Jual Balik:

Kit Biasiswa:

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Rahsia Anak Pintar:

Rahsia Anak Soleh:

Jimat elektrik:

mmm

Belajar Bahasa Inggeris:

Nak Berhenti Merokok?

Pertolongan Cemas:

Perfect Slim Diet:

Monday, December 9, 2013

Perut maju ke depan

Mampukah berdiet seminggu dapat menyelesaikan kesan pemakanan selama tujuh Syawal? Perut membuncit tidak semudah itu untuk dikempiskan semula. Tapi jangan pula menangis dan meratap kegemukan yang berlaku.


Pertama sekali yang perlu diingatkan adalah rancang waktu pemakanan. Selepas berpuasa selama sebulan, sistem pencernaan perut sudah direhatkan. Bayangkan keadaan perut kita yang lama berehat dan secara mengejut diberi makanan banyak tanpa henti. 

Hal ini boleh mendatangkan masalah kepada perut kita kelak. Jadi, nasihat terbaik adalah merancang pemakanan kita dengan makan secara berperingkat. Sepatutnya pada hari raya pertama lalu kita jangan makan terlalu banyak bagi memberi masa untuk perut kita kembali beroperasi secara normal.

Tapi itu sudah terlewat. Justeru mulai hari ini, kurangkan kuantiti pemakanan kita agar proses secara berperingkat masih boleh dilakukan.

Khas buat yang berpenyakit seperti jantung, darah tinggi mahupun diabetis, pengawalan jenis makanan yang diambil amat penting! Elak makanan tinggi gula dan karbohidrat.

Makanan ringan seperti kerepek dan kuah rendang atau berlemak harus dielakkan bagi pengidap sakit darah tinggi. Kandungan garam dan bahan perasa di dalam masakan itu sangat tinggi dan mampu menjejaskan kesihatan anda. Bagi pesakit jantung pula, sebolehnya makanlah makanan yang dinasihatkan oleh doktor anda. Makanlah kuih raya yang sihat mengandungi oat berbanding kuih-kuih lain.

Bagaimanapun jika sudah terlewat dan memang puas rasanya anda melanggar segala pantang, pastikan mulai hari ini anda perlu kembali aktif menjaga pemakanan dan elakkan daripada melawan kata doktor.

Minum air kosong banyak bagi mengimbangi kembali segala macam air manis yang kita minum sepanjang seminggu beraya lalu. Elak daripada minum air yang bergas kerana minuman ini hampir tidak mempunyai walau sedikit khasiat pun kepada tubuh.

Malah kandungan gula di dalam air ini berada di paras sangat bahaya. Jadi, gantikan air ini dengan pengambilan air kosong dan juga jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.


Paling mujarab

Seterusnya kawal saiz pemakanan dengan menggunakan pinggan kecil ketika mengambil makanan. Ini adalah cara disiplin yang dikatakan mampu mengawal saiz makanan kita. Jika kita menggunakan pinggan yang besar pasti kuantiti makanan diambil juga bertambah banyak.

Paling mujarab dan rasanya semua dinasihatkan untuk melakukan senaman ringkas. Perkara ini adalah paling wajib untuk kekal sihat. Curi masa setidak-tidaknya 15 minit setiap hari untuk kita lakukan senaman ringkas di rumah. Lakukan senaman secara berjadual.

Mengikut satu kajian yang pernah dilakukan sebelum ini, berpuasa sunat enam atau ganti adalah langkah terbaik untuk mendapatkan semula bentuk badan asal. Selepas puas makan ketupat, rendang dan sebagainya, inilah masanya untuk kita ganti semula puasa-puasa tertinggal masa bulan Ramadan ataupun laksanakan puasa sunat enam.

Kebaikannya, badan kembali sihat dan kurus, pahala juga berganda.

Untuk mengempiskan kembali perut kita yang sudah sedia membuncit, apa kata lakukan senaman tekan tubi sebanyak mana yang kita mampu setiap malam. Kemudian sehari ke sehari naikkan lagi bilangan tekan tubi itu. Untuk dapatkan hasil lebih cepat, lakukan selepas bangun tidur sekali.

Selain menari dan memperbanyakkan gerak langkah bagi membakar kalori yang terkumpul, ‘
skipping’ juga menyeronokkan untuk kita turunkan berat badan. Lebih seronok jika ajak kawan-kawan turut serta.

Rajin diri dengan menyapu minyak panas di kawasan badan berlemak setiap malam. Tapi awas, pastikan minyak itu diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Hati-hati, ikut arahan yang tertera di kotak minyak itu atau lebih elok jika dapatkan pandangan pakar dulu. Mana tahu nanti ada apa-apa kesan sampingan pula!

Akhir sekali paling mudah untuk dilakukan adalah dengan perbanyak makan epal hijau. Buah epal hijau bukan saja bagus dan berkhasiat, ia juga dapat mengurangkan kolesterol dalam badan.

Buah epal juga mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta sumber serat yang mudah larut. Untuk mendapatkan kesan yang baik, amalkan setiap pagi memakan atau jadikan epal hijau sebagai minuman harian kita.



Tuesday, November 5, 2013

Jangkitan menerusi seks bebas

Pertambahan bilangan HIV di kalangan remaja semakin membimbangkan dengan peningkatan jumlah golongan muda berusia di antara 13 hingga 29 tahun pada setiap tahun. Statistik setakat 2012 daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 33,732 penghidap HIV berumur 13 hingga 29 tahun dan kemungkinan mereka yang dijangkiti virus ini bermula sebelum usia dua puluhan atau awal remaja.Malah terdapat peningkatan sekali ganda sebab jangkitan yang berpunca daripada tingkah laku dan cara hidup individu iaitu amalan seks bebas serta homoseksual pada 2011 dan 2012.

Menurut Pengerusi Persatuan Wahidayah Malaysia, Norlela Mokhtar yang juga kaunselor untuk Majlis Aids Malaysia, jika dulu terdapat kebimbangan ketara mengenai jangkitan HIV iaitu melalui perkongsian jarum tetapi kini penularan gejala seks bebas menjadi ancaman terbesar terhadap peningkatan HIV membabitkan remaja. Walaupun ada usaha untuk mengekang gejala ini dengan memberi penekanan kepada langkah pencegahan menerusi penggunaan kondom namun hakikatnya gejala sosial semakin sukar dibendung. “Remaja kini membangun bersama ancaman sosial membabitkan persekitaran yang sukar dikawal. Keruntuhan institusi kekeluargaan menjadi penyebab terbesar remaja mula beralih kepada rakan sebaya yang banyak mempengaruhi mereka. Berbanding ibu bapa, remaja lebih mudah percaya kepada rakan yang dianggap sebagai idola.

“Selain itu pengaruh media masa, ancaman Internet seperti laman sosial Facebook memberi ruang remaja mendapatkan informasi tanpa bertanya kepada individu yang lebih berpengalaman seperti ibu bapa atau guru. Hasilnya mereka meniru, mencuba menjadi lebih dewasa dan matang sebelum usia dengan hanya mempelajari di Internet dan media massa,” katanya.

Bimbang dengan gejala ini, Norlela merasakan perlu ada pencegahan awal di sekolah membabitkan kerjasama semua pihak. Jika diperhatikan remaja mudah dipengaruhi oleh material. Mereka gemar bergaya dengan pakaian berjenama, gajet terkini dan mahal serta makan di restoran mewah. Ini menyebabkan apabila golongan ini ‘bersedia’ didekati lelaki berusia dan memiliki kemewahan tanpa berfikir panjang. “Keinginan mendapatkan kemewahan sementara remaja sama ada lelaki dan perempuan membuatkan mereka sanggup memperdagangkan tubuh tanpa memikirkan kesannya. Sebab itu seks bebas termasuk homoseksual semakin meningkat terutama di universiti. Malah ada penghidap HIV remaja dan muda terdiri daripada pelajar pusat pengajian tinggi,” katanya. Ibu bapa moden yang sibuk bekerja memberi kebebasan tanpa batas kepada anak dan tidak mengambil tahu latar belakang rakan mereka. Ini menyebabkan remaja mudah terjebak dengan seks bebas. Apa yang harus dilakukan penjaga adalah memberikan kepercayaan pada masa sama memantau pergerakan serta mengenali rakan anak-anak. “Ini amat penting supaya anak tahu ibu bapa mengambil berat hal mereka. Konsepnya sama seperti bermain layang-layang, tali dilepaskan sedikit demi sedikit, dan sekiranya layang-layang menuju arah berbeza talinya ditarik perlahan-lahan. Begitu juga dengan anak-anak, kebebasan diberi tetapi dengan cara memantau pergerakan mereka,” katanya. Penghidap HIV remaja biasanya sukar menerima kenyataan dan sanggup menyembunyikan status mereka lantaran tidak sanggup diketahui keluarga. Oleh itu ada yang tidak mendapatkan rawatan sehingga keadaan mereka menjadi lebih teruk akibat dijangkiti penyakit berbahaya. Disebabkan emosi golongan ini terjejas teruk, mereka memerlukan sokongan dan perhatian keluarga.

Menyedari pentingnya kumpulan sokongan bagi penghidap HIV, Norlela menubuhkan Persatuan Wahidayah Malaysia (Pewahim) bagi membantu golongan wanita termasuk remaja, ibu tunggal dan anak-anak dalam usaha menyediakan penempatan asas dan selamat bagi wanita dan kanak-kanak yang terjejas akibat HIV. Setakat ini Pewahim menjaga tujuh orang penghidap HIV berusia 18 hingga 46 tahun juga seorang kanak-kanak normal berusia setahun yang dilahirkan ibu HIV. Rumah Wahidayah adalah lokasi strategik bagi pesakit HIV untuk datang mendapatkan bantuan atau menginap sementara selepas mendapatkan rawatan di hospital. Beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, rumah ini memberikan perkhidmatan kepada penghuni secara percuma melalui perkhidmatan kesihatan, keperluan asas dan sokongan berterusan. “Selain menjadi pusat penempatan sementara bagi penghuni HIV, ia juga menjadi pusat sokongan rakan, kumpulan sokongan dan bantuan seterusnya bertindak sebagai pusat kemahiran buat penghuni dengan memberikan latihan berbentuk kemahiran seperti menjahit, memasak dan membuat kraf tangan pada masa akan datang,” katanya.

Pendekatan berbeza Pada peringkat awal setiap penghuni akan diselidik latar belakang mereka sama ada terdedah dengan dadah, seks bebas, menjadi mangsa suami atau teraniaya sebelum pendekatan sesuai digunakan. Sebagai contoh jika mangsa adalah penagih dadah, masalah ketagihan itu perlu diatasi terlebih dulu. Begitu juga sekiranya terbabit dengan seks bebas mereka seharusnya menghentikan amalan itu dan mendekatkan diri dengan Allah. “Ada juga yang datang kerana inginkan sokongan emosi. Sokongan emosi sangat penting bagi penghidap HIV kerana ini yang akan menentukan ketahanan badan seseorang. Emosi positif akan menguatkan sistem imunisasi serta mendorong penghidap HIV mendapatkan rawatan secara konsisten,” jelasnya yang juga adalah seorang penghidap HIV sejak 10 tahun lalu. Mahu kisahnya menjadi sumber inspirasi kepada penghidap HIV lain, Norlela berkata, dulu dia pernah terlantar teruk di hospital sehingga berat badan menurun daripada 50 kepada 30 kilogram. Tetapi disebabkan keinginan yang kuat untuk hidup demi anak-anak Norlela bangkit mendapatkan rawatan secara konsisten. Dia juga bertuah kerana dikelilingi individu yang sentiasa memberikan sokongan termasuk doktor, keluarga dan rakan-rakan. Semangat yang kuat serta emosi positif menyebabkan dia dipilih menyertai Majlis Aids Malaysia sebagai kaunselor pada 2006. “Saya terpilih bersama-sama 30 wanita lain bagi mendapatkan gambaran mengenai HIV sekali gus menjadi aspirasi kepada wanita lain. Saya rasa perlu memberi sumbangan kepada penghidap HIV wanita kerana kami sama-sama memahami apa yang diperlukan,” katanya yang kini menguruskan Pewahim sepenuhnya.

Penghidap HIV perlu mendapatkan pemahaman jelas mengenai pentingnya mendapatkan rawatan secara konsisten. Ini kerana menerusi rawatan saja mampu memulihkan sistem ketahanan badan sekali gus meningkatkan CD4. Selain itu sokongan keluarga juga adalah amat penting bagi memulihkan emosi mereka. Dengan rawatan, menjalani gaya hidup sihat serta sentiasa berfikiran positif sekurang-kurangnya penghidap HIV tidak menyusahkan keluarga dan mampu berdikari. “Dalam hal ini penghidap HIV mempunyai dua dunia berbeza iaitu bergaul dengan orang normal serta dunia HIV supaya mereka saling memberikan sokongan di antara satu sama lain,” katanya yang membuktikan HIV bukan penghalang untuk menjalani kehidupan normal bersama suami dan anak-anak serta hidup bahagia seperti insan lain.

Bersempena Hari AIDS Sedunia 2013 pada 1 Disember ini, Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti bermula 30 November sehingga 2 Disember ini. Antaranya Pelancaran Rasmi Sambutan Hari AIDS Sedunia peringkat Kebangsaan pada 1 Disember di Stadium Tertutup Terengganu, Gong Badak Kuala Terengganu. Orang ramai dijemput hadir kerana pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada hari itu.

Info HIV dan AIDS:

Secara ringkas, apabila sistem pertahanan tubuh dilumpuhkan oleh virus AIDS/HIV, tanda-tandanya termasuk:
-Terlalu lemah dan lesu
-Penurunan mendadak berat badan
-Demam panas yang kerap
-Peluh malam
-Kelenjar limfa membengkak
-Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh lapisan dalam mulut.
-Cirit-birit yang kronik
-Batuk kronik
-Hilang ingatan
-Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat

Cara sebaran:

HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan iaitu:
-Perhubungan seks tanpa kondom
-Penerimaan darah yang tercemar
-Perkongsian jarum suntikan dadah
-Dari ibu ke anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu

Penyiasatan saringan yang boleh dijalankan atau boleh diminta kepada doktor:
-Ujian Rapid Test untuk HIV antibodi
-Ujian ELISA

Golongan berisiko tinggi:
-Golongan yang mengamalkan seks bebas
-Golongan pekerja seks komersial
-Gay
-Penagih dadah terutama suntikan dadah
-Penerima darah
-Isteri kepada suami yang ada HIV

Tak tahu cara virus merebak

“Berdasarkan sesi kaunseling yang dijalankan kepada remaja hampir 99 peratus mengakui tidak mengetahui seks oral boleh menyebabkan jangkitan virus HIV. Kebanyakannya menganggap virus boleh merebak menerusi hubungan seksual dan bukannya seks oral. Ini menyebabkan ramai pasangan sejenis melakukan seks oral untuk mengelak dijangkiti HIV sedangkan mereka tidak tahu seks oral kini menjadi penyebab utama HIV,” demikian menurut Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Felda Wellness Corporation, Redza Benjamin yang turut menjalankan sesi kaunseling kepada remaja HIV menerusi kaedah pemakanan. Dia yang juga Juruterapi Senaman Kementerian Kesihatan Malaysia mengakui pernah menerima kes seorang remaja berusia 17 tahun yang dijangkiti HIV akibat melakukan seks oral dengan pasangan sejenis. Dia mengakui langsung tidak melakukan hubungan seks luar tabii sebaliknya hanya melakukan seks oral saja. “Apa yang saya lakukan adalah memberi penjelasan mengenai HIV yang boleh tersebar menerusi air mazi. Apabila terdapat pendarahan atau ulser mulut, virus ini berpindah kepada pasangan. Hal ini tidak diketahui remaja yang mengamalkan seks bebas dan songsang sehingga menyebabkan penularan HIV semakin meningkat. Ia menjadi lebih serius apabila pasangan tidak mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh dan terus memindahkan kepada orang lain apabila bertukar pasangan” jelasnya.
Daripada sesi kaunseling yang dijalankan kebanyakan remaja tidak sanggup menerima kenyataan mereka berisiko dijangkiti HIV jika mengamalkan gaya hidup songsang.

Walaupun kebarangkalian atau peratusan golongan ini sangat tinggi tetapi mereka mengabaikan kerana malu berhadapan masyarakat andai disahkan mendapat HIV.
“Tanggapan ini harus diubah. Remaja harus diberi penekanan supaya sayangkan diri dengan membuat pemeriksaan secara menyeluruh seandainya mereka berisiko tinggi. Dengan cara ini sekiranya disahkan positif langkah pencegahan awal harus dilakukan. Daripada membiarkan virus merebak kepada orang lain lebih baik ia dikurangkan dengan rawatan serta pencegahan awal,” katanya. Redza turut melahirkan kebimbangan dengan senario sekarang apabila remaja sanggup ‘menjual’ diri untuk mendapatkan kemewahan sementara. Ada di antara remaja sanggup bertukar pasangan hanya kerana inginkan gajet serta barangan berjenama. “Ini berlaku kepada seorang remaja berusia 17 tahun yang masih bersekolah. Dia bertemu saya selepas dijangkiti HIV daripada pasangan sejenis. Dia mengakui sanggup melakukan perhubungan sejenis hanya semata-mata ingin mendapat duit segera bagi membeli telefon serta tablet mahal. “Saya sangat terkejut dengan penjelasan remaja ini kerana dia dibesarkan dalam keluarga berkemampuan tetapi masih mencari keseronokan di luar semata-mata inginkan kemewahan sementara. Jelas mereka hanya inginkan keseronokan yang sebenarnya mendatangkan kesan seumur hidup,” ujarnya. Selain itu aplikasi menerusi telefon bimbit kumpulan tertentu yang menggelarkan diri mereka sebagai gay bertujuan mencari pasangan juga memperhebatkan penularan jangkitan virus HIV. Ini kerana menerusi aplikasi ini remaja mudah mencari pasangan, berbual seterusnya mengatur pertemuan. Sedangkan mereka tidak mengenali pasangan dengan lebih dekat adakah mereka penghidap HIV atau sebaliknya. “Pertemuan yang menjurus kepada hubungan seksual secara bebas dan bertukar pasangan akan menyebabkan jangkitan HIV di kalangan remaja semakin meningkat. Seharusnya keadaan ini dipantau oleh keluarga dan pihak tertentu seperti badan bukan kerajaan bagi memberi pendedahan mengenai penularan HIV menerusi seksual,” katanya.

Walaupun setakat ini HIV tidak mempunyai penawar namun jangka hayat penghidap HIV mampu dipanjangkan sekiranya ada kesedaran daripada penghidap HIV itu sendiri untuk mengubah gaya hidup ke arah lebih positif. Tidak semua penyakit harus dikongsi dengan masyarakat, HIV misalnya, yang hanya perlu diketahui oleh keluarga terdekat saja. Banyak hospital kerajaan menyediakan rawatan khusus untuk pesakit HIV serta sesi kaunseling bagi memantapkan emosi mereka. “Penghidap HIV seharusnya tampil berkongsi masalah dengan mereka yang senasib seperti Majlis Aids Malaysia untuk mendapatkan penjelasan tepat mengenai HIV dan bukannya daripada sumber yang tidak sepatutnya,” katanya yang memberikan penekanan menerusi pemakanan bagi meningkatkan vitamin dalam badan pesakit,” katanya.

- See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/Jangkitanmenerusiseksbebas/Article/#sthash.iVZqYBK8.dpuf

Sunday, October 27, 2013

TEKS UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2014 – INTIPATI BAJET 2014

TEKS UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2014 – INTIPATI BAJET 2014

Untuk membaca atau memuat turun teks ucapan pembentangan bajet 2014, Sila klik disini

Sunday, October 20, 2013

Ketagih kafein


Apakah anda seorang yang ketagih dengan minuman berkafein? Kalau tidak dapat dalam sehari, rasa macam tak lengkap hari itu. Sebahagian daripada kita selalunya mengambil kafein untuk mengelak diri daripada mengantuk, tidak kiralah ketika mengulangkaji pelajaran, kerja syif malam atau sekadar berjaga tengok bola.


