Jual Balik:

Kit Biasiswa:

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Rahsia Anak Pintar:

Rahsia Anak Soleh:

Jimat elektrik:

mmm

Belajar Bahasa Inggeris:

Nak Berhenti Merokok?

Pertolongan Cemas:

Perfect Slim Diet:

Friday, December 4, 2009

Tips Memberi Makan Kepada Si Kecil Anda

Setelah usia anak anda mencecah 6 bulan, kandungan khasiat susu tidak dapat memenuhi keperluan si kecil anda. Oleh itu, apabila tiba masanya, anda perlu memberikan anak anda makanan pejal. Terdapat beberapa cara yang membantu memberi anak anda makan. Bagaimana?. Jika anda mengamalkan memberi anak makan bijirin segera, anda bolehlah menambahkan sayur-sayuran ataupun buah-buahan segar yang lain ke dalam makanan tersebut.

Pelbagaikan menu harian supaya anak anda tidak jemu. Pelkenalkan si kecil anda dengan berbagai jenis makanan.

Jangan berikan anak anda minuman yang bergula. Gantikan dengan jus buah-buahan yang asli. Cairkan jus supaya tidak terlalu pekat untuk anak anda.

Sayur-sayuran yang dimasukkan dalam menu bubur mestilah dipotong halus atau dikisar. Pastikan sayuran dimasak sehingga lembut. Semua jenis sayuran kaya dengan pelbagai vitamin dan zat yang penting untuk tumbesaran anak anda. Maka tiada batasan terhadap jenis sayur yang disajikan.

Bayi berusia bawah satu tahun tidak digalakkan makan telur putih. Setengah kajian menyatakan bahawa telur putih menyebabkan alahan pada kanak-kanak. Jika anak anda sukakan telur, hidangkan telur kuning sahaja.

Jangan sesekali tambahkan bahan perisa seperti garam, kicap, sos tiram untuk makanan yang disajikan bayi anda.

Jika anda ingin menghidangkan daging kepada anak anda, pastikan daging tersebut telah direbus sehingga empuk.

Bagi yang berumur 10 bulan ke bawah, elakkan daripada memperkenalkan anak anda dengan makanan yang bergoreng.

Gantikan minuman yang biasanya diberikan dalam botol ke dalam cawan Untuk permulaan, berikan dalam kuantiti yang sedikit.

Berikan anak-anak anda buah-buahan segar yang dipotong halus.

Sumber:Kekalsihat.com

No comments:

Post a Comment

Rahsia Anak Pintar:

Rahsia Anak Soleh:

Belajar Bahasa Inggeris:

Kit Biasiswa:

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Jimat Elektrik:

Perfect Slim Diet:

Kerja Kerajaan:

Pertolongan Cemas:

Nak Berhenti Merokok?:

Jual Balik:

Artikel Yang Sering Dibaca Pelawat KEKAL SIHAT: