PENYAKIT gusi atau juga dikenali sebagai penyakit periodontium adalah antara masalah pergigian yang sering kali menyebabkan kehilangan gigi selain daripada karies gigi. la bukan saja dialami oleh orang dewasa, tetapi juga kerap dialami kanak-kanak.
Penyakit periodontium adalah penyakit membabitkan kerosakan berlaku pada tisu yang menyokong gigi iaitu gusi, tulang dan ligamen periodontium.Ini berpunca daripada satu penyakit awal yang dikenali sebagai gingivitis sehingga keadaan lebih teruk menyebabkan hilang pelekatan gusi dan sokongan tulang.Tanda awal serangan penyakit gusi adalah gusi bengkak, merah dan mudah berdarah apabila disentuh terutama ketika menggosok gigi.Peringkat ini dikenali sebagai gingivitis. la dikatakan mudah berbalik iaitu mudah sembuh jika mendapat rawatan segera.
Tanda seterusnya:
o Kemerosotan gusi yang mendedahkan akar gigi
o Perasaan ngilu (sensitif) pada masa tertentu
o Gigi kelihatan panjang, sakit apabila makan dan mula goyang
o Kedudukan gigi berubah dan mula menjadi Jarang antara satu sama lain
o Nafas berbau busuk dan merasa tidak selesa
o Kelihatan nanah keluar di antara gusi dan gigi
o Gigi tanggal dengan sendiri
Punca penyakit gusi:
o Higin mulut yang tidak dijaga hingga menyebabkan plak bertukar keras menjadi karang gigi atau tartar. Toksin daripada karang gigi menyebabkan gusi bengkak, merah dan berdarah. Jika tidak dirawat, tulang akan rosak, hancur dan poket gusi terjadi, seterusnya gusi menyusut.
o Susunan gigi yang tidak teratur menyebabkan makanan mudah tinggal di celah gigi.
o Bentuk gigi tidak normal sama ada secara semula jadi ataupun disebabkan oleh tampalan yang tidak sempurna.
o Adanya prostesis seperti gigi palsu, korona dan jambatan yang tidak dijaga kebersihannya ataupun dibina sempurna.
o Tabiat mengisar gigi waktu malam (bruksisme), menjelirkan lidah dan menggigit kuku.
o Merokok.
o Perubahan hormon seperti akil baligh, kehamilan dan menopaus.
o Penyakit sistemik seperti diabetes.
o Tekanan.
o Ubat-ubatan seperti ubat perancang dan antidepressant.
o wGenetik atau keturunan.
Langkah pencegahan
o Berkumur setiap kali lepas makan atau minum minuman manis.
o Kurangkan amalan makan antara waktu makan utama.
o Memberus gigi dengan berkesan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
o Tukar berus gigi apabila ia mula membengkok dan tidak tegar atau dalam tempoh 3 bulan untuk mengelakkan pengumpulan bakteria dan pemberusan tidak berkesan.
o Dapatkan pemeriksaan oleh doktor pergigian sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Rawatan penyakit periodontium
1. Penskaleran gigi atau mencuci gigi.
2. Pengetaman akar gigi: rawatan lanjutan yang mana karang gigi pada akar gigi dibersihkan dengan alat khas.
3. Pembedahan gusi.
4. Penggunaan antibiotik pada keadaan yang bersesuaian.
Sumber: Berita Harian 26 Okt. 2006
Jual Balik:
mmm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Yang Sering Dibaca Pelawat KEKAL SIHAT:
-
Pengenalan Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bag...
-
JIKA sakit tengkuk anda berlarutan melebihi enam bulan, anda mungkin mengalami sakit tengkuk yang kronik. Awas, jangka masa yang panjang ini...
-
Apa yang anda perlu tahu!!! Adalah penting bagi anda untuk mengetahui cara mengukur denyutan jantung anda. Ini adalah kerana ia dapat menol...
-
Diet kesihatan - setiap orang seharusnya berusaha mengamalkan diet yang mengandungi keseimbangan buahan-buahan, sayuran,karbohidrat, protei...
-
Pengenalan Ubat tidur merupakan kategori ubat sedatif yang bertindak pada sistem saraf pusat dan menolong mengatasi masalah kesukaran untu...
-
Walaupun cuaca di negara sememangnya tidak bersalji, tetapi menikmati teh halia yang panas dan beraroma tatkala hujan lebat sememangnya dapa...
-
PERBINCANGAN mengenai bahagian ‘sulit’ baik pada lelaki atau wanita dianggap sensitif dan memalukan. Malah bagi sesetengah wanita, untuk men...
-
Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit ke...
-
Senak perut merupakan segala gangguan yang tidak selesa di dalam perut. Ia ditakrifkan secara amnya sebagai sakit perut yang berpanjangan da...
-
Facial wrinkles seem to be getting more attention from people nowadays. The early signs of aging are becoming worse even to young individual...
No comments:
Post a Comment