Jual Balik:

Kit Biasiswa:

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Rahsia Anak Pintar:

Rahsia Anak Soleh:

Jimat elektrik:

mmm

Belajar Bahasa Inggeris:

Nak Berhenti Merokok?

Pertolongan Cemas:

Perfect Slim Diet:

Saturday, August 22, 2009

Kualiti Tidur

Apabila bicara mengenai jumlah jam seseorang itu harus tidur, ia sebenarnya satu dimensi. Maksudnya ada orang yang hanya perlu tidur sekejap, tetapi mampu membuat sesuatu yang produktif, dan ada juga orang yang perlu tidur lama, dan mereka juga boleh menghasilkan kerja bermutu. Oleh itu, jumlah jam yang diperlukan seseorang bagi kepuasan tidur adalah berbeza. Kepuasan dan keselesaan tidur adalah subjektif, hanya individu yang terbabit dapat memberi tahu sama ada sudah mendapat jumlah jam untuk tidur dengan sempurna atau sebaliknya. Kajian menunjukkan orang yang mengalami insomnia, iaitu gangguan tidur di mana mereka berasa tidak selesa apabila bangun pagi, kerap memaklumkan mereka tidak mendapat jumlah jam yang secukupnya untuk tidur. Namun apabila diuji di makmal tidur, jumlah jam yang mereka tidur didapati melebihi daripada apa yang mereka nyatakan. Ini bermakna individu yang mengalami insomnia kerap membuat anggapan rendah mengenai jumlah waktu tidur mereka. Berbalik pada isu tidur lama dan tidur sekejap. Yang dimaksudkan dengan tidur lama adalah mereka yang tidur lebih sembilan jam pada waktu malam, dan mereka yang tidur kurang enam jam pula dikatakan mengalami tidur sekejap. Secara purata, angka ini untuk orang dewasa, kerana kanak-kanak dan warga tua mempunyai jumlah jam tidur berbeza. Bayi dan kanak-kanak tidur lebih lama, manakala warga tua hanya memerlukan jangka masa tidur sedikit. Ritma tidur bayi dan kanak-kanak berkait rapat dengan rembesan hormon pertumbuhan. Ritma tidur warga tua pula berkait rapat dengan sindrom fasa tidur atau dalam bahasa Inggeris disebut advanced sleep phase syndrome. Dalam kajian yang dibuat di sini, didapati ramai orang berpendapat mereka memerlukan antara tujuh jam hingga lapan jam untuk tidur secara selesa setiap malam. Mereka yang mengalami gangguan kesihatan fizikal seperti kegagalan jantung dan ginjal atau mental seperti kemurungan dan keresahan, kerap menyatakan tidur kurang daripada jumlah itu. Ada juga yang berkata mereka tidur lebih daripada itu. Walau apapun masa tidur yang dialami, perkara penting adalah perasaan individu itu terhadap dirinya. Jika mengantuk, lebih baik tidur daripada cuba melawan perasaan mengantuk kerana ini boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak diingini. Perasaan mengantuk bukan tanda malas. Individu yang produktif dan sihat daripada aspek fizikal dan mental sesungguhnya mahir mengendalikan masanya dengan teratur. Dia tahu jumlah jam yang dia perlu tidur, bila dia perlu masuk ke kamar tidur untuk berehat, bila perlu berjaga dan bekerja untuk mencari nafkah. Individu ini prihatin mengenai pemakanan yang diperlukan, tahu kebaikan makanan seimbang. Mereka juga akan membabitkan diri dengan riadah dan menjauhi perkara yang boleh menganggu-gugat kesihatan dan keselamatan dirinya.
Oleh itu, bukan jumlah jam tidur yang menentukan panjang atau pendek umur seseorang, mudah atau sukar diserang penyakit.

No comments:

Post a Comment

Rahsia Anak Pintar:

Rahsia Anak Soleh:

Belajar Bahasa Inggeris:

Kit Biasiswa:

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Jimat Elektrik:

Perfect Slim Diet:

Kerja Kerajaan:

Pertolongan Cemas:

Nak Berhenti Merokok?:

Jual Balik:

Artikel Yang Sering Dibaca Pelawat KEKAL SIHAT: