Jual Balik:

Kit Biasiswa:

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Rahsia Anak Pintar:

Rahsia Anak Soleh:

Jimat elektrik:

mmm

Belajar Bahasa Inggeris:

Nak Berhenti Merokok?

Pertolongan Cemas:

Perfect Slim Diet:

Sunday, March 28, 2010

Apa Yang Berlaku Pada Buah Pinggang Anda Disebabkan Diabetes

Darah anda dibersihkan oleh buah pinggang anda. Bahan-bahan sisa buangan dan cecair akan ditapis keluar, membentuk urin, yang akan disalur keluar melalui pundi kencing. Sekiranya buah pinggang anda rosak, fungsi penting ini tidak dapat dilakukan dan ianya akan mengakibatkan anda menjadi lesu atau kadang-kala membawa maut.

Apabila anda mula mendapat diabetes, buah pinggang anda mungkin akan membesar dan mula mengeluarkan bahan-bahan sisa buangan dengan cepatnya dari badan. Ini berlaku kerana terdapat banyak glukosa yang memasuki buah pinggang dan menyebabkan banyaknya air dikeluarkan dan seterusnya mengakibatkan tekanan di dalam buah pinggang anda meningkat. Ini boleh menyebabkan membren dan struktur buah pinggang menjadi tebal dan selepas satu jangka masa, buah pinggang anda akan tidak boleh menapis darah sebanyak seperti dahulu. Apabila buah pinggang anda mula kehilangan keupayaan untuk menapis, cecair dan bahan sisa buangan akan mula berkumpul di dalam darah dan meningkat ke tahap yang membahayakan.

Ramai di antara mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang tidak sedar bahawa mereka mempunyai masalah sehingga fungsi buah pinggang mereka menurun kepada kurang 25% daripada kapasiti normal. Pada tahap akhir penyakit, fungsi buah pinggang adalah kurang daripada 10% daripada kapasiti normal. Pada ketika itu, buah pinggang anda tidak lagi boleh mengekalkan hayat dan anda terpaksa menjalani rawatan dialisis ataupun pemindahan buah pinggang untuk terus hidup.

Secara amnya, lebih kurang 30-40% pesakit diabetes yang mempunyai penyakit buah pinggang disebabkan diabetes (nefropati diabetes) akhirnya akan mengalami kegagalan buah pinggang. Kebiasaannya ia mengambil masa selama 10 hingga 20 tahun dari masa penyakit diabetes bermula. Tetapi, jangkamasa untuk buah pinggang anda gagal dari berfungsi boleh dikatakan akan menjadi singkat jika anda terlambat membuat pengesahan bahawa anda ada menghidapi penyakit diabetes. Oleh itu, adalah penting untuk anda melakukan pemeriksaan secara kerap untuk mengesan penyakit diabetes seawal yang boleh dan ambil langkah-langkah pencegahan yang sebaik-baiknya.

Dialisis buah pinggang
Diabetes mellitus, terutama jika disertakan dengan tekanan darah tinggi dan juga menghisap rokok, adalah sebab utama berlakunya penyakit buah pinggang (nefropati diabetes) di kebanyakan negara. Di Malaysia sebanyak 51% kes-kes baru yang diterima untuk dialisis pada tahun 2004 adalah dikalangan pesakit diabetes.

Dialisis adalah satu rawatan perubatan untuk mengeluarkan bahan sisa buangan badan secara terus dari darah bagi mereka yang gagal fungsi buah pinggang. Dialisis akan akan hanya dapat menggantikan sebahagian daripada fungsi buah pinggang yang tidak lagi berfungsi. Terdapat 2 jenis dialisis; iaitu hemodialisis dan peritoneal dialisis.

Hemodialisis adalah sejenis dialisis yang menggunakan satu mesin buah pinggang tiruan (mesin dialisis) untuk membuangkan cecair dan bahan sisa buangan dari aliran darah. Dialisis peritoneal pula berasaskan satu tiub yang dimasukkan ke dalam rongga badan yang juga terletaknya perut, hati dan usus-usus, yang dipanggil kaviti peritoneal. Cecair dalam kuantiti yang banyak akan di alirkan ke dalam kaviti ini dan ia akan mengeluarkan sisa buangan melalui cecair yang mengalir balik ke luar daripada kaviti. Dialisis peritoneal selalunya di lakukan di rumah pada setiap hari.

Oleh kerana rawatan dialisis diperlukan secara kerap, maka ia biasanya akan menjadi beban kewangan kepada kebanyakan mereka yang memerlukannya. Kos untuk setiap sesi hemodialisis di klinik atau hospital swasta adalah dalam lingkungan RM100 ke RM300. Oleh kerana pesakit diabetes mungkin memerlukan tiga sesi seminggu, maka ia boleh menyebabkan anda berbelanja sehingga RM600 seminggu!

Anda sememangnya tidak patut menanggung beban yang seberat ini. Walaupun anda mempunyai diabetes, anda boleh mengelak atau melewatkan berlakunya kegagalan buah pinggang dengan berusaha untuk menjaga diri anda dan penyakit diabetes anda dengan baik.

Membuat perubahan dengan penjagaan diabetes yang baik

Anda boleh mengelakkan penyakit buah pinggang yang disebabkan diabetes dengan:
• Mengawal tahap glukosa darah anda.Anda harus pastikan sebaik mungkin tahap glukosa darah anda berada di tahap yang disyorkan iaitu antara 3.8 hingga 6.1 mmol/L semasa berpuasa dan tidak lebih dari 7.8 mmol/L selepas makan. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kawalan glukosa darah yang baik dapat menurunkan risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang disebabkan diabetes ataupun sekurang-kurangnya mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk. Oleh itu, adalah amat baik jika anda mula berusaha untuk memakan secara sederhana dan teratur, mengawal pengambilan karbohidrat, melakukan aktiviti fizikal dengan kerap dan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Penjagan diabetes yang baik juga termasuklah mengambil ubat-ubatan mengikut peraturan (sekiranya dipreskripsi oleh doktor), memantau tahap glukosa darah setiap hari di rumah dan kerap berjumpa dengan doktor anda.

• Mengawal tekanan darah anda. Adalah disarankan bahawa pesakit-pesakit diabetes mestilah sentiasa mengekal tekanan darah mereka di bawah tahap 130 mmHg sistolik (bahagian atas) dan rendah daripada 80 mmHg diastolik (bahagian bawah) . Ini mungkin agak sukar untuk dicapai dan anda mungkin memerlukan lebih daripada satu ubat tekanan darah. Adalah penting untuk tekanan darah anda dikawal secara ketatnya. Tekanan darah pada paras yang tinggi boleh mempercepatkan terjadinya penyakit buah pinggang diabetes anda dan (jika ianya telah wujud) akan mengakibatkannya menjadi lebih teruk.

• Pengesanan awal untuk penyakit buah pinggang disebabkan diabetes. Sekiranya anda sudah mempunyai penyakit buah pinggang, protein darah mungkin akan tertumpah ke dalam urin. Kehadiran protein dalam kuantiti yang banyak dalam urin (satu petanda lewat nefropati diabetes) boleh dikesan dengan satu ujian ringkas dengan mencelup stik pengesan ke dalam urin. Tetapi pengesanan untuk protein yang sedikit di dalam urin (mikroalbumin) - satu petanda awal kerosakan buah pinggang disebabkan diabetes- memerlukan ujian yang khas. Kehadiran mikroalbumin atau protein dalam urin menunjukkan buah pinggang anda telah rosak. Ini akan memberi amaran kepada doktor anda untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan penyakit buah pinggang anda daripada menjadi lebih teruk.

• Mengambil ubat-ubatan anda mengikut peraturan. Tambahan kepada pengambilan ubat untuk mengawal diabetes (dan mungkin juga untuk tahap lipid anda), anda juga perlu mengambil ubat anti-hipertensi untuk mengekalkan tekanan darah anda di bawah tahap 130/80 mmHg. Ubat-ubat daripada kumpulan Perencat Enzim Penukar Angiotensin (ACEI) ataupun Penghalang Reseptor Angiotensin (ARB) bukan sahaja dapat merendahkan tekanan darah anda, tetapi juga dapat melindungi buah pinggang anda dengan merendahkan tekanan didalam glomeruli. Oleh demikian, ia akan membantu mengurangkan risiko kematian disebabkan nefropati diabetes dan juga dapat mengurangkan keperluan untuk dialisis ataupun pemindahan buah pinggang.

• Berhenti merokok. Merokok adalah membahayakan untuk apa jua keadaan sekalipun. Merokok akan mempercepatkan proses pembentukan penyakit buah pinggang dan oleh sebab itu adalah lebih baik jika anda tidak merokok. Kehidupan boleh menjadi sukar apabila buah pinggang anda telah rosak. Diabetes bukan sahaja mengancam buah pinggang anda, tetapi juga organ-organ lain seperti jantung dan mata anda. Berita baiknya ialah, anda boleh mengelakkannya atau melewatkan komplikasi-komplikasi diabetes ini daripada berlaku. Maka, ambillah langkah pertama hari ini jua untuk melindungi buah pinggang anda dengan mengamalkan pengurusan diabetes yang baik. Anda berkuasa untuk mengelakkan penyakit buah pinggang yang disebabkan diabetes anda dan sebaliknya dapat menikmati kehidupan dengan sepenuhnya, walaupun anda menghidapi diabetes.

Tanda-Tanda Awal Masalah Buah Pinggang?

Bengkak air
Bengkak air dapat dikesan sekirang berlaku kebengkakkan pada bahagian mata dan muka. Kebengkakkan ini hanya berlaku pada sebelah pagi dan kembali normal di sebelah petang. Selain itu, sekiranya seseorang itu berada dalam situasi kepenatan, kebengkakkan ini juga akan bertambah. Bengkak air yang serius akan menunjukkan kesan dimana-mana bahagian pinggang hingga ke kaki seperti kebengkakkan di buku lali.
Bengkak air yang berpunca daripada penyakit ginjal akan menunjukkan kesan bengkak di sekeliling mata dan muka pada waktu pagi dan waktu petang ia akan kembali baik. Bengkak air yang teruk akan menyebabkan bengkak dan sakit pada tumit kaki dalaman, kaki dan pinggang.

Tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi yang berpunca daripada masalah buah pinggang adalah sama dengan tekanan darah tinggi yang berpunca daripada penyakit lain. Ia mengakibatkan sakit kepala, pening, rabun dan berdengung di telingga.

Pemeriksaan tekanan darah secara berkala atau kerap penting untuk memastikan tekanan darah berada di dalam keadaan normal. Ramai orang mengabaikan pemeriksaan ini disebabkan mereka telah lali dengan simptom-simptom seperti di atas dan tidak mengambil tindakan selanjutnya.

Sakit pinggang
Seringkali menghadapi masalah kesakitan di bahagian pinggang secara berkala ataupun berterusan.

Kencing terlalu banyak atau terlalu sedikit
Kuantiti air kencing orang normal adalah antara 1000ml – 2000ml setiap hari dengan puratanya 1500ml setiap hari. Tidak kiralah banyak atau sedikit kencing, ia kemungkinan tanda-tanda masalah buah pinggang. Perlu diambil perhatian, sekiranya seseorang itu kerap membuang air kecil di sebelah malam.

Keputusan ujian air kencing yang tak normal
Sekiranya setelah menjalani pemeriksaan air kencing, ujian mendapati terdapat unsur protein, sel merah, sel putih, bentuk organ dan glukosa di dalam air kencing, seseorang itu dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut.

Ujian Awal Kesan Sakit Buah Pinggang

RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam.
Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.

Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.

Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.

Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.

Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

Buah Pinggang Menapis Kotoran Dalam Tubuh

DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang’ Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.

Bagaimana buah pinggang bekerja?
Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang. Satu tiub disebut ureter mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi. Setiap buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil dinamakan glomeruli. Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino, garam dan bahan kotoran daripada darah. Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui heberapa tiub kecil. Tiub iru dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh. Darah yang ditapis tadi kemudian ke luar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini me~ ngandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing. Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang.

Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang cukup.
Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro tan air kencing yang melaluinya telah dengan sendirinya disteril. Bagaimanapun, sistem ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air kencing yang terkumpul.

Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang sihat pun boleh mendapatnya. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya pendek menyebabkan bakteria mudah memasuki buah pinggang. Kebanyakan kita membuang air kecil empat atau enam kali sehari. Jika lebih daripada itu, ini mungkin disebabkan oleh rasa cemas, jangkitan atau sesuatu yang berpunca daripada penyakit. Buat pemeriksaan doktor jika anda menghadapi masalah ini. Anda juga patut membuat pemeriksaan jika pengeluaran air kencing anda berkurangan. Ini mungkin disebabkan dehidrasi (umpamanya selepas muntah-muntah atau cirit-birit) tetapi ini juga mungkin menjadi tanda akan kerosakan buah pinggang atau tersumbat.

Batu karang
Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

Meningkat tua

Semakin seseorang meningkat tua, jumlah unit penapis di dalam buah pinggang berkurangan. Jika buah pinggang turut rosak kerana penyakit, penapis yang ada menjadi kurang berkesan dan bahan kotoran mungkin terkumpul di dalam darah. Kita juga harus ingat faktor-faktor utama yang menyebabkan penyempitan saluran darah di jantung turut menjejaskan buah pinggang. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi atau kencingmanis lebih mudah mendapat masalah buah pinggang.

Dialisis buah pinggang
Jika buah pinggang rosak teruk dan tidak boleh berfungsi walaupun mengikuti diet khusus, dialisis diperlukan, sama ada terus-menerus atau sehingga penderma buah pinggang ditemui.
Satu buah pinggang boleh berfungsi untuk dua tetapi jika kedua-duanya tidak lagi berfungsi, seseorang memerlukan pemindahan buah pinggang atau cara lain untuk menapis darah. Teknologi perubatan mencipta proses dinamakan dialisis yang menapis darah melalui mesin buah pinggang tiruan apabila kedua-dua buah pmggang tidak boleh berfungsi lagi. Pesakit yang mendapat rawatan dialisis dapat meneruskan hidup tetapi aktiviti hidup mereka semakin terbatas. Rawatan ini mahal, memerlukan banyak masa terluang dan tidak semua pesakit boleh menerimanya. Masalah sering dihadapi ialah anaemia teruk dan pengambilan cecair berlebihan harus disekat.

Pemindahan buah pinggang
Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak begitu mudah dengan mengeluarkan buah pinggang lama dan menggantikan dengan yang baru dan pesakit dapat menikmati kehidupan normal. Namun jika tubuh pesakit tidak dapat menerima buah pinggang baru, masalah akan timbul. Ini diatasi dengan mencari pesakit dan penderma yang mempunyai kaitan dan ubat diperlukan untuk mengurangkan tindakan balas yang dihadapi tubuh penerima.

Buah pinggang gagal berfungsi
Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru).

Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit. Antaranya ialah - :
1. Keturunan
2. Jangkitan
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
4. Diabetes mellitus
5. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat atau beberapa sebab yang tidak diketahui.

Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia menyerang orang dewasa dan kanak-kanak sama ada orang itu sihat atau tidak atau bagaimana corak hidup seseorang.

Kegagalan buah pinggang kronik
Apabila seseorang menghidap penyakit buah pinggang yang kronik, ia akan sakit teruk selama beberapa bulan dan mengalami anaemia. Buah pinggang terus mengeluarkan air kencing namun gagal mengeluarkan bahan kotoran atau menyerap bahan yang berguna. Kegagalan buah pinggang kronik disebabkan beberapa penyakit seperti jangkitan kronik, diabetes atau pengambilan dadah berlebihan.

Tanda-tanda kronik

Pesakit biasanya lemah, sering demam, sering kencing lebih-lebih lagi waktu malam. Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit akan kehilangan berat badan, luka, gatal-gatal dan sedu. Kulit nampak kekuningan dan garisgaris warna coklat dilihat di kuku tangan.

Rawatan
Puncanya mesti dikenal pasti dan dirawat. Batu karang boleh dikeluarkan melalui pembedahan dan jangkitan kuman dirawat dengan ubat-ubatan. Jika kedua-duanya gagal, pesakit diberikan pemakanan tinggi karbohidrat dan rendah protein. Dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan jika pesakti bertambah teruk.

Adakah pesakit bergantung pada mesin dialisis sepanjang hayatnya?
Rawatan dialisis diberikan selama tiga hingga empat jam tiga kali seminggu. Selain waktu tersebut, pesakit bebas aktif seperti orang lain.

Adakah pesakit yang menerima dialisis boleh bekerja?
Dengan rawatan dialisis, pesakit buah pinggang dapat hidup secara normal. Mereka boleh bekerja asalkan tidak melakukan kerja-kerja berat seperti kerja buruh. Pesakit ini juga patut meneruskan persekolahan dan boleh mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti rekreasi.

Apakah kesan dialisis ke atas kehidupan pesakit?
Kegagalan fungsi buah pinggang tidak bermakna berakhirnya kehidupan. Pesakit perlu mengikuti pemakanan khusus dan mengambil ubat-ubatan yang membantu dalam rawatan.
Adakah kegagalan buah pinggang jarang berlaku?
Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah.

Bagaimana mengetahui sama ada anda mengidap penyakit buah pinggang?
Bagi sesetengah penyakit buah pinggang, terdapat tanda-tanda yang boleh dikenali. Umpamanya, terdapat darah dalam air kencing, bengkak sekeliling mata serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam. Tanda-tanda seperti ini memerlukan rawatan. Bagaimanapun banyak kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menampakkan sebarang tanda. Ia dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau tekanan darah tinggi.
Sumber: WANITA, JULAI 1997, M/S 110-112

Sunday, March 14, 2010

Khasiat Madu Lebah

Al Quran sebagai mukjizat diakui banyak membongkar rahsia-rahsia saintifik jauh lebih awal daripada “scientific findings” daripada experiment yang dilakukan para saintis moden. Antara mukjizat al Quran yang baru dapat dibuktikan oleh para pakar adalah tentang khasiat MADU LEBAH. Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran, surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”

Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.

Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:
1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia);
2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)
3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand);
4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand);
5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN);
6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales).

Kesimpulannya, Al Quran adalah suatu mukjizat yang akan terus membongkar hakikat di sebalik pencipta di alam cakerawala ini. Ini juga menyingkap betapa segala penciptaan yang wujud di bumi ini diciptakan oleh ALLAH dengan fungsinya yang tersendiri. Tiada satupun objek atau kejadian yang dicipta secara sia-sia. Walaubagaimanapun hanya orang-orang yang berfikir dapat memahami rahsia di sebalik penciptaan yang pelbagai sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:
“Dan mereka-mereka (yang beriman) sentiasa mengingati Allah sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring. Dan mereka yang berfikir tentang segala penciptaaNya sama ada di langit-langit ataupun di bumi. Mereka berdoa: Wahai Tuhan kami, tidak satupun (objek & kejadian di langit dan Di bumi) yang Engkau ciptakan secara sia-sia. Maha Suci Engkau, selamatkan kami dari NERAKA”. (Surah Ali Imran: 191).
Minumlah madu lebah!

Friday, March 12, 2010

Kaedah Bekam

BEKAM adalah satu subjek yang besar biarpun ia sekadar satu cabang dalam perubatan alternatif. Mengikut definisi ia adalah kaedah rawatan yang menggunakan alat seperti gelas, tanduk atau buluh yang menyedut permukaan kulit untuk mengeluarkan angin, darah, toksik, darah beku atau kekotoran.


Pengamal kaedah perubatan bekam, Dr Nik Fairuz Hakim Nik Omar, dari Pusat Perubatan Homeopathy dan Akupuntur Dr Nik Omar, Shah Alam, berkata bekam atau Al-Hijamah adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri. Ia adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT.

Ada beberapa jenis bekam yang diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.

“Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia terdiri daripada bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi,” katanya.

Bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan bekam moden dengan sunnah ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.

Bekam sunnah pula menggunakan pisau cukur kerana mengikut satu ayat iaitu ‘shartah’ yang bermaksud toreh. Bekam jenis ini dilakukan pada hari tertentu iaitu pada tanggal 17, 19 dan 21 mengikut kalendar Islam dan afdal dilakukan pada Khamis, Jumaat dan Isnin. Hari perlu dielakkan ialah Rabu.


Mengikut tulisan Ibnu Sina, waktu terbaik untuk berbekam ialah antara jam 2 petang hingga 3 petang dan seharusnya dilakukan selepas mandi, kecuali bagi orang yang darahnya kental, harus mandi air panas sehingga tubuhnya berasa hangat sebelum berbekam.


Kata Dr Nik Fairuz, jenis bekam biasanya mengikut pilihan pesakit yang kebanyakan bertujuan membuang angin dan darah kotor.


“Kebanyakan mereka yang mengunjungi pusat rawatan ini memilih untuk berbekam atas saranan dan nasihat rakan-rakan yang pernah merasai kebaikan berbekam terutama amalan bekam sunnah,” katanya yang menjelaskan pesakit yang menderita barah, ketumbuhan yang mencurigakan, fibroid (sista), lupus (SLE), kudis kronik, jangkitan, sawan (gila babi), HIV/Aids, orang fobia, mengandung, penyakit kelamin dilarang berbekam.


“Kami tidak merawat kanser, tetapi tidak dinafikan ada pesakit yang datang untuk berbekam atas fahaman dan keyakinan seperti diriwayatkan Abu Hurairah yang berkata Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka ia akan menyembuhkan semua penyakit.” (Hadis riwayat Abu Daud),” katanya.


Dr Nik Fairuz mendapat tauliah pakar bekam daripada Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia (Fahom).


Amalan bekam darah dahulunya biasa dilihat di tepi-tepi jalan, dan pengamal bekam sebegini biasanya mewarisi teknik bekam secara turun temurun. Tidak dinafikan teknik ini pernah dilabel sebagai perubatan jalanan kerana amalan kebersihan seperti peralatan serta cara darah kotor dilupuskan diragui.

Apapun jenis bekam yang dipilih, bagi yang berminat dengan rawatan ini, mereka perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai maklumat serta kemungkinan termasuk pantang larang dan tahap kepakaran pengamal bekam. Beberapa perkara yang boleh berlaku ketika dan selepas bekam termasuk pitam, pening, kebas, pendarahan, lebam, kulit melecet, jangkitan, gatal-gatal, sakit bahagian bekam dan keguguran.


Pengamal bekam hendaklah bertauliah dan tahu apa yang dilakukan, mematuhi undang-undang perubatan mengikut Akta Perubatan 1971, memahami dan mengikut peraturan pengamalan, menjaga kebersihan dan tidak berbekam pada bahagian yang dilarang.


“Antara garis panduan pengamal yang bertauliah perlu mengikut Akta Perubatan 1971 seperti tidak boleh mengisytiharkan bahawa teknik ini boleh menyembuhkan penyakit yang mustahil untuk disembuhkan, selain tidak boleh menggunakan peralatan seperti doktor,” jelasnya yang mula berminat terhadap teknik bekam ketika menuntut di Hospital Besar Kalubowila Colombo, Sri Lanka Selatan pada 1999.


Terbaru, timbul cadangan Kementerian Kesihatan untuk menimbang menggunakan akta untuk menguatkuasakan peraturan pengamal bekam iaitu mereka perlu mendalami ilmu bekam sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum menjadi pengamal bertauliah.


Bagaimanapun, usul ini masih pada peringkat perbincangan disebabkan kebanyakan pengamal bekam di negara ini mewarisi teknik ini secara turun-temurun.


Dari segi sejarah, penggunaan teknik bekam paling awal dikesan melalui amalan kaum Nabi Lut yang membaling batu kepada orang asing yang memasuki ke kampung mereka. Pendatang yang luka kepalanya kemudian dikejar dan diminta membayar wang sebagai habuan kerana mengeluarkan darah dari kepala mereka.


INFO: Bekam

• Mereka yang berusia 4 hingga 65 tahun boleh berbekam.

• Kebiasaannya, rawatan bekam kering mengambil masa antara 15 hingga 20 minit.

• Sesi terapi bekam darah tidak melebihi 30 minit.

• Jumlah darah tidak melebihi 5 hingga 10 mililiter.
Sumber:Berita Harian.

Thursday, February 25, 2010

Risiko Mati Awal

Kajian WHO mendapati perokok usia 35 tahun ke atas mudah berhadapan kemungkinan diserang sakit jantung

IA bukan lagi sesuatu yang luar biasa apabila anda mendengar mengenai kematian mereka yang masih muda akibat serangan jantung.

Ini disebabkan, biarpun pada usia seawal 26 tahun sekali pun, individu itu berpotensi untuk diserang masalah jantung. Malah wanita muda yang masih sihat dan pada usia produktif, pula tidak terkecuali menjadi penghidap penyakit ini.
Ketua Unit Kardiologi, Pusat Jantung dan Paru-Paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Oteh Maskon, turut mengingatkan, masalah jantung di kalangan orang muda jauh lebih terus berbanding dengan warga emas atau orang tua.

Ini katanya, jika individu berusia 80 tahun yang kena serangan jantung, ia lebih bersifat semula jadi apabila saluran darahnya sudah tidak lagi berupaya untuk bertahan akibat faktor usia lanjutnya.

“Faktor risiko paling biasa adalah diabetes dan tekanan darah tinggi. Tetapi di kalangan orang muda, faktor atau punca masalah pembunuh senyap ini adalah disebabkan merokok, kolesterol yang tinggi, bekerja dalam suasana yang tertekan serta diet yang tidak seimbang,” katanya.
Dr Oteh berkata, selagi tidak membuat pemeriksaan kesihatan yang terperinci, seseorang itu tidak akan mengetahui keadaan kesihatannya. Lebih menyukarkan keadaan, ada kalanya simptom awal masalah jantung ini tidak disedari.

“Jangan tunggu hingga usia anda 40 tahun untuk buat pemeriksaan kesihatan. Ini perlu dilakukan apatah lagi jika keluarga anda memiliki sejarah masalah jantung,” katanya.

Beliau berkata, bagi wanita yang belum putus haid terdedah kepada ancaman serangan jantung jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

“Perempuan yang belum menopaus dilindungi hormon daripada serangan jantung. Tetapi perlu diingat, jika tidak bersenam, merokok dan tidak menjaga pemakanan, wanita ini boleh diserang masalah jantung apatah lagi jika dia berhadapan dengan penyakit lain seperti diabetes,” katanya.
Dr Oteh turut mengingatkan, masalah jantung di Malaysia sememangnya lazim dan serius. Malah, setiap orang memiliki kemungkinan diserang sakit jantung sehingga 50 peratus jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat.

Di PPUKM saja, 8,000 pesakit yang mengalami simptom masalah jantung dirawat sebagai pesakit luar setiap tahun. Manakala 4,000 menjalani ECG - echocardiography (ujian anatomi jantung) manakala 5,000 menjalani ujian tekanan (stress test).

Angka ini secara keseluruhannya amat besar dan sewajarnya mendapat perhatian semua.

Selain melakukan pemeriksaan kesihatan, usaha mengubah gaya hidup adalah antara cara mengurangkan faktor risiko. Bersenam, memilih diet seimbang dan tinggalkan tabiat merokok.

Merokok dan serangan jantung memang sudah diketahui saling berkait. Satu kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membabitkan 121 negara, mendapati perokok dalam usia 35 ke 39 tahun berhadapan dengan lima kali risiko diserang serangan jantung berbanding individu sebaya yang tidak merokok.

Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Kawalan Tembakau itu turut menyebut, merokok adalah faktor risiko utama kejadian serangan jantung di kalangan orang muda.



Bagaimana mengesan serangan jantung?

Kebanyakan serangan jantung terjadi secara perlahan-lahan. Ia menyebabkan ada pesakit yang tidak pasti, adakah mereka patut mendapatkan pertolongan atau tidak?

Namun umumnya, jika anda merasakan ketidakselesaan di bahagian dada (rasa tertekan, senak atau dipicit) yang berlangsung beberapa minit dan kerap berulang, dapatkan rawatan segera.

Selain itu anda mungkin merasa sakit di bahagian atas badan misalnya lengan, bahagian belakang, rahang atau perut. Ada kala rasa sakit itu disertai nafas pendek dan sakit dada.

Jika anda berhadapan dengan mereka yang diserang sakit jantung tiba-tiba, satu jam pertama selepas serangan jantung adalah masa yang cukup penting. Membantu mangsa dalam masa itu boleh menyelamatkan nyawa.

Terdapat pelbagai simptom masalah jantung. Justeru serangan jantung yang dialami oleh individu mungkin berbeza. Misalnya di kalangan pesakit wanita, mungkin mengalami rasa sakit di bahu berbanding lelaki yang rasa dada seakan remuk.

Ada kala, serangan jantung kali pertama boleh anda harungi. Namun, ada yang tidak bernasib baik, serangan jantung kali pertama menyebabkan kematian.

Justeru, jalani pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui situasi semasa kesihatan anda dan mengamalkan gaya hidup sihat.

FAKTA: Simptom awal serangan jantung
• Rasa sakit di dada (senak, seakan dipicit/ditekan) selama dua minit atau lebih.
• Sakit di bahu, tengkuk, rahang, lengan atau bahagian belakang
• Pening, berpeluh, muntah, nafas pendek atau lemah.
Sumber:Berita Harian.

Vitamin Terbaik Untuk Anak

Pastikan si kecil nikmati diet seimbang, elak makanan ringan

ADAKAH anak anda memerlukan vitamin tambahan dalam diet sehariannya? Apakah beliau cukup khasiat untuk membesar sebagai anak yang sihat dan cerdas?

Inilah persoalan yang sering melingkari minda ramai ibu bapa yang ragu-ragu mengenai keupayaan sendiri dalam memantau pembesaran anak-anak.

Justeru, tidak hairan apabila anak-anak zaman ini disogokkan dengan pelbagai pil bagi menambah kecergasan dan kecerdasan. Tetapi, adakah ini perlu? Tidakkah terlalu awal mendedahkan anak-anak dengan pelbagai vitamin tambahan?

Pakar Runding Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Pantai Bangsar, Dr Azam Mohd Noor, berkata cara terbaik untuk memastikan anak-anak mendapat vitamin dan mineral adalah dengan memberinya peluang menikmati pelbagai jenis makanan.

Selain susu, buah-buahan dan sayur-sayuran, masukkan juga kekacang, ikan dan produk tenusu dalam dietnya.

“Memang mudah menyebut diet yang sihat, tetapi kanak-kanak tidak makan seperti mana kita mahu mereka makan. Anak-anak yang cerewet dalam soal pemakanan tidak akan memperoleh vitamin, mineral dan nutrisi penting yang lain,” jelasnya.

Malah ada juga kanak-kanak langsung tidak makan makanan berkhasiat atau sihat. Ada yang lebih cenderung memilih makanan yang diproses dan makanan ringan kurang sihat dan kurang khasiatnya berbanding gula dan kalori.

Dr Azam berkata, anak-anak yang memilih makanan juga tidak mendapat khasiat secukupnya bagi membantu pembesaran mereka. Vitamin dan mineral yang amat penting bagi pembesaran kanak-kanak, secara umumnya boleh diperoleh dalam diet pemakanan seimbang. Tetapi ini sudah pasti menimbulkan masalah kepada kanak-kanak yang suka memilih makanan.

“Kanak-kanak yang tidak mengambil mengambil vitamin dan mineral secukupnya mungkin berhadapan dengan kadar IQ yang rendah berbanding kanak-kanak yang mendapat mineral dan vitamin mencukupi,” katanya.

Jelas Dr Azam, fakta penting yang perlu diketahui ramai adalah usaha meningkatkan tahap IQ kanak-kanak bukan bergantung pada jenis atau vitamin tertentu tetapi gabungan pelbagai vitamin seperti zink, vitamin A dan C.

Bagaimanapun pengambilan makanan tambahan juga harus sesuai dengan keperluan anak-anak kerana pengambilan makanan tambahan yang terlalu banyak sebaliknya boleh menjadi toksik kepada tubuh kanak-kanak.

“Apa yang perlu diketahui, vitamin dan mineral tidak merawat penyakit kecuali jika kanak-kanak mengalami masalah kekurangan vitamin atau mineral,” katanya.

Jika dilihat, makanan tambahan bukan lagi dalam bentuk pil atau kapsul. Ia juga tidak lagi terhad kepada vitamin dan mineral, sebaliknya asid lemak, Omega 3 dan minyak ikan. Ada juga sebahagian makanan tambahan ini dimasukkan dalam susu tepung.

Misalnya, susu formula mengandungi rumusan DHA (asid docasaHexanenoic, sejenis omega 3) yang membantu perkembangan otak kanak-kanak.

Bagaimanapun jelas Dr Azam, vitamin dan mineral dalam susu formula tidak setanding dengan kandungan DHA dalam susu ibu. Tetapi, perlu diingat, jika ibu menyusukan anak tidak mengambil diet yang betul, ini pasti menjejaskan kualiti susu.

“Ramai ibu yang mahu segera kurus selepas pantang dan tidak makan dengan betul. Mungkin mereka akan cepat mendapat bentuk badan asal selepas bersalin tetapi tindakan itu menjejaskan khasiat susu ibu,”

Dr Azam berkata satu lagi makanan tambahan yang mungkin membantu dalam proses pembesaran kanak-kanak adalah probiotik. Anak-anak yang lahir melalui pembedahan kurang terdedah pada bakteria usus yang baik berbanding anak-anak yang dilahirkan nomal.

Pendedahan kepada bakteria usus yang baik membantu dalam proses pencernaan dan melindungi usus sekali gus mengurangkan simptom cirit birit.

INFO: Diet sihat si kecil

# Selain susu, buah-buahan dan sayur-sayuran, masukkan juga kekacang, ikan dan produk tenusu dalam makanan anak

# Makanan tambahan bukan setakat vitamin dan mineral, tetapi asid lemak, Omega 3 dan minyak ikan

# Kanak-kanak kurang vitamin dan mineral secukupnya mungkin berdepan kadar IQ yang rendah

# Usaha tingkat tahap IQ bergantung kepada gabungan pelbagai vitamin seperti zink, vitamin A dan C

# Awasi pengambilan makanan tambahan. Jika berlebihan boleh menjadi toksik kepada tubuhnya.
Sumber:Berita Harian.

Saturday, February 20, 2010

Dengkur Petanda Sakit Kronik

Penghidap gangguan tidur Obstructive Sleep Apnea berisiko serangan jantung, strok

RAMAI beranggapan dengkur hanyalah gangguan tidur yang jika memudaratkan dan sekadar menjejaskan tidur pasangan. Tidak kurang yang memandang ringan dengan menganggap masalah dengkur itu berlaku akibat getaran tisu di atas laluan pernafasan.

Bagaimanapun, dengkur bukan lagi masalah biasa, sebaliknya serius apabila anda berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih setiap kali berdengkur. Keadaan itu dikenali gangguan tidur (Obstructive Sleep Apnea - OSA).
Sejauh manakah serius atau kroniknya masalah ini? Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pantai Ampang, Dr Raymond Tan Suo Kuan, berkata OSA ialah masalah kesihatan yang kronik. Ia menyebabkan seseorang itu berhenti bernafas dalam tidur secara berulang kali iaitu antara lima hingga 30 kali atau lebih dari sejam.

"Setiap kali selepas pernafasan terhenti, pesakit akan cuba kembali bernafas. Cubaan itu menghasilkan bunyi yang kuat dan seakan tercekik," katanya.

Kata Dr Tan, bukan semua orang berdengkur mengalami OSA, tetapi semua yang mengalami OSA sememangnya berdengkur. Ia lebih kerap berlaku di kalangan lelaki yang obes atau terlalu gemuk, tanpa mengira umur. Bagaimanapun, katanya, ada perbezaan antara dengkur biasa dan dengkur simptom OSA.
Berdengkur umumnya mengganggu tidur pasangan tetapi dengkur biasa disusuli dengan petanda lain seperti berasa letih setiap pagi, sakit kepala, sakit tekak dan mulut yang kering.

Namun, apa yang membimbangkan, dengkur yang dikaitkan dengan simptom OSA disusuli masalah hipertensi atau darah tinggi, angin ahmar dan masalah kardiopulmanori.

Dr Tan berkata, mereka yang berisiko mengalami OSA memiliki jisim berat badan (BMI) lebih dari 28. Malah, OSA itu lebih ketara di kalangan lelaki berbanding wanita dengan kelaziman empat peratus di kalangan lelaki jika dibandingkan dengan wanita, sebanyak dua peratus.

"OSA selalunya berlaku di kalangan lelaki berusia 25 ke 45 tahun dan dianggap masalah biasa di kalangan lelaki berusia 55 tahun ke atas. Bagi wanita, walaupun insiden OSA lebih rendah berbanding lelaki, tetapi selepas putus haid, kekerapan itu sama dengan lelaki.
"Mereka yang mengalami OSA berhadapan dengan masalah saluran pernafasan yang sempit. Malah, salur nafas itu boleh tertutup untuk beberapa saat," katanya.

Kata Dr Tan, keadaan ini disebabkan ketika tidur, udara tidak boleh melalui paru-paru dan hidung walaupun pesakit cuba untuk bernafas. Apabila ia terjadi, jumlah oksigen dalam darah menurun. Pernafasan normal bermula dengan bunyi dengkur dan bunyi seakan-akan tercekik yang kuat.

"Justeru, pesakit seakan-akan meronta-ronta dalam tidur untuk mendapatkan pernafasannya kembali. Jika pernafasannya terhenti secara berterusan dan tertutup 100 peratus, maka ia dinamakan apnea. Lazimnya, apabila sukar bernafas, pesakit akan terjaga daripada tidur kerana paru-paru yang bergerak dan kadar oksigen yang kian menurun.

Dr Tan berkata, OSA kerap dialami mereka yang gemuk, merokok dan mengambil alkohol. Apa yang menyedihkan, sering kali juga, mereka yang mengalaminya tidak mengetahui masalah yang dihadapi.

Berikutan itu, kerap kali OSA dikesan secara tidak sengaja ketika penghidapnya menjalani rawatan di hospital atau dimaklumkan oleh pasangan.

Apakah yang boleh berlaku jika OSA tidak dirawat? Antara risiko utama termasuk mengalami tekanan darah tinggi, masalah jantung dan serangan jantung, angin ahmar dan merosotnya kualiti hidup.

Bagaimana merawat OSA?

Rawatan paling umum OSA ialah 'tekanan berterusan laluan udara' atau CPAP (Continuous Positive Airway Pressure). Rawatan lain termasuk menurunkan berat badan, ubat-ubatan secara oral, terapi dan pembedahan.

Berat badan yang bertambah sememangnya menjadi faktor risiko berlakunya OSA. Namun, ia tidak pula bermaksud apabila anda mencapai tahap berat badan ideal, masalah itu akan selesai, sebaliknya berbincang dengan doktor untuk mendapatkan rawatan terbaik.

INFO:
• Berlaku jika anda berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih setiap kali berdengkur

Simptomnya termasuk:
o Mengantuk pada siang hari atau keletihan
o Mulut kering atau sakit tekak apabila terjaga dari tidur
o Sakit kepala pada waktu pagi
o Sukar memfokus dan mudah lupa
o Berpeluh pada waktu malam
o Rasa gelisah ketika tidur
o Tidak berfungsi secara seksual
o Berdengkur
o Kerap terjaga dari tidur secara mengejut kerana berasa tercekik
Sumber: Berita Harian

Rawatan Parkinson

Ubat bantu hadkan masalah tubuh terketar-ketar, tingkatkan kualiti hidup pesakit

MASA depan anda tidak semestinya gelap andainya disahkan menghidap Parkinson. Biarpun ia bukan penyakit yang dapat dipulihkan, masih ada beberapa cara untuk mengubatinya dengan lebih berkesan bagi mengurangkan simptom penyakit ini.

Kebanyakan simptom ini disebabkan kekurangan dopamine dan ubat yang lazimnya digunakan pula cuba mengambil alih atau meniru fungsi dopamine yang bertindak membantu mengurangkan gerak tubuh terketar-ketar dan memperlahankan masalah pergerakan badan.
Ada beberapa jenis ubat-ubatan baru yang kini dikaji kemampuannya, termasuk dipercayai dapat memperlahankan penularan penyakit itu. Kebanyakannya menjanjikan peluang cerah memperbaiki kualiti hidup pesakit yang menghidapinya.

Dalam usaha mengubati Parkinson, ada beberapa kelas ubat-ubatan berbeza digunakan bagi peringkat penyakit berlainan sama ada digabung atau secara sendiri. Ini bergantung kepada tahap penyakit, usia pesakit dan toleransi terhadap rawatan perubatan. Malah rawatan awal bergantung kepada individu.

Kelas ubat-ubatan yang digunakan termasuk levodopa, dopamine agonists, COMT-inhibitors, MAO-B-inhibitors dan ubat anticholinergic. Ada beberapa jenis ubat-ubatan baru yang masih pada peringkat kajian yang mampu memperlahankan penyakit ini. Kebanyakannya mampu mempertingkatkan kualiti hidup pesakit yang menghidap penyakit ini.
Levodopa misalnya, menjadi ubat paling kerap digunakan untuk Parkinson dan cukup berkesan dalam usaha mengurangkan tiga simptom utama penyakit ini - pergerakan yang perlahan, ketegangan dan terketar-ketar.

Dopamine agonist bertindak dengan mempertingkatkan aktiviti dopamine dalam otak. Ia bertindak dengan meniru fungsi dopamine yang berkurangan bagi pesakit Parkinson. Kajian menunjukkan rawatan awal menggunakan dopamine agonist mampu mengurangkan insiden komplikasi motor.

Ubat Penyekat COMT pula berfungsi menyekat tindakan catechol-O-methyl transferase (COMT) - sejenis enzim yang memetabolismakan lepodova sebelum sampai ke otak. Ubat ini biasa digunakan bersama levodopa, membantu memanjangkan tindakan lepodova bagi memastikan dos lebih kuat dibekalkan kepada pesakit - lebih menambahkan kadar dopamine dan meningkatkan mobiliti fizikal.

Penyekat-MAO-B turut digunakan bersama kombinasi levodopa dan dikatakan sangat berkesan pada peringkat awal Parkinson kerana dapat melengahkan penyakit daripada serius. Penyekat MAO-B membantu mengurangkan simptom Parkinson dengan menyekat monoamine oxidase-B (MAO-B) yang merosakkan dopamine.
Akhir sekali, anticholinergic iaitu ubatan sokongan yang digunakan untuk mengurangkan kimia semula jadi dalam otak - acetylcholine yang mengaktifkan otot. Bagaimanapun, anticholinergics membantu menurunkan kadar kimia dalam apa disifatkan ‘pemancar’ saraf ini bagi mengurangkan simptom Parkinson. Ia berguna bagi merawat pesakit yang mengalami simptom seperti masalah terketar-ketar.

Oleh itu, pemantauan tetap oleh pakar saraf, pesakit dan penjaga cukup penting bagi memastikan dos betul dan jenis ubat-ubatan (secara kombinasi) untuk merawat kerana setiap kes adalah unik.

Kita juga perlu tahu ubatan yang disarankan kepada pesakit Parkinson ada kesan sampingannya seperti loya, muntah dan pening. Kesan sampingan paling serius ialah gerakan tubuh secara tiba-tiba yang biasanya tidak dapat dikawal pesakit atau menjangka gerakan tubuh yang tersentak akibat rawatan levodopa yang berterusan.

Masalah ini tidak boleh dipulihkan kerana akan hadir sepanjang hayat. Keadaan ini juga penyebab utama timbulnya stigma sosial, menyebabkan pesakit Parkinson malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Oleh itu, rawatan menggunakan levodopa dielakkan pada peringkat awal Parkinson (5-10 tahun), bertujuan mengelak perkembangan gerakan tubuh tiba-tiba atau dyskinesia pada peringkat seterusnya.

Ubat jenis Dopamine agonist juga boleh menyebabkan kesan sampingan seperti loya, pening, mengantuk, kekeliruan dan tekanan darah rendah. Mujur, dengan kemunculan ubat-ubatan baru seperti Ropinirole, kekerapan kesan sampingan berkurangan dan diharapkan ubatan yang bakal muncul di masa depan mengurangkan lagi kekerapan kesan sampingan.

Perlu diingat, hidup dengan Parkinson bermaksud memahami keadaan dan peka kepada setiap simptom yang ada bagi memudahkan doktor menjalankan rawatan dengan lebih efektif.

Penulis ialah Pakar Runding Neurologi, Hospital Pantai Cheras. Untuk maklumat lanjut mengenai Parkinson, lawati www.lloydtan-trust.com.
Sumber: Berita Harian

Migrain Boleh Diwarisi

Sakit kepala tiada penawar ini turut dialami kanak-kanak seawal 10 tahun

SEBUT saja migrain, ramai dapat membayangkan betapa azabnya berdepan masalah sakit kepala ini. Apa tidaknya, bukan sekadar kepala yang berdenyut, tetapi mata terasa perit untuk dibuka, pandangan kabur, sukar berdiri dan ada ketikanya seperti hendak pitam. Malah, sakit kepala ini juga boleh menyebabkan mood yang pada awalnya baik, boleh berubah menjadi marah dalam sekelip mata.

Hakikatnya, migrain bukan sekadar sakit kepala. Kerap kali ia dirujuk sebagai masalah neurologi yang biasa menyerang khususnya wanita. Serangan migrain selalunya berlaku pada sebelah bahagian kepala, rasa sakit yang seakan dicengkam, loya, muntah dan sensitif pada cahaya, bunyi, bau malah pergerakan. Dari segi perubatan, migrain terjadi apabila kombinasi saluran darah yang mengembang dan membebaskan bahan kimia daripada saraf fiber yang melingkari sekitar saluran darah itu. Pembebasan bahan kimia itu menyebabkan radang, rasa sakit dan seterusnya arteri membengkak.

Pegawai Perubatan Kanan, Hospital Pusrawi Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Dr Zainordin Md Noor, berkata migrain adalah masalah yang biasa ditemui dengan anggaran antara tiga hingga 29 peratus penduduk.

“Kerap kalinya migrain menyerang mereka yang berusia 16 tahun ke atas. Namun, kanak-kanak seawal usia 10 tahun boleh diserang migrain tetapi ia sedikit berbeza,” katanya. Dr Zainordin berkata, migrain kanak-kanak ini mempunyai simptom seperti muntah atau loya. Ia bagaimanapun tidak membabitkan sakit kepala.

Migrain di kalangan dewasa pula biasanya menyerang pada sebelah kiri atau kanan kepala. Rasa sakitnya pula berbeza-beza bagi setiap pesakit. Ada yang berasa sedikit kesakitan dan tidak kurang yang mengalami rasa sakit keterlaluan.

Bagi sesetengah individu, rasa sakit yang menyerang itu boleh hilang dalam tempoh tiga jam tetapi ada yang perlu menanggung kesakitan sehingga tiga hari lamanya.

Berbanding lelaki, wanita lebih kerap mengalami migrain yang dipercayai berkaitan dengan perubahan hormon, terutama ketika waktu haid. Bagi seorang perempuan yang kerap diserang migrain, serangan itu akan berhenti apabila dia hamil. Namun, migrain kembali menyerang selepas melahirkan anak.
Ramai percaya migrain bukan penyakit yang diwarisi secara genetik. Bagaimanapun jika ada ahli keluarga anda mengalami migrain, anda berkemungkinan turut mengalaminya.

Migrain terbahagi kepada dua jenis

1) Migrain biasa (tanpa aura)

Rasa sakit yang mencengkam dan selalunya pada sebelah kepala saja. Ada kala diikuti dengan rasa sakit perut, hilang selera makan, loya, muntah, sembelit dan cirit birit. Biasanya terjadi pada sembilan daripada 10 pesakit. sensitif pada bau, cahaya dan kebisingan.

2) Migrain klasik (dengan aura)

Sebelum serangan, biasanya pandangan pesakit terganggu dengan gambaran bintang-bintang, cahaya atau garisan bengkang bengkok. Secara puratanya, serangan migrain jenis ini berlaku dalam tempoh 22 jam.

Punca

1) Tekanan - ada kala serangan migrain berlaku akibat komplikasi tekanan. Apabila tekanan hilang, pesakit diserang migrain.

2) Terdedah kepada sinaran lampu, bunyi bising atau kepanasan yang melampau.

3) Tidak cukup tidur atau terlebih tidur.

4) Perubahan hormon.

Pencetus migrain

Jelas Dr Zainordin, ada sesetengah makanan berpotensi menjadi pencetus migrain. Walaupun bukan pada semua orang, tetapi bagi sesetengah pesakit, mereka akan diserang migrain apabila mengambil coklat, keju, buah-buahan sitrus, ais krim atau minuman kafein.

“Ada bezanya antara migrain dengan sakit kepala biasa. Serangan sakit kepala setiap hari adalah sakit kepala biasa. Migrain sebaliknya membabitkan serangan seminggu sekali atau sebulan sekali. Migrain ini biasanya berdenyut dan kesakitannya pada sebelah bahagian kepala saja,” katanya.

Walaupun ada kes pesakit migrain yang mengalami kesakitan pada kedua-dua belah kepala, tetapi ia jarang berlaku.

Migrain tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dielak dengan mengurangkan tekanan, mengelak makanan yang boleh menjadi mencetus serangan. Selain itu jika anda menyedari tanda-tanda awal migrain, ia boleh dicegah dengan mengambil ubat tahan sakit seperti aspirin, paracetemol atau ubat khusus untuk migrain.

Namun, mengambil ubat terlalu kerap tanpa nasihat doktor akan menyebabkan komplikasi penyakit lain seperti gastrik.

Rawatan


Berdasarkan keadaan anda, doktor akan memberi ubat-ubatan yang bersesuaian. Ada pelbagai jenama ubat yang boleh anda beli di pasaran. Bagaimanapun, berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat adalah cara paling baik.

Memandangkan ia adalah masalah yang sehingga kini belum dapat ditangani, anda perlu bijak menguruskan migrain, termasuk menjauhi makanan-makanan yang boleh mencetuskan masalah itu selain mengawal tekanan dengan baik.

INFO: Makanan pencetus migrain
• coklat
• keju
• buah-buahan sitrus
• ais krim
• minuman kafein
Sumber: Berita Harian

Mulut Berbau

Halitosis disebabkan sisa makanan di celah gigi, gusi bermasalah

MASALAH mulut atau nafas berbau sememangnya memalukan. Namun, ia pasti lebih memalukan jika mereka yang mengalami tidak menyedarinya atau membiarkannya tanpa sebarang tindakan.

Ini kerana masalah yang juga dikenali halitosis ini bukan setakat membabitkan individu tetapi juga boleh menyebabkan seseorang itu dijauhi. Apakah puncanya masalah ini? Faktor utamanya adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Masalah gusi juga mungkin boleh menyebabkan mulut berbau.

Justeru, memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa sama menjadi rumah kepada ratusan dan mungkin utaan jenis bakteria. Keseimbangan antara jenis-jenis bakteria ini memastikan mulut sentiasa segar.

Perlu diingat, punca mulut berbau tidak sama bagi setiap orang. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca sebenar masalah anda.
INFO: Tanda-tanda mulut anda berbau
• Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak dalam mulut
• Rakan atau orang di sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila anda bercakap
• Ada rakan yang menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda
• Ada kesan atau calitan berwarna kuning atau putih pada lidah anda.
Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Kerap kali, menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut.

Langkah lain boleh diambil bagi mengurangkan masalah bau mulut:

1) Minum teh
Kajian mendapati bahan kimia dalam teh hijau dan teh hitam dikenali sebagai ‘polyphenols’ membantu menghentikan pertumbuhan bakteria yang bertanggungjawab dalam masalah mulut berbau.

2) Minum banyak air

Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan yang berlebihan dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah. Apa saja jenis minuman terutama air kosong membantu membuang partikel kecil makanan dan lebihan mukus daripada mulut. Ia juga membantu mengelakkan mulut kering.

3) Penggunaan herba

Selain mengunyah gula-gula getah, amalan mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.

4) Belajar mengawal tekanan

Sesetengah orang terutama lelaki muda memiliki rejim kebersihan gigi yang baik tetapi mungkin ramai tidak menyedari yang tekanan meningkatkan penghasilan bau mulut.

5) Berhenti merokok

Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.
Sumber: Berita Harian

Bahaya Lemah Otot

Myasthenia Gravis yang lazim dialami wanita bawah 40 tahun dan lelaki berusia boleh bawa maut jika dibiarkan tanpa rawatan

PENYAKIT Myasthenia Gravis (MG) mungkin asing bagi kita yang sebaliknya lebih biasa melihat kesannya dalam bentuk masalah otot lemah, sebelah mata layu dan hampir tertutup serta kesukaran bernafas.

Hakikatnya, MG adalah sejenis penyakit yang menyebabkan otot menjadi lemah. Malah mengikut statistik antarabangsa, pada bila-bila masa saja, satu bagi setiap 20,000 orang, boleh mengalami MG.
Bagaimanapun ia bukanlah penyakit keturunan dan boleh dirawat secara berkesan untuk membantu pesakit menikmati kehidupan yang berkualiti dan normal jika mereka peka dengan kehadiran tanda-tanda atau simptomnya. Ini seperti kesukaran bercakap, payah menelan makanan, sebelah mata layu dan penglihatan terjejas.

Tidak kurang juga yang berdepan masalah seperti kesukaran bertutur atau sengau serta otot leher lemah yang menyebabkan bahagian tengkuk itu menjadi lemah. Apa yang membahayakan, jika dibiarkan tanpa rawatan, pernafasan boleh terhenti terus dan membawa maut.

Namun, perlu diingat, tanda-tanda penyakit MG berbeza mengikut pesakit. Tetapi biasanya ia bermula apabila otot-otot menjadi lemah. Semakin kerap otot itu digunakan, pesakit terasa semakin lemah dan masalah ini boleh dikurangkan dengan merehatkan otot berkenaan. Andai dibiarkan, gejala ini boleh menjadi lebih teruk.
Penyakit MG ini juga lazimnya menyerang wanita berusia kurang daripada 40 tahun dan lelaki berusia lebih 60 tahun.

Pakar Runding Neurologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Goh Khean Jin, menjelaskan MG, adalah penyakit autoimun yang mana sistem imun tubuh yang sepatutnya berfungsi melawan jangkitan dan bendasing, mengenal pasti reseptor ototnya sendiri (receptor acetylcholine) sebagai bahan asing dan menyerangnya dengan mengeluarkan antibodi.

“Antibodi ini menyekat reseptor acetylcholine daripada bertindak balas seperti biasa dan seterusnya akan mengganggu pengecutan otot,” katanya.

Antibodi yang selalu dikaitkan dengan MG adalah antibodi reseptor acetylcholine yang kebanyakannya dihasilkan dalam kelenjar timus yang terletak di bawah tulang dada (sternum).
Kelenjar timus ada kena mengena dengan transmisi saraf untuk menggerakkan tangan dan kaki. Ketika bayi, kelenjar timus menghasilkan antibodi. Kelenjar ini bagaimanapun semakin kecil apabila bayi membesar. Atas alasan ini, kebanyakan pesakit MG pada tahap tertentu boleh pulih selepas membuang kelenjar timus.

Begitupun sehingga kini pakar perubatan masih belum faham mengapa antibodi ini bertindak sedemikian.

Pakar Runding Kanan Neurologi PPUM, Dr Nortina Shahrizaila pula berkata, kumpulan otot yang terjejas oleh MG adalah seperti otot mata (kelopak mata layu (ptosis), penglihatan menjadi kabur atau berganda apabila otot yang berkaitan dengan pergerakan mata terjejas); otot di muka leher dan tekak (susah menelan, susah bercakap dan leher lemah).

Otot lain termasuk otot di lengan (susah mengangkat lengan melebihi paras kepala); otot paha (susah bangkit dari duduk, susah menaiki tangga); kelemahan otot dada (sesak nafas apabila menggunakan banyak tenaga dan rasa mengah apabila berbaring terlentang.

“Kelemahan yang menyerang setiap penyakit adalah berbeza dan sesetengah pesakit mendapati hanya otot mata mereka yang terjejas sementara otot anggota lain kekal normal,” katanya.

Antara ujian yang boleh dilakukan untuk mengenalpasti penyakit ini adalah ujian darah untuk mengesan antibodi terhadap reseptor acetylcholine, ujian elektrodiagnostik, imbasan dada untuk melihat kelenjar timus dan ujian pernafasan bagi pesakit yang mengalami lemah otot pernafasan.

Jenis rawatan yang diberikan pula bergantung kepada sifat dan tahap penyakit antaranya Perubatan Anticholinesterase, steroid dan immunosuppressant

Bagi sesetengah kes yang serius, pesakit perlu dimasukkan ke hospital kerana otot perlu dikuatkan serta merta. Pesakit begini perlu menjalani terapi pertukaran plasma (dengan mengeluarkan antibodi tidak normal daripada aliran darah) atau rawatan immunoglobulin.

Apa yang menarik, menerusi rawatan yang betul, pesakit MG boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat mereka perlu mendapatkan rawatan sebelum dirujuk kepada pakar saraf.

Fakta: Simptom MG
• Otot lemah
• Sukar bercakap
• Payah menelan
• Sebelah mata layu
• Sukar mengangkat lengan
• Sukar bangun, menaiki tangga
• Sesak nafas

INFO: Forum MG

Satu forum umum khusus membincangkan mengenai Myasthenia Gravis akan diadakan jam 11 pagi hingga 2 petang pada 14 Mac ini di First Half Grand Ballroom, The Gurney Resort Hotel, Pulau Pinang. Forum secara percuma ini menampilkan Prof Dr Goh Khean Jin dan Prof Dr Nortina Shahrizaila, sebagai panel. Untuk maklumat lanjut hubungi Lewis di 016 482 3950 atau Rianne Tan 012 916 6218.

Ubat yang dilarang
• D-penicillamine

Ubat yang perlu dielakkan
• Aminoglycosides (gentamycin, kanamycin, neomycin, streptomycin, tobramycin)
• Toksin Botulinum
• Curare dan ubat berkaitan
• Fluoroquinolones (ciprofloxacin, levofloxacin, norfloxacin)
• Interferon-alfa
• Macrolides (erythromycin, azithromycin)
• Garam Magnesium (penggantian magnesium secara intravena)
• Quinine, quinidine, procainamide
Sumber: Berita Harian

Rahsia Anak Pintar:

Rahsia Anak Soleh:

Belajar Bahasa Inggeris:

Kit Biasiswa:

Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Jimat Elektrik:

Perfect Slim Diet:

Kerja Kerajaan:

Pertolongan Cemas:

Nak Berhenti Merokok?:

Jual Balik:

Artikel Yang Sering Dibaca Pelawat KEKAL SIHAT: