memahami makna kesimpulan yang dicapai.

Di bawah ini merupakan beberapa cara yang mudah namun penting untuk mencegah terjadinya komplikasi yang berkaitan dengan takat gula darah tinggi:
Perubahan gaya hidup yang merangkumi:

1. Diet
Walaupun anda mengalami pra-diabetes atau diabetes, ini tidak bermakna anda tidak boleh menikmati pelbagai makanan. Matlamatnya ialah mempelajari pengambilan makanan seimbang dalam jumlah yang betul. Di sini terdapat beberapa petua mengenai pemilihan makanan berkhasiat bagi anda sekeluarga:
"Makan banyak sayuran dan buahan. Cuba pilih dari warna yang berlainan agar kepelbagaian dimaksimumkan.
"Makan sayuran yang tidak berkanji seperti bayam, lobak merah, brokoli atau kekacang hijau.
"Pilih makanan bijirin penuh dan bukan makanan bijirin yang diproses. Makan nasi beras perang, bukan nasi putih serta pilih roti perang dan bukan roti putih.
"Keluarkan kulit daripada sebarang jenis daging seperti ayam, daging lembu dan sebagainya..
"Minum air dan minuman "diet" tanpa kalori dan bukan minuman soda biasa, teh yang manis dan lain-lain minuman yang dimaniskan dengan gula.
"Kurangkan makanan ringan berkalori tinggi dan pembasuh mulut seperti keropok, biskut, kek, dan ais krim lemak penuh.

2. Kerap bersenam
Senaman adalah sebahagian daripada gaya hidup sihat bagi semua orang terutamanya penting bagi mereka yang mengalami pra diabetes dan diabetes. Tetapi, senaman bukan bermaksud berlari marathon atau menekan tubi 300 kali. Matlamatnya adalah untuk menjadi aktif dan kekal aktif dengan melakukan perkara yang anda gemari seperti berkebun atau bersiar-siar.

3. Pemeriksaan perubatan tetap terutamanya:

a) Ujian Darah HbA1c
HbA1c (hemoglobin A1c, haemoglobin A1c terglikosilat, glikohemoglobin A1c atau ujian A1c) merupakan ujian makmal yang mengemukakan purata glukosa darah untuk jangkamasa merangkumi dua hingga tiga bulan.

Secara khusus, ia mengukur bilangan molekul glukosa yang terikat kepada hemoglobin, suatu bahan dalam sel darah merah. Orang yang tidak mengalami diabetes biasanya mempunyai takat HbA1c kurang daripada 6 peratus. Ini bermakna kurang daripada 6 peratus molekul hemoglobin terikat secara kekal kepada glukosa.

Berdasarkan kepada hasil kajian seperti Percubaan Pengawalan dan Komplikasi Diabetes (DCCT), yang menunjukkan kawalan ketat glukosa darah boleh mengurangkan risiko mata, buah pinggang dan penyakit saraf akibat diabetes, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan supaya penghidap diabetes cuba mengawal takat HbA1c di bawah 7 peratus.

b) Pemeriksaan mata
Jika anda menghidap diabetes, dapatkan pemeriksaan mata menyeluruh sekurang- kurangnya sekali setahun dan jika anda mempunyai diabetes retinopati, anda mungkin memerlukan pemeriksaan mata lebih kerap. Orang yang mempunyai retinopati proliferatif boleh mengurangkan risiko mereka menjadi buta sebanyak 95 peratus dengan mendapatkan rawatan tepat pada masa dan rawatan susulan yang betul.

4. Suplemen nutrien
Suplemen multivitamin dan mineral berpotensi tinggi dirumus untuk menyokong keperluan nutrien khas bagi golongan yang mempunyai paras gula darah yang tinggi, termasuk diabetes. Pembekalan nutrien utama tambahan kepada mereka yang mengalami pra diabetes dan diabetes telah menunjukkan pengawalan gula yang lebih baik dan juga mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi utama diabetes.

Contoh khusus nutrien utama yang diperlukan oleh pesakit diabetes dalam jumlah yang lebih tinggi daripada kandungan dalam formula multivitamin dan mineral harian yang biasa adalah Asid Alfa Lipoik, Vanadium Sulfate dan Kromium. Pesakit diabetes memerlukan lebih banyak Asid Alfa Lipoik, sejenis antioksidan "sejagat" yang boleh berfungsi dalam sel berair dan berlemak. Sekumpulan badan penyelidikan telah menemui sejenis vitamin B12 yang bersifat aktif secara neurologi dikenali sebagai mecobalamin (atau methylcobalamin) yang boleh membantu dalam menumbuhkan kembali saraf yang rosak, iaitu komplikasi paling umum yang berkaitan dengan takat glukosa darah tinggi.

Mecobalamin

Saintis Jepun telah mengetahui bahawa Mecobalamin memberi perlindungan terhadap penyakit neurologi (saraf) dan penuaan melalui mekanisma yang berbeza daripada terapi masa kini. Beberapa gangguan yang mungkin boleh dicegah atau dirawat dengan terapi vitamin semulajadi ini termasuk neuropati periferal.
Perkataan neuropati berasal daripada dua bahagian: "neuro" merujuk kepada saraf dan "pati" menunjukkan penyakit. Nueropati periferal adalah sejenis keadaan yang melibatkan saraf-saraf di luar sistem saraf pusat terutamanya pada lengan dan kaki.
Saraf merupakan laluan komunikasi badan. Isyarat elektrik dari otak bergerak melalui saraf dan memberi arahan kepada pelbagai bahagian badan. Badan menerima maklumat daripada persekitaran melalui deria dan menghantar maklumat tersebut ke otak melalui saraf. Kebanyakan saraf periferal bertanggungjawab untuk keupayaan perasaan yang anda perolehi seperti sentuhan, kesakitan dan suhu. Terdapat jutaan penghujung saraf tersebut di jejari anda, tangan, jari kaki dan kaki yang direka untuk melindungi anda daripada bahaya dan menjauhi perkara-perkara yang panas, sejuk, tajam dan sebagainya.

Gejala-gejala neuropati periferal mungkin merangkumi:
"Kekebasan atau tidak sensitif terhadap kesakitan atau suhu
"Rasa berdenyut-denyut, panas membahang atau rasa menyucuk
"Rasa sakit menusuk atau kekejangan
"Terlalu sensitif terhadap sentuhan, sekalipun sentuhan yang lembut
"Hilang keseimbangan dan koordinasi

Membeli suplemen

Pesakit diabetes berada pada tahap risiko lebih tinggi terhadap jangkitan dan penyembuhan luka yang lambat. Kajian menunjukkan pesakit diabetes yang mengambil suplemen harian selama setahun telah mengalami kadar jatuh sakit dan jangkitan yang berkurangan jika dibandingkan dengan subjek kajian yang mengambil plasebo.
Jika anda adalah seorang pesakit pra-diabetes atau diabetes, keperluan pemakanan anda adalah berbeza. Dengan itu, anda harus beringat untuk mendapatkan suplemen multivitamin dan mineral harian yang mengandungi kesemua bahan kandungan tersebut di atas yang didapati dalam potensi lebih tinggi. Ambillah jenis yang dirumus khas untuk pesakit diabetes dan pra diabetes untuk membantu dalam penjagaan optimum kesihatan dan mencegah penyakit.

Walaupun betapa pentingnya suplemen, multivitamin dan mineral harian yang baik perlu dipilih bagi mereka yang mengalami paras gula darah tinggi. Gabungan vitamin B12 dan mecobalamin yang aktif secara neurologi adalah disyorkan kerana keupayaannya untuk membantu dalam pencegahan dan penyembuhan kembali saraf yang rosak - sejenis komplikasi umum yang dialami oleh mereka yang mempunyai takat gula darah tinggi.
Sumber: Pahang Pharmacy Sdn. Bhd.

Keluarga Sihat

Keluarga sihat terdiri daripada ahli-ahli keluarga yang sihat dari segi fizikal, psikologi, social dan kerohanian

Ciri-ciri keluarga sihat :
• Menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna
• Mempunyai pendidikan yang sewajarnya/mencukupi
• Mengamalkan cara hidup sihat sepert makan secara sihat, bersenam secara tetap, tidak merokok dan mengamalkan kesihatan pergigian yang baik
• Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seksual yang optima
• Memupuk keselamat emosi
• Berkomunikasi dan berinteraksi secara positif
• Menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing
• Beriadah bersama
• Mempunyai sumber/pendapatan yang mencukupi
• Mengamalkan nilai agama dan moral
• Memupuk sokongan sosial

Kepentingan keluarga sihat :

Keluarga sihat adalah asas bagi pembentukan sebuah negara yang sihat.sebuah keluarga yang sihat dapat memnuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial dan psikologi secara optima disamping menutamakan kesihatan ahli-ahlinya dan masyarakat setempat

