'H' bermaksud Hemagglutinin protein. 'N' bermaksud Neuraminidase protein. H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus. Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi. Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel. Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam. Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah. Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.
Sumber: http://muniiera.blogspot.com
Jual Balik:
mmm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Yang Sering Dibaca Pelawat KEKAL SIHAT:
-
Pengenalan Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bag...
-
JIKA sakit tengkuk anda berlarutan melebihi enam bulan, anda mungkin mengalami sakit tengkuk yang kronik. Awas, jangka masa yang panjang ini...
-
Apa yang anda perlu tahu!!! Adalah penting bagi anda untuk mengetahui cara mengukur denyutan jantung anda. Ini adalah kerana ia dapat menol...
-
Diet kesihatan - setiap orang seharusnya berusaha mengamalkan diet yang mengandungi keseimbangan buahan-buahan, sayuran,karbohidrat, protei...
-
Pengenalan Ubat tidur merupakan kategori ubat sedatif yang bertindak pada sistem saraf pusat dan menolong mengatasi masalah kesukaran untu...
-
Walaupun cuaca di negara sememangnya tidak bersalji, tetapi menikmati teh halia yang panas dan beraroma tatkala hujan lebat sememangnya dapa...
-
PERBINCANGAN mengenai bahagian ‘sulit’ baik pada lelaki atau wanita dianggap sensitif dan memalukan. Malah bagi sesetengah wanita, untuk men...
-
Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit ke...
-
Senak perut merupakan segala gangguan yang tidak selesa di dalam perut. Ia ditakrifkan secara amnya sebagai sakit perut yang berpanjangan da...
-
Facial wrinkles seem to be getting more attention from people nowadays. The early signs of aging are becoming worse even to young individual...
No comments:
Post a Comment