Jual Balik:
mmm
Sunday, August 23, 2009
Kaedah Menjarakkan Kehamilan
Dengan perkembangan dunia perubatan yang semakin maju, sebenarnya tiada lagi istilah ‘termengandung’ yang biasa digunakan oleh kaum wanita sebagai alasan setiap kali hamil lagi. Pelbagai kaedah merancang keluarga yang selamat, berkesan, mudah diguna, tiada kesan sampingan dengan kadar kos yang berpatutan mudah didapati kini. Sama ada kaedah yang digunakan bersifat sementara atau kekal, perancangan keluarga sebenarnya bermanfaat untuk kesihatan ibu dan anak serta memberi kesejahteraan kepada keluarga secara keseluruhannya.
Jika masyarakat dahulu menggunakan kaedah tradisional seperti memakan air rebusan akar kayu atau jamu untuk mengelak hamil, kemunculan pil kontrasepsi dan kondom turut memberi ‘kelegaan’ bagi pasangan yang ingin merancang keluarga. Dan kini dengan hadirnya pelbagai lagi jenis kontrasepsi yang selamat, berkesan, mudah digunakan dan murah menjadikan perancangan keluarga bukan lagi perkara yang sukar.
Antara kaedah terkini yang semakin mendapat perhatian namun belum digunakan secara menyeluruh adalah implanon. “Implanon adalah alat kontrasepsi berbentuk rod kecil yang dipasang hanya di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian tengah lengan atas. Ia boleh menghalang kehamilan sehingga tiga tahun dan tidak memerlukan sebarang tindakan harian,” kata Dr. Hamizah Mohd. Hassan dari Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Menurutnya lagi, implanon adalah kaedah halangan yang sangat berkesan dengan kurang daripada satu peratus kegagalan dilaporkan. Kebanyakan kegagalan yang berlaku adalah disebabkan kedudukan implanon yang tidak tepat. Wanita yang memakai implanon akan subur semula selepas tiga minggu alat tersebut dibuka malah implanon juga tidak mengganggu hubungan seks seperti sesetengah kontrasepsi.
Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel. Ia bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap sepanjang hayatnya. “Implanon sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka,” jelasnya. Kata Dr. Hamizah, implanon juga bertindak dengan cara memekatkan mukus serviks yang mana dengan sendirinya menghalang kemasukan sperma ke dalam tiub fallopian. Dengan ini, gangguan berlaku di bahagian endometrium sekretori yang mana ia menjadi nipis dan tidak membenarkan ovulasi berlaku. Mungkin kedengaran agak menakutkan apabila rod implanon perlu dimasukkan di bawah lapisan kulit menggunakan trokar, namun menurut Dr. Hamizah, kaedah ini paling sesuai memandangkan ia kekal sepanjang pemakaian dan tidak memerlukan penjagaan yang melecehkan. “Kalau dengan cara pil misalnya wanita tersebut mungkin akan terlupa,” katanya.
Namun begitu pemakaian implanon juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti kesan pendarahan atau haid yang tidak dijangka. Menjawab pertanyaan, Dr. Hamizah berkata, ada ketikanya berlaku kesan pendarahan tidak dijangka ketika penggunaan atau selepas tiga hingga empat bulan penggunaan. Katanya, 50 peratus pemakai mungkin tidak mengalami haid atau mengalami sedikit sekali-sekala, 40 peratus mendapat pusingan haid yang normal manakala 10 peratus mengalami pendarahan banyak dan membebankan. Jika perkara ini berlaku, doktor akan menasihatkan supaya implanon ditanggalkan. Implanon juga boleh menyebabkan komplikasi jangkitan setempat sebanyak satu peratus. Kesan-kesan yang biasa adalah berlaku lebam di sekitar kawasan kemasukan. Ada juga komplikasi berlaku ketika implanon ingin ditanggalkan terutama jika rod melebihi sebatang. Masalah-masalah yang biasa dialami ketika menggunakan kontrasepsi lain seperti pening kepala, jerawat dan pertambahan mungkin juga boleh berlaku kepada pemakai implanon. Namun sehingga kini belum ada pengesahan sama ada implanon boleh mengubah risiko seseorang wanita terhadap kanser payu dara.
Siapa yang boleh menggunakan implanon?
Wanita yang mahukan kaedah yang mudah, berkesan, mudah dipasang dan ditanggal, mudah kembali untuk subur, kekal di tempat di mana ia dipasang, tidak perlu melakukan sesuatu terhadap kontrasepsi yang dipakai, tidak memakai sebarang kontrasepsi lain dan alah kepada estrogen sintetik.
Siapa yang tidak boleh menggunakan implanon?
Wanita yang mempunyai tumor thromboembolic disorder progestogen dependent (sama ada sudah mengetahuinya atau disyaki), mempunyai sejarah lalu atau semasa penyakit hepatik yang teruk seperti fungsi hati tidak kembali kepada normal, tumor hati benign atau malignant, carcinoma di dada, sedang hamil atau mengalami pendarahan vagina.
Fakta mengenai implanon:
* berbentuk rod sepanjang 4 sm x 2 mm, mengandungi 68 miligram gonane progestin etonogestrel.
* implanon boleh dikeluarkan pada bila-bila masa namun penggunaannya perlu dihadkan sehingga tiga tahun sahaja.
* mula sekali diperkenalkan di Indonesia pada 1998, kemudian diluluskan penggunaannya di 30 negara lain dan kini telah dipakai oleh lebih 2.5 juta wanita seluruh dunia.
Cara pemakaian:
Anestetik disuntik pada bahagian lengan atas dan kemudian alat trokar seperti jarum digunakan untuk memasukkan rod implanon di bawah lapisan kulit. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit. Hanya doktor berpengalaman dibenarkan melakukan prosedur ini bagi mengurangkan risiko kerosakan saraf atau diletakkan di tempat yang tidak betul yang akhirnya menyebabkan kehamilan yang tidak diingini. Hanya 3.6 peratus pemakai implanon pernah mengalami komplikasi setempat termasuk bengkak, kemerahan, hematoma dan kesakitan.
Mengapa perlu perancang keluarga?
Kata Dr. Hamizah, kaedah perancangan keluarga adalah untuk menjarakkan kehamilan atau mengehadkan bilangan anak sama ada secara sementara atau kekal. “Perlu diingat bahawa kaedah perancangan keluarga bukan bererti tidak mahu anak,” katanya. Menurut Dr. Hamizah, seseorang yang mengamalkan perancangan keluarga adalah bersebab seperti menghidap kanser yang memerlukan rawatan, hamil berisiko, kahwin ketika usia terlalu muda atau usia lewat atau memiliki anak terlalu ramai dengan jarak yang rapat. Jelasnya lagi, fatwa daripada Majlis Fatwa pada 1981 menetapkan bahawa kontrasepsi untuk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang mengharuskannya dan perlulah dilakukan dengan cara tidak kekal atau tidak memandulkan. “Keadaan yang diharuskan adalah isteri terlalu lemah atau sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih menyusu bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu. “Merancang keluarga adalah bersifat sementara, menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus,” katanya menjelaskan mengenai fatwa tersebut.
Jenis-jenis kaedah perancang keluarga:
1. Tradisional - Penggunaan jamu, herba dan ubatan tradisional masyarakat lama.
2. Semulajadi - Mengunakan kaedah masa selamat, suhu badan (masa subur/ tidak subur), mukus serviks (perubahan kepekatan dan warna) dan azal (mencabut zakar sebelum ejakulasi). Peratus kegagalan tinggi kerana sukar menentukan waktu kesuburan yang tepat.
3. Halangan - Penggunaan kondom (lelaki/ wanita), diafram, kap serviks dan spermisid (bunuh sperma). Kegagalan masih boleh berlaku.
4. Hor monal - Pil, suntikan, implanon, tampalan (belum ada di Malaysia) dan gegelang vagina (belum ada di Malaysia). Kesuburan baik pulih selepas kontrasepsi dihenti atau ditanggalkan.
5. Kontrasepsi darurat - Pil mencegah kehamilan selepas satu persetubuhan yang tidak dilindungi. Perlindungan berkesan 72 jam selepas persetubuhan, kurang berkesan selepas itu dan boleh diambil untuk tempoh 120 jam (lima hari).
6. Alat dalam rahim (ADR) - Alat yang dimasukkan dalam rahim dan dibiarkan untuk tempoh tertentu. Diperbuat daripada polietelin dan kuprum. Berkesan antara tiga hingga lima tahun bergantung kepada luas permukaan kuprum. Peratus kegagalan 0.16 kehamilan dalam 100 wanita setahun.
7. Pemandulan - Lelaki (vasektomi- mengikat saluran vas deferens) dan wanita (pembedahan untuk mengikat kedua-dua saluran tiub fallopian).
Menurut Majlis Fatwa pada 1981, memandulkan perempuan atau lelaki adalah haram kerana dianggap kontrasepsi kekal. Namun pengecualian diberi dengan bersebab; wanita itu tidak boleh menggunakan sebarang kaedah lain atas alasan kesihatan yang mana hamil boleh membahayakan nyawanya sendiri. Nasihat doktor kepada mereka yang ingin merancang keluarga? Dapatkan rundingan daripada pakar mengenai kaedah yang bersesuaian. Jangan dengar cadangan orang lain selain doktor kerana tidak semua kaedah sesuai dengan semua orang.
Sumber: Utusan Malaysia
Saturday, August 22, 2009
Bahaya Berdengkur
Tidak ramai tahu bahawa berdengkur, terutama dengkuran kuat, bukan petanda seseorang itu tidur nyenyak, sebaliknya ia satu bentuk gangguan yang menjejaskan kualiti tidur dan rehat seseorang. Dengkuran kuat sebenarnya antara gejala utama apnea tidur (OSA) iaitu keadaan di mana nafas terhenti beberapa saat ketika tidur dan ia gangguan lazim yang dialami lebih tujuh peratus penduduk Malaysia berusia 25 hingga 45 tahun.
Kebanyakan orang gagal mendapatkan diagnosis perubatan bagi gangguan tidur mereka dan individu yang mengalami OSA selalunya memiliki beberapa gejala seperti dengkuran kuat, tersedak ketika tidur dan mengantuk pada siang hari. Ketika tidur, otak mengarahkan otot pernafasan untuk bernafas. OSA terjadi apabila proses ini tidak dapat dijalankan kerana saluran pernafasan terganggu dan menghalang aliran udara.
Dengkuran adalah bunyi yang terhasil apabila saluran pernafasan tersekat ketika tidur. Jika seseorang berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika. Ketika tidur, otot pada lelangit lembut (bahagian tisu lembut pada hujung lelangit yang kelihatan tergantung dan berhampiran dengan tekak, dipanggil uvula), lidah dan kerongkong akan berehat.
Jika tisu dalam kerongkong dalam keadaan terlalu rehat, ia bergetar. Getaran ini menghalang serta menyempitkan laluan udara. Apabila keadaan ini berlaku, tekanan dalam kerongkong menjadi tinggi. Semakin tinggi tekanan, semakin kuat getaran tisu dalam kerongkong dan keadaan ini menyebabkan bunyi dengkur. Dengkuran menjadi lebih kuat jika tekanan dalam saluran pernafasan semakin tinggi.
Untuk mengatasi perkara ini, mulut secara automatik terbuka bagi membolehkan lebih banyak udara masuk. Di Malaysia, 8.8 peratus lelaki dan 5.1 peratus wanita berusia antara 30 hingga 70 tahun mengalami OSA. Ini adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada tahap apnea di negara Asia lain. Kajian terbaru yang dikendalikan Philips di lima pasaran di seluruh dunia mendapati, walaupun OSA dianggap penyakit yang boleh dirawat, hanya satu pertiga daripadanya menganggap berdengkur sebagai masalah peribadi dengan dua pertiga daripada responden menyifatkan berdengkur sebagai masalah kecil yang tidak perlu dibimbangkan.
Kajian itu mengukuhkan keperluan pendidikan mengenai apnea dan lain-lain gangguan tidur yang lazimnya tidak diambil serius di kalangan individu berdengkur kerana OSA sebenarnya masalah serius yang boleh mengancam nyawa. Individu OSA yang tidak mendapatkan rawatan berisiko lebih tinggi mengalami masalah kesihatan serius yang boleh memberi impak negatif kepada produktiviti dan kualiti hidup; selain meningkatkan risiko penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, serangan jantung dan angin ahmar. Menurut Presiden Persatuan Permasalahan Tidur Malaysia yang juga Pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Syed Hassan Ahmad, OSA berbeza dengan dengkuran biasa kerana seseorang itu berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih dalam tidurnya.
Aliran pernafasan yang normal pada waktu tidur adalah 70 hingga 100 peratus tetapi jika OSA berlaku, seseorang itu berhenti bernafas atau hanya bernafas 25 peratus daripada kadar biasa.
“Individu yang alami OSA berdepan risiko dua atau tiga kali lebih tinggi untuk menghidap hipertensi dan risiko serangan jantung berbanding tanpa OSA.
“Di Malaysia peningkatan usia, obesiti, merokok dan penggunaan sedatif dikaitkan dengan masalah berdengkur. Kita berdepan masalah penjagaan kesihatan serius jika tidak menganggap gangguan tidur sebagai sesuatu yang perlu diberi rawatan.
Dalam kes OSA, pesakit sentiasa terjaga seketika daripada tidur untuk menyambung pernafasan yang menyebabkan tidurnya terganggu. “Dalam kes lebih teruk, seseorang mungkin terjaga lebih 30 kali ketika tidur disebabkan OSA berulang-ulang,” katanya ketika kempen Philips mengenai apnea tidur. Bagaimanapun, golongan berisiko mengalami OSA ialah yang memiliki Indeks Jisim Badan (BMI) lebih daripada 28 (dalam kategori gemuk) dan masalah ini lebih banyak terjadi pada lelaki berbanding wanita, dengan kelaziman dua peratus perempuan dan empat peratus lelaki.
Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif Penjagaan Kesihatan Philips Asia Pasifik, Wayne Spittle, turut menyatakan OSA masih boleh diperbaiki apabila seseorang itu menambah baik tidur mereka dan paling penting meningkatkan kualiti hidup. Antara cara memperbaiki kualiti tidur ialah menghentikan tabiat merokok, pengambilan alkohol atau menurunkan berat badan, tetapi jika masalah OSA tetap tidak berkurang, individu berkenaan memerlukan rawatan lain. Sehingga kini rawatan yang ada belum mampu menyembuhkan 100 peratus penyakit ini.
Jika seseorang itu didiagnosis dengan OSA, biasanya ia boleh dirawat dengan berkesan melalui terapi Tekanan Saluran Udara Positif Berterusan (CPAP) iaitu kaedah rawatan yang lebih digemari untuk merawat OSA. Melalui CPAP, tekanan udara menjadi lebih baik berbanding udara di persekitaran yang membolehkan bahagian atas aliran udara terbuka dan menghalang berlakunya OSA dan dengkur, selain membolehkan pesakit OSA bernafas bebas ketika tidur.
Menurut Syed Hassan, secara keseluruhannya pengurangan berat badan dan riadah dapat membantu OSA yang lemah, manakala OSA dalam kategori sederhana hingga serius memerlukan rawatan CPAP. “Terapi CPAP boleh secara dramatik meminimumkan impak OSA. Ia juga menawarkan manfaat tambahan seperti pertambahan tenaga, tekanan darah lebih rendah serta penurunan risiko serangan jantung dan angin ahmar. “Jika memerlukan pembedahan, tisu yang menyekat saluran pernafasan akan dibuang kerana dalam OSA, salur nafas menjadi kecil,” katanya.
Pembedahan untuk masalah gangguan tidur adalah untuk mengeluarkan lebihan tisu hidung dan kerongkong yang mungkin bergetar menyebabkan dengkur atau menghalang bahagian atas saluran pernafasan. Antara pembedahan yang ada ialah Uvulopalatopharyngoplasty (UPPP) dan Maxillomandibular advancement dan Tracheostomy.
Komplikasi OSA
> OSA menyebabkan kualiti tidur kurang baik kerana kekerapan terbangun daripada tidur untuk bernafas
> Pada siang atau awal pagi pesakit mengalami sakit kepala dan tekak kering
> Rasa mengantuk yang bahaya untuk pemanduan
> Lelaki mengalami OSA kurang subur
> Penyakit kardiovaskular
Simptom OSA
> Kerap berdengkur (50 peratus pesakit OSA berdengkur)
> Pening apabila bangun pagi
> Mengantuk pada waktu siang kerana kerap terbangun malam
> Kurang ingatan
> Kurang fokus
> Mudah alami kemalangan
> Tekak kering
> Produktiviti rendah
Sumber: www.hmetro.com.my
Kualiti Tidur
Oleh itu, bukan jumlah jam tidur yang menentukan panjang atau pendek umur seseorang, mudah atau sukar diserang penyakit.
Kesan Berbahaya Minuman Bergas
Setiap penggunaan 12 auns terdapat 150 kalori atau 10 camca teh gula, kesemuanya adalah kalori yang tidak berguna untuk badan. Tetapi ia boleh menyebabkan seseorang menjadi sangat gemuk. Selain itu, anda boleh mendapatkan sirosis hati kerana minuman bergas ini. Kebanyakan minuman bergas mempunyai keasidan yang tinggi, ia boleh menghakis lapisan gaster anda sepanjang masa dan membawa kepada kesakitan dan senak. Fosforus dalam minuman juga merosakkan perut.
Minuman ini memakan jumlah oksigen utama dalam badan anda. Lama-kelamaan ini boleh menyebabkan atau membantu penyakit kanser. Minuman bergas juga merosotkan tetulang dan menjadikan lemah, cenderung membuat tulang anda retak dan osteoporosis. Selain itu, terdapat kandungan kafein dalam minuman yang boleh menyebabkan insomnia dan kekacauan psikologikal. Minuman ini juga merosakkan gigi anda. Rekaan pengiklan-pengiklan membuat minuman bergas melihat begitu baik, tetapi sebenarnya adalah membawa keburukan untuk badan manusia.
Sumber: http://my.lifeinitaly.com
Thursday, August 20, 2009
Mengubati Cagu
Angin Ahmar
Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.
Bagaimana Tekanan Darah Diukur?
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Tekanan Darah berubah-ubah
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Apakah dia tekanan darah tinggi?
Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar Tekanan darah optima iaitu 130 / 80 mmHg.
Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.
Akibat tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi secara berkekalan boleh mendatangkan komplikasi seperti berikut
* serangan jantung
* angin ahmar
* kegagalan jantung
* kerosakan buah pinggang
Memastikan tekanan darah optima
* memeriksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda
* tidak merokok - narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda
* kurangkan pengambilan garam - garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi
* kurangkan lemak - lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang
* kekalkan berat badan unggul
* bersenam secara berkala
* elakkan pengambilan alkohol
Sakit Kepala
Migrain, sakit kepala paling kerap dialami seseorang. Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya.
PUNCA-PUNCA SAKIT KEPALA
Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.
Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.
Kecederaan kepala
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.
Inflamasi salur darah di kepala dan otak
Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.
Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.
PANDUAN UNTUK MEREDAKAN SERANGAN SAKIT KEPALA
* Berehat seketika dengan berbaring.
* Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam
* Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.
* Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.
* Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.
* Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.
* Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.
Monday, August 17, 2009
Tip Kesihatan..
________________________________________
Biji ranti (yg besar) adalah ubat mujarab bagi penyakit darah tinggi.
________________________________________
Berpuasa dapat menguatkan daya ingatan.
________________________________________
Migrain ialah sakit kepala yang dihidapi jika seseorang itu sering memikirkan persoalan persoalan yang tidak dapat diselesaikan, seperti kenapa dunia ini bulat, kenapa nasib saya begini dan sebagainya. Cara mengatasi migrain ialah dengan belajar bersikap redha dengan apa yang ada.
________________________________________
Anda runsing ...? Ubatnya ialah solat cukup 5 waktu.
________________________________________
Jika anda makan satay....jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.
________________________________________
Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
________________________________________
Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana.Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore".
________________________________________
Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo 5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.
________________________________________
Kepada penggemar makanan jenis mee sege ra (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor.Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.Doktor juga memb eritahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill!
________________________________________
Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila & gt; plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.
________________________________________
Seorang anak saudara kepada kawan saya, pelajar perempuan berumur 18 tahun telah mengalami Cancer Ovari. Penyakit ini tidak menunjukkan apa-apa simpton langsung, hinggalah apabila sampai ke peringkat 80 %. Pada peringkat ini, usaha boleh dikatakan tiada lagi. Pesakit akan muntah-muntah darah. Anak saudara kawan saya itu, meninggal sebulan selepas muntah pertama kali. Oleh itu dicadangkan kepada anak-anak perempuan selepas datang haid pertama supaya membuat pemeriksaan doktor untuk mengesan samada penyakit ini anda hidapi.
________________________________________
Ubat kencing manis - Rebus putik buah duku atau kulit duku dan minum airnya (Rasanya sangat pahit). InsyaAllah sangat mujarab.
________________________________________
Kawan saya kata Ellgy Plus baik untuk rawatan atas kesan kencing manis, contohnya kulit yang berair.
________________________________________
Meminum air kosong adalah sangat baik untuk kesihatan secara amnya.
________________________________________
Ubat kencing manis - rebus daun sireh dan minum airnya.
Sumber: http://www.ismail.com.my
Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati
Di zaman moden ini kita menghadapi cabaran kesihatan yang agak berat, susah untuk kita menjauhkan diri dari memakan makanan segera yang boleh membahayakan kesihatan kita. Makanan tersebut mengandungi bahan pengawet yang boleh menyebabkan penyakit seperti kanser. Kita juga selalu
makan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk mengoreng diguna berulang-ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk kesihatan.
Kita juga memakan daging dan ayam yang disuntik dengan hormon dan antibiotik. Hormon dan antibiotik ini akan berpindah ke badan kita. Bagaimana dengan sayur-sayuran dan buah-buahan? Buah-buahan dipetik sebelum masak dan dirawat menggunakan gas dan radiasi. Sayuran-sayuran disembur dengan racun serangga. Bahan-bahan kimia ini tidak akan hilang walau pun kita membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan. Ini semua membahayakan kesihatan. Tidak hairanlah kalau di zaman ini ramai orang yang mengidap kanser dan lain-lain penyakit kronik.
Bagimana pula dengan air yang kita minum? Adakah ia benar-benar bersih? Kalau anda mengambil air dari paip air di dapur anda dan mengujinya, anda mungkin tidak sanggup meminumnya.
Untuk menjaga kesihatan, kita seharusnya menjauhkan diri dari perkara yang dinyatakan di atas. Kurangkan memakan makanan segera, makan daging atau ayam kampung, makan sayur-sayuran hidrofonik dan buah-buah tempatan seperti manggis, rambutan dsb (yang bebas dari gas & radiasi).
Menurut pakar pemakanan bertauliah, untuk perlindungan dari penyakit, kita perlu mengambil makanan kesihatan atau suplemen seperti vitamin, mineral, serat dan asid amino. Vitamin A, C dan E kaya dengan antioksidan yang mampu menghapuskan "radikal bebas", ia-itu molekul tidak stabil yang terhasil dari proses dalam badan kita. Dalam tubuh kita terdapat beribu billion molekul yang membentuk sel, sel membentuk tisu, tisu membentuk organ. "Radikal bebas" merosakkan molekul, dan seterusnya sel akan rosak (termasuk sel sitem imun), selepas itu tisu dan lama kelamaan akan merosakkan organ kita.
Cegahlah penyakit sebelum terlambat.
Manfaat Minyak Ikan Untuk Kesihatan
Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA, ia-itu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ianya boleh didapati dengan banyaknya di dalam ikan air sejuk berlemak tinggi seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, jerung, sardin dan ikan todak. Apa manfaat kesihatan yang boleh kita perolehi dari minyak ikan? Baca seterusnya:
Tanpa asid lemak dalam makanan harian kita, kita mengambil satu langkah ke arah kematian. Asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita terbahagi kepada dua: Omega-6 EFAs and Omega-3 EFAS. Omega-6 boleh diperolehi dari minyak sayuran dan Omega-3 dari minyak ikan dan beberapa minyak lain.
Para saintis dan doktor berpendapat bahawa peningkatan kes sakit jantung, hipertensi, darah tinggi, obesiti, kencing manis, penuaan dan kanser jenis tertentu adalah disebabkan pengambilan Omega-3 dan Omega-6 yang tidak seimbang.
EPA dan DHA, juga dapat membantu dalam pencegahan aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Permakanan tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis reumatoid, kencing manis, penyakit Raynaud dan kolitis ulseratif.
Banyak lagi penyakit dan keadaan yang dapat diatasi dengan pengambilan minyak ikan. Apa pun jika diambil secara berlebihan mungkin akan membawa kemudharatan tetapi sekiranya tidak diambil langsung, seperti asid lemak, juga boleh membawa kemudharatan. Bertanyalah kepada pakar permakanan, berapa banyak ikan yang perlu anda makan sesuai dengan umur dan keadaan kesihatan anda.
Bagi mereka yang tidak suka memakan ikan, dapatkan permakanan tambahan minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 dari farmasi, kedai makanan kesihatan atau pengusaha jualan langsung (yang berdaftar).
Ubat Bukan Halangan Berpuasa
Seperti mana yang telah dimaklumkan pihak berwajib, antara mereka yang paling berisiko mengalami komplikasi akibat H1N1 adalah pesakit yang menghidap penyakit kronik. Pesakit sebegini bukan sahaja bergantung hidup kepada ubat, kesan penyakit dan pengambilan ubat itu sendiri telah meninggalkan kesan sehingga pertahanan badan menjadi lemah. Penyakit kronik juga kini semakin mengatasi kehadiran penyakit berjangkit memandangkan kesan berpanjangan dan berterusan penyakit-penyakit berkenaan.
Ruji ubat
Bagi kebanyakan pesakit kronik, ubat boleh dikatakan antara makanan ruji bagi mereka, yang perlu diambil sepanjang masa, mengikut keperluan dan tahap kesihatan masing-masing. Pergantungan kepada ubat bukan sahaja telah merantai pesakit kepada satu cara kehidupan khusus, mereka juga menghadapi kesukaran melakukan perkara biasa yang dianggap remeh oleh individu yang sihat dan kuat. Ubat yang diambil juga kadangkala meninggalkan kesan negatif ke atas badan tetapi tetap perlu diambil bagi mengawal masalah kesihatan yang dihadapi. Dalam situasi pergantungan kepada ubat, amalan wajib seperti berpuasa di bulan Ramadan juga menghadapi kesukaran.
Menahan dari lapar dan dahaga antara 10 hingga 13 jam selama 30 hari tidak begitu mudah bagi mereka yang bergantung kepada pengambilan ubat untuk mengawal paras gula darah, tekanan darah, kesakitan kronik mahupun masalah sistem penghadaman.
Sehinggakan ada yang dinasihatkan, mahupun dilarang berpuasa sama sekali!
"Terdapat beberapa kumpulan utama pesakit yang tidak digalakkan atau tidak boleh berpuasa. Yang paling biasa dihebahkan adalah pesakit gastritis (gastrik) yang teruk dan penghidap penyakit kronik yang tidak terkawal. "Bagaimanapun, pesakit yang perlu mengambil ubat pada masa atau situasi khusus juga tidak terke cuali. Puasa juga tidak digalakkan bagi pesakit yang mungkin membahayakan diri akibat kekurangan air atau nutrien," jelas Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC). Menurut beliau, pesakit gastrik yang teruk mungkin tidak mampu berpuasa walaupun cuma untuk beberapa jam.
Penghidap penyakit kronik tidak terkawal pula biasanya melibatkan diabetes atau tekanan darah tinggi (hipertensi) yang teruk.
"Penghidap diabetes yang mengambil insulin menjadi contoh pengguna ubat pada masa yang khusus. "Ini kerana pengambilan insulin kebiasaannya perlu diikuti dengan pengambilan makanan supaya kandungan gula dalam darah tidak terlalu rendah," katanya. Tambah Dr. Abdul Malik, selain tiga kumpulan tersebut, pesakit yang menghadapi risiko bahaya ke atas kesihatan diri dan nyawa juga perlu menimbangkan pilihan berpuasa atau tidak. "Sebagai contoh, pesakit yang muntah dan cirit kehilangan banyak air. Pesakit yang dijangkiti denggi dan mereka yang demam juga memerlukan air secukupnya. "Oleh itu, mereka tidak digalakkan berpuasa sehinggalah penyakit tersebut tidak lagi membahayakan nyawa," tegasnya.
Puasa ubat
Dr. Abdul Malik menerangkan bahawa pengambilan ubat di kalangan pesakit kini lebih ringkas dan mudah berbanding beberapa tahun sebelumnya. "Kebanyakan syarikat farmasi kini cuba mengurangkan bilangan ubat yang perlu diambil pesakit setiap hari.
"Langkah ini bukan sahaja untuk meringkaskan dan memudahkan pesakit mengambil ubat, malahan dapat meningkatkan kepatuhan pesakit kepada jadual rawatan dan dos ubat yang diperlukan." Beliau menjelaskan pesakit yang hanya perlu mengambil ubat sekali atau dua kali sehari juga kurang menghadapi masalah untuk berpuasa. "Golongan ini boleh mengalihkan pengambilan ubat di waktu pagi, ketika sahur, dan malam, ketika berbuka," katanya. Sementara itu, penghidap penyakit kronik yang dapat mengawal perkembangan penyakit tersebut juga kini mampu berpuasa. Dr. Abdul Malik menyatakan pesakit diabetes yang terkawal kini boleh mengalihkan waktu pengambilan ubat mereka ke waktu sahur dan berbuka. "Kebiasaannya pesakit diabetes mengambil dua dos ubat setiap hari, dos besar pada waktu pagi dan dos rendah pada petang atau malam. "Ketika puasa, pengambilan dos ini boleh diterbalikkan, dos rendah ketika sahur dan dos besar selepas berbuka," ujarnya. Beliau menjelaskan dos rendah lebih sesuai ketika sahur memandangkan tidak banyak makanan diambil untuk bersahur. Dos besar pula lebih sesuai ketika berbuka memandangkan kelaziman pengambilan jumlah makanan yang lebih banyak, terutamanya yang manis, ketika berbuka puasa.
Perkembangan semasa juga memungkinkan pesakit diabetes yang bergantung kepada insulin untuk menyesuaikan pengambilannya pada waktu sahur dan berbuka.
Dari segi pengambilan antibiotik pula, Dr. Abdul Malik memaklumkan bahawa hanya tinggal satu atau dua jenis antibiotik yang perlu diambil sehingga empat kali sehari.
"Kebanyakan antibiotik baru hanya memerlukan pengambilan satu atau dua kali sehari, dengan tumpuan kepada pesakit mematuhi arahan pengambilan ubat."
Kesan puasa
"Bila bulan puasa (Ramadan) tiba, (kawalan) gula saya memang cantik." Itu menjadi antara ayat lazim pesakit yang dimaklumkan kepada Dr. Abdul Malik. Beliau mengakui paras gula pesakit diabetes biasanya lebih mudah terkawal di bulan puasa (Ramadan), terutamanya jika mereka tidak melahap makanan yang manis dan tinggi karbohidrat ketika berbuka. "Kekurangan jumlah dan waktu makan turut mengurangkan pergantungan kepada ubat untuk mengawal paras gula pesakit. "Bagaimanapun, pesakit diabetes perlu berhati-hati ketika berbuka memandangkan menjadi satu kebiasaan pengambilan banyak makanan manis ketika berbuka," tegasnya. Pelbagai pilihan makanan di bazar Ramadan mungkin akan merambangkan mata. Banyak kuih yang dijual sama ada manis atau tinggi kandungan karbohidrat. Amalan pemakanan tempatan bagaimanapun menunjukkan kuih yang manis ini menjadi antara hidangan wajib ketika berbuka. Dr. Abdul Malik menekankan bahaya jika pesakit diabetes mengambil terlalu banyak makan manis ketika berbuka puasa. "Walaupun pesakit diabetes boleh mengambil ubat selepas berbuka, adalah lebih baik jika mereka mengambil makanan secara sederhana.
"Amalkan mengambil makanan dalam jumlah kecil, sekadar untuk merasa, dan kalau boleh elakkanlah makanan yang boleh meningkatkan paras gula dalam darah." Beliau turut menggalakkan pengambilan roti atau nasi bersama sayur segar, di samping buah-buahan segar bagi memastikan tahap kesihatan pesakit terjaga. "Bersahur amatlah digalakkan untuk penghidap penyakit kronik. Jika tidak berselera, cukuplah dengan memakan sedikit roti bersama ubat. "Jika bangun cuma untuk makan ubat sahaja juga boleh. Bagaimanapun, pastikan makan sedikit jika mengambil ubat untuk diabetes atau ubat tahan sakit (memberi kesan kepada perut)," katanya. Selain ubat dan menjaga pemakanan, pesakit juga boleh mengamalkan sedikit senaman ringkas. "Senaman boleh dilakukan sebelum atau ketika hampir waktu berbuka, senaman ringan seperti aerobik ataupun berjalan. "Senaman juga boleh dilakukan selepas waktu berbuka, iaitu di waktu malam. Pesakit bagaimanapun tidak digalak melakukan senaman berat kerana dikhuatiri kehilangan banyak air, sehingga menjejaskan badan!"
Patuhi arahan
Walaupun puasa bagi penghidap penyakit kronik bukan semudah untuk individu sihat, perkembangan perubatan kini membolehkan pesakit berpuasa tanpa masalah besar.
Bagaimanapun, Dr. Abdul Malik mengingatkan pesakit supaya tidak mengabaikan pengambilan ubat di bulan puasa. "Jika terlupa mengambil ubat di waktu berbuka, tidak membawa masalah besar (banyak masa sehingga sahur). "Tetapi, jika tertinggal ubat di waktu sahur, mungkin ada sedikit masalah (perlu tunggu sehingga waktu berbuka)."
Walaupun kesan terhadap diri pesakit hanya jelas selepas beberapa kali atau beberapa hari tidak mengambil ubat, pesakit tidak sepatutnya terus menerus 'terlupa' pengambilan ubat. "Pesakit masih boleh berpuasa jika terlupa mengambil ubat sekali, tapi jangan dibuat selalu, jangan jadikan amalan," tegasnya. Beliau turut menyarankan pesakit yang menghidap gastrik, pada hari biasa atau ketika Ramadan, untuk berjumpa doktor bagi memastikan tiada masalah besar dalam sistem penghadaman. Jadual pengambilan ubat di bulan puasa juga tidak boleh dibuat sesuka hati. Dr. Abdul Malik menegaskan setiap pesakit perlu mendapatkan pandangan dan nasihat doktor pakar terlebih dahulu sebelum mengatur semula masa dan cara pengambilan ubat untuk berpuasa.
"Sebaik-baiknya, jumpa doktor dahulu untuk bertanya bagaimana mengubah cara pengambilan ubat semasa bulan puasa, mengikut keperluan individu pesakit dan penyakit yang dihadapi."
Perubahan rawatan ketika bulan puasa bukan sahaja melibatkan peralihan waktu mengambil ubat, malahan mungkin melibatkan penukaran jenis ubat. Doktor mungkin akan memberikan ubat yang tidak perlu diambil dengan kerap, bersesuaian dengan situasi ketika berpuasa.
Tidak kira dari segi pengambilan ubat, pemakanan dan senaman, tujuan utama adalah untuk pesakit terus mengawal situasi kesihatan mereka, di bulan Ramadan atau hari-hari biasa. Sebarang perubahan negatif bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan dan ketahanan badan, malahan akan mendedahkan pesakit kepada risiko penyakit lain seperti selesema babi. Ingat, virus H1N1 dan banyak kuman lain lebih mudah menjangkiti dan juga menyebabkan komplikasi di kalangan penghidap penyakit kronik yang mengabaikan kesihatan mereka. Oleh itu, sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab terhadap rawatan serta tahap kesihatan diri. Jadikanlah amalan berpuasa satu cara menguat dan memulihkan badan, tanpa mengabaikan sebarang bentuk rawatan dan perlindungan diri, terhadap sebarang ancaman jangkitan dan penyakit lain.
Sumber: www.utusan.com.my
Friday, August 14, 2009
Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?
Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.
Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.
Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.
Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.
Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.
Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan
elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.
Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.
Some Tips To Prevent A H1N1
Dr Palaniappan said his 33 years of research had shown that high acidity in the body resulted in loss of immunity, thus making people more susceptible to viral diseases like Influenza A (H1N1).
Hence, to prevent acidity, it was essential to consume alkaline food and drinks that could neutralise excess acid in the body.
Dr Palaniappan recommends coconut water, which is alkaline, and therefore could be used as a herbal medicine for the prevention of H1N1.
For example, he said, those who felt feverish and developed a burning sensation while attending to a call of nature because of extreme acidity, could neutralise it by drinking coconut water, twice a day, for three days.
He also recommended orange, lemon and pomelo which, despite containing citric acid, were very rich in potassium and therefore, would not disturb the body's immunity.
According to Dr Palaniappan, excessive physical activity like running a marathon should be avoided as it produced acid due to excessive metabolic activity.
Similarly, he said, keeping late nights without adequate sleep and working without proper rest could also increase the body's acidity which in turn, lowered immunity and made the body vulnerable to viral attacks.
Dr Palaniappan' s blog: http://ecohealingsy stem.blogspot. com/ discusses the therapy in more detail.
Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat
Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula. Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.
Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari pengubatan. Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.
Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?
Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi
melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah
kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai).Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.
Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau terkurang tindakbalas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit. Sebagai contoh,
terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1,
artritis reumatoid, slerosis berganda dan lupus. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser, HIV,
hepatitis dan kayap. Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis, lelah, ekzema dan sinusitis. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi.
Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang? Renungkan fakta berikut:
- Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah wujud sebelum 1940.
- Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut terhenti.
- Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.
- Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu.
- Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.
- Udara dan sumber air juga turut tercemar.
Thursday, August 13, 2009
Berhenti Merokok
10 Tips Meningkatkan Keupayaan Minda Anda
1) Bersenam
Tubuh yang sihat biasanya menunjukkan minda yang sihat. Kajian saintis menunjukkan bersenam membantu otak menghasilkan sel-sel yang baru dan senaman juga menstimulasikan otak pada bahagian yang di kaitkan dengan memori dan juga pembelajaran. Rajin-rajinlah bersenam sekurang-kurang 3 kali seminggu.
2) Sentiasa mempelajari benda yang baru
Kebanyakkan dari kita biasanya akan berhenti belajar apabila telah mencapai peringkat degree atau master ataupun PhD. Akan tetapi kalau kita terus belajar maka keupayaan minda akan terus berkembang. Bagaimanakah caranya untuk mencabar minda? Diantaranya ialah dengan mempelajari alat-alat musik, hobi baru (seperti melukis, menunggang basikal, mendaki bukit dll), mempelajari bahasa asing ataupun belajar memasak… kata kuncinya ialah mempelajari benda-benda baru
3) Stimulasi minda
Dalam ertikata lain mencabar minda dengan aktiviti atau permainan seperti soduku, crossword dan sebagainya.
4) Interaksi sosial
Ianya bermaksud mencari kawan baru dan berhubung dengan kawan-kawan. Apabila kita berinteraksi dengan kawan-kawan secara tidak langsung minda akan semakin aktif apabila kita berborak-borak mengenai isu semasa dan juga benda-benda baru.
5) Tidur dan tidur-tidur ayam
Tidur memainkan peranan penting di dalam mempertingkatkan keupayaan minda. Semasa kita tidur sel-sel neuron baru otak akan dihasilkan dan sel-sel neuron otak yang rosak juga di perbaiki. Kalau tak cukup tidur boleh mengakibatkan sel-sel neuron otak tidak sempat di perbaiki dan menyebabkan otak berfungsi tidak dengan sepenuhnya pada kesokan harinya. Kajian saintis juga menunjukkan tidur selama 1 jam pada waktu petang juga boleh meningkatkan daya ingatan…
6) Atasi stres
Kurangkan stres anda, walaupun sukar nak mengelakkan stres di dalam kehidupan sehari-hari… Di antara cara-caranya ialah denga berfikiran positif, bersenam, meditasi atau pergi berurut pun boleh… Yang pentingnya anda dapat menangani stres dengan baik di dalam kehidupan anda sehari-hari.
7) Ketawa dan lawak jenaka
Pepatah inggeris ada mengatakan “Laughter is the best medicine!”… Dengan bergelak ketawa boleh menghilangkan stress dengan mudahnya. Kajian juga menunjukkan ianya boleh meningkatkan daya ingatan.
8)Sarapan
Ini adalah sangat penting. Banyak kajian menunjukkan mereka yang bersarapan yang bersarapan menunjukkan peningkatan di dalam konsentrasi, pembelajaran, mood dan dan juga memori dan sebaliknya berlaku pada mereka yang tidak bersarapan.
9) Pemakanan
Antara makanan yang bagus untuk otak ialah Omega 3 (ikan tuna dan salmon antara makan yang mempunyai kadar Omega 3 yang tinggi) dan tidak lupa juga sayur-sayuran hijau yang mempunyai banyak khasiat untuk minda dan tubuh fizikal. Di dalam rawatan menggunakan warna juga menunjukkan hijau ialah warna yang boleh mencuci aura anda!
10) Lain dari yang lain…
Maksud saya dengan lain dari yang lain ini ialah mengubah cara kita menjalani hidup kita sehari-hari. Contoh mudah kalau pergi kerja, ubah jalan yang dilalui setiap hari dan membeli belah ditempat lain dari yang selalu kita pergi. Kajian menunjukkan dengan adanya perubahan kecil yang kita buat sehari-hari boleh menstimulasikan bahagian otak yang kita tidak gunakan….
Demikian sedikit sepuluh tips yang boleh dikatakan agak mudah dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Semoga bermanfaat untuk semua dan kalau ada siapa-siapa nak menambah.. silakan
Sumber: www.shafril.com
Asma Tiada Ubat, Perlu Dicegah
Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.
Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok. Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru. Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.
Asma pada kanak-kanak
Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma. Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanakkanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa. Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun. Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.
Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya. Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.
Perubatan
Sedutan (Inhaler)
Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yarig kerap terjadi. Antaranya ialah Becotide, Pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori. Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami.
Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma.
Ubat sedutan ini antara lain:
1. Selamat dan cepat memberi kesan.
2. Ubatnya berkesan selama empat jam.
3. Boleh diambil selalu dan apabila diperlukan.
4. Ulang setiap dua atau tiga jam
5. Boleh digunakan sebelum bersenam.
6. Tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk.
Perbezaan antara penyedut dan ubat tablet (makan)
Ubat penyedut memberi kesan yang lebih cepat berbanding ubat makan yang hanya akan berkesan setelah setengah jam mengambilnya. Penyedut pula mempunyai dos yang lebih rendah dan kesan sampingan kurang berbanding ubat yang dimakan.
Alahan asma
1. Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.
2. Alat solek dan kelengkapan dandanan diri.
3. Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga.
4. Pewarna makanan.
5. Asap dan debu.
6. Debu/kutu rumah (house mite).
7. Senaman berlebihan.
8. Tekanan.
9. Jangkitan seperti vlrus dan selsema.
10. Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap.
11. Genetik.
Apa patut anda buat jika diserang asma.
Sebaik sahaja serangan bermula, ambil ubat sedutan. Tunggu hingga 15 20 minit dan ulang jika ia tidak berkesan. Ubat yang dimakan akan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk menunjukkan kesan. Jika anda merasakan kesan ubat, ulangi mengambilnya pada masa yang disyorkan. Jika ubat yang diambil tidak berkesan, cepat-cepat berjumpa doktor. Bagaimanapun, ubat-ubatan yang dicadangkan itu boleh meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit seperti terlalu mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh, kesukaran hendak tidur dan letih. Jika ubat yang diambil meninggalkan kesan sampingan dan menjejas kehidupan seharian, anda dinasihatkcm supaya segera berjumpa doktor. Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada doktor atau pakar farmasi kerana pengambilan ubat-ubatan tanpa mengikut dos boleh menjejaskan keberkesanan ubat itu. Sebaik-baiknya ambil ubat terakhir anda sebelum masuk tidur kerana serangan asma lebih kerap berlaku pada sebelah malam.
Selepas mengambil ubat, anda perlu berkumur-kumur, terutama jika anda diberi ubat jenis sedutan. Amalan ini penting untuk mengelakkan mulut dan tekak anda menjadi kering. Pesakit juga harus ingat, selain rawatan ubat-ubatan, mereka perlu berusaha mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan serangan asma.
Peringatan :
1. Ambil ubat seperti dicadangkan doktor dan jangan berhenti hingga dinasihat oleh doktor.
2. Jangan tunggu hingga janji temu yang seterusnya jika serangan asma anda semakin meruncing.
3. Bawa ubat anda ke mana-mana anda pergi terutama penyedut/inhaler.
4. Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan orang yang menghisap rokok.
5. Senaman baik untuk kesihatan (ketika anda tidak mendapat serangan asma) tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
6. Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma
7. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasa bawa nota (untuk ubat) daripada doktor anda.
Sumber: JELITA, JULAI 1997, M/S 170 -171
Penyakit Asma
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
Asma di kalangan kanak-kanak
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.
Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.
Patologi
Ø Pengaktifan sel mast oleh alergen menyebabkan penghasilan sejumlah besar histamina dan IgE
Ø Pencerobohan hingus (mukos) bronkus (lapisan laluan udara) oleh limfosit
Ø Oedema membengkak di bronkial mukosa
Ø Otot licin bronkiol menjadi tebal
Ø Peningkatan eosinophil granulokit
Ø Tersumbat hingus
Ø Pengubahsuaian (herotan) laluan udara
Patogenesis
Masalah utama kelihatannya sistem pertahanan immunologikal: kanak-kanak pada awal asma menunjukkan keradangan melampau di laluan udara. Epidemiologi memberikan bukti kepada patogenesis: serangan asma menunjukkan peningkatan seluruh dunia; asma lebih biasa di negara kaya, dan lebih tinggi dikalangan mereka yang berpendapatan tinggi di dalam sesebuah negara.
Satu teori adalah ia merupakan penyakit kebersihan. Secara semulajadi, kanak-kanak terdedah kepada bakteria sebaik sahaja dilahirkan, "menghidupkan" sel limfosit Th1 sistem imunisasi yang mengendalikan serangan jangkitan bakteria. Jika perangsang tidak mencukupi (sebagaimana, kemungkinannya dalam persekitaran bersih moden) kemudian asma dan penyakit alahan lain terbentuk. "Hipotesis Kebersihan - Hygiene Hypothesis" mungkin menjelaskan mengenai peningkatan asma dikalangan penduduk kaya.
Teori lain yang berkait dengan di atas mengenai sistem imunisasi badan yang mempertahankan diri daripada sesetengah parasit, seperti cacing pita. Limfosit Th2 dan sel eosinophil yang membantu kita dari cacing merupakan sel yang sama bertanggung jawab bagi tindakbalas alahan. Di negara barat parasit sebegini jarang dijumpai tetapi tindak balas pertahanan badan kekal dan dimulakan dalam badan sesetengan orang oleh sesetengah alahan.
Teori ketiga menyalahkan peningkatan asma ke atas pencemaran udara. Sungguhpun diketahui secara meluas bahawa pendedahan tinggi pada sesetengah bahan kimia industri mampu menyebabkan serangan asma teruk, ia tidak terbukti bahawa proses yang sama bertanggung jawab bagi pembentukan asma. Di Eropah Barah, kebanyakan pencemaran udara menurun dengan jelas dalam tempoh empat puluh tahun sedangkan kes asma meningkat.
Pencetus biasa serangan asma termasuk:
Ø alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
Ø udara sejuk
Ø senaman
Ø jangkitan sistem pernafasan
Ø tekanan emosi
Ø aspirin dan ubat seumpamanya
Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.
Gejala
Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadang kala dengan kehadiran lendir jernih (clear sputum). Kebiasaannya ada pelbagai tanda, seringkali dengan permulaan pantas, dan berkaitan dengan pencetus yang disenarai di atas. Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas. Asma kadang kala berkait dengan masalah ketidakhadaman asid (acid indigestion), terutama dengan pesakit berusia.
Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas sternum & klavikel, dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (rhonkhi). Dalam serangan asma teruk pesakit mungkin menjadi biru (cyanosed) dan boleh pengsan. Antara serangan asma pesakin mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.
Diagnosis
Dalam kebanyakan kes doktor boleh membuat diagnosa berasaskan gejala dan tanda-tanda biasa. Pertukaran pantas biasa dalam halangan saluran udara boleh dipastikan dengan penurunan fungsi jantung (pulmonari) selepas bersenam atau menghidu histamina, dan kelegaan setelah menghidu ubat bronkodilator. Kebanyakan orang dengan asma mempunyai alahan; ujian alahan positif menyokong diagnosa asma dan mungkin membantu mengelakkan punca serangan. Ujian lain sebagai contoh x-ray dada mungkin diperlukan untuk memastikan penyakit dada yang lain.
Rawatan
Symptomatic
Episodes of wheeze and shortness of breath generally respond to inhaled bronchodilators which work by relaxing the smooth muscle in the walls of the bronchi (airways). More severe episodes may need short courses of oral steroids which suppress inflammation and reduce the swelling of the lining of the airway.
Ø Inhaled bronchodilators
*Short-acting selective beta2-adrenoceptor agonists (ex. albuterol (salbutamol), terbutaline)
*Antimuscarinics (ex. ipratropium, oxitropium)
Ø Systemic steroids (ex. prednisone, prednisolone, dexamethasone)
Ø Oxygen to alleviate the hypoxia (but not the asma per se) that is the result of extreme asma attacks.
Ø If Acid indigestion (GERD) is part of the attack, it is necessary to treat it as well or it will restart the inflammatory process.
Langkah mengelak
Punca seperti haiwan peliharaan dan aspirin perlu dipastikan dan dielakkan. Mereka yang mempunyai simptom asma sepanjang hari biasanya berasa lega dengan ubat penghalang berterusan. Ubat penghalang yang paling berkesan adalah steroid yang dihidu.
Ø Penghidu (inhaler ) kortikosteroid (contohnya flutikasone, budesonide, beclomethasone, mometasone)
Ø Leukotriene antagonis (contohnya montelukast sodium, zafirlukast)
Ø Agonist beta2-adrenoseptor tahan lama (contohnya salmeterol, formoterol)
Ø Penstabil sel Mast (contohnya kromolyn sodium (sodium kromoglykate), nedokromil)
Ambil ubat seperti yang dicadangkan oleh doktor. Jika serangan asma semakin teruk, jangan tunggu sehingga janji temu seterusnya. Bawa ubat ke mana-mana saja anda pergi. Elakkan daripada menghisap rokok atau berada berdekatan dengan orang yang menghisap rokok. Ambil ubat sebelum anda ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasalah membawa senarai ubat daripada doktor anda.
Sumber: wikipedia.org
Artikel Yang Sering Dibaca Pelawat KEKAL SIHAT:
-
Pengenalan Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bag...
-
JIKA sakit tengkuk anda berlarutan melebihi enam bulan, anda mungkin mengalami sakit tengkuk yang kronik. Awas, jangka masa yang panjang ini...
-
Apa yang anda perlu tahu!!! Adalah penting bagi anda untuk mengetahui cara mengukur denyutan jantung anda. Ini adalah kerana ia dapat menol...
-
Diet kesihatan - setiap orang seharusnya berusaha mengamalkan diet yang mengandungi keseimbangan buahan-buahan, sayuran,karbohidrat, protei...
-
Pengenalan Ubat tidur merupakan kategori ubat sedatif yang bertindak pada sistem saraf pusat dan menolong mengatasi masalah kesukaran untu...
-
Walaupun cuaca di negara sememangnya tidak bersalji, tetapi menikmati teh halia yang panas dan beraroma tatkala hujan lebat sememangnya dapa...
-
PERBINCANGAN mengenai bahagian ‘sulit’ baik pada lelaki atau wanita dianggap sensitif dan memalukan. Malah bagi sesetengah wanita, untuk men...
-
Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit ke...
-
Senak perut merupakan segala gangguan yang tidak selesa di dalam perut. Ia ditakrifkan secara amnya sebagai sakit perut yang berpanjangan da...
-
Facial wrinkles seem to be getting more attention from people nowadays. The early signs of aging are becoming worse even to young individual...