Apabila pulang ke kampung halaman, saya selalu memerhatikan orang-orang tua di kampung. Ada di antara mereka yang kadang-kadang umurnya dah lanjut tapi kesihatan sentiasa terjaga. Badan mereka sentiasa cergas. Pada pendapat saya, kadang-kadang kita perlu juga mendengar petua-petua "orang-orang lama" ini untuk amalan harian kita walaupun kita sekarang dah moden.
Pada saya amalan kesihatan yang baik perlu diamalkan seharian tidak kiralah sama ada amalan tersebut tradisional atau moden. Paling penting, kita perlu sentiasa sihat dan cantik. Itu matlamat kita.
Dalam memastikan badan kita sentiasa sentiasa sihat dan cantik perkara yang perlu diberi perhatian ialah perjalanan darah kita. Kita perlu sentiasa memastikan perjalanan darah kita sentiasa berjalan dengan baik. Sebab itulah "orang-orang lama" mengamalkan berurut. Dengan berurut, urat-urat dalam badan kita dapat dibetulkan. Untuk perhatian anda semua berurut di sini bukan "massage". Berurut selalunya dilakukan oleh bidan-bidan kampung atau tukang urut tradisional.
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk melancarkan peredaran darah. Namun begitu pada kali ini saya ingin berkongsi petua untuk melancarkan perjalanan darah sekaligus dapat membantu melangsingkan badan serta menyihatkan badan.
Petua kali ini ialah meminum air suam. Nampak mudah kan . Amalkan meminum air suam pada awal pagi selepas bangun daripada tidur. Minum air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Mengapa minum air suam ini penting? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda semua, badan kita terdiri daripada 80% air. Oleh sebab itu, untuk memastikan system dalam tubuh kita berjalan dengan baik kita perlu minum air suam dengan banyak. Air dalam badan kita berfungsi untuk mengangkut oksigen ke sel-sel dalam badan kita. Apabila sel dalam badan kita dapat berfungsi dengan baik badan kita akan sentiasa sihat dan cantik.
Cuba anda amalkan sentiasa kerana "orang-orang lama" memang amalkannya dan ternyata berkesan. Kebanyakan mereka yang mengamalkan minum air suam ini ternyata cantik dan langsing.
No comments:
Post a Comment