Namun sedarkah anda keburukan yang sering dikaitkan dengan kafein? 

Kafein kebiasaannya diambil waktu pagi sebelum ke kelas atau ke pejabat. Bagaimanapun kafein haruslah diambil dalam kuantiti yang kecil jika ingin mengambilnya lebih kerap. Cukup secawan kopi atau teh. Ada juga yang mengambilnya dua kali dalam seminggu untuk mengurangkan rasa ketagihan.


Sebenarnya kafein tidaklah membawa padah jika sentiasa dikawal pengambilannya. Malah mengikut satu kajian menunjukkan bahawa kafein mampu mengurangkan penyakit Parkinson sehingga 80 peratus. Namun jumlah peratusannya berbeza bergantung kepada pesakit.


Minuman berkafein memang tidak digalakkan oleh ibu bapa buat anak-anak kecil terutama ketika proses pembesaran mereka. Sesetengah ibu bapa bimbang ia akan membuatkan mereka ketagih. Kafein adalah bahan semula jadi yang dikeluarkan pada bahagian daun dan biji tumbuhan. Kafein juga dihasilkan secara tiruan untuk ditambah dan digunakan dalam proses pembuatan makanan tertentu.

Kafein berfungsi merangsang sistem saraf utama yang membuatkan individu akan berasa diri lebih cergas dan tidak mengantuk. Namun harus diingatkan, pengambilan kafein yang terlampau boleh menyebabkan seseorang itu sakit perut, pening, sukar untuk tidur, tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dan peningkatan degupan jantung.

Ramai pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) mengamalkan minuman kafein ketika mengulang kaji pelajaran. Rata-rata golongan remaja yang ditemui berkata, untuk mengelakkan diri daripada tertidur ketika membaca buku, jalan penyelesaian terbaik adalah mencari kopi atau minuman kafein. Makanan atau minuman seperti kopi, teh, coklat, ­aiskrim dan beberapa jenis ubat-ubatan antara yang mengandungi kafein.


Seksa bila ketagih

Pelik bila melihat ada remaja hari ini yang terlalu ketagih minuman kafein. Tidakkah mereka bimbang dengan tahap kesihatan apabila umur meningkat ke fasa senja?

Mungkin sekarang kesan buruk itu belum lagi kelihatan namun bagaimana kesan untuk masa hadapan yang boleh memudaratkan kesihatan jantung dan sistem saraf seseorang itu?

Memang satu penyeksaan ketika mula-mula untuk berhenti daripada mengambil minuman berkafein dan harus mendapatkan sokongan daripada pakar perubatan, ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan.

Mereka yang ketagih akan mengalami ‘withrawal ­symptoms’ seperti gejala sakit kepala. Jika tidak tahan dengan rasa sakit itu, penggemar minuman kafein terpaksa ‘rehat seketika ‘ daripada minum kafein.


Alasan keletihan

Keletihan dijadikan alasan utama untuk mengambil minuman berkafein. Terutama apabila penat bekerja seharian dan ingin menghabiskan kerja yang lain di rumah.

Golongan muda akan mengambil kafein untuk menguatkan tenaga sehingga menyebabkan badan akan menjadi lemah keesokannya kerana tidak mendapat rehat yang cukup.

Tidak salah untuk mengambil kopi atau minuman kafein yang lain, namun haruslah dalam kuantiti sederhana yang sesuai dengan penerimaan tubuh badan seseorang itu. Cukup sekadar secawan kopi sehari sudah memadai dan amalkan minuman air kosong yang lebih berkhasiat.


Sumber: http://www.hmetro.com.my

Kasih anak sulung



Biasanya anak pertama dalam keluarga menerima kasih sayang melimpah daripada ibu bapa. Tambahan pula kehadirannya dinantikan bertahun-tahun lamanya. Kini anak itu sudah semakin membesar dalam usia remaja. Sebagai kakak atau abang sulung, tanggungjawabnya bukan saja sebagai seorang anak, lebih berat lagi perlu menjaga tingkah laku adik-adik yang lain.
Dalam konteks ini, anak sulung adalah ketua dalam susunan adik beradik, walaupun bapa sebagai ketua keluarga. Oleh demikian, anak sulung mempunyai hak untuk untuk mengawasi pergerakan adik-adik.

Difahamkan, kebanyakan ibu bapa inginkan anak sulung lelaki kerana boleh bertindak menjaga adik-adik di bawahnya nanti, malah boleh menjadi ‘wali’ bagi adik beradik perempuan sebagai ganti jika ayah tiada nanti.


Sebagai anak sulung, segala keinginan dan impian ada ketikanya mereka sanggup abaikan demi menjaga perasan adik dan mendahulukan mereka dalam setiap hal.


Pengorbanan yang dicurahkan adalah semata-mata untuk melihat adik-adiknya menggapai impian, seterusnya membanggakan ibu bapa.

Sebahagian kes yang berlaku dalam keluarga kurang berkemampuan di mana anak sulung berhenti sekolah untuk keluar bekerja bagi mencari sesuap nasi buat adik-adik.

Meskipun nampak mereka mampu menggalas tanggungjawab itu, pasti akan terasa ‘beban’ terutama ketika usia yang masih mentah. Ketika ini mereka seharusnya menyambung pelajaran bukan bersengkang mata mencari wang.


Terkena tempias

Secara zahirnya, dalam satu tandan pisang pasti ada yang busuk. Begitu juga dalam keluarga, sebagai anak sulung tentu ada rasa tekanan dengan kenakalan sikap adik yang tak mahu mendengar kata.

Jika ada kesalahan yang dilakukan si adik, mereka turut terkena tempiasnya dan dianggap tak pandai jaga adik walaupun kesalahan itu bukan berpunca daripadanya.

Sudut positifnya, anak pertama menjadi contoh kepada adik-adik dengan keperibadian yang baik. Selain menjadi kebanggaan buat adik-adik untuk mengikut jejak langkah abang dan kakak yang sudah berjaya.

Penulis sempat bertemu seorang anak sulung perempuan, berumur 22 tahun, yang masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi di ibu negara. Biarpun meminta untuk merahsiakan identiti dirinya daripada tatapan pembaca lain, namun kisahnya dapat dijadikan teladan.

“Saya anak sulung daripada enam orang adik beradik. Oleh itu, saya harus menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adik yang lain terutama mereka yang masih bersekolah.

“Disebabkan saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, saya tekad untuk tekun belajar semasa di bangku sekolah sehingga berjaya melangkah ke universiti tempatan.

“Namun ada ketikanya diri rasa tertekan dengan kenakalan adik-adik terutama mereka yang tak minat untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.

“Banyak masa mereka habiskan dengan benda yang tak mendatangkan kebaikan seperti melepak, ponteng sekolah dan cuba untuk menghisap rokok, walaupun masih bersekolah.


Melawan kata-kata

“Sebagai anak sulung, saya berperanan menjalankan tanggungjawab menjaga perilaku adik-adik. Bila ada saja barang yang mereka perlukan, saya ambil tahu.

“Pernah suatu ketika, adik bongsu curi-curi hantar mesej kepada teman lelakinya. Jadi saya rasa aneh dan syak sesuatu yang tak baik. Ketika dia leka keluar dengan kawan-kawan sehingga tertinggal telefon di rumah, saya ambil untuk teliti gajet itu.

“Saya sedih dan terkejut bila membaca setiap baris ayat yang dihantar kepada teman lelaki menggunakan perkataan yang kurang baik lebih-lebih lagi datangnya daripada gadis remaja yang masih bersekolah.

“Jadi sebagai kakak sulung, saya menasihati dia agar sentiasa menjaga maruah diri dan tak sesekali melakukan perbuatan buruk terutama bila berkawan dengan mereka yang hanya nak ambil kesempatan semata-mata.

“Namun nasihat itu tak diendahkan malah melawan kata-kata saya. Katanya, saya tak harus campur urusan peribadinya sedangkan saya beri nasihat yang berguna. Bimbang dia menyesal kemudian hari.

“Saya hanya manusia biasa dan kesabaran saya ada hadnya. Bila ditengking dengan adik sendiri, kesabaran saya hilang sehingga tangan saya melayang ke pipinya dan akibatnya, dia tak mahu bertegur sapa dengan saya sampai sekarang.

“Begitu juga adik-adik yang lain menganggap saya perasan bagus dan melempar tuduhan bahawa saya dengki dengan kehidupan mereka. Sebagai anak sulung, memang saya sedih dengan sikap adik-adik yang begitu.

“Kini saya jarang lagi menegur adik-adik, cuma memantau dari jauh agar mereka tak terus hanyut dalam landasan kehidupan. Bagi remaja luar yang dilahirkan sebagai anak sulung curahkan kasih sayang anda itu dalam pelbagai cara agar dirasai oleh adik-adik bahawa pengorbanan seorang anak sulung tak ada batasnya,” katanya.


Sumber: http://www.hmetro.com.my

Aura makan angin



Melancong ibarat terapi diri. Mengisi masa cuti dengan sesuatu yang lain daripada aktiviti seharian boleh menghilangkan tekanan. Pemilihan tempat bercuti antara faktor penting untuk kita ‘enjoy’ dengan percutian itu selain mampu memberi ketenangan diri. Jika memilih bercuti di tengah bandar, mungkin perasaan berbeza berbanding cuti di luar kota.

Pengalaman berbeza

Istilah bercuti sering dikaitkan dengan menjauhkan diri daripada kesibukan kota. Berada di kawasan pedalaman ataupun lokasi yang belum pernah dikunjungi memberi perasaan berbeza kepada pelancong. Justeru, kita akan memilih untuk pergi ke tempat yang belum pernah dikunjungi bagi merasai perasaan itu.

Percutian dirancang dan percutian hari minggu adalah dua situasi berbeza. Apa yang ingin dibincangkan di sini lebih terarah kepada percutian dirancang di mana pemilihan lokasi lebih tertumpu kepada destinasi luar negara berbanding tanah air sendiri. Kenapa?


Mereka yang gemar melancong ke negara luar berpendapat, lokasi dan tempat cantik di sana menjadi daya penarik pelancong asing kerana tidak terdapat di negara sendiri. Sebagai contoh, melancong ke negara empat musim iaitu musim salji, luruh, panas dan sejuk dengan merasai sendiri pengalaman berada di negara orang menjadi impian setiap orang, oleh itu keinginan terbabit dipenuhi apabila peluang tiba.


Selain itu, melihat kehidupan penduduk luar yang berbeza latar belakang budaya menjadi inspirasi dan membuka minda untuk kita bersyukur dan mempelajari sedikit sebanyak mengenai cara hidup masyarakat luar.


Ada bajet

Ramai yang mengimpikan untuk bercuti di negara luar terutama Eropah. Namun yang menjadi penghalang adalah isu kewangan. Bagi mereka yang mampu, tak kisahlah sama ada duit hasil tabungan atau ditaja syarikat, pasti tidak akan lepaskan peluang keemasan jika dapat tawaran.

Bukan saja faktor tempat cantik dan suasana persekitaran berbeza, bajet juga antara elemen penting untuk bercuti ke luar negara. Jika kurang bajet, maka bercuti sajalah dalam negara.

Melihat kepada ‘trend’ bercuti ke luar negara semakin menggalakkan, syarikat penerbangan juga tidak putus-putus membuat promosi bagi merealisasikan impian kita.

Kos penerbangan yang agak murah turut menjadi sebab utama yang membakar semangat untuk menabung dan bercuti di luar negara.

Destinasi luar negara tidak semestinya Eropah, Amerika dan destinasi lain yang jauh, namun Indonesia, Kemboja serta negara Asia lain juga kerap menjadi destinasi pilihan anak muda untuk berjalan meneroka tempat baru. Asalkan ada bajet, destinasi melancong impian pasti boleh dijejaki.


Tarikan negara sendiri

Bagi mereka yang kurang bersetuju dengan isu ini berpendapat, ramai melancong ke luar negara kerana tidak tahu Malaysia mempunyai banyak destinasi diiktiraf dunia.

Sebagai contoh taman negara yang terletak di Sarawak menjadi daya penarik pelancong luar untuk datang ke sini tetapi ia gagal menarik rakyat sendiri menerokainya. Terdapat banyak tempat peranginan menarik dengan daya tarikan tersendiri menjadikan Malaysia antara pilihan pelancong luar.

Selain itu, bercuti di negara sendiri bukan saja menjimatkan kos perbelanjaan malah secara tak langsung dapat memajukan industri pelancongan negara. Dari segi persekitaran, pastilah ia lebih selesa dan menyenangkan kerana kita sudah biasa dengan cuaca panas, hujan dan lembap negara sendiri.


Sayangi Malaysia

Jika generasi muda yang gemar melancong ke negara luar berpendapat melihat dunia luar mampu membuka minda, begitu juga dengan golongan yang memilih untuk bercuti di tanah air. Semakin kita meneroka keindahan negara sendiri semakin menebal rasa cintakan negara.

Keindahan flora dan fauna negara menjadi tunjang utama kitaran alam dengan membekalkan oksigen kepada dunia. Apabila kita mendalami perihal negara sendiri, pelbagai info menarik berkaitan keistimewaan tanah air tercinta dapat dipelajari sekali gus memupuk rasa sayang dan bangga menjadi rakyat Malaysia.

Namun, minat setiap orang berbeza. Tak salah untuk melancong dan meneroka tempat baru di dunia kerana ia nyata dapat beri gambaran baru dan inspirasi kepada diri untuk terus menjejak destinasi menarik seluruh dunia. Walau sejauh mana pun kita pergi, jangan sesekali lupakan tanah air kerana bak kata pepatah, ‘hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri’, bermaksud walaupun seribu kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.


Sumber: http://www.hmetro.com.my

Malas mandi

Tidak kiralah jejaka atau gadis, sikap malas akan wujud dalam diri setiap insan. Malas juga akan buatkan kehidupan seharian kucar-kacir. Lebih teruk apabila ia berkaitan kebersihan tubuh badan yang sepatutnya diberi lebih perhatian. Rutin mandi seharian yang dipandang remeh segelintir individu menjadi kupasan isu hari ini.
Ramai yang tidak mengambil serius hal ini, apa yang penting bagi mereka adalah penampilan dinilai di mata, bukannya hidung.

Jika kita melepak di pusat beli-belah, datang ke pejabat atau keluar bersiar bersama rakan, apa yang dapat dilihat hanyalah penampilan luaran. Semua orang mahu kelihatan bergaya, pandai berfesyen tetapi pernahkah anda terfikir adakah penjagaan kebersihan badan dititikberat setaraf dengan gayanya?
Hanya sekali sehari

Tak dinafikan, rutin harian yang sibuk dan jadual padat sedikit sebanyak mendorong kepada sikap malas. Seharian penat menyiapkan kerja bertimbun di pejabat atau letih dengan kuliah membuatkan kita akan terbaring lesu ketika pulang ke rumah. Dalam proses menenangkan otak dengan bermalas-malasan di depan televisyen itu, selalunya ia akan berakhir dengan tertidur hingga ke pagi.

Tubuh menjadi lesu kerana dibiarkan melekit dengan peluh dan akan menyebabkan kita menjadi lemah dan malas untuk bangun pagi. Itulah situasi sebenar yang diakui beberapa geng Gen Y yang ditemui penulis, baru-baru ini.

Rata-rata mereka mengakui hanya mandi sekali sehari iaitu sebelum keluar rumah sama ada mahu ke tempat kerja atau ke kuliah. Lebih mengejutkan apabila ada yang terus terang memberitahu hanya mandi sekali dalam dua hari apatah lagi pada cuti hujung minggu.

Benarlah, mata hanya dapat melihat apa yang terhidang depan mata. Walaupun sekali pandang luaran nampak kemas tetapi apabila diteliti, rambut dan muka si malas mandi akan kelihatan berminyak. Jangan mudah tertipu dengan pandangan mata. Inilah ‘penyakit’ sebenar yang menghantui remaja masa kini.


Mandi tak sabun

Kebiasaannya, kita akan mandi dua kali sehari iaitu sebelum dan selepas pulang kerja. Bagi mereka yang rajin, mungkin akan menjadi tiga kali atau lebih. Bagi mereka yang ‘takutkan’ air pula, mandi satu kali sehari sudah memadai.





Apabila ditanya, kebanyakan mereka memberitahu hanya akan mandi ketika pagi. Ia boleh dikatakan ‘wajib’ hanya kerana tidak mahu diejek rakan sepejabat atau ditertawakan kerana kelihatan kusut dan ‘serabai’.

Sebilangan yang ‘elak’ mandi pagi, akan cuba memaksa diri untuk segarkan tubuh badan pada waktu tengah hari sama ada selepas kuliah atau sengaja mandi lewat. Mereka berpendapat, sekali sehari sudah memadai untuk buang daki di badan. Lebih teruk apabila ada yang hanya mandi sekadar basahkan badan dengan air tanpa sabun. Mandi sekadar ‘cukup syarat’ untuk buatkan rambut basah tanpa syampu kemudiannya dialas dengan minyak wangi sebelum keluar antara taktik golongan pemalas ini.

Tabiat ini bukan hanya sinonim dengan golongan lelaki tetapi sikap malas membuatkan ia turut membabitkan wanita. Meskipun wanita sering dilabel pembersih berbanding lelaki, tetapi tidak bermakna secara keseluruhannya dijaga rapi.


Pencemaran bau

Bau badan selalunya dikaitkan dengan orang yang berbadan besar apatah lagi jika si dia malas mandi. Bukan rakan saja yang menjauhi tetapi orang sekeliling juga akan beri pandangan penuh makna kerana bau badan yang tengik dapat dihidu dengan jelas.

Si pemalas mandi tidak akan merasai apa yang dialami orang sekeliling kerana dia berada di zon selesa. Jarang sekali mereka akan bau badan sendiri, oleh sebab itulah masalah ini tidak selesai sekiranya tidak ditegur.

Penyiksaan hidung akan lebih teruk apabila kita terpaksa berdepan dengan si pemalas mandi yang badannya mudah berpeluh. Secara tak langsung, bau badan akan menjadi makin kuat sehingga ada kes menyebabkan mereka hilang kawan. Siapa yang sanggup berdiri sambil tersenyum apabila dibiarkan sendirian di loji kumbahan? Mungkin ada yang sabar tetapi akan wujud batasnya. Itulah perumpamaan untuk menggambarkan situasi ini.


Pasangan boleh lari

Memang benar, kita kena terima seadanya pasangan kita. Tapi ada sesetengah perempuan yang pembersih dan menjaga penampilan amat prihatin terhadap penjagaan tubuh badan. Mandi adalah elemen utama yang harus diutamakan.

Walaupun rupa pasangan sekacak Aaron Aziz atau secantik Maya Karin, apa gunanya gah paras rupa tetapi bau badan boleh hancurkan kebahagiaan? Jadi, kepada si pemalas mandi, paksa diri untuk ubah rutin harian anda supaya pasangan akan tetap setia dan tidak cari pengganti baru. Berubah ke arah kebaikan tak salah walaupun ia dugaan terhebat pada permulaannya.


Tak bahaya mandi malam

Ramai yang berpendapat, mandi malam boleh mendatangkan penyakit kronik. Sejauh mana kebenarannya?

Pada 2012, seorang doktor perubatan di hospital swasta, Dr Anies Tan berkata, kajian menunjukkan mandi bukan saja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.

Katanya, kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit ini.

“Negara mempunyai iklim tropika di mana cuacanya panas dan lembab, oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan. Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia (jangkitan dari satu atau dua paru-paru yang biasanya disebabkan bakteria dan virus) dan tinggal di negara yang beriklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus,” katanya.

Jelas, ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam.


Sumber: http://www.hmetro.com.my

Pengganti kaca mata



Suatu ketika dulu, cermin mata dianggap alat bantuan kepada individu yang mengalami masalah rabun jauh dan dekat. Malah ada yang selesa bertahun-tahun menggunakan cermin mata untuk membantu dalam segenap aktiviti dan urusan pekerjaan. Bagaimanapun, kehadiran kanta lekap memberi alternatif kepada yang sudah bosan dengan kaca mata. Ini peluang kedua mereka untuk bergaya tatkala rimas ketika kaca mata melorot ke bawah. Malah untuk menjaga cermin mata juga bagi sesetengah pemakai ia melecehkan. Apa itu kanta lekap? Alat pembetulan, kosmetik atau kanta terapeutik yang diletakkan pada kornea mata. Ia direka khas ahli kimia Republik Czech, Otto Wichterle.

Kini dengan kepelbagaian warna dan corak, membuatkan mata individu yang memakainya kelihatan cantik dan lebih besar daripada mata asal. Pun begitu, jangan mudah tertipu jika ada yang mengatakan itu adalah mata sebenar mereka. Mungkin sekadar menjaga penampilan diri.


Sejak kebelakangan ini, disebabkan ‘keinginan’ itu melebihi daripada aspek lain, membuatkan sebilangan anak muda tak peduli untuk berjumpa pakar mata atau optometris bertauliah bagi merawat mata, sebelum memakai kanta lekap.


Nak cantik punya pasal, penjagaan dan kebersihan harus juga dititikberatkan. Kanta lekap perlu dibilas menggunakan ubat khas bagi membantu mengurangkan bakteria daripada melekat di situ.

Bagaimanapun, perubahan ketara membuatkan ia dianggap fesyen dan gaya remaja kini, sekali gus seperti menolak fungsi asal kanta lekap. Sehingga ada antara mereka yang tidak kisah untuk mendapatkan kanta lekap yang murah asalkan boleh dibeli de­ngan banyak dan dapat tukar-tukar warna mengikut pakaian.

Perlu diingat, pemakaian kanta lekap tiruan boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah teruk di kelopak mata. Malah ada yang melarat menjadi buta akibat memakainya tanpa mendapatkan nasihat pakar.

Persoalannya, adakah mereka yang memakainya benar-benar rabun atau sekadar untuk cantik?

Pun begitu tidak ada salahnya, sekiranya ada remaja menggunakan cara ini untuk cantik asalkan berjumpa pakar bertauliah dan memilih kanta yang bersesuaian agar tak ada kesan buruk kelak.


Komen

Bakteria merebak


“Jika diberi pilihan, saya akan memilih kaca mata berbanding kanta lekap kerana sedia maklum bahawa, ia akan menjejaskan mata jika memakai terlalu lama.

“Jika mereka yang mengalami rabun mata, sebaiknya menggunakan kaca mata walaupun penyembuhan rabun itu berlaku secara perlahan namun ia tak memberikan kesan negatif terhadap mata.

“Walaupun secara zahirnya, pemakaian kanta lekap ini akan menampakkan seseorang itu cantik dan bergaya, namun kita harus tahu implikasi jika tak menjaga kebersihan,” katanya.

Nama: Farhana Suhada Jamaludin, 21
Lokasi: Perak


Sekadar menunjuk

“Pemakaian kanta lekap ini bukannya kehendak dan keperluan individu tetapi sekadar untuk menunjuk bahawa mereka ada mata cantik. Sedangkan mereka yang memakainya tak tahu risiko jika berterusan memakai kanta lekap yang boleh membahayakan mata.

“Saya ada juga terbaca dan mendengar ceramah motivasi berkaitan dengan bahayanya pemakaian kanta lekap ini sehingga saya takut untuk memakainya,” katanya.

Nama: Suraya Mohd Tarmizi, 24
Lokasi: Perak



Sumber: http://www.hmetro.com.my

Rumah Sardin



Kebanyakan individu yang berasal dari bandar mungkin bernasib baik kerana boleh tinggal di rumah keluarga sendiri apatah lagi jika statusnya sebagai pelajar. Selain dapat kurangkan bajet bulanan untuk bayar sewa rumah, makan dan minum sudah tidak menjadi masalah. Tetapi bagaimana pula dengan golongan muda dari luar bandar yang melanjutkan pengajian di ibu kota?

Mahu atau tidak, mereka perlu menyewa rumah untuk dijadikan tempat tinggal. Mungkin jika berstatus pelajar baru, kemudahan asrama akan disediakan tetapi apabila lanjut ke tahun pengajian seterusnya, pasti perlu menyewa kediaman baru. Tak kisah jika terpaksa bersesak-sesak namun itulah hakikat yang perlu dihadapi demi mengurangkan tekanan ekonomi di bandar besar.

Ramai lagi bagus


Alasan mahu berjimat atau perbelanjaan bulanan tidak mencukupi, kedua-duanya alasan serupa bagi golongan pelajar perantauan untuk bersesak dalam satu rumah tanpa memikirkan keselesaan diri sendiri. 

Disebabkan perbelanjaan bulanan terhad apatah lagi dengan bebanan kos tugasan kuliah seharian, keputusan untuk tinggal di sebuah rumah dalam bilangan penghuni yang ramai dianggap antara langkah terbaik untuk berjimat. Apatah lagi berada dalam dunia pengajian, bagi mereka lebih ramai lebih bagus kerana sewa rumah semakin ringan.

Setiap langkah di kota besar menuntut wang ringgit. Tol, parkir, makan minum malah minyak motosikal juga perlu diperincikan. Berbanding di kawasan luar bandar, hidup di bandar raya umpama ‘membakar’ sekurang-kurangnya RM30 setiap hari bagi seseorang penuntut untuk melangkah keluar dari pintu rumah.


Lebih selamat

Apapun masalah yang jelas wujud di depan mata dek ‘rumah sardin’, ramai pula golongan pelajar yang menyangkal masalah berkenaan, sebaliknya menganggap keselamatan lebih terjamin kerana tidak tinggal berseorangan.

Malah kata mereka, duduk beramai-ramai lebih berkesan dalam mengurangkan tekanan kerana dapat kongsi masalah selain mengulangkaji pelajaran bersama teman serumah berbanding tinggal bersendirian.

Hal ini diakui penuntut wanita yang lebih setuju untuk berkongsi bilik lebih daripada seorang. Asalkan rakan sebilik ‘sekepala’ dan tahu tanggungjawab masing-masing, tidak salah sekiranya sebuah rumah tiga bilik didiami lebih enam orang.


Pilih rumah

Peruntukan maksimum RM100 hingga RM150 sebulan untuk membayar sewa rumah dianggap sebagai angka terbaik yang perbelanjaan bulanan yang diperoleh daripada pinjaman PTPTN atau duit poket diberikan ibu bapa digunakan untuk tujuan lain seperti kos pergi balik kuliah, duit makan seharian, peralatan rumah dan bilik mandi, serta duit kopi untuk melepak.

Jenis rumah yang sering menjadi pilihan tentunya flat kerana kadar sewa lebih murah. Menurut mereka, kadarnya lebih mampu dibayar berbanding rumah teres atau kondominium. Namun, ada juga yang memilih apartmen kos rendah dan rumah kedai, semuanya bergantung kepada kemahuan dan cita rasa masing-masing. Asalkan ia berdekatan dengan kuliah dan mudah akses pengangkutan awam, sudah memadai.


Masalah biasa

Berdasarkan rekod Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sehingga akhir 2011, separuh iaitu 800,728 daripada 1.67 juta penduduk Kuala Lumpur adalah golongan belia berumur 15 hingga 40 tahun. Jadi, bayangkan betapa ramai golongan muda di ibu kota ketika ini.

Isu rumah sardin adalah masalah biasa dialami sesiapa saja terutama ketika zaman pengajian. Namun tahukah anda, dari segi luaran, mereka mungkin kelihatan tenang dan berupaya menyesuaikan diri dengan cara hidup sedemikian tetapi di sebalik ketenangan itu, golongan penuntut ini pasti pernah mengimpikan ruang peribadi khusus untuk diri, setidak-tidaknya bilik sendiri.

Di rumah lelaki khususnya, perkara biasa yang sering kelihatan adalah ruang tamu dipenuhi tilam dan meja komputer. Di situlah mereka bermain permainan komputer dan di situ juga mereka tidur.

Kunjungan ke beberapa rumah perempuan pula mendapati kebersihan lebih terjaga, namun kesesakan ruang tiada bezanya. Pantang ada saja bucu yang boleh digantungkan penyangkut baju (hanger), pakaian yang baru dicuci pasti digantung di situ, termasuk di dapur sekalipun. Itu hakikatnya.


Sumber: http://www.hmetro.com.my

Saturday, October 5, 2013

Karakter Tidur

Diriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib r.a, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan, kamu hendaklah berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu.”
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring mengiring sebelah kanan.
Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti tidur meniarap. Ada fakta mengatakan yang seseorang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. 

Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. Pengkaji dari Australia menyatakan yang berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah Times melaporkan kajian di Britain menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur telentang pula akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan regangan rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu-bulu dan hingus menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru-paru kanan yang mana ia lebih besar daripada paru-paru kiri. Ini memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih-lebih lagi kepada orang tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan di antara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke kiri mengikut kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara lima hingga lapan jam bagi proses yang sama.

Bagaimanapun tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru-paru kiri lebih kecil daripada sebelah kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. 

Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Ada pula fakta lain berkaitan tidur mengikut gaya dan maknanya. Umpamanya anak muda atau individu yang tidur gaya bayi. Majoriti wanita tidur dengan gaya ini dan mereka dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensitif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk.

Jika tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan, bermakna orang ini adalah seorang yang bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.

Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa sama suka bersikap sinis, jenis syak wasangka dan degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan dibuat.

Gaya ini lazimnya tidur terlentang dengan gaya tangan seperti berpeluk tubuh. Golongan ini dikatakan suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri dan orang lain. 

Golongan ini berpotensi untuk mengalami dengkuran kerana posisi belakang badan yang rata. Mungkin cara tidur seperti ini membuatkan mereka kerap bangun malam tetapi cara tidur seperti ini sebenarnya bukanlah begitu merehatkan.

Golongan yang gemar tidur meniarap dengan tangan di bawah bantal atau tangan diselubungi bantal dan kepala mengiring ke kiri atau kanan, dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar dan agak tergopoh-gapah dalam tugasan harian mereka.

Gaya tapak Sulaiman adalah gaya tidurnya telentang sambil tangan atau lengan diletakkan di atas kepala dan dahi dikenali sebagai orang yang prihatin dan suka mendengar. Golongan ini juga gemar membantu dan tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan. Boleh dikatakan golongan ini menghadapi masalah dengkur dan tidur yang tidak lena setiap malam.

Sumber: hmetro.com.my

Beringat Sebelum Kena

Jenayah dan kes ragut di Malaysia terutamanya di ibu negara semakin membimbangkan. Ada kes ibu sedang sarat mengandung, terbunuh semasa kejadian ini, ada yang cedera parah, muka ditoreh dengan pisau cukur ketika melawan peragut dan bermacam-macam lagi.
Realitinya peragut tidak mengenal mangsa dan mereka jauh lebih kejam dan tidak punya hati perut berbanding binatang. Kalau dinamakan peragut, wanita tidak perlu membawa beg tangan pun boleh diragut kerana itu memang kerja dan mata pencarian mereka sehari-hari. 
Walaupun kaum lelaki juga menjadi mangsa, tetapi jumlahnya sedikit dibandingkan wanita. Sebelum ini, kita digemparkan kejadian di mana peragut menjadikan seorang wanita hamil sebagai mangsa, akibatnya wanita itu terjatuh dari motosikal dan akhirnya maut. 

Apabila diragut, biarkan saja barang-barang diambil peragut tidak guna itu. Jangan sesekali cuba untuk melawan kerana ia lebih membahayakan diri sendiri. Yang penting sekarang ini, nyawa anda.

Kita banyak mendengar mengenai pelbagai penyelesaian yang diberikan kepada jenayah ini yang rata-rata­nya hanya bersifat menyalahkan si mangsa dengan nasihat agar lebih berhati-hati, tidak berjalan seorang diri, membawa beg tangan bertentangan dengan sebelah jalan dan sebagainya.

Namun, ini semua tetap tidak mampu untuk menghalang peragut daripada meneruskan aktiviti mereka. Natijahnya, menurut statistik kes ragut pada 2009 di Kuala Lumpur saja setakat Mac tahun itu, terdapat 1,915 kes ragut dilaporkan iaitu secara puratanya 21 kes sehari! 

Statistik ini membuktikan yang si peragut masih bermaharajalela mencari mangsa tanpa sebarang rasa takut mahupun bersalah.

Letak segala statistik atau laporan sekali pun, ia bukan jaminan jenayah ini mampu diselesaikan. Namun, sebagai orang awam yang boleh dijadikan sasaran selaku mangsa kepada pihak tidak bertanggungjawab ini, mungkin kita harus pertimbangkan beberapa langkah ini. 

1. Jangan letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal.

2. Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup pada motosikal.

3. Bawa dompet yang boleh disimpan dalam kocek.

4. Bawa payung untuk melindungi diri bila berdepan penjenayah.

5. Berjalan bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan mencurigakan.

6. Berhati-hati setiap masa dan tunjukkan kelakuan seolah-olah sangat cermat.

7. Berwaspada mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau ketika keluar masuk bank.

8. Ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan.

9. Jangan tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.

10. Jangan tunjukkan pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas.

Sumber: hmetro.com.my

Rahsia Anak Pintar:

Rahsia Anak Soleh:

Belajar Bahasa Inggeris:

Kit Biasiswa:

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Jimat Elektrik:

Perfect Slim Diet:

Kerja Kerajaan:

Pertolongan Cemas:

Nak Berhenti Merokok?:

Jual Balik:

Artikel Yang Sering Dibaca Pelawat KEKAL SIHAT: