Kita pernah mendengar orang merungut bahawa mereka telah patah hati atau berputus asa dengan matlamatnya untuk menurunkan berat badan. Mereka juga berkata yang mereka telah mencuba pelbagai cara. Pelbagai pil, jamu atau senaman dah dilakukan tetapi semuanya tidak menjadi. Mereka adakalanya berpatah hati dan kembali kepada tabiat tidak sihat mereka. Ini sungguh menyedihkan kita semua. Saya pernah berjumpa beberapa orang yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan jayanya. Petua yang mereka amalkan adalah berbeza-beza tetapi apa yang menjadi persamaan kepada kesemua mereka yang telah berjaya ini ialah kesungguhan mereka untuk menurunkan berat badan.
Pada entri kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua persamaan umum orang-orang yang telah berjaya menurunkan berat badan ini. Contoh yang saya berikan ini sebagai panduan umum. Sebarang produk atau petua sampingan yang mereka gunakan tidak saya tulis kerana terdapat banyak perbezaan antara mereka.
1. Mereka bersenam 5 hingga 7 kali seminggu. Mereka berjogging atau melakukan aerobik selama 30 hingga 45 minit setiap sesi.
2. Tabiat makanan mereka juga terkawal. Mereka berkata yang bersenam membuatkan selera makan mereka meningkat tetapi mereka telah berjaya mengawalnya.
Nampak mudah kan? Sebenarnya bersenam merupakan cara yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan. Di samping menurunkan berat badan, ia juga menyebabkan badan kita sentiasa sihat. Apa yang paling penting adalah keazaman kita untuk mencapai sesuatu matlamat itu. Kita Cuma perlu masukkan bersenam sebagai rutin harian kita. Kita menggosok gigi setiap hari untuk memastikan gigi kita sentiasa cantik dan sihat. Begitu juga bersenam, kita perlu bersenam untuk pastikan badan kita sentiasa sihat dan cantik.
No comments:
Post a Comment