Amalan keluarga sihat :
• Makan secara sihat
• Bersenam selalu
• Mengamalkan kesihatan pergigian
• Menjauhi daripada merokok
• Mengamalkan kesihatan mental yang baik
• Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seksual yang optima
• Memastikan rumah yang selamat
• Mengamalkan nilai agama dan moral
• Memupuk sokongan sosial

Sistem Pernafasan

Sistem pernafasan adalah sistem biologi semua organisma yang membabitkan pertukaran gas. Malah tumbuhan juga mempunyai sistem pernafasan, mengambil gas karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen ketika siang.

Sistem pernafasan manusia mengandungi :
• Saluran pernafasan (nasal passage), di mana udara dilembabkan dan tempat deria bau berfungsi.
• Farinks, kawasan umum di belakang mulut di mana udara, makanan dan air lalu
• Larinks, atau peti suara
• Trakea, saluran udara yang bersambung kepada bronchi
• Tiub bronkus, yang membawa udara dari dan kepada paru-paru
• Bronkiol, cabang bronkus yang menyebarkan udara ke alveoli
• Alveolus, kantung akhir di mana berlaku pertukaran gas.

Alveolus dan bronkiol membentuk paru-paru. Udara bergerak keluar masuk dari paru-paru oleh pergerakan sangkar kerangka (rib cage) dan diafragma, yang mengembangkan paru-paru untuk menarik udara masuk dan mengempiskan paru-paru untuk menolak udara keluar. Model bagaimana paru-paru berfungsi boleh dibina dengan menggunakan jar loceng.

Terdapat empat asas mengukur isipadu paru-paru:
• Isipadu pasang surut (tidal volume) (TV): isipadu udara pernafasan biasa seseorang itu.
• Isipadu pernafasan simpanan (inspiratory reserve volume) (IRV): isipadu maksima udara yang boleh disedut, tambahan kepada isipadu sedutan biasa.
• Isipadu simpanan hembusan (expiratory reserve volume) (ERV): isipadu maksima udara yang boleh dihembus, tambahan kepada isipadu hembusan biasa.
• Isipadu baki (residual volume) (RV): jumlah udara yang tinggal di dalam paru-paru dan tidak dapat disingkirkan (Isipadu udara yang kekal dalam paru-paru selepas hembusan maksima).

Dari isipadu ini, beberapa kapasiti penting juga boleh dikira:
• Kapasiti paru-paru sepenuhnya (total lung capacity) (TLC): isipadu paru-paru sepenuhnya (isipadu udara dalam paru-paru selepas sedutan maksima).
TLC = IRV + TV + ERV + RV

• Kapasiti baki berfungsi (functional residual capacity) (FRC): jumlah udara tinggal di dalam paru-paru selepas pernafasan normal dihembus keluar.
FRC = ERV + RV

Haiwan boleh bernafas dengan pelbagai cara. Organ pernafasan haiwan terdiri daripada paru-paru, insang, liang pernafasan dan kulit. Terdapat beberapa jenis haiwan yang menggunakan cara lain untuk bernafas. Serangga air dan labah-labah air membawa bekalan udaranya sendiri dalam bentuk gelembung udara. Larva dan pupa nyamuk menggunakan tiup pernfasan untuk bernafas. Tumbuhan pula bernafas melalui stoma. Stoma ialah liang-laing seni yang terdapat pada daun. Stoma lebih didapati di bahagian bawah daun. Gas oksigen diserap masuk dan gas karbon dioksida dibebaskan melalui stoma. Pada sesetengah tumbuhan, stoma terdapat juga pada bahagian batang muda. Tumbuhan juga boleh bernafas melalui liang pernafasan yang terdapat pada bahagian ranting dan batang. Tumbuhan yang hidup di dalam air bernafas melalui ruang udara yang terdapat bahagian batangnya. Pokok bakau yang hidup di kawasan tanah berlumpur bernafas melalui akar pernafasan. (pneumatofor)

Rahsia Anak Pintar:

Rahsia Anak Soleh:

Belajar Bahasa Inggeris:

Kit Biasiswa:

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Jimat Elektrik:

Perfect Slim Diet:

Kerja Kerajaan:

Pertolongan Cemas:

Nak Berhenti Merokok?:

Jual Balik:

Artikel Yang Sering Dibaca Pelawat KEKAL SIHAT: