Jual Balik:

Kit Biasiswa:

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Rahsia Anak Pintar:

Rahsia Anak Soleh:

Jimat elektrik:

mmm

Belajar Bahasa Inggeris:

Nak Berhenti Merokok?

Pertolongan Cemas:

Perfect Slim Diet:

Saturday, November 28, 2009

Cirit Birit

Cirit-birit Yang Diakibatkan Oleh Makanan

Individu yang boleh mengalami cirit-birit jika tidak biasa memakan makanan yang tertentu atau makanan tersebut tidak sesuai bagi perutnya. Antara punca cirit-birit ialah alahan makanan yang sangat berlemak atau pedas ataupun makanan yang banyak fiber atau berserat serta penuh dengan bijirin. Bayi juga kadangkala mengalami masalah cirit-birit kerana tidak sesuai dengan susu berformula yang diberikan. Jika cirit-birit berlaku kepada lebih daripada seorang individu dalam tempoh 24 jam selepas memakan makanan yang sama, kita boleh mengesyaki keracunan makanan telah berlaku.

Botulisme merupakan satu fenomena yang berlaku akibat keracunan makanan oleh kuman Clostridium botulinum. Ia sering dikaitkan dengan proses penyediaan makanan yang tidak bersih dan juga terdapat dalam makanan bertin. Pesakit akan mengalami masalah pertuturan, kesukaran untuk menelan, kesesakan nafas dan kelumpuhan pada bahangian usus. Keadaan ini akan menjadi lebih serius jika pesakit mengalami kelumpuhan di bahagian saluran pernafasan. Masalah keracunan ini boleh dicegah dengan memanaskan makanan dalam tin selama 10 minit untuk membunuh spora yang dihasilkan oleh kuman dan menghapuskan racun tersebut.

Cirit-Birit Kronik

Cirit-birit jenis ini sukar dikenalpasti puncanya kerana ia boleh diakibatkan oleh pelbagai faktor seperti penyakit dalam tubuh dan gangguan pada sistem saluran penghadaman. Pesakit akan mengalami cirit-birit yang berlaku dengan kerap selama lebih dari dua minggu. Oleh kerana puncanya sukar dikenalpasti, pesakit boleh dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut secara terperinci.

Cirit-birit kronik boleh juga diakibatkan oleh tekanan emosi dan penyalahgunaan ubat laksatif yang digunakan untuk memudahkan pembuangan air besar. Masalah penyalahgunaan ubat laksatif boleh diselesaikan dengan pemberhentian pengambilan ubat laksatif, kaunseling dan rawatan lanjut dalam hospital.

Di antara penyakit yang boleh mengakibatkan cirit-birit yang berpanjangan ialah kencing manis dengan gangguan saraf (neuroapati diabetik), kanser di bahagian usus dan sistem kelenjar. Individu yang mengalami cirit-birit yang berpanjangan (kronik) serta mempunyai tanda-tanda yang lain mesti berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Penilaian Masalah Cirit-Birit

Individu yang mengalami cirit-birit yang akut (masalah yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak berpanjangan) sering mengadu bahawa mereka mengalami cirit-birit yang kerap, kekejangan pada bahagian perut, perut yang berangin (flatulens), demam, sakit otot, muntah-muntah dan lesu. Manakala individu yang mengalami cirit-birit yang kronik akan mengadu kurang atau tidak selera makan, kehilangan berat badan dan rasa lemah serta lesu yang berpanjagan.

Beberapa perkara berkaitan pesakit yang perlu diketahui oleh doktor dan ahli farmasi sebelum memberi rawatan ialah:
1. Umur pesakit.
2. Masa dan tempoh serta kekerapan berlakunya cirit-birit.
3. Makanan yang diambil sebelum mengalami masalah cirit-birit.
4. Ciri dan lokasi simptom dan tanda masalah.
5. Ciri najis yang dihasilkan.
6. Faktor yang dikenalpasti oleh individu dapat menerukkan masalah cirit-birit.
7. Ubat-ubat yang sedang diambil oleh pesakit.
8. Faktor yang dikenalpasti oleh individu dapat mengurangkan simtom dan tanda masalah.
9. Rawatan yang pernah diambil sebelum ini.
10. Penyakit lain yang sedang dialami atau sejarah masalah cirit-birit atau gangguan sistem penghadaman/gastrousus yang dialami oleh keluarga.

Pesakit-pesakit dalam kategori berikut perlu dirujuk kepada doktor
1. Kanak-kanak berumur kurang daripada tiga tahun.
2. Wargatua yang mempunyai pelbagai penyakit
3. Individu dewasa yang mempunyai penyakit kronik seperti asma, ulser diabetes dan jantung.
4. Wanita mengandung.
5. Pesakit dengan najis berdarah.
6. Pesakit yang mengadu sakit apabila perutnya disentuh.
7. Pesakit dengan suhu yang sangat tinggi (demam kuat).
8. Pesakit dengan kekurangan air yang serius.
9. Pesakit dengan kehilangan berat badan yang serius.
10. Pesakit yang mengalami cirit-birit lebih tinggi daripada tempoh lima hingga tujuh hari.

Penilaian kritikal amat penting. Seseorang mungkin memerlukan rawatan sementara sebelum dapat berjumpa seseorang doktor untuk rawatan lanjut. Jenis rawatan dan ubat yang diingini diberikan memerlukan penilaian yang rasional dan tepat. Jika seseorang mengalami cirt-birit kerana kesan sampingan ubat, beliau tidak boleh memberhentikan ubat tersebut sewenang-wenangnya. Beliau perlu mendapatkan nasihat dan panduan daripada doktor yang memberikan ubat tersebut. Ini kerana pemberhentian ubat tersebut boleh menerukkan penyakit yang sedia ada dan kandang-kala masalah cirit-birit yang dialami tidak serius. Sejarah pengubatan dan perubatan pesakit yang sangat penting dapat membantu ahli farmasi. Dalam hal ini, individu boleh mendapatkan rawatan daripada seorang ahli farmasi.

Aspek Rawatan

Cirit-birit merupakan satu simptom. Rawatan untuk menghilangkan masalah cirit-birit tidak bermakna akan juga menyelesaikan penyakit sebenar seperti kanser, diabetes atau tekanan emosi yang dialami oleh individu tersebut. Terdapat banyak produk dan ubat yang berada di pasaran yang boleh merawat masalah cirit-birit. Saranan ubat yang tepat memerlukan pertimbangan klinikal serta justifikasi yang rasional.

i. Rawatan pencegahan untuk individu yang ingin melancong
Beberapa jenis rawatan pencegahan boleh digunakan bergantung kepada punca masalah cirit-birit. Diantaranya ialah:
- Ubat antibiotik seperti doksisiklin, trimetroprim
- Sulfametoksazol, norfloksaksin, ciprofloksasin
- Bismut subsalisilat

Adalah disarankan kepada pelancong yang ingin melancong ke kawasan atau negara yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah supaya memakan makanan yang sentiasa panas dan dimasak dan meminum air yang dimasak atau air mineral yang dibotolkan. Air paip atau ketulan ais boleh menjadi sumber jangkitan atau masalah cirit-birit.
Jika berlaku cirit-birit semasa melancong, ia boleh dirawat dengan meminum air dan garam mineral yang banyak. Jika ini tidak dapat membantu, individu boleh dirawat dengan ubat antibiotik seperti trimetroprim-sulfametoksazol, norfloksaksin, ciprofloksaksin dan tetrasiklin.

ii. Rawatan tanpa ubat
Masalah cirit-birit akut yang tidak serius disertai dengan muntah-muntah boleh reda dengan sendiri. Kaedah pemakanan yang sesuai boleh membantu menggantikan cecair dan garam mineral yang hilang.
Penggantian cecair dan garam mineral yang telah diambil terutamanya kepada kanak-kanak dan warga tua. Di antara kaedah yang boleh diikuti ialah:

1. Berikan larutan yang mempunyai garam mineral dengan kerap dalam jumlah yang sedikit, ubat boleh didapati daripada kedai farmasi atau klinik.
2. Berikan makanan yang mudah dihadam (makanan yang lembut).
3. Bagi kanak-kanak, susu berfomula yang tidak serasi dengan mereka mungkin perlu ditukarkan.
4. Bagi kanak-kanak yang meminum susu ibu, ia patut diteruskan.
5. Elakkan makanan yang berlemak dan pedas.

iii. Beberapa jenis ubat yang boleh digunakan untuk merawat masalah cirit-birit.

1. Ubat antiperistaltik - ia mengembalikan fungsi usus kepada keadaan normal dan mengurangkan kekerapan pembuangan air besar serta menghasilkan najis yang normal (kombinasi difenoksilat m/atropin, loperamid, kombinasi kaolin/pektin).

2. Penjerap - ia menjerap racun, bakteria, gas dan cecair (arang diaktifkan, aluminium magnesium silikat, kalsium polikarbofil).

3. Agen-agen lain seperti:
a. Bismut subsalisilat; bertindak sebagai penjerap dan mengurangkan air dalam usus.
b. Ubat membunuh kuman (kumpulan antibiotik)
c. Antikolinergik (atropin, hiosiamin)
d. Kolestiramin - digunakan apabila berlaku radangan pada bahagian usus kecil.
e. Dioktahedral smektit.
f. Agen narkotik dan narkotik sintetik serta kumpulan steroid - digunakan apabila pesakit mengalami Crohn dan Ulcerative colitis.

Sumber: Dr. Mohmed Izham Mohamed Ibrahim USM

No comments:

Post a Comment

Rahsia Anak Pintar:

Rahsia Anak Soleh:

Belajar Bahasa Inggeris:

Kit Biasiswa:

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Jimat Elektrik:

Perfect Slim Diet:

Kerja Kerajaan:

Pertolongan Cemas:

Nak Berhenti Merokok?:

Jual Balik:

Artikel Yang Sering Dibaca Pelawat KEKAL SIHAT: