Puasa telah diamalkan semenjak dahulu kala. Manusia dari pelbagai agama, budaya dan negara mengamalkan puasa mengikut definisi masing-masing. Penganut agama Hindu berpuasa dan ia dikenali sebagai upawaasa. Golongan Yahudi pula berpuasa pada hari Yom Kippur. Nabi Musa a.s juga diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk berpuasa selama 40 hari ketika beliau bermunajat pada Allah s.w.t. Hippocrates, Galen dan Paracelsus menjadikan puasa sebagai salah satu cara rawatan untuk pesakit-pesakit mereka. Plato, Socrates, Phytagoras dan Mahatma Gandhi sering kali berpuasa (Dr Danial bin Zainal Abidin, 2008 [M.B.Ch.B. Alexandria]).
Pada 1994, sebuah kongres antarabangsa yang diadakah di Casablanca menampilkan pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia. Hasil pembentangan daripada 50 buah kertas kerja yang bertemakan ‘Kesihatan dan Ramadhan’ mengesahkan puasa di bulan Ramadhan tidak mendatangkan kemudharatan malah ia mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai penyakit. (The Spiritual and Health Benefits of Ramadan Fasting, Dr. Shahid Athar, M.D). Mari kita lihat apa istimewanya puasa sehinggakan ia diamalkan oleh pelbagai manusia sejak sekain lama.
Kesihatan spiritual
Solat, berzikir, bermunajat dan bersendirian dengan Allah akan mendamaikan hati kita sebagai hambaNya. “ … Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” [13:28] Dengan firman Allah ini, maka tidak ragu-ragu lagi bahawa waktu Ramadhan adalah waktu yang paling sesuai untuk kita membajai kesihatan spiritual kita. Tambah lagi, pada bulan ini sahaja Allah menawarkan Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Selain itu, dalam keadaan lapar dan dahaga, kita akan lebih merasai penderitaan orang lain yang tidak dapat menikmati kemewahan makan dan minum seperti kita. Ini akan menjadikan kita hamba yang lebih bersyukur pada Allah atas nikmat yang kita peroleh selama ini.
Kesihatan fizikal
Puasa dapat membantu proses detoksifikasi dalam badan kita. Detoksifikasi bermaksud membersihkan badan daripada bahan buangan atau toxin. Menurut Dr. Lonny J. Brown (Ph.D) dalam Adventures in Therapeutic Fasting, sewaktu berpuasa, organ badan membersih dan berehat.Ia juga dapat mempercepatkan proses perkumbuhan dan pembentukan semula sel-sel badan.
Daripada Wild Health: How Animals Keep Themselves Well and What We Can Learn From Them oleh Dr. Cindy Engles (Ph.D), binatang-binatang apabila sakit akan menjauhi makanan. Pengkaji-pengkaji yang mengamati fenomena ini berpendapat menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses yang natural ke arah kesembuhan.
Selain itu, puasa juga dapat menolong metabolisma badan untuk menjadi lebih stabil. Kadar gula, lemak dan garam dalam badan akan menurun disebabkan pengurangan pengambilan makanan justeru memudahkan badan kita untuk proses detoksifikasi. Penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kadar kolestrol yang tinggi juga dapat dikawal dengan lebih mudah tanpa dos ubat yang banyak. Ini dibuktikan lagi apabila kaedah utama yang akan digunakan oleh doktor-doktor perubatan bagi mengubati penyakit-penyakit tersebut adalah dengan mengurangkan pengambilan makanan terutamanya makanan-makanan tinggi kalori.
Dalam satu kajian terhadap 32 orang lelaki yang berpuasa Ramadhan, didapati peratus kolesterol keseluruhan menurun sebanyak 7.9% (7.9%, p<0.001) dan lemak trigliserida juga menurun sebanyak 30% (30%, p<0.001) berbanding paras sebelum mereka berpuasa. Ini menunjukkan puasa Ramadhan dapat membantu pengurangan lemak-lemak yang tidak sihat dari dalam badan kita.
Kesihatan mental
Apabila badan kita kurang berkerja untuk menghadam makanan, kita akan mendapati badan sentiasa dalam kerehatan terutama pada waktu malam. Apabila badan dalam keadaan rehat, minda kita juga akan tenang. Ini memudahkan lagi kita untuk mendapat tidur yang berkualiti. Mengapa ini penting?
Tidur yang berkualiti bukan sahaja terbukti dapat mempercepatkan proses penyembuhan badan malah dapat menyihatkan mental. Oleh kerana proses pemulihan banyak berlaku sewaktu tidur, maka tidur yang nyenyak dan berkualiti ini amat penting untuk menjamin kesihatan kita. Kurang tidur atau tidur yang terganggu menyebabkan badan dan otak kita lesu serta tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Justeru menyebabkan ketidakstabilan emosi dan rohani.
Pakar-pakar mendapati tidur adalah lebih nyenyak di bulan Ramadhan. Perubahan ini membantu fokus dan konsentrasi Muslimin di musim Ramadhan dan menjadikan mereka lebih produktif. (Dr. Ebrahim Kazim, Further Essays on Islamic Topics)
Tips kesihatan Ramadhan
- Melebihkan minum air kosong untuk mengelakkan ‘dehydration’
- Tidak berbuka atau bersahur dengan makanan yang terlalu pedas untuk mengelakkan mudharat kepada perut
- Bersahur untuk membekalkan tenaga sepanjang hari:
“Makanlah sahur kerana sesungguhnya pada sahur itu ada berkat.” (Riwayat Bukhari)
- Berbuka dengan makanan ringan terlebih dahulu dan tidak berlebihan dengan makan dan minum:
Anas bin Malik meriwayatkan, “Rasulullah berbuka dengan memakan beberapa ruthaab (iaitu kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada kurma basah maka baginda berbuka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk.” (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
- Bersegera dalam berbuka puasa:
Nabi bersabda, “Manusia berada dalam keadaan baik selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Mengawal nafsu dari segala sudut:
“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dan amalan keji, maka tidak ada bagi Allah hajat (untuk menerima) amalannya meninggalkan makan dan minum.” (Riwayat Bukhari)
- … dan pelbagai tips-tips lain yang selari dengan syarak dan sunnah Rasulullah s.a.w
Kesimpulannya, kesihatan spiritual melalui ibadah, kesihatan mental melalui tafakur dan kesihatan fizikal melalui metabolisme badan yang terkawal di bulan Ramadhan akan menjadikan kita lebih sihat secara holistik.
Namun, kesemua hikmah puasa ini akan tercapai sekiranya dilaksanakan dengan betul mengikut syarak dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Terlalu banyak hikmah puasa yang boleh digarap, namun yakinilah sesungguhnya tujuan utama puasa ialah supaya kita mencapai ketaqwaan pada Allah s.w.t yang menciptakan hambanya dengan sebaik-baik ciptaan. Wallahu ‘alam.
Sumber:www.ismaaustralia.com
Jual Balik:
mmm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Yang Sering Dibaca Pelawat KEKAL SIHAT:
-
Pengenalan Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bag...
-
JIKA sakit tengkuk anda berlarutan melebihi enam bulan, anda mungkin mengalami sakit tengkuk yang kronik. Awas, jangka masa yang panjang ini...
-
Apa yang anda perlu tahu!!! Adalah penting bagi anda untuk mengetahui cara mengukur denyutan jantung anda. Ini adalah kerana ia dapat menol...
-
Diet kesihatan - setiap orang seharusnya berusaha mengamalkan diet yang mengandungi keseimbangan buahan-buahan, sayuran,karbohidrat, protei...
-
Pengenalan Ubat tidur merupakan kategori ubat sedatif yang bertindak pada sistem saraf pusat dan menolong mengatasi masalah kesukaran untu...
-
Walaupun cuaca di negara sememangnya tidak bersalji, tetapi menikmati teh halia yang panas dan beraroma tatkala hujan lebat sememangnya dapa...
-
PERBINCANGAN mengenai bahagian ‘sulit’ baik pada lelaki atau wanita dianggap sensitif dan memalukan. Malah bagi sesetengah wanita, untuk men...
-
Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit ke...
-
Senak perut merupakan segala gangguan yang tidak selesa di dalam perut. Ia ditakrifkan secara amnya sebagai sakit perut yang berpanjangan da...
-
Facial wrinkles seem to be getting more attention from people nowadays. The early signs of aging are becoming worse even to young individual...
No comments:
Post a Comment