Jual Balik:

Kit Biasiswa:

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Rahsia Anak Pintar:

Rahsia Anak Soleh:

Jimat elektrik:

mmm

Belajar Bahasa Inggeris:

Nak Berhenti Merokok?

Pertolongan Cemas:

Perfect Slim Diet:

Saturday, October 31, 2009

Faedah Lelap Seketika Kepada Pekerja

SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat mahupun umat Islam sejak dahulu.

Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap.

Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat beberapa tahun lalu membangunkankan National Sleep Disorder Association sebagai agensi khas untuk mengkaji dan mempromosikan akan kesan positif tidur di waktu siang kepada semua pihak terutama para pekerja.

Sebagai golongan pekerja dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitu popular di negara kita.

Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita terlalu terfokus kepada tugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan minda waktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat.

Banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana dalam mengkaji akan kesan tidur sebentar di waktu siang. Mereka juga menghasilkan bahan-bahan ilmiah yang memberikan fakta tentang kebaikan tidur di waktu siang ini.

Contoh buku popular yang boleh diperoleh di pasaran adalah seperti The Art of Napping at Work karya Anthony dan Anthony, Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping oleh Dinges dan Broughton dan sebagainya.

Para sarjana ini cuba menghimpunkan bukti-bukti secara saintifik tentang kebaikan tidur sebentar di waktu siang terutamanya bagi para pekerja dalam mengekalkan produktiviti kerja seharian yang mantap.

Telah dibuktikan secara saintifik bahawa waktu tengah hari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika.

Sistem pekerjaan yang kebiasaannya memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak selain daripada makan tengah hari, berbual-bual kosong dengan rakan-rakan, melayari Internet dan sebagainya.

Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasa berehat setelah berjam-jam keletihan akibat dipengaruhi oleh faktor suhu persekitaran serta pendedahan dan penggunaan tenaga fizikal dan mental ketika bekerja.

Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari yang mana ia boleh mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah.

Fasa tengah hari ini dipanggil oleh para sarjana sebagai fasa kelesuan pada pertengahan hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan mencukupi dalam lingkungan 30 hingga 40 minit.

Ini adalah kerana waktu tidur yang berlebihan pula akan menyebabkan gangguan kepada tubuh badan yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula.

Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot-otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja sejak pagi.

Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif, berkesan dan efisien menganjur ke petang hari.

Daripada perspektif Islam, tidur di waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik.

Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari'.

Tidur sekejap di waktu siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahaja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutin hariannya.

Atas kesedaran tentang implikasi positif daripada tidur sekejap di waktu siang ini, banyak organisasi di Barat yang menggalakkan para pekerja untuk mengamalkannya.

Sehingga ke satu tahap, dikatakan terdapat majikan yang menyediakan ruang yang khas untuk tidur sementara (yang lengkap dengan kerusi malas, kusyen, tuala muka dan haruman) bagi para pekerjanya selain daripada pantri atau kantin untuk makan.

Majikan atau pengurusan organisasi diharapkan faham akan keperluan rehat para pekerja. Cuba elakkan untuk mengadakan mesyuarat atau memberi sebarang tugas kepada pekerja sehingga mengganggu waktu rehat tengah hari mereka.

Begitu juga dalam kalangan pekerja yang perlu mengikis pandangan serong apabila terjumpa rakan-rakan yang tidur di pejabat dan tidak memberikan banyak masa untuk makan atau bersosial pada waktu rehat.

Begitu juga dengan para pelanggan di kaunter-kaunter perkhidmatan yang perlu faham dan tidak bersungut apabila sesetengah kaunter ditutup untuk memberi ruang rehat seadilnya kepada semua pekerja.

Mungkin amalan tidur sekejap sebegini belum kelihatan praktikal dan janggal dalam kalangan warga pekerja di negara kita. Pun begitu, pokok pangkalnya sebagai orang yang bekerja kita boleh cuba untuk mengadaptasi amalan tidur sekejap ini yang telah terbukti keberkesanannya dalam mengekalkan kecergasan dan kecerdasan diri.

Sebagai pekerja, jika fizikal, mental dan emosi kita dapat direhatkan sebentar pasti kita dapat mengekalkan prestasi kerja yang baik sehingga ke minit terakhir kita bekerja sehari-harian.

Sumber:http://www.utusan.com.my

10 Petua Membina Sikap Positif

Petua 1 : Jangkakan Kejayaan

Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia.

Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan tersebut. Lihat diri anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.

Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas.

Petua 2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang

Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani.

Cuba lihat senario berikut, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukup lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang. Syarat untuk anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin dan masa anda. Maknanya, apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum masa tersebut. Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh akan memohon untuk berlakun.

Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya mencecah ratusan muka surat. Anda akan mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda.

Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan filem? Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan. Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini. Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar, maka bertindaklah seperti pelajar cemerlang di sekolah anda sekarang! Sekiranya anda seorang pekerja, bertindaklah seolah-olah anda pekerja cemerlang sekarang! Mula mengurus masa secara berkesan, menglibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar cemerlang lainnya. Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya. Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat. Orang lain yang akan memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.

Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini. Hayati watak orang cemerlang. Berfikirlah, bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka yang cemerlang. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.

Petua 3 : Ubah Penampilan Diri

Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual. Sampai sahaja di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih bersemangat dan yakin.
Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif. Mereka mempengaruhi pelanggan dengan penampilan diri begitu.

Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:

1. Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
2. Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'.
3. Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
4. Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
5. Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
6. Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
7. Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
8. Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
9. Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
10. Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.

Tuntutan penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan anda dalam masyarakat dan karier yang anda ceburi.
Walau siapa anda, sama ada sedar atau tidak anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calon-calon secara terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang. Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.

Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.
Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.

Petua 5 : Dalami Ilmu Kecemerlangan

Semangat ada ketikanya naik dan ada ketikanya luntur. Ada ketikanya kita terlupa tentang matlamat yang dikejar disebabkan oleh pelbagai urusan dan aktiviti lain. Ada ketikanya juga diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang manusia. Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.

Petua 6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan

Anda sering mendengar bahawa sikap positif lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan fikir positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran.

Sebagai contoh mari kita lakukan aktiviti yang cukup mudah. Keluarkan sehelai kertas sekarang dan lakarkan suasana di sebuah pantai yang indah permai. Ambillah masa lebih kurang 5 minit untuk anda menyiapkan lukisan ini. Jangan pedulikan sama ada lakaran itu cantik atau tidak, lakarkan sahaja apa yang tergambar di fikiran anda tentang suasana di pantai.

Baik sekarang saya tanya anda, ada atau tidak lakaran kapalterbang di dalam lukisan itu? Ada atau tidak jeti dari tepi pantai sampai ke tengah laut? Ada atau tidak budak menjual air? Kalau tiada maka kenapa begitu? Jawapannya sebab anda tidak terfikir tentangnya. Atau lebih tepat lagi anda tidak langsung tergambar tentangnya. Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kalau kita tidak tergambar akan sesuatu maka kita tidak mungkin dapat menghasilkannya.

Begitulah dari aspek kecemerlangan diri, untuk anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya. Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi orang berjaya.

Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:

- Mulai hari ini aku tidak malas lagi.
- Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi.
- Aku tidak mahu main-main dalam kelas lagi.
- Aku tidak mahu lawan cakap ibu bapa lagi.

Positifkah anda? Jawapannya ialah tidak! Hasrat anda memang baik tetapi fikiran anda negatif sebab anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Anda tergambar bagaimana anda main-main dalam pekerjaan. Anda terbayang bagaimana anda melawan cakap ibu bapa, ketua dan sebagainya. Kalaulah ini yang tergambar maka inilah juga yang akan terhasil! Anda menghasilkan sesuatu yang negatif sedangkan hasrat anda baik.

Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:

- Mulai hari ini aku seorang yang rajin.
- Mulai hari ini aku solat lima waktu.
- Aku akan tumpu pada guru dalam kelas.
- Aku ikut cakap ibu bapa.

Lihat, kata-kata di atas membawa maksud yang sama tetapi dari sudut yang positif. Maka yang tergambar juga adalah gambaran yang positif. Kalau yang positif anda nampak maka positiflah juga tindakannya nanti. Memanglah anda mungkin tidak berubah dengan hanya sekali, dua kali atau sepuluh kali berkata-kata secara positif. Tetapi kalau setiap hari dan beratus-ratus kali anda amalkan dalam hidup anda maka satu hari nanti tanpa anda sedari anda menjadi orang yang positif. Oleh itu ingatlah… fokus kepada apa yang anda mahukan!

Petua 7 : Kejayaan Silam Membarai Diri

Dalam hidup kita ini pasti ada sekali dua kita mencipta kejayaan sama ada kecil atau besar. Waktu kecil dulu mungkin kita pernah tewaskan rakan-rakan dalam suatu permainan dan kita berbangga dengannya. Mungkin juga kita pernah dulunya dipuji atas pencapaiaan, kualiti kerja atau kerajinan kita. Mungkin kita pernah menerima anugerah sebagai pemenang dalam apa jua pertandingan. Mulai hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, negatif, malas, bosan dan sebagainya maka bacalah diari anda ini dan hayati semula saat-saat tersebut. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku ketika itu. Rasakan apa yang anda rasakan ketika itu. Semangat anda akan membara sekiranya anda lakukannya bersungguh-sungguh. Semangat untuk kekal cemerlang ini akan menjana sikap yang positif.

Tidak kira betapa gagalnya anda rasa hidup ini namun pasti pernah sekurang-kuangnya sekali anda pernah dipuji atas kebaikan dan kejayaan silam.

Lakukan perkara berikut, sediakan satu buku kecil dan senaraikan semua kejayaan anda sejak dari dahulu hingga ke hari ini, sama ada kecil atau besar. Kemudian baca dan hayati apa yang anda tulis itu satu persatu, gambarkan keadaan ketika itu, rasakan perasaan anda ketika itu dan dengar apa yang anda dengar ketika itu. Lakukannya dengan penuh kesungguhan dan rasakan satu getaran perasaan yang positif yang mengalir dalam setiap urat nadi anda. Sentiasa kemas kini buku kecil anda ini dengan kejayaan-kejayaan baru. Ia adalah sumber tenaga dan kekuatan anda.

Anda mungkin tidak mengingati kesemuanya, tidak mengapa, ambil masa anda. Anda boleh tambah senarai kejayaan anda pada bila-bila masa sahaja.

Satu tabiat yang baik, mulai hari ini rakamkan setiap peristiwa penting dalam hidup anda sama ada melalui gambar atau rakaman video.

Setiap kali anda rasa tertekan, anda rasa tidak dihargai, anda rasa putus asa – lihat kembali buku kecil dan rakaman anda ini.


Petua 8 : Saranan Diri Positif

Untuk kekal dalam sikap positif anda perlu saran diri anda dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah.

Anda juga boleh cipta sendiri katajaya itu, misalnya:

“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
“I’m the best!”
“I can do it!”

Jadikan kata-kata ini sebagai sebahagian dari hidup anda. Saran diri anda setiap hari dengan kata-kata ini hingga ia lazim dalam minda anda.

Petua 9 : Soal Diri Dengan Soalan Positif

Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar denagn siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada ketikanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup anda seperti, Nak ambil kursus apa? Nak belajar lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Dan sebagainya.

Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:

- Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?
- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?
- Apa yang belum aku selesaikan lagi?
- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?

Semua soalan ini menjadikan anda lebih positif terhadap apa yang berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman anda. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri anda.

Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain ialah soalan lazim yang secara konsisten terbit difikiran. Manusia lemah sering mengutuk dan memperkecilkan dirinya sendiri. Mereka mungkin berkata:

- Nak buat macam mana aku ni lemah.
- Engkau lain aku lain.
- Engkau bolehlah aku ni siapa.
- Dah memang nasib aku begini, terima ajer lah..
- Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah..
- Dah tahu diri tu bodoh buat apa tunjuk pandai.

Soalan yang positif akan:

- Megubah persepsi dan cara fikir kita
- Mengubah fokus kita
- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita


Petua 10 : Dapatkan Model Ikutan

Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi.

Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad S.A.W.

Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan bahawa ulamak juga ada kelemahan sebab itu pendapat ulamak secara ijmak lebih diterima pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulamak sahaja.

Setelah anda kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan gambar mereka. Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya. Sebab semakin besar kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.

Sumber:www.laman-map.com

Menjaga Kesihatan Mata

Ramai yang mengambil endah tak endah tentang mata mereka melainkan jika berlaku sesuatu pada mereka dan cedera atau rosak penglihatan. Mereka bernasib baik jika boleh menyelamatkan penglihatan.

Ada beberapa cara untuk menghalang mata anda dari menjadi rosak jika anda menjaganya dengan baik dan ikuti beberapa tip berikut :

Tip Makanan:

* Ambil berbagai antioksiden setiap hari dalam makanan dan suplemen makanan
* Banyakkan betik, telur, bayam dan ikan, yang kaya dengan beta-carotene yang baik untuk mata
* elakkan dari makanan bakar seperti barbeque seperti sate, ayam prcek, dsbanya.
* Minum sekurang2nya 12 gelas air untuk membuang kumbahan dari badan yang boleh memberi kesan mata lebam.

Tip Kecantikan :

* untuk mata yang bersinar, bsuh mereka dengan air sejuk setiap hari
* letakkan potongan keping timun atas mata unuk merrawat mata lebam dan kedutan
* rendam kapas dalam susu suam dan letakkan atas mata tutup selama 15 minit. susu adalah pembesih alamai yang selamat
* cuci muka dan mekup sebelum tidur
* elakkan daripada menggosok mata anda tanpa sebab. Jika mata rasa gatal cuba kenyit beberapa kali, ini membei kesan mengurut pada mata
* sapukan minyak kelapa dara pada bulu mata dan kening agar kelihatan sihat dan segar

Tip Bekerja :

* basuh tangan anda sebersihnya selepas mengguna peralatan atau bahan kimia
* pastikan semua nosel semburan menghala jauh dari anda untuk mengelaka tersembur pada mata
* pakai gogel keselamatan untuk menjaga dari asap, serpihan, semburan dan sebagainya
* guna penghadang (shields) pada kualai semasa menggoreng untuk mengelak terkena percikan minyak memasuki mata anda

Tip Perjalanan :

* gunakan topi atau payung untuk mengelakkan sinaran matahari terus
* Guna kanta mata gelap pada waktu tnegahari iaitu ia sendng memuncak
* Jika mengendalikan kenderaan, berjaga-jaga percikan api dan gas, kerana ia bahaya boleh mengakibatkan letupan
* elakkan dari asid bateri yang boleh merosakkan mata

Tip Harian :

* Behenti merokok dan elak kawasan berasap
* senaman selalu untuk meningkatkan pengaliran darah
* rihatkan mata anda jika telah bekerja beberapa jam
* pastikan anda cukup tidup agar mata sihat
* awasi kanak-kanak yang bermain dengan alatan tajam seperti gunting, garpu atau pensel dan mainan seperti dart dan peluru pistol mainan
* gunakan pakaian keselamatan apabila memain sukan

Senaman mata anda !

Otot mata perluakan senaman juga. Cuba ini : tutup mata dan bayangkan pemandangan indah yang jauh. Semasa membuka mata , tengok ke arah jarak jauh

Kemudian, fokus lihat objek dekat dlam sedepa untuk beberapa saat sebelum mengulangi senaman sebelum ini.

Lakukan senaman ulangan ini empat atau lima kali setiap hari untuk menghaislan tone otot mata yang sihat

Sumber:penawaralami.wordpress.com

Friday, October 30, 2009

Senario Penyakit Jantung Di Malaysia

PENYAKIT koronari jantung (CHD) atau penyakit jantung kronik antara punca kematian terbesar di kalangan penduduk di negara ini. Ia turut menjadi ancaman maut di negara-negara besar lain seperti Rusia, Amerika Selatan dan Utara, Australia, New Zealand dan Eropah.
Bahkan diramalkan ia bakal menjadi 'pembunuh dalam senyap' utama seluruh benua di dunia menjelang tahun 2020.
Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, satu pertiga daripada kematian manusia di seluruh dunia adalah disebabkan oleh serangan jantung.
Daripada jumlah tersebut sebanyak 40 hingga 75 peratus pesakit yang terkena serangan jantung meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan di hospital.
Persoalannya berapa ramaikah rakyat di negara ini mengetahui dengan jelas mengenai CHD) dan siapakah golongan berisiko menghidapi penyakit berbahaya ini?
"Jawapannya mudah sesiapa pun berisiko untuk diserang CHD kerana penyakit ini banyak berkait rapat dengan gaya hidup seseorang," kata Perunding Kardiologi dari Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara, Selangor, Dr. Haizal Haron Kamar.
Beliau berkata demikian pada satu ceramah sempena majlis memeteri perjanjian pengedaran V-Patch, sistem penganalisis degupan jantung terbaru, antara V-Patch Medical Systems Pty. Ltd. dengan OGAWA World Berhad, di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai CHD, Dr. Haizal berkata, secara mudah ia dirujuk sebagai serangan jantung berpunca daripada penyumbatan pada pembuluh darah yang sepatutnya berfungsi membawa bekalan darah dan oksigen ke jantung.
Menurutnya, senario penyakit jantung di Malaysia cenderung menunjukkan dua jenis faktor penyebab iaitu faktor boleh diubah dan tidak boleh diubah.
Faktor tidak boleh diubah berkaitan dengan aspek umur, sejarah keluarga, jantina dan etnik pesakit, manakala boleh diubah adalah serangan jantung yang berpunca daripada penyakit-penyakit lain sedia dihidapi pesakit seperti diabetis, darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi, obesiti dan amalan gaya hidup tidak sihat.
"Secara umum penyakit diabetis memang boleh menjadi punca penyakit-penyakit lain seperti kegagalan buah pinggang, neuropati strok, masalah penglihatan dan seterusnya serangan jantung atau CHD.
"Senario di Malaysia ketika ini menunjukkan sebanyak 14.9 peratus orang dewasa berusia 30 tahun ke atas menghidap diabetis.
"Dari situ kita sudah boleh meramal potensi serangan CHD di kalangan rakyat negara ini. Itu belum lagi melihat golongan yang menghidap penyakit darah tinggi dan yang turut berisiko diserang sakit jantung," ujarnya.
Menurut Dr. Haizal, mengikut perangkaan sebanyak 4.8 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit darah tinggi dan 64 peratus daripada jumlah tersebut tidak sedar bahawa mereka menghidap penyakit tersebut.
Kandungan kolesterol yang tinggi juga boleh menjadi punca kepada serangan jantung. Keadaan ini berlaku apabila kolesterol yang terkumpul menyumbat pembuluh darah yang membekalkan darah dan oksigen ke jantung.
"Kandungan kolesterol berkait rapat dengan makanan yang kita ambil. Sebab itu pada awal tadi saya sudah nyatakan bahawa serangan jantung sedikit sebanyak ada kena mengena dengan gaya hidup seseorang.
"Begitu juga dengan faktor obesiti yang menjadi salah satu punca utama serangan jantung di negara ini.
"Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Malaysian Noncommunicable Disease Surveillance 2005/2006, sebanyak 48.6 peratus orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes kerana tidak bersenam.
"Lebih membimbangkan apabila jumlah rakyat negara ini yang mengalami obesiti meningkat lima kali ganda melibatkan golongan yang berusia 40 hingga 49 tahun," katanya.
Dr. Haizal berkata, obesiti sangat berkait rapat dengan penyakit jantung kerana lemak badan yang berlebihan akan terkumpul di sekeliling jantung dan mengganggu salur darah.
Satu lagi faktor punca serangan jantung yang tidak boleh dipandang ringan ialah tabiat merokok.
"Sebanyak 25.5 peratus rakyat Malaysia merokok dan ini meningkatkan lagi risiko serangan jantung di kalangan mereka," jelasnya
Menjelaskan mengenai simptom serangan jantung, menurut Dr. Haizal, ia boleh dikenal pasti melalui beberapa simptom yang jelas namun ada kalanya juga serangan berlaku tanpa sebarang simptom.
Antara simptom yang biasa berlaku ialah rasa sakit atau tidak selesa terutama dari bahagian tengah dada hingga ke leher dan lengan tangan kiri. Rasa sakit turut disertai dengan berpeluh yang banyak serta rasa terumbang ambing.
Kesakitan itu berlaku disebabkan ketika itu jantung tidak mendapat bekalan darah atau oksigen yang mencukupi.
Pesakit mungkin berasa seperti dada mereka ditekan atau jantung seperti diramas orang.
"Bagaimanapun perlu diingatkan tidak semua serangan jantung datang dengan cara begini. Jadi cara yang terbaik untuk mendiagnosis CHD ialah seperti melalui ujian Elektro Cardio Gram (ECG), ujian tekanan senaman, echo kardiogram, koronari angiogram dan imbasan MRI.

Rawatan CHD
Dr. Haizal berkata, setakat ini salah satu rawatan terhadap pesakit CHD ialah dengan pengambilan ubat-ubatan berdasarkan kepada arahan doktor.
"Kaedah kedua ialah dengan pembedahan pintasan (bypass) iaitu urat di bahagian kaki akan dipotong dan disambung pada arteri di bahagian jantung yang tersumbat.
"Satu lagi teknik ialah dinamakan angioplasty, iaitu teknik teknik di mana ruang dalam arteri yang sempit dibuka dengan menggunakan sejenis tiub khas yang boleh meregang bagi pengaliran darah dan oksigen yang lebih baik," katanya.
Beliau juga menyarankan pesakit yang telah disahkan menghidap penyakit jantung agar mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat.
Pertamanya, boleh dimulakan dengan bersenam setiap hari, makan secara sihat dan seimbang.
"Bagi yang merokok sebaiknya hentikan tabiat itu serta merta dan kurangkan tekanan dalam kehidupan harian.
"Jika mereka masih tidak mempunyai insurans kesihatan, saya sarankan cepat dapatkan insurans yang baik dan akhir sekali mestilah berjumpa dengan doktor," katanya.
Dalam pada itu pengesanan awal terhadap degupan jantung tidak normal boleh mengurangkan implikasi lebih tragik terhadap pesakit jantung.
Justeru pengenalan V-Patch Medical Systems (V-Patch) sebagai penganalisis degupan jantung dianggap lembaran baru bagi membantu pesakit jantung.
Pengasasnya, Peter Taylor berkata, penciptaan V-Patch membolehkan pakar perubatan membuat pengesanan awal dan diagnosis yang lebih baik untuk pesakit mereka.
"Sistem ini telah dibangunkan dan diuji di beberapa buah negara di dunia. Bukan itu sahaja, rangkaian telefon selular yang digunakan dalam sistem pengesanan V-Patch ini juga telah diuji di sembilan buah negara di seluruh dunia," jelasnya yang bertanggung jawab menzahirkan idea penghasilan V-Patch tersebut.
Menurut Taylor V-Patch ini amat peka dan dapat mengesan serta mengenalpasti rentak degupan jantung si pemakai.
"Apa sebenarnya yang dilakukan oleh V-Patch ialah merekod masa sebenar rentak degup jantung sekali gus menentukan sama ada pemeriksaan lanjut diperlukan.
"Jadi, mereka yang memakai V-Patch ini mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk diri mereka," jelasnya pada majlis yang sama.
Sementara itu pengarah eksekutif V-Patch Medical System Pty. Ltd., Luke Whelan menerangkan bahawa alat tersebut merangkumi tiga peralatan iaitu pelekat yang dilekatkan di bahagian dada (V-Patch), sejenis alat pengesan yang juga dilekat ke dada (V-Pod), alat transmisi bersaiz umpama telefon bimbit (V-Cell) dan maklumat disalurkan ke internet menerusi V-Central.
"Doktor akan mendapat pesanan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau emel dari sistem V-Sentral dia boleh melihat graf yang menunjukkan degupan jantung pesakit mereka.
"Alat ini berguna untuk sesiapa sahaja yang pernah pengsan, rasa tidak stabil, terhuyung hayang, sesak nafas, degupan jantung amat kuat, degupan jantung tidak sekata, degupan jantung laju atau perlahan," katanya.
Dengan adanya alat tersebut beliau percaya pesakit akan lebih proaktif dengan doktor mereka kerana ternyata mencegah lebih baik daripada merawat.

Sumber: Utusan Malaysia

Saturday, October 17, 2009

Pertolongan Cemas Di Rumah

Pertolongan cemas merupakan satu aspek penting dalam sesebuah rumah tangga. Ia merujuk kepada tindakan awal atau pertama yang dilakukan dalam keadaan kecemasan. Dengan perkataan lain, ia merupakan pertolongan cemas terhadap individu tertentu yang cedera atau tidak berupaya, sementara menunggu ketibaan pegawai perubatan ataupun sebelum di hantar ke klinik atau hospital terdekat. Ia mungkin dapat membantu memperbaiki keadaan mangsa atau dapat menyelamat dan menyembuhkan kesakitan yang dialaminya. Walau bagaimanapun, pertolongan cemas tidak boleh dijadikan penggantian kepada penjagaan perubatan sebenar. Ia hanyalah merupakan suatu pertolongan yang dapat diberi sementara bantuan sebenar tiba.

ALAT PERTOLONGAN CEMAS

Alat pertolongan cemas perlu mengandungi beberapa peralatan yang penting untuk digunakan ketika kecemasan.
Ia lazimnya mengandungi:
• Pengesat kain kasa yang steril
• Pembalut kain kasa yang steril dan gulungan kapas
• Plaster pelekat
• Pembalut kenyal
• Pembalut segi tiga
• Termometer (Jangka suhu) klinikal
• Gunting
• Penyepit dengan hujung yang tajam
• Klip atau pin keselamatan
• Ubat sapu seperti krim antigatal, losyen antiseptik dan sebagainya
• Ubat-ubatan untuk penyembuhan dalaman seperti antasid, ubat penghilang kesakitan, ubat melawan demam.

Terdapat pelbagai bahaya dan kecederaan yang mungkin berlaku di dalam sesebuah rumah sekiranya kita tidak berhati-hati seperti luka terbakar, gigitan dan sengatan serangga atau binatang berbisa, tercekik, kekejangan, tulang patah dan sebagainya.

LUKA TERBAKAR DAN MELECUR

Luka terbakar ialah kecederaan pada tisu yang disebabkan oleh suhu tinggi, bahan kimia atau sinaran. Melecur pula terjadi akibat pendedahan terhadap haba lembap seperti wap atau cecair panas.
• Alihkan atau buangkan punca kecederaan tersebut
• Tanggalkan perlahan-lahan pakaian, barang kemas, tali pinggang atau jam dari bahagian yang tercedera kecuali jika ia melekat pada kulit.
• Sejukkan bahagian yang tercedera secepat mungkin dengan merendamkannya ke dalam air sejuk selama 10 - 15 minit.
• Balut bahagian yang tercedera dengan longgar menggunakan pembalut steril atau kain nipis yang serupa dengannya.
• Jangan sapukan sebarang krim, losyen, minyak, salap, mentega atau bahan lemak pada bahagian yang tercedera.
• Jangan pecahkan lepuh yang timbul atau melakukan apa-apa di bahagian berkenaan.
• Jangan menggunakan sebarang pembalut yang melekat atau wul kapas pada luka.

PENDARAHAN

Prinsip asas pengawalan pendarahan ialah menghadkan pengaliran darah ke bahagian yang luka dengan meninggikan bahagian tersebut dan memberi tekanan ke bahagian yang terlibat.
• Tekankan semampatnya kain pembalut yang bersih dan yang boleh menyerap pada luka untuk selama 20 minit. Jika terdapat serpihan benda asing dalam luka, tekan di bahagian kelilingnya.
• Jika tiada tulang yang patah, retak atau terkehel, tinggikan bahagian tersebut sementara mengekalkan tekanan untuk mengurangkan pendarahan.
• Jika pendarahan berterusan, tekan arteri yang berdekatan dengan bahagian luka.
• Cuci bahagian sekeliling luka dengan air sejuk selama 10 - 15 minit dan lapkannya di bahagian tepi luka menggunakan pad atau kasa yang bersih. Pendarahan dari sesetengah luka kecil akan terhenti jika dibasuh dan dibalut dengan kemas.
• Tutup atau balut luka tersebut dengan segera.
• Bungkus mana-mana bahagian yang terputus dalam beg khas dan seboleh-bolehnya masukkannya ke dalam ais.
• Suntikan tetanus mungkin perlu diberi kepada mangsa.
• Jika hidung berdarah, picitkan hidung di bahagian bawah tulang hidung untuk selama 5 minit. Pastikan kepala sentiasa terdongak.
• Jangan berikan sebarang makanan atau minuman.
• Jangan sentuh atau menarik keluar objek atau benda asing yang menusuk luka kerana dikhuatiri akan menyebabkan pendarahan bila dikeluarkan.

GIGITAN DAN SENGATAN

Tanda-tanda dan gejala yang mungkin dilihat ialah bekas gigitan, bengkak dan kesan kemerahan, sakit di bahagian yang terlibat, loya dan muntah, kesukaran bernafas dan menelan, reaksi alahan seperti renjatan dan sebagainya.
• Cuci bahagian yang tercedera dengan air suam dan sabun, atau bahan antiseptik yang lembut.
• Keringkan bahagian berkenaan dengan cermat dengan mengelapkannya bermula dari bahagian luka dan ke luar.
• Jika perlu sapukan losyen Calamine untuk menghilangkan rasa gatal. Tutupkan luka berkenaan dengan pembalut yang bersih dan letakkan plaster.
• Tuamkan dengan ais untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.
• Untuk gigitan berbisa, jangan sekali-kali mencuci, memotong atau menghisap bisa dari bahagian gigitan. Sebaliknya, cuba kurangkan pengaliran darah ke bahagian tersebut.
• Elakkan dari memicit kantung racun kerana ini akan menyebarkan racun berkenaan ke bahagian lain dalam badan.

CEKIKAN

Cekikan berlaku apabila saluran udara tersekat sepenuhnya atau sebahagian sahaja disebabkan tertelan sesuatu objek atau benda. Mangsa biasanya tidak dapat bercakap, batuk atau bernafas. Tujuan utama rawatan adalah untuk melapangkan saluran udara yang tersekat.
• Minta mangsa batuk dengan kuat untuk mengeluarkan objek yang tersekat.
• Jika objek berkenaan dapat dilihat dan mungkin boleh dikeluarkan, cuba keluarkannya dengan menggunakan jari yang bersih.
• Jika mangsa tidak dapat bercakap, batuk atau bernafas, cuba gunakan teknik tepukan belakang. Tepuk belakang mangsa menggunakan tapak tangan dengan 3 atau 4 tepukan yang padu di bahagian antara tulang kipas mangsa.
• Jika mangsa merupakan kanak-kanak kecil, tonggengkannya semasa memberi tepukan.
• Untuk kanak-kanak yang lebih dewasa, semasa memberikan tepukan, sokongkan kepalanya dengan peha dan biarkan mukanya tertunduk ke bawah.
Lonjakan abdomen merupakan satu lagi kaedah yang boleh digunakan untuk merawat cekikan.
• Berdiri di belakang mangsa dan peluk pinggangnya
• Letakkan bahagian ibu jari genggaman tangan anda di tengah-tengah abdomen mangsa.
• Dengan tangan yang sebelah lagi memegang genggaman tersebut, tekannya ke dalam dan luar abdomen dengan cepat dan mampat.
• Untuk mangsa yang tidak sedarkan diri, palingkan mukanya ke atas, duduk melutut dengan mangsa di tengah-tengah dan letakkan pangkal genggaman tangan anda di tengah abdomen dan atas sedikit dari pusat.
• Tekan genggaman tangan tersebut dengan tangan yang sebelah lagi secara naik turun menghala ke kepala mangsa.
• Beri mangsa menyedut air perlahan-lahan selepas halangan tersebut dikeluarkan.
• Jangan gunakan lonjakan abdomen ini pada mangsa yang hamil atau mempunyai berat badan yang berlebihan.

CEKIKAN KERACUNAN

Racun ialah sebarang bahan yang boleh menyebabkan kerosakan jika memasuki ke dalam tubuh. Racun boleh ditelan, disedut, disuntik atau diserap melalui kulit.
Hubungi Khidmat Maklumat Racun dan beritahu mereka jenis racun, jumlah dan bila racun berkenaan diambil.
• Jika mangsa tidak bernafas, berikannya bantuan pernafasan dengan melakukan mampatan dada. Resusitasi (teknik A.B.C) perlu dilakukan sekiranya mangsa masih bernafas, tetapi denyutan jantungnya telah berhenti.
• Jika mangsa tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas, baringkannya mengiring dalam kedudukan pemulihan.
• Untuk racun yang disedut, alihkan mangsa dari bahaya ke kawasan yang berudara segar.
• Untuk racun yang diserap, basuh semua sisa-sisa kimia yang tertinggal pada kulit.
• Untuk racun yang ditelan, jangan cuba mencetuskan muntah kerana ini mungkin membahayakan lagi keadaan pesakit.

TERKENA ARUS ELEKTRIK

Pengaliran arus elektrik menerusi badan boleh menyebabkan degupan jantung terhenti, luka terbakar dan renjatan.
• Tutup bekalan elektik
• Putuskan hubungan mangsa dengan sumber elektrik menggunakan kain yang tidak mengalirkan arus elektrik sementara berdiri di atas bahan penebat yang kering.
• Jika perlu mulakan resusitasi atau letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan.
• Rawat sebarang luka terbakar atau renjatan yang berlaku.

PENGSAN

Pengsan ialah keadaan tidak sedarkan diri untuk seketika berpunca dari pengurangan pengaliran darah ke otak yang sementara.
• Jika mangsa telah pengsan tetapi masih bernafas seperti biasa, baringkannya dengan kaki ditinggikan sedikit dari paras kepala.
• Longgarkan pakaian mangsa di bahagian leher, dada dan pinggang untuk memudahkan pernafasan.
• Mangsa patut terus berbaring untuk beberapa minit selepas pulih.

RENJATAN

Gejala-gejala renjatan termasuklah:
• Kulit kelihatan pucat
• Kabur penglihatan
• Kulit lembap atau dingin
• Loya atau muntah
• Pernafasan yang pendek tetapi cepat
• Dahaga
• Denyutan nadi yang lemah dan cepat.
• Keresahan
• Pening atau rasa hendak pitam.

Rawatan
• Baringkan mangsa dan rawat sebarang kecederaan yang ketara atau keadaan-keadaan lain yang telah menyebabkan renjatan
• Tenangkan mangsa
• Longgarkan pakaian mangsa di bahagian leher, dada dan pinggang
• Selimutkan mangsa dengan kain nipis seperti kot atau selimut
• Jika boleh, tinggikan kaki mangsa untuk mempercepatkan pengaliran darah balik ke otak.
• Jika mangsa merasa dahaga, lembapkan bibirnya tetapi jangan memberi mangsa sebarang minuman.
• Berikan mangsa minum teh panas untuk kes-kes renjatan emosi.
Akhirnya, bagi kesemua kes renjatan, dapatkan bantuan perubatan dengan segera selepas memberikan pertolongan cemas. Bagaimanapun, jangan biarkan mangsa bersendirian.

Sumber:infosihat.gov.my

Petua-Petua Melayu

Cengkih Penawar Sakit Gigi

Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insya-Allah, sakit beransur kurang.

Gambir Penawar Gatal

Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.

Hilangkan Daki dan Bau Badan

Kita sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Insya-Allah, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang.

Hilangkan Parut

Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada parut. Lakukan tiga kali seminggu. Insya-Allah, parut akan hilang.

Ikan Tidak Hanyir

Asam Jawa dapat menghilangkan hanyir ikan pari dan ikan duri. Mula-mula ambil asam jawa dan air, diramas didalam satu bekas. Kemudian masukkan ikan pari atau ikan duri selama setengah jam. Selepas setengah jam, kikis hanyir pada badan ikan tadi hingga habis. Kemudian barulah dipotong ikan tadi dan diramas dengan asam jawa bersama garam kasar berkali-kali. Kosek hingga bersih dan putih serta hilang hanyirnya. Selamat mencuba. Insya-Allah, hanyir akan hilang.

Keputihan Pada Mulut Bayi

Caranya, titikkan satu atau dua titik air hangat (suam-suam kuku) pada tempat yang putih, dalam seminggu. Insya-Allah, keputihan itu akan sembuh. Boleh juga ambil serbuk penaik lalu dibubuh didalam air suam. Kemudian celupkan kapas dan sapukan pada lidah bayi.

Khasiat Oat

Oat, selain enak dimakan, juga berkesan merawat kulit kering dan berkedut. Caranya, bubuh dua camca teh oat didalam mengkuk, gaulkan dengan susu pembersih muka atau pelembap muka dan sapu pada kulit (sental kulit dengan penyental dahulu). Tunggu 5 - 10 minit dan bolehlah dicuci. Hasilnya kulit lembut, halus, tidak kering serta menjimatkan wang.

Membuang Lemak Badan

Sekiranya anda mengalami masaalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

Mengatasi Gatal Keladi

Supaya sayur keladi tidak terasa gatal, ketika memasaknya anda hanya perlu memasukkan tiga atau empat keping hirisan pinang ke daalam masakan. Dan untuk menghilangkan rasa gatal pada tangan pula, lumurkan tangan anda dengan minyak masak. Insya-Allah, gatal akan beransur kurang.

Melangsingkan Tubuh

Masalah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.

Sengal Tulang

Bagi anda yang selalu mengidap sakit sengal tulang, cubalah petua ini. Ambil sedikit getah pohon kemboja dan sapukan pada sendi yang terasa sengal sambil berselawat. Cara ini dipercayai dapat meredakan sakit sengal tulang dengan berkesan. Selamat mencuba!.

Sumber:angelfire.com

Senaman Kemut Atasi Masalah Pundi Kencing

WANITA yang sihat bukan saja membahagiakan dirinya sendiri tetapi keluarga, tetapi faktor usia, melahirkan anak selain hormon, gaya hidup dan ditambah sikap tidak suka bersenam, seseorang wanita akan berhadapan pelbagai masalah kesihatan berkaitan otot pelvis (atau disebut otot PC – pubococcygeus)


Sesetengah wanita berpendapat kaedah terbaik mengatasi masalah itu adalah menerusi pembedahan. Bagaimanapun sebelum berbuat demikian pelbagai perkara harus difikirkan termasuk keinginan mendapatkan anak dan otot pelvis lain mungkin terjejas.

Justeru, langkah pertama yang harus anda fikirkan adalah bersenam dan mulakan segera.

Sesetengah orang memahami senaman lantai pelvis khusus untuk nikmat seksual dan terhad kepada wanita saja. Sebenarnya senaman lantai pelvis atau dikenal juga sebagai senaman kegel bermula sebagai senaman untuk wanita yang berhadapan dengan masalah terkucil atau gagal mengawal air kencing selepas melahirkan anak. Ia senaman khusus untuk menguatkan otot pelvis dan lelaki juga sepatutnya melakukannya kerana mereka juga kerap berhadapan dengan masalah sama.

Sebahagian tubuh manusia termasuk tulang pinggul berada dalam kawasan pelvis. Di bawah pelvis ada beberapa lapis otot merintang antara dua kaki. Otot itu berkait dengan bahagian tulang depan, belakang dan sisi pelvis.

Dua otot pelvis ini – otot yang besar seakan berbentuk buaian manakala satu lagi seakan berbentuk tiga segi melakukan hampir semua tugas. Ia berfungsi mengekang kebocoran air kencing dan najis.

Justeru, senaman lantai pelvis ini dicipta hampir 58 tahun lalu oleh doktor perbidanan dan sakit puan, Dr Arnold Kegel, bagi menguatkan otot PC, otot bersilang sekeliling anus dan kelenjar prostat.

Ketika itu Dr Kegel mendapati senaman ini berupaya merawat pesakit wanita yang menderita masalah ketidakupayaan mengawal pundi kencing. Walaupun sudah berusia 58 tahun, senaman ini diiktiraf doktor sebagai senaman yang memberi faedah kepada lelaki dan wanita yang berhadapan dengan masalah itu.

Mungkin anda biasa mendengar keluhan ibu bapa atau mungkin rakan sebaya yang akan terkucil ketika batuk, bersin atau mungkin juga ketawa. Kebanyakan masalah ini dihadapi wanita yang kerap bersalin selain golongan berusia. Justeru tidak hairan jika di Amerika Syarikat saja AS5.2 bilion dibelanjakan untuk membeli lampin dewasa.

Semua itu sebenarnya boleh diatasi dengan senaman lantai pelvis. Semakin kerap anda melakukannya, semakin cepat anda berupaya mengatasi masalah.

Sebelum memulakan senaman, pastikan anda mengenali otot pelvis sendiri. Ramai membuat senaman ini dengan otot yang salah. Jika anda rasa tidak selesa di bahagian perut atau belakang ketika melakukan senaman ini, berkemungkinan anda salah dalam melakukannya.

Jangan kemutkan perut atau pinggang atau otot punggung ketika melakukan senaman ini. Elakkan juga dari menahan nafas dan mengetatkan dada ketika mengemut. Pastikan anda dalam keadaan tenang ketika bersenam. Jika anda menggunakan otot yang salah ia akan hanya memburukkan masalah terkucil yang anda hadapi.

Mengenali otot pelvis sangat mudah, jika anda ke tandas membuang air kecil, cuba berhentikan pengaliran air kencing dengan mengemut otot pelvis. Ulang teknik ini beberapa kali hingga anda biasa dengan rasa kemutan kumpulan otot itu.

Disebabkan senaman ini membabitkan otot dalaman, kebanyakan orang memahaminya sebagai senaman menahan air kencing.

Kata Haniza Mokhtar dari pusat kecergasan She’s Fit, di barat senaman yang diperkenalkan Dr Kegel ini cukup popular dan diajar di hospital kepada wanita juga lelaki. Di Malaysia, walaupun ramai mengetahuinya tetapi tahap pengetahuan mereka sangat terarah kepada satu tujuan saja – senaman untuk seksual.

“Senaman lantai pelvis membantu anda mengawal pundi kencing. Kita biasa dengar warga emas yang terpaksa memakai lampin kerana tidak berupaya mengawal pundi kencing. Begitu juga wanita yang kerap bersalin, mereka mungkin berhadapan dengan masalah sama,” katanya.

Katanya, kebanyakan wanita lebih teruja menggunakan rawatan herba seperti mengambil jamu atau manjakani tetapi jika yang bermasalah sebenarnya adalah otot pelvis, tentu lebih baik kita memperbaiki otot itu sendiri.

Senaman lantai pelvis tidak nampak kesan dan pergerakannya secara luaran kerana ia membabitkan otot dalaman tubuh. Kerana itu ia boleh dilakukan dalam pelbagai cara, duduk, berdiri atau pun berbaring di lantai.

“Senaman mudah ini seakan menahan air kencing, tahan untuk lapan saat sebelum mengulanginya semula. Lakukan dua kali sehari dalam tempoh lima minit,” katanya.

Senaman ini tidak diajar di pusat kesihatan tetapi setiap jurulatih kecergasan tahu mengenainya.

Pastikan ketika anda melakukannya pundi kencing tidak penuh dan jangan tahan nafas.

Malah, kerana ia senaman ringkas, anda boleh melakukannya walaupun ketika bermesyuarat! Senaman lantai pelvis ini boleh dilakukan dengan dua cara, senaman cepat dengan otot diketatkan dan dilepaskan dalam tempoh dua saat manakala senaman lambat otot diketatkan antara lima ke 10 saat sebelum dilepaskan.

Dalam masa tiga bulan atau kurang kata Haniza, jika anda bersenam dengan kerap, kesannya akan dapat dirasai.

FAKTA
Enam tanda amaran anda perlukan senaman lantai pelvis
# Terkucil ketika mengangkat benda berat
# Terkucil ketika ketawa, bersin dan batuk
# Kerap terkena jangkitan kencing
# Rasa sakit kerana pundi kencing penuh
# Kerap kencing walaupun tiada jangkitan kencing
# Rasa hendak terkucil tetapi tidak terkeluar

INFO
# Otot pelvis berkait antara tulang pinggul. Otot ini bertindak sebagai lantai yang kuat menyokong organ pelvis pada tempatnya.
# Organ pelvis termasuklah pundi kencing (menyokong air kencing) dan rektum (menyokong pergerakan usus).
# Otot pelvis boleh menjadi lemah dan kendur disebabkan faktor berikut; gemuk, aktiviti yang menekan pundi kencing, usia lanjut, tidak bersenam, kurang hormon estrogen, kerap bersalin dan menjalani pembedahan prostat.

Langkah senaman lantai pelvis

Duduk
1 – Senaman lantai pelvis sambil duduk. Rapatkan kaki.
2 – Tundukkan kepala dengan merapatkan kaki.

Berdiri
1 – Aksi senaman lantai pelvis sambil berdiri. Berdiri sambil mencekak pinggang.
2 – Tahan nafas selama lapan saat dan lepas. Ketatkan otot sebelum dilepaskan.

Baring
1 – Senaman lantai pelvis sambil berbaring. Berbaring dengan mengangkat punggung sedikit dari lantai.
2 – Sambil berbaring, angkat punggung lebih tinggi. Kemut selama lapan saat sebelum lepaskan ketegangan otot.
3 – Senaman lantai pelvis sambil berbaring. Baring dengan merapatkan betis ke paha.
4 – Angkat kaki rapat ke perut sambil mengetatkan otot selama lapan saat sebelum dilepaskan.
5 – Berbaring dengan mengakkan lutut.
6 – Angkat tangan mencapai lutut dan ketatkan otot.

Aksi dengan bola
1 – Berbaring dengan santai dengan meletakkan kaki di atas bola.
2 – Angkat punggung dan ketatkan otot pelvis selama lapan saat dan lepaskan.

Oleh Hafizah Iszahanid

Minuman Berkarbonat Jejaskan Kesihatan

Minuman berkarbonat sememangnya popular di kalangan pengguna. Hakikatnya, biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat adalah sama — banyak gula. Selalunya soal kesihatan dan aspek pemakanan sering ‘dipinggirkan seketika’ terutamanya pada musim perayaan. Walaupun tahu minuman berkarbonat tinggi kandungan gulanya, kebanyakan kita menghidangkannya kepada keluarga mahupun tetamu tanpa rasa bersalah. Tarikan iklan yang menceritakan ‘keasyikan’ menikmati minuman ringan dan berkarbonat memang sukar dilawan. Malah, lebih membimbangkan, minuman berkarbonat juga menjadi antara daya penarik utama di kantin sekolah, termasuk sekolah rendah. Sedar atau tidak, kanak-kanak akan menjadi mangsa kerana kealpaan kita. Kanak-kanak antara golongan paling suka minum minuman berkarbonat hingga kadangkala ada yang langsung menolak apabila diberikan air kosong. Jika minum pun hanya seteguk dua, itupun selepas dipaksa. Kajian mendapati, pengambilan minuman ringan dan berkarbonat yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan, terutama berlebihan berat badan dan obesiti. Minuman berkarbonat sebenarnya tidak mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Banyak bukti saintifik menunjukkan ia ada kaitan langsung dengan pertambahan berat badan.

Masalah pertambahan berat badan ini menjadi satu faktor risiko kepada penyakit kencing manis di kalangan orang dewasa muda. Pertambahan berat badan ini adalah proses yang sentiasa berlaku sebagaimana peningkatan usia. Gabungan dua faktor ini juga mendedahkan seseorang kepada risiko serangan jantung dan strok.

Obesiti membimbangkan

Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak kini mencecah tahap membimbangkan. Kanak-kanak yang minum satu tin minuman berkarbonat (325 mililiter) setiap hari mempunyai lebih kurang peratus tenaga berbanding kanak-kanak lain. Tenaga ini (yang datang daripada gula), jika tidak digunakan, akan disimpan dalam badan sebagai lemak.

Minuman berkarbonat jejaskan kesihatan

Kajian yang disiarkan dalam jurnal General Dentistry keluaran Julai/Ogos 2004 di Washington mendapati, tabiat minum minuman berkarbonat boleh meningkatkan masalah kerosakan dan pereputan gigi. Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Ho Shiau Fen, mengakui hakikat ini. Bukan gula saja yang menjadi faktor menyebabkan kerosakan gigi, tetapi kandungan asid dalam minuman berkarbonat boleh melemah serta mengikis lapisan enamel (lapisan luar) pada gigi. Ini mempercepatkan proses pereputan gigi.

“Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula tidak boleh melebihi 10 peratus daripada keperluan kalori seseorang. Sebagai contohnya, jika keperluan kalori seseorang itu adalah 2000 kalori, jumlah gula yang boleh diambil adalah kurang daripada 200 kalori, iaitu kira-kira 10 sudu teh gula.”

Jumlah ini termasuk gula tersembunyi. Ini adalah jumlah yang diperoleh daripada setiap makanan kita, sama ada dalam teh, kopi atau makanan yang bergula ketika bersarapan, makanan sarapan, makanan tengah hari, sajian minum petang dan makan malam.

“Satu tin minuman berkarbonat mengandungi antara enam hingga 10 sudu teh gula. Ini bermakna, jika kita minum satu tin minuman berkarbonat, kita sudah mencapai sukatan gula daripada yang disarankan.”

“Masalah pengambilan gula yang terlalu banyak biasa berlaku pada musim perayaan. Boleh dikatakan setiap rumah menghidangkan minuman berkarbonat. Itu belum mengambil kira kandungan gula dalam kek, biskut atau hidangan lain,” katanya.

Ramai orang menganggap tidak mengapa untuk minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan ‘mencairkan’ kepekatan minuman berkarbonat. Hakikatnya, anggapan ini salah dan perlu diperbetulkan segera. Tidak kira berapa banyak air kosong diminum, kandungan gula daripada minuman berkarbonat yang masuk ke dalam badan tetap sama. Tetap melebihi tahap keperluan harian kita. Masalah ini bertambah buruk dengan pengambilan makanan manis seperti kek dan biskut hari raya. Untuk mengurangkan kuantiti gula diambil, kurangkan pengambilan minuman berkarbonat adalah cara paling praktikal. Ini boleh dibancuh atau dicampur dengan air kosong dan dikongsi minum beramai-ramai. Bagaimanapun, jika air dibancuh dihabiskan sendirian, kandungan gula yang masuk ke badan tetap sama, iaitu antara enam hingga 10 sudu teh.

Di kalangan kanak-kanak pula, terlalu banyak minum minuman berkarbonat menyebabkan mereka kurang minum air kosong atau minuman berkhasiat seperti susu. Selain gula, kebanyakan minuman kola memasukkan kafein sebagai penambah rasa. Kafein adalah ‘bahan perangsang’ yang membuatkan kita ketagih untuk minum lebih banyak dan kerap. Banyak kajian mendapati, kafein meningkatkan pengeluaran kalsium daripada tulang, menyebabkan kita terdedah kepada masalah reput tulang atau osteoporosis jika diambil dalam jangka masa panjang. Justeru, jika dapat, pada musim perayaan ini elak mengambil terlalu banyak minuman berkarbonat, sebaliknya gantikan dengan pilihan lain seperti teh atau jus buah-buahan. Malangnya, budaya orang kita yang menerima saja minuman dihidang tuan rumah boleh memburukkan keadaan, terutama di kalangan pesakit kencing manis. Dalam hal ini, Ho menyarankan pesakit berterus terang dengan tuan rumah atau meminta minuman lain (pilihan terbaik adalah air kosong) sebagai pengganti. Malah, sebagai tuan rumah juga, kita mesti prihatin keadaan kesihatan tetamu. Ibu bapa juga perlu mendidik anak mengenai keburukan meminum terlalu banyak minuman berkarbonat. Pada masa sama, mereka juga mesti menjadi teladan kepada anak dengan mengamalkan minum banyak air kosong.

Penyakit Talasemia

Talasemia ialah sejenis penyakit anemia yang juga penyakit keturunan. Walaupun biasa terdapat di kawasan Mediteranean, penyakit ini juga didapati di India dan Asia Tenggara. Talasemia boleh diwarisi oleh anak jika kedua-dua ibu dan bapa mempunyai gen yang terlibat. Walaupun kedua-dua ibu bapa tidak menghidap anemia, kebarangkalian anak menghidapinya ialah satu per empat. Anak yang menghidap talasemia tidak boleh menghasilkan hemoglobin yang normal, iaitu bahan yang menghasilkan warna merah dalam sel darah merah dan merupakan bahan pembawa oksigen ke seluruh tubuh badan. Masalah ini ketara semasa anak menjangkau tiga bulan. Pada masa ini, tanda-tanda penyakit anemia mula muncul seperti kelesuan, sesak nafas dan pucat. Lama-kelamaan anak akan semakin kekurangan tenaga dan mengalami kesukaran menyusu. Bahagian abdomennya juga akan menjadi besar disebabkan pembesaran limpa dan hati.

Tanda-tanda
• Kelesuan.
• Bibir, lidah, tangan, kaki dan bahagian lain berwarna pucat.
• Sesak nafas.
• Hilang selera makan dan bengkak di bahagian abdomen.

Apakah yang boleh dilakukan?

Doktor akan mengambil contoh darah untuk diuji. Jika penyakit talasemia disyaki, anak akan dirujuk ke hospital untuk dilakukan ujian lanjutan. Jika anak disahkan menghidap penyakit ini, pemindahan darah biasanya diperlukan untuk mengelak anak daripada mengalami kesan buruk penyakit anemia.

Apabila anak sudah cukup besar, anak mungkin perlu menjalani pembedahan untuk membuang limpanya. Ini akan mengurangkan kekerapan pemindahan darah kerana kekerapan pemindahan darah akan menimbulkan masalah lain, iaitu ferum boleh berkumpul di dalam tubuh badan dan merosakkan hati, pankreas dan jantung. "Lebihan ferum" ini merupakan ancaman utama penyakit ini dan ramai pesakit menemui ajal mereka semasa remaja. Kini rawatan baru memberi masa depan yang lebih cerah bagi pesakit. Kanak-kanak yang menghidap talasemia kini menerima suntikan ubat yang dapat membantu tubuh badan membuang ferum. Dalam beberapa keadaan, rawatan ini dilakukan secara suntikan yang berterusan pada waktu malam. Anak yang menghidap talasemia harus boleh menjalani kehidupan yang normal.

Kegiatannya tidak perlu dihadkan tetapi dia memerlukan bantuan dan sokongan. Minta nasihat doktor dan cuba berhubung dengan keluarga lain yang juga ada anak yang menghidap talasemia.
Jika anda tergolong dalam kumpulan yang berkemungkinan besar menjadi pembawa penyakit ini, pastikan anda dan pasangan menjalani ujian darah sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan anak. Ujian untuk memnetukan kemungkinan bayi dalam kandungan menghidap penyakit tersebut boleh dilakukan.

Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 232.

Kesan Plumbum Pada Manusia

Masyarakat mungkin kurang faham apa itu plumbum dan mengapakah mesti ada satu kajian di buat ke atasnya. Ramai pula tidak pasti apakah bahaya yang mungkin dihadapi jika seseorang itu terdedah kepada plumbum pada kepekatan yang tinggi dan berterusan.

Plumbum adalah satu keluaran hasil bahan semula jadi yang banyak terdapat di dalam kerak bumi. Ia boleh didapati di dalam air, tanah dan tumbuh-tumbuhan.

Sumber plumbum yang paling mudah ditemui ialah yang tersebar di dalam tanah dan air. Disebabkan sifatnya dan kegunaannya yang pelbagai, sama ada untuk keperluan industri atau kegunaan seharian. Kebanyakan kegunaannya tidaklah ditakrifkan sebagai berbahaya sekiranya ia digunakan dengan betul dan tidak disalahgunakan.

Ini boleh berlaku semasa pembakaran bekas-bekas bateri atau bekas cat-cat lama yang mengandungi plumbum. Plumbum dalam persekitaran boleh meningkat dengan banyaknya akibat daripada hasil pembakaran minyak petrol berplumbum.

Selaras dengan itu, kempen "gunakan minyak tanpa plumbum" merupakan satu langkah bijak mengurangkan kandungan plumbum di persekitaran.

Satu kajian yang telah dijalankan di Amerika menunjukkan bahawa kandungan plumbum di udara dapat dikurangkan lebih berkesan dengan penggunaan minyak tanpa plumbum.

Dari segi biologi, plumbum sebenarnya tidak mempunyai apa-apa nilai dalam tubuh walaupun di dalam kepekatan yang paling kecil. Ia memindahkan atau mengganti logam-logam lain daripada tapak ikatan di sel-sel yang berkenaan dan menyebabkan berbagai kesan biokimia. Oleh itu kepekatan yang paling sesuai bagi kandungan plumbum dalam darah ialah sifar.


Kepekatan
Setakat ini, kepekatan sehingga 30 pikogram/100ml darah adalah dianggap selamat dan boleh diterima. Bagaimanapun beberapa gangguan di dalam fungsi biokimia telah dilaporkan berlaku pada kepekatan yang lebih rendah.

Di dalam salah satu kajian yang pernah dilaporkan, kepekatan di antara 10 hingga 15 pikogram/100ml dan selebihnya boleh mengganggu dan melemahkan perkembangan psikomotor bagi kanak-kanak.

Masyarakat mungkin ingin mengetahui mengapakah kanak-kanak lebih terdedah kepada bahaya dan keracunan plumbum. Salah satu sebabnya ialah plumbum mudah diserap oleh tubuh yang sedang berkembang. Pengumpulannya di dalam badan yang sedang membesar akan mengganggu pertumbuhan semula jadi sel-sel di dalam tubuh.

Seorang wanita hamil yang telah terdedah kepada plumbum akan mempunyai simpanan kandungan plumbum yang tinggi di dalam tulangnya. Perubahan metabolik yang berlaku di dalam tubuh semasa mengandung boleh menyebabkan simpanan plumbum tadi dibebaskan ke dalam darah dan juga janin. Ini akan menyebabkan janin terdedah kepada kandungan plumbum yang tinggi. Pada tahap perkembangan janin yang kritikal ini, sistem yang mungkin teruk terjejas ialah sistem saraf.

Kanak-kanak yang memang dikenali dengan tabiat semula jadi mereka yang aktif dan sifat ingin tahu amat mudah terdedah kepada kandungan plumbum tinggi. Terutama kerana kanak-kanak gemar memasukkan apa juga barangan ke dalam mulut mereka.

Kanak-kanak juga berupaya menyerap peratus plumbum yang lebih tinggi iaitu 50 peratus berbanding orang dewasa. Oleh itu seseorang kanak-kanak yang terdedah kepada plumbum pada sukatan yang sama saperti orang dewasa akan mengalami kesan yang lebih teruk berbanding orang dewasa. Kadar penyerapan ini meningkat sekiranya seseorang kanak-kanak itu mengalami kekurangan zat makanan.

Secara umum kita terdedah kepada plumbum yang lazimnya boleh didapati dari sumber-sumber alam semula jadi di sekeliling kita.


Kandungan
Plumbum banyak tersebar di dalam udara, air dan tanah-tanih. Kandungan plumbum di dalam tanah dan udara di bandar-bandar dan kawasan perusahaan selalunya lebih tinggi daripada kawasan luar bandar.

Pendedahan yang berterusan terhadap plumbum walaupun di dalam jumlah yang kecil boleh mengakibatkan kerosakan yang dapat kita lihat ketika mereka belajar. Pendedahan kepada kepekatan yang tinggi akan menyebabkan keadaan lebih teruk lagi.


Di mana plumbum ditemui?

Secara ringkas sumber plumbum yang terdapat di persekitaran boleh diperolehi daripada:

* Tanah yang tercemar dan serpihan-serpihan cat
* Debu yang mengandungi plumbum di dalam air, udara dan makanan.
* Air yang dimasak atau disimpan di dalam bekas yang mengandungi plumbum.
* Menyimpan makanan, buah-buahan terutama yang berasid di dalam bekas berplumbum.
* Asap dari kenderaan yang menggunakan petrol berplumbum.
* Sesetengah barangan kosmetik.
* Ubat yang tercemar kebanyakannya terdiri daripada keluaran bahan-bahan radisional.
* Relau pemprosesan logam dan kemudahan kitar-semula plumbum.
* Pembakaran surat khabar, bekas bateri dan kayu serta perabot kayu yang dicat dengan cat yang mengandungi plumbum.
* Pensil warna dan warna air apabila dimakan.

Kira-kira 5 miligram plumbum boleh didapati bagi setiap satu kilogram kertas surat khabar yang dibakar. Plumbum ini datangnya daripada dakwat hitam yang digunakan. Maka dengan sebab itulah penggunaan kertas surat khabar sebagai bahan pembungkus tidak lagi digalakkan.

Debu pembakaran kertas yang menggunakan dakwat berwarna mencatatkan jumlah plumbum yang lebih tinggi iaitu sebanyak lebih kurang 58mg/kg.

Sumber: Razak Hj.Lajis, Pusat Racun Negara, USM.

Cermin Mata Hitam Dan Kesihatan

Cahaya matahari yang dipancarkan mengandungi spektrum cahaya bermula dari jarak gelombang 10 nonometer (nm) hingga ke 100 mikrometer (m) iaitu dari gelombang sinaran gamma hingga ke gelombang radio. Di antara spektrum gelombang cahaya ini terdapat spektrum cahaya yang dapat dilihat dengan mata kasar. Bagaimana kita mengenali dan menghayati alam adalah dengan menggunakan jarak gelombang. Jarak gelombang adalah asas kepada kita mengenali dunia. Kita menerima dan menganalisis jarak gelombang tertentu dengan dua organ utama iaitu mata dan telinga. Kita melihat cahaya melalui mata dan menangkap bunyi dengan telinga. Dari gelombang radio hingga pancaran gamma, jarak gelombang semakin memendek, menyebabkan frekuensinya bertambah dan akan menyebabkannya menghasilkan tenaga yang semakin bertambah. Ini bermakna gelombang ini semakin berupaya menembusi sesuatu dan amat berbahaya pada mata.
Pendedahan pada cahaya matahari terlalu lama juga boleh mengakibatkan ketajaman penglihatan menurun, kehilangan kontras, silau, pening dan keletihan visual.
Spektrum cahaya yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah berjarak gelombang antara 380nm hingga 780nm iaitu antara cahaya Ultraungu (UV) dan Infra merah (IR).
Ini bermakna, mata manusia hanya mampu melihat cahaya antara jarak gelombang ini sahaja (380nm hingga 780nm). Mata manusia tidak berupaya mengenal pasti berbagai elemen cahaya mengikut berbagai jarak gelombang yang lain. Cahaya UV, cahaya biru dan cahaya IR boleh menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu mata. Oleh itu, penggunaan cermin mata hitam yang sesuai adalah perlu bagi mengelakkan kesan negatif yang disebabkan oleh cahaya tersebut ke atas tisu mata. Cermin mata hitam selalunya dipakai untuk menghalang kesan cahaya matahari yang boleh mengganggu penglihatan dan merosakkan sel-sel mata. Dalam kes-kes tertentu ia juga dipakai untuk kelihatan menarik. Cermin mata hitam dipakai seharusnya bukan sekadar untuk penampilan tetapi yang lebih penting adalah sebagai alat yang boleh menghalang kesan resapan cahaya UV, cahaya biru dan juga IR yang akan merosakkan tisu mata. Cahaya UV dan cahaya biru juga mempunyai kesan resapan 10 kali lebih tinggi dibandingkan dengan cahaya IR. Sebahagian besar cahaya UV dari matahari diserap oleh lapisan ozon di atmosfera, namun sebahagian daripadanya masih dapat sampai ke permukaan bumi. Pendedahan pada cahaya UV yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada mata seperti masalah katarak.
Jadi cahaya UV berkenaan perlu dihalang daripada meresap masuk ke dalam mata.

Kegunaan cermin mata hitam

Cermin mata hitam yang sesuai perlulah memenuhi ciri-ciri berikut;
1. Mampu menghalang silau dari cahaya yang terlalu terang.
2. Boleh menyerap cahaya Ultraungu (UV) dan cahaya biru.
3. Diameter cermin agak besar untuk melindungi mata.
4. Boleh menghalang impak dari objek yang melayang ke arah mata.
5. Tiada gangguan imej permukaan (surface distortion).

Dari ciri-ciri tersebut, cermin mata hitam yang baik perlulah mempunyai cermin gelap yang menghalang silau, dibuat dari bahan yang tahan lasak dan mempunyai kualiti menyerap cahaya UV. Malaysia adalah sebuah negara yang beriklim tropika. Keadaan panas terik dengan keterangan cahaya yang tinggi amat menyilaukan mata. Kandungan UV yang tinggi pula akan memberi kesan kepada mata. Pendedahan pada sinar UV untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan masalah katarak kerana sebahagian besar cahaya UV akan diserap oleh kanta mata. Penyerapan cahaya UV lama-kelamaan mungkin membawa kepada kanta mata menjadi semakin gelap. Sekiranya anda menggunakan cermin mata yang murah dan tidak mengikut piawaian, ia mungkin tidak berupaya menapis cahaya UV.
Ini akan menyebabkan kerosakan tisu-tisu mata seperti tisu pada bahagian kelopak mata yang boleh membawa kepada kanser pada bahagian tersebut. Secara amnya, bila kita memakai cermin mata hitam, saiz bukaan pupil akan membesar kerana cermin tersebut mengurangkan cahaya terang daripada masuk ke dalam mata. Sekiranya cermin tersebut tiada perlindungan UV, lebih banyak cahaya UV dari matahari akan masuk ke dalam mata melalui pembukaan anak mata yang lebih besar pada ketika itu. Ini akan menyebabkan kerosakan kepada lebih banyak tisu mata. Bukan sahaja bahagian kornea dan kanta mata, cahaya UV juga boleh terus ke retina yang boleh menyebabkan kerosakan tisu-tisu retina.

Kerosakan tisu retina boleh menyebabkan kebutaan. Terdapat juga beberapa sebab lain mengapa orang menggunakan cermin mata hitam selain perlindungan UV, seperti;
1. Tujuan kosmetik (penampilan)
2. Bersukan atau riadah
3. Mengelak malu (menyorokkan muka)
Selain masalah tiada fungsi perlindungan UV, terdapat juga cermin mata hitam murah yang tidak dibuat dengan bahan yang tahan lasak.

Cermin mata hitam sebegini bukan sahaja tidak melindungi mata akibat penggunaan bahan tidak berkualiti, malahan boleh menyebabkan masalah seperti:
1. Pening.
2. Silau semakin teruk.
3. Keletihan mata.
4. Imej tidak sekata.

Oleh itu, sekiranya anda ingin membeli cermin mata hitam, berbincang dengan pakar mata untuk mendapat ciri-ciri perlindungan yang diperlukan di samping mendapatkan rupa penampilan yang lebih menawan.
Sumber: intim.wordpress.com

Berbual-bual - Kebaikan Dan Keburukannya

Berbual-bual - Kebaikan Dan Keburukannya Terhadap Minda Kita. Berbual dengan kerap dapat mengaktifkan minda. Orang yang kerap berbual-bual dan pandai memulakan perbualan, mindanya sentiasa kaya dengan idea.
Kemudian, bila berdepan masalah, dia cepat menganalisa masalah tersebut kemudian menyelesaikannya dengan idea-idea yang lahir dari fikirannya. Kekadang, masalah yang timbul dalam hidupnya seolah-olah datang dan berlalu pergi begitu saja.
Mindanya yang aktif membolehkan dia bertenaga, mempunyai daya fokus yang tajam tatkala melakukan sesuatu, menyiapkan sesuatu, menghasilkan sesuatu.
Berbual-bual dengan kerap membuat Anda dapat membayangkan dulu sesuatu topik sebelum membualkannya, lantas dapat melatih imaginasi Anda untuk menjadi semakin kuat. Ketika sedang berbual, pendapat Anda cenderung menjadi lebih logik, pemikiran Anda meragkumi hal yang kurang difikir orang lain.
Berbual-bual mempunyai keburukan tersendiri. Antaranya:
1. Anda terdorong untuk berbohong. Anda mengada-adakan cerita sebagai penyedap perisa cerita Anda. Sekali berbohong, Anda akan terdorong untuk selalu berbohong. Sebagai penyelesaian, bercerita saja seadanya.
2. Anda terdorong untuk bersikap riak dan menunjuk-nunjuk. Sebagai penyelesaiannya, latih diri Anda untuk bersederhana, be humble, down to earth.
3. Rancak bercerita membuat Anda bercakap lebih banyak aspek-aspek negatif, kesannya fikiran Anda terbiasa kepada perkar-perkara negatif. Terlalu jarang orang kita berbicara secara positif dari sudut pandangan positif.
4. Anda cenderung untuk mengumpat dan mengata keburukan orang lain, kekurangan-kekurangannya dan kelemahannya. Sikap ini menjadikan Anda suka merendah-rendahkan orang lain, di mana ia merupakan sikap negatif.
Berbual-bual adalah satu seni, dalam masa yang sama berbual-bual adalah kemahiran yang perlu ada pada semua orang apatah lagi jika dia mahu berjaya.
Kita perlu kawal semua perkataan yang keluar dari mulut kita, di fikiran kita, di hati kita. Biar positif sentiasa supaya kita ditemukan dengan situasi-situasi positif dan dijumpakan dengan orang-orang positif yang banyak membantu kita memburu kejayaan.
Sumber: imotivasi

Khasiat Teh Dan Kopi

MANA satu minuman kegemaran anda setiap pagi, kopi atau teh. Yang pasti, minuman ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Ada orang yang berasa tidak bertenaga dan lemah lesu selagi tidak mendapat secawan kopi atau teh. Segar rasanya setelah menghirup secawan kopi atau teh panas. Pun begitu, kopi atau teh ini banyak kegunaannya dari sudut kecantikan. Mudah dan berkesan.

Rambut bersinar dengan kopi

Bancuh kopi pekat dan panas. Biarkan suam sebentar. Sapu bancuhan kopi pada rambut yang kering dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Lakukan seminggu sekali dan rambut anda pasti berkilau.

Kopi singkir selulit

Jika anda ke farmasi dan mencari krim selulit, cuba baca bahan yang terdapat di dalamnya. Satu daripadanya ialah kopi. Lepas ini anda boleh buat sendiri krim selulit dan gunakan dua kali seminggu. Mula-mula alas lantai bilik air dengan surat khabar. Bancuh biji kopi dengan air panas yang dicampur satu sudu besar minyak zaitun. Berdiri di atas surat khabar dan gosok bancuhan kopi tadi pada bahagian yang berselulit. Untuk hasil lebih memuaskan, gunakan span. Selepas itu, balut bahagian yang disapu kopi tadi dengan plastik dan biarkan beberapa minit. Bilas dengan air suam.

Buang sel kulit mati dengan kopi

Buang sel kulit mati dan dalam masa sama kurangkan pori-pori yang terbuka. Bancuh suku cawan biji kopi yang telah digunakan dengan sebiji putih telur. Bancuh sebati dan sapu pada muka. Biar kering dan bilas dengan air suam. Jika kulit anda jenis kering, sapu pula dengan pelembap kegemaran anda.

Mata segar dengan teh

Jangan buang uncang teh yang telah digunakan. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk dan letak pada kelopak mata selama 10 minit. Rasa sejuk uncang teh menyamankan mata anda serta-merta.

Teh melegakan kaki yang penat

Rendam kaki di dalam besen air teh sejuk selama 15 minit atau dalam air teh herba pudina bagi melegakan kaki yang penat. Kesegaran aroma teh menghilangkan bau kaki setelah sehari bekerja.

Teh sebagai rawatan wajah

Campur satu sudu kecil oat halus bersama teh herba wangi bagi membuat skrub muka. Biar kering dan bilas. Bagaimanapun jangan lakukan jika kulit anda sensitif.
Anda boleh juga membuat pes segar atau masker dengan mencampurkan teh herba wangi bersama susu tepung. Gosok pada muka dan biar kering. Selepas itu bersihkan dengan tisu sebelum membasuh muka.

Teh melegakan luka

Teh mengandungi bahan anti bakteria. Basahkan kapas dengan pekatan teh dan tekap pada luka kira-kira lima minit. Ulang lagi selama empat kali dan jangan basuh. Cara ini juga selamat pada kanak-kanak.

Kulit kepala sihat dengan teh

Panaskan setengah cawan minyak zaitun di dalam kuali. Campurkan dua sudu teh lavender yang telah ditumbuk dan dua isi uncang teh pudina. Jangan didihkan. Urut bahan ini pada kulit kepala. Bungkus rambut dengan penutup kepala selama 20 minit atau lebih. Bilas rambut dan keringkan. Lakukan sebulan sekali agar kulit kepala sihat dan menguatkan akar rambut.

Sumber: Utusan Malaysia

Cinta Tanda Kekuasaan Allah

Cinta lahir dari hati. Hati bersih, penuh kemaafan dan penuh rasa memaafkan, akan dapat merasai kenikmatan cinta. Cinta yang membahagiakan akan membuat kita bersemangat tinggi, penuh bermotivasi dalam berusaha mencapai apa yang kita cita-citakan. Itulah sebabnya kita sebagai orang Melayu beragama Islam disarankan bernikah supaya cinta yang ada dihati dapat disalurkan dengan cara yang halal.

Cinta berlandaskan agama menjadikan kita mengecap hidup bahagia, kita terasa ada orang tersayang menyokong usaha kita. Cinta berlandaskan nafsu duniawi juga boleh menjadikan kita orang berjaya, bahagia dan ternama.
Tapi, apa yang dikecapi seakan sekejap saja, penuh pelbagai masalah, pergolakan juga seribu satu musibah entah bila akhirnya. Cinta didorong oleh nafsu membuat kita bergelumang dengan dosa yang mengakibatkan kita sengsara.

Cinta sifatnya positif. Bila disalurkan dengan cara positif akan membuat kita sentiasa berada dalam arus tenaga positif, menjadikan emosi kita positif - kita rasa tenang, bahagia, gembira. Bebas dari stress, bebas dari tekanan walau kita bukan beragama Islam sekalipun. Kita akan mudah menarik situasi-situasi menggembirakan, kita akan ditemukan dengan orang-orang yang menggembirakan kita, kita ditemukan dengan perkara-perkara juga benda-benda yang akan menggembirakan kita. Bagi saya, cinta adalah salah satu tanda kekuasaan Allah, menjadi pendorong dalaman untuk kita beribadah dengan lebih rajin lagi. Allah maha pengasih dan maha penyayang. Sudah tentu dia menyayangi hamba-hambanya, maka sebab itulah dia mengurniakan rasa cinta di hati kita supaya kita semakian kenal siapa yang mencipta kita. lantas berusaha mendekatkan diri kepadanya. Biarlah cinta kita sesama manusia membawa kita kepada kerajinan beribadah untuk mengharap keredhaan Allah dalam hidup kita. Moga dengan itu, rumah kita, rezeki kita, usaha kita, berkat hendaknya hingga jadi semakin melimpah-ruah.

Wednesday, October 14, 2009

Ubat Melegakan Sakit Sendi

HARI Artritis Sedunia jatuh pada 12 Oktober. Pada hari berkenaan, mereka yang menghidapi penyakit artritis dari seluruh dunia akan bersama untuk menyuarakan sokongan terhadap usaha menentang kesakitan ini.

Artritis merupakan penyakit degeneratif (penuaan) kronik dan berbeza dari jenis yang sederhana sehingga ke jenis yang tenat dan melemahkan.

Oleh kerana kelazimannya untuk tersebar luas dan menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan, penyakit ini menyebabkan sebahagian besar jumlah pengidapnya selalu berjumpa doktor. Artritis ditakrifkan sebagai radang pada satu atau lebih sendi dan gejalanya termasuklah kemerahan, kebengkakan, keempukan, kekakuan, rasa sakit dan kepanasan di kawasan terbabit. Terdapat lebih 100 jenis artritis termasuk osteoartritis, artritis reumatoid, ankylosing spondylitis, lupus dan gout.

Artritis yang paling biasa dijumpai ialah osteoartritis (OA), berlaku apabila rawan yang menampan hujung tulang keras pada sendi kita, lama-kelamaan merosot. Perkataan 'Oste' atau 'Osteo' bermakna tulang dalam bahasa Yunani.

Osteoartritis

Osteoartritis (OA), juga dikenali sebagai osteoartroses atau penyakit sendi degeneratif, merupakan jenis artritis yang paling biasa ditemui. Osteoartritis ialah keadaan yang sudah kronik disebabkan oleh kerosakan rawan sendi. Rawan ialah bahagian sendi yang melapisi dan menampan hujung-hujung tulang dan membolehkan kita menggerakkan sendi-sendi dengan senang. Rawan yang sihat adalah amat kuat serta anjal dan membolehkan sendi bergerak dengan licin tanpa sebarang kesakitan. Tetapi apabila diserang osteoartritis, rawan itu menjadi rosak dan kemudian beransur lusuh dan haus. Proses melusuh ini akan berterusan sehingga sedikit sahaja atau tidak ada lagi rawan yang tinggal pada sendi terbabit. Ini menyebabkan tulang bergeser sesama tulang. Dalam keadaan yang sedemikian, sendi anda mungkin mengeluarkan bunyi berkeriut. Kesakitan dan kekakuan yang dirasai adalah perkara lazim bagi penyakit osteoartritis yang berlanjutan.
Osteoartritis lazimnya membabitkan hanya sendi-sendi tertentu sahaja, seperti bahagian pinggang, tangan, lutut, bahagian bawah belakang dan leher.

Osteoartritis akan berlaku lebih kerap apabila kita semakin berumur. Sebelum umur 45 tahun, osteoartritis akan berlaku lebih kerap pada lelaki. Selepas umur 55 tahun, ia akan berlaku lebih kerap pada wanita.

Fakta rawan

Rawan boleh dibina semula dan tumbuh semula secara semulajadi. Namun demikian, dalam penyakit osteoartritis, rawan dimusnahkan lebih cepat daripada ia boleh dibina semula.
Ramai orang yang menghidapi osteoartritis tidak menyuburkan rawan mereka. Kita perlu membekalkan nutrien-nutrien perlu kepada badan agar ia dapat membina rawan-rawan yang kuat dan anjal. Mempunyai rawan yang kuat dan anjal merupakan langkah pertama untuk mewujudkan sendi-sendi yang sihat. Oleh itu, dengan sokongan nutrisi yang betul, para penghidap osteoartritis dapat membina dan membina semula rawan-rawan mereka yang telah menghaus dan melusuh itu.

Sokongan Nutrisi untuk Osteoartritis

Glukosami dan kondroitin merupakan dua sebatian nutrisi penting yang digunakan untuk rawatan osteoartritis. Kedua-dua glukosami dan kondroitin adalah komponen semulajadi bagi tisu sendi yang sihat. Ia menjalankan tugasnya dengan membekalkan ramuan mentah semulajadi yang diperlukan oleh rawan untuk membaiki dan membina semula dirinya sendiri dan juga dengan menumpaskan enzim semulajadi yang merosakkan rawan itu pada mulanya.

l Glukosamin ialah sejenis sebatian semulajadi yang didapati dalam rawan yang sihat. Glukosamin juga merupakan suatu unsur biasa glycsoaminoglycans dalam matrik rawan dan cecair sinovial. Molekul ini digunakan dalam pembentukan dan pembaikan rawan.
l Kondroitin merupakan unsur glycsoaminoglycans yang paling banyak dalam rawan dan ia bertanggungjawab untuk memberi kebingkasan kepada rawan. Ia bertindak sebagai 'magnet air'. Keupayaan kondroitin untuk memegang air memberi ketegasan kepada rawan dan juga bertindak sebagai 'penyerap hentakan'.

Mengambil suplemen glukosamina dan chondroitin membantu:

n Melegakan sakit-sakit sendi
n Membina semula rawan
n Meningkatkan keanjalan
n Melincirkan sendi-sendi
n Menggalakkan tisu-tisu sambungan yang sihat
n Mengurangkan kekakuan

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan suplemen glukosamin dan kondroitin 2-dalam-1 adalah jauh lebih berkesan untuk merawat osteoartritis yang sederhana hingga kepada yang tenat berbanding ubat anti radang yang kuat (celecoxib), malahan jika glukosamin atau kondroitin itu diambil secara berasingan sekalipun.

1MSM

MSM (Methylsulfonylmethane), sejenis sebatian sulfur semula jadi yang mempunyai banyak manfaat kesihatan, ia telah digunakan dengan meluas bersama dengan glukosamin dan kondroitin untuk memberikan kelegaan yang berkesan bagi sakit sendi. MSM merupakan pengiring unggul bagi glukosamin dan kondroitin untuk Rawatan osteoartritis yang berkesan. Beberapa buah negara maju di seluruh dunia, seperti Amerika Syarikat (AS), Unibeted Kingdom (UK), negara rantau Eropah, Australia dan lain-lain diperhatikan mendapat hasil positif secara kerap dalam rawatan osteoarthritis apabila suplemen MSM di tambah secara oral kepada terapi nutrisi glukosamin dan kondroitin.
MSM juga boleh didapati dalam diet biasa manusia dan terdapat dalam hampir semua binatang. MSM terdiri daripada 34 peratus sulfur, iaitu mineral yang keempat paling banyak dalam badan manusia.
Sulfur diperlukan untuk struktur setiap sel dalam badan. Ia diperlukan untuk mewujudkan keutuhan struktur rawan sendi dan tisu sambungan seperti kulit, rambut dan kuku.
Beberapa asid amino, iaitu blok-blok pembina bagi protein, mempunyai sulfur sebagai komponen. Hormon, enzim, antibodi dan antioksidan semua bergantung kepadanya.
Oleh kerana badan kita menggunakan dan menghabiskannya setiap hari, maka sulfur mestilah ditambahkan secara berterusan untuk mewujudkan nutrisi serta kesihatan badan yang optimum.

Yayasan Artritis Amerika (The Arthritis Foundation of America) mengesyorkan kita memulakan dengan dos yang rendah sekadar 500 miligram (mg) MSM dua kali sehari dan meningkatkan secara beransur- ansur kepada 1,000 mg MSM dua kali sehari.

Membeli Suplemen

Walaupun sudah lama MSM ini tidak terdapat di Negara kita, kini ia akhirnya muncul semula di kedai-kedai farmasi di Malaysia. Oleh itu apabila anda memilih suplemen Glukosamin dan Kondroitin, jangan lupa tambahkan MSM demi memperolehi manfaat optimum untuk sendi anda. Tanyalah ahli farmasi anda hari ini juga mengenai Formula Glukosamin dan Kondroitin 2-dalam-1 yang amat dipecayai bersama dengan MSM dan ucapkan selamat tinggal kepada osteoartritis dan sakit-sakit sendi.

Petua Kesihatan untuk Penderita Osteoarthritis

n Kegiatan fizikal akan mewujudkan keanjalan sendi dan mengekalkan serta memperbaiki kekuatan otot.

n Kawalan berat badan adalah penting untuk mencegah dan juga untuk memperlahankan kemaraan dan perkembangan OA yang menjejaskan sendi akibat memikul beban berat badan (lutut dan pinggang) dan bahagian bawah belakang.

n Kehilangan berat badan hanya sebanyak 15 paun sahaja boleh mengurangkan separuh sakit lutut bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan menghidapi artritis.

n Suplemen diet seperti glukosamin dan kondroitin telah terbukti dalam beberapa kajian OA lutut dapat melegakan sakit-sakit dan memperbaiki fungsi sendi dalam kes-kes OA yang tenat.

n Untuk mendapat manfaat yang lebih tinggi bagi kelegaan sakit sendi, ambil glukosamin dan kondroitin bersama dengan MSM.

Sumber:Utusan Malaysia

Rahsia Anak Pintar:

Rahsia Anak Soleh:

Belajar Bahasa Inggeris:

Kit Biasiswa:

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Jimat Elektrik:

Perfect Slim Diet:

Kerja Kerajaan:

Pertolongan Cemas:

Nak Berhenti Merokok?:

Jual Balik:

Artikel Yang Sering Dibaca Pelawat KEKAL SIHAT: