Jual Balik:

Kit Biasiswa:

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Rahsia Anak Pintar:

Rahsia Anak Soleh:

Jimat elektrik:

mmm

Belajar Bahasa Inggeris:

Nak Berhenti Merokok?

Pertolongan Cemas:

Perfect Slim Diet:

Saturday, September 26, 2009

Tips Penjagaan Jantung

Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada jantung.

Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.

Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?

Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.

Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.

Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.

Kawalan berat badan

Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.

Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.

Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.

Pemakanan

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.

Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.

Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.

Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.

Berhenti merokok

Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.

Bersenam

Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.

Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.

Perubahan gaya hidup

Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.

Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.

Sumber: e-kesihatan.blogspot.com

Memberus Dan Pemilihan Berus Gigi

BERAKHIR sudah zaman pemilihan berus gigi sederhana yang mempunyai berus padat, sederhana dan lembut. Kini, berus gigi datang dalam bentuk dan warna berbeza. Kita perlu peka apabila memilih berus gigi kerana ini bukan sahaja dapat memastikan gigi sihat, tetapi juga untuk memastikan kesihatan gigi yang optimum.
Kita haruslah melihat beberapa faktor dalam pemilihan berus gigi:

- Pilih berus gigi yang mempunyai berus lembut! Berus sederhana atau keras boleh menghakis bahagian dalam mulut dan memusnahkan tisu gusi jika digunakan berulang kali. Ia adalah baik untuk menggunakan berus gigi yang mempunyai berus silang pangkah kerana ianya boleh menanggalkan sisa-sisa makanan di kawasan yang sukar dicapai.

- Pastikan berus gigi itu adalah saiz yang betul untuk anda. Berus bersaiz sederhana adalah yang terbaik untuk muat ke dalam mulut.

- Carilah yang berkepala bulat. Berus yang berbentuk segi empat tepat menyukarkan lagi kita memberus gigi. Oleh itu carilah yang berkepala bulat.

- Pegangan kuat. Pilihlah berus gigi yang mempunyai pemegang berkusyen yang kuat.

Berikut adalah lima mitos tentang memberus gigi yang anda harus ambil kira:

1. Berkongsi berus gigi tidak berbahaya.

Ini mungkin satu penyelesaian masalah yang senang apabila anda lupa membawa atau tersalah letak berus gigi anda di mana-mana, tapi ini tidak sepatutnya menjadi satu pilihan. Pertukaran cecair badan di antara mereka yang berkongsi berus gigi boleh menyebabkan seseorang individu berisiko mendapat jangkitan daripada bakteria yang menyebabkan pereputan gigi, penyakit gusi dan penyakit serius. Ini haruslah dipertimbangkan khususnya bagi mereka yang mempunyai sistem imuniti yang rendah dan penyakit berjangkit.

2. Berus yang sederhana melakukan kerja yang lebih baik daripada berus lembut.

Walaupun bunyinya logik, realitinya, berus sederhana lebih mendatangkan bahaya dengan mencederakan tisu gusi. Menggunakan teknik memberus gigi yang betul, dengan berus yang lembut adalah lebih berkesan untuk menanggalkan plak dan sisa-sisa makanan, serta meninggalkan permukaan gigi yang lebih bersih dan tisu gusi yang sihat. Dalam sesetengah kes, berus gigi yang lebih (amat) lembut mungkin disyorkan (bagi mereka yang mempunyai permukaan akar yang terbuka, hipersensitiviti, mereka yang telah melakukan terapi laser atau pembedahan periodontal). Jika anda tidak pasti, silalah tanya doktor gigi anda dan dapatkan nasihat tentang berus gigi yang terbaik bagi anda.

3. Oleh kerana saya memberus gigi dua hingga tiga kali sehari, saya tidak perlu berflos.

Walaupun memberus gigi setiap kali selepas waktu makan dan waktu snek mengurangkan risiko dan mengelakkan daripada pereputan gigi serta penyakit gusi, ini tidak dapat menggantikan flos. Flos dental masih merupakan cara paling berkesan untuk membersihkan kawasan sentuhan, juga permukaan gigi di bawah garisan gusi di mana berus gigi tidak dapat mencapainya.

4. Lebih besar kepala berus lebih banyaklah ia membersih.

Kepala berus gigi yang besar mungkin boleh meliputi lebih banyak kawasan di permukaan gigi, tetapi ia juga boleh menghalang anda daripada membersihkan kawasan yang sukar dicapai. Kepala berus gigi yang kompak dan kecil adalah lebih elok untuk masuk ke kawasan sukar dalam mulut dan lebih senang untuk membersihkan gusi di sepanjang garisan gusi, membolehkan anda memberus gigi dengan lebih cekap dan berkesan.

Berapa kerapkah saya perlu menggantikan berus gigi?

Apabila berus nampak leper dan haus (sesetengah berus gigi mempunyai petunjuk warna pudar), inilah masanya untuk mendapatkan berus gigi baru.

Anda seharusnya menggantikan berus gigi anda setiap tiga bulan. Ia juga adalah penting untuk menukar berus gigi anda selepas anda dijangkiti selesema (flu), kerana berus boleh mengumpul kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.

Dengan memberus gigi anda sekurang- kurangnya dua kali sehari, dapat mengelakkan pereputan gigi dan penyakit gusi.

Berikut merupakan beberapa tip memberus gigi yang betul:

- Berus gigi anda antara dua hingga tiga minit.
- Elakkan daripada memberus dengan kuat.
- Pegang berus gigi anda pada sudut 45 darjah dan berus gigi secara perlahan-lahan dengan lembut dari gigi, ke arah gusi.
- Berus kesemua permukaan luaran dan dalaman.
- Bersihkan ruang dan krevis di permukaan gigi mengunyah dengan sapuan lembut.
- Bersihkan lidah untuk menanggalkan bakteria dan menyegarkan nafas.

Artikel ini dibawakan oleh Oral-B sempena kempen kesihatan oral 2009. Sesetengah daripada maklumat ini diperolehi dari laman web Dentistry http://dentistry.about.com/

Rahsia Anak Pintar:

Rahsia Anak Soleh:

Belajar Bahasa Inggeris:

Kit Biasiswa:

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Jimat Elektrik:

Perfect Slim Diet:

Kerja Kerajaan:

Pertolongan Cemas:

Nak Berhenti Merokok?:

Jual Balik:

Artikel Yang Sering Dibaca Pelawat KEKAL SIHAT: