Pages

Saturday, June 26, 2010

Koleksi Petua-petua Untuk Kesihatan - Bahagian 2

Ini merupakan sambungan dari koleksi petua-petua dari bahagian 1. Petua-petua ini merupakan amalan yang diperturunkan dari generasi terdahulu. Amat rugi jika petua-petua ini dilupakan begitu sahaja.

LELAH

Bersihkan dua tangkai bunga belimbing buluh . Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas ini ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas ini dan biarkan sejuk, kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari lima tahun dalam bekas itu (lebih elok jika di tapis dahulu) Ulangi amalan ini setiap hari selama seminggu dan lihatlah hasilnya. Insya Allah..


MUNTAH

Muntah biasanya terjadi kerana salah makan atau pada peringkat permulaan mengandung. Untuk mengatasinya buah pelaga ditumbuk halus dan dicampurkan air panas. Kemudian minum. Insya Allah.

HILANGKAN RUAM

Selepas anda mandikan bayi, lapkan tempat beruam itu. Kemudia saputkan minyak zaitun atau minyak kelapa di tempat itu. Lakukan pada setiap kali mandi.


KURAP SUSU

Ambil beberapa biji ubi bemban diparut dan diperah untuk dapatkan airnya. Campurkan air perahan itu bersama sedikit bedak sejuk, kemudian sapukan di tempat berkenaan. Amalkan beberapa hari. Insya Allah kurap itu akan hilang. (Petua ini juga boleh digunakan untuk sebarang jenis ruam).


MENJARANGKAN KELAHIRAN

Ambil segenggam halba, sedikit halia bara (sebesar ibu jari tangan) di rebus bersama lima gelas air atau lebih (bergantung sama ada ingin air pekat atau cair) Pastikan halba tadi direbus hingga kembang. Setelah air halba sejuk (suak-suam kuku) bolehlah dibuat minuman dua kali sehari (pagi dan malam). Selain menjarangkan anak, air rebusan ini juga berkhasiat untuk perjalanan darah dan menyembuhkan penyakit lenguh-lenguh sendi.


SUPAYA ANAK NYENYAK TIDUR

Cari sebiji buah pala, rebus dan tapis airnya. Berikan anak minum air buah pala itu tiga kali sehari. Mudah-mudahan dia akan terlelap tidur.


LEBAT & CANTIKAN RAMBUT

Terutama bagi wanita cubalah petua ini kerana rambut adalah sebahagian dari mahkota wanita. Pokok pisang yang ditebang akan meninggalkan tunggul yang tertanam di dalam tanah. Lubangkan tunggul batang pisang ini. Keesaokkan harinya lubang tunggul itu akan dipenuhi air yang amat sejuk. Sapukan air tersebtu ke kepala anda setiap hari. InsyaAllah dalam masa yang tidak lama, rambut anda akan menjadi sihat dan berseri.


BATUK

Ambil sebiji pisang embun yang masak. Belah menjadi dua bahagian, di tengahnya ditabur ragi yang telah dijadikan serbuk anggaran setengah sudu teh, tutup dan bakarlah hingga pisang setengah masak. Makanlah pisang bakar ini sebelum masuk tidur. Lakukan selama tiga malam berturut-turut. Insya Allah batuk anda akan beransur hilang.


RAMBUT JARANG

Ambil telur udang dan gosokkan pada kulit kepala anda. Keesokkan harinya baru dibasuh. Lakukan selalu, hasilnya pasti rambut anda bertambah lebat.


HILANGKAN JERAWAT

Ambil anggaran 9 helai daun bunga melati, dicuci hingga bersih. Kemudian tumbuklah daun tadi hingga lumat. Ambil daun yang sudah ditumbuk tadi dan sapulah pada muka yang berjerawar. Lakukan ini terus menerus hingga jerawat betul-betul hilang. InsyaAllah, selamat mencuba.


TAWARKAN IKAN MASIN

Sebelum anda memasak atau menggoreng ikan masih ini, terlebih dahulu hendaklah direndamkan dalam air selama lebih kurang 10 minit. Setelah itu boleh dimasak mengikut citarasa anda.


TAWARKAN BISA KALA JENGKING

Ambil cili api yang sudah ditumbuk halus, campurkan dengan sedikit minyak dan tampalkan pada tempat yang terkena sengat itu. Balutkan dengan kain bersih. Pada mulanya memang tiada terasa apa-apa kecuali rasa panas. Tetapi selepas 5 minit, rasa sakit akan berkurangan. Biarkan lebih kurang 15 minit dan rasa sakit akan hilang terus.


PENYAKIT KULIT PADA BAYI

1. Bayi menderita penyakit kulit (ruam radang kulit) mesti dijauhakn dari binatang peliharaan, gebar, permaidani, boneka atau mainan yang dibuat dari bahan bulu. Begitu juga dengan bulu dan debu yang melekat pada pakaian.

2. Jauhi bayi dari makanan yang dibuat dari tepung terigu, air limah cokelat dan ikan. Mintalah nasihat doktor pakar makanan bayi.

3. Jangan memandikan bayi dengan sabun. Sebaliknya mandikan bayi selama 30 minit dengan air suam-suam kuku. Campurkan satu sudu tepung jagung ke dalam air suam yang berjumlah 5 liter kacau hingga larut, dengan ini akan menghaluskan kulit bayi.

4. Bilas bersih-bersih napkin dan pakaian bayi setelah dibasuh dengan sabun mandi, elakkan membasuh pakaian bayi dengan sabun serbuk.

5. Untuk membersih kulit bayi, gunakan krim khas pembersih kulit bayi sebagai pengganti sabun. Setelah dibersihkan, sapu badan bayi dengan air mawar atau ubat sapu hidrofilik petrolatum yang boleh didapati di farmasi.

6. Dalam keadaan ruam yang parah atau ruam yang datang semula. Gunakan ubat sapu kortikosteroid, setelah mendapat nasihat atau petunjuk dari doktor..



LUKA

Ambillah lebih kurang sepuluh helai daun jambu batu dan basuh hingga bersih. Kemudian dikeringkan dengan menggunakan kain bersih. Layurkan daun jambu batu itu di api hingga kering dan rapuh. Selepas itu ditumbuk atau dilumatkan hingga menjadi serbuk. Letakkan serbuk daun jambu batu ini pada luka tersebut.


SAKIT PERUT

Ambikan dua genggam buah enai, sedikit gula dan satu gelas air untuk merebusnya. Buah enau tadi dikupas kulitnya dan direbus hingga masak. Makanlah rebusan buah itu secara teratur selama beberapa hari. Anda akan mendapat manfaatnya.


JERAWAT 2

Bilaslah dahulu muka anda dengan air bersih lalu kemudian bilas pula dengan air kelapa 1 - 2 kali. Kemudian bilas lagi dengan air bersih. Lakukan dalam beberapa hari. Insya Allah, anda akan bebas dari jerawat.


SAWAN DI KEPALA

Sekiranya bayi yang berusia sebulan ke atas mengalami kulit kepala berkudis serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Ambil tiga helai daun pandan, tiga helai daun serai dan sedikit air. Bahan-bahan ini direbus hingga asam gelugur menjadi kembang. Setelah air panas suam, mandikan bayi dengan air rebusan ini di bahagian kepala. Lakukan setiap kali memandikan si bayi.


SAKIT GIGI

Sediakan ibu (garam kasar), daun senduduk dan enam keping asam keping. Semua bahan ini direbus dengan lima cawan air hingga menjadi dua cawan . Setelah itu berkumurlah dengan air rebusan ini.


KUKU BERNANAH

Bersihkanlah terlebih dajulu kuku tersebut dengan air panas suam yang sudah dicampur sedikit garam. Kemudian sediakan satu sudu cuka makan lalu disiramkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulangkali selama seminggu. InsyaAllah anda akan melihat perubahannya..


JERAWAT 3

Amalkan menyapu minyak sapi seluruh muka setiap hari. Walaupun baunya kurang menyenangkan tetapi anda akan berpuas hati dengan hasilnya di mana muka anda akan licin dan berseri. Insya Allah.


BADAN WANITA BERBAU

Masalah yang dihadapi oleh kaum wanita ini boleh diatasi dengan mengamalkan memakan daun temangi sebagai ulam dan hasilnya bau badan akan hilang.


KULIT MUKA KERING

Untuk mengatasi tompok-tompok putih di kulit muka akibat cuaca panas ialah dengan membersihkan muka dengan air panas suam. Setelah itu sapukan madu yang sudah dimasak dan menjadi panas suam pada kulit muka dengan menggunakan jari tangan. Picitlah perlahan-lahan supaya meresap dan biarkan lebih kurang setengah jam. Kemudian bersihkan dengan air panas suam dan bilas pula dengan air. Amalkanlah selalu.


BATUK BERPANJANGAN

Ambil sebiji bawang merah dan dilumatkan. Setelah itu campurkan dengan satu sudu madu. Minumlah tiga kali sehari. Selamat mencuba, semoga batuk anda segera sembuh.


MATA MERAH DAN GATAL

Ambilkan tiga helai daun sirih dan rebus dengan dua gelas air. Setelah air rebusan menjadi panas suam, tuangkan ke dalam piring lalu rendamkan mata anda ke dalam piring itu. Insya Allah, mata anda akan pulih seperti sediakala.


Selamat mencuba dan jangan lupa doa dan tawakkal. :)

Koleksi Petua-petua Untuk Kesihatan - Bahagian 1

Dalam dunia perubatan seringkali kita dikaitkan dengan perubatan cara barat yang dikatakan moden dan berkesan. Namun harus kita ingat, kita juga mempunyai perubatan cara kita sendiri, yang diamalkan oleh orang tua-tua kita, yang saya lihat mereka adalah jauh lebih sihat daripada kita hari ini. Mereka tidak punya alat-alat moden tetapi masih mampu hidup sihat dan awet muda. Mereka tidak mengalami kesan sampingan seperti yang dialami oleh perubatan moden. Sepatutnya kita cuba belajar dari orang-orang tua kita ilmu kesihatan ini, bukan sekadar dijadikan jalan terakhir andai perubatan moden tidak berkesan.

Telah jelas kepada kita, perubatan-perubatan tradisional mempunyai kesan yang mujarab terhadap penyakit-penyakit, bukan sekadar menutup penyakit tersebut tetapi menyembuhkan mereka sama sekali. Contoh jelas, perubatan cina (sensei), akupuntur, ayurveda dan perubatan melayu telah berjaya menyembuhkan penyakit yang tidak dapat disembuhkan oleh perubatan moden, seperti darah tinggi dan kencing manis. Jadi jangan kita lepas pandang dan melupakan ilmu yang ada pada orang-orang tua kita, kelak ia lenyap ditelan masa, kitalah jua yang kerugian.

Berikut merupakan serba sedikit petua-petua untuk dikongsikan:


BUANG AIR BESAR BERDARAH

Ambil sesudu jintan hitam dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, campurkan dengan segelas air suam dan minum. Amalkan setiap pagi dan malam sehingga masalah itu tiada lagi.


LEMAH RASA BADAN

Ambikan daun pegaga dan campurkan dengan air suam. Setelah direndam beberapa ketika, perahkan daun pegaga itu. Air perahannya itu hendaklah dicampur dengan kuning telur ayam kampung dan sedikit madu. Kemudian diminum dan anda akan merasai kesegarannya semula.


KELEMUMUR

* Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampoo yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.

* Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampoo. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.

* Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang.



MELICINKAN BETIS

Ambilkan limau nipis dibelah empat, kemudian digosokkan pada muka anda atau betis hingga airnya kering (anda akan berasa pedih sedikit), tunggu hingga lima minit kemudian cuci muka atau betis anda dengan air suam. Cubalah beberapa kali dalam sebulan.


DEMAM SELSEMA

Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa, dan ramas-ramas di dalam semangkuk air. Baringkan anak anda, lalu sapukan air ramasan tadi membasahi dahi dan ubun-ubunnya. Sapukan hingga anak anda kembali selesa. Insya Allah kesannya kembali memuaskan.


RAWAT TUMIT RETAK

Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning, potong pada bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkanlah selalu untuk melihat perubahannya. Insya Allah.


KUDIS API

Ambil beberapa urat akar tuba. Setelah itu tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit santan kelapa. Sapukan ramuan itu pada kudis api dan teruskan amalan ini sehingga kudis tersebut hilang. Cubalah untuk memastikan kejayaannya.


ELAKKAN TANGAN MELEPUH

Sebelum membuat kerja berat seperti mencangkul, hancurkan dua atau tiga biji bawang merah. Kecil atau besar. Setelah itu, lumurkan pada tapak tangan. Lakukanlah kerja yang dimaksudkan tadi. InsyaAllah, tangan anda akan terelak dari melepuh.


GIGI LEBIH KUAT

Tumbukkan sedikit halia dengan garam. Setelah itu campurkan dengan air. Berkumurlah menggunakan campuran air halia itu setiap hari. Insya Allah gigi anda akan menjadi lebih kuat.


MENGURANGKAN PANAS DI KEPALA

Ambilkan akar lalang, basuh hingga bersih. Rendamkan dengan air sejuk semalaman. "Sapulah air itu di kepala esok pagi. Anda akan rasa kesejukan air rendaman akar lalang itu. Amalkan sekali seminggu.


TERLEKAT CECAIR GETAH DI RAMBUT

Ambil secawan tepung gandum dicampur sedikit air agar ia menjadi pekat. Campuran ini disapukan ke bahagian rambut yang terkena getah. Kemudian terus menyikat. Getah akan keluar dengan senang tanpa rasa sakit atau kesan di kepala anda..


TERSELIUH DAN LEBAM

Ambil beberapa biji isi buah pala dan tumbuk halus sambil dicampurkan sedikit air. Kemudian ambil sebiji bawang merah tunggal lalu ditumbuh bersama buah pala tadi. Apabila sudah cukuk lumat campurkannya pula sebiji garam jantan. Selepas baha-bahan itu sudah lumat bungkus dalam daun pisang (dibuat seperti pais) dan dipanggang. Apabila sudah panas, ia diangkat dan disejukkan sedikit. Kemudian lekapkan di bahagian terseliah dan lebam-lebam tadi serta diikat dengan kain.

UBAT SEMPUT

Ambil dua atau tiga helai daun 'Hati-hati atau 'Ati-ati hijau. (is mestilah yang hijau), serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun, ini direbus bersama dua cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Berilah anak anda minum. Boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka. Insya Allah cara ini dapat membantu mengurangkan batuk serta kesesakkan nafas anak.


BENGKAK KAKI WAKTU HAMIL

Satu cara mengatasinya ilah campurkan sedikit jadam bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapukanlah pada kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam. Selawalah tiga kali. Seelok-eloknya disapu waktu hendak tidur. Insya Allah lihatlah hasilnya..


DEMAM KUNING

Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda. Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di samping itu anda hendaklah juga menila lampinnya. Cubalah, insya Allah.
Atau boleh di cuba cara ini. Jika mempunyai tanda-tanda awal penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing. Mandikan bayi itu dengan air rebusan ini. Campurkan air tadi bersama air sejum. Biarkan ia suam terlebih dahulu..


MENAMBAH AIR SUSU

Daun turi muda direbus ketika mengandungkan bayi menyebabkan ibu akan mempunyai air susu yang banyak bila anak berkenaan dilahirkan..


SAKIT KEPALA

Daun turi juga berkhasiat untuk mengurangkan masalah sakit kepala. Caranya ialah dengan menyapukan daun yang sudah ditumbuk ke kepala. Ia menyejukkan kepala dan menghilangkan sakit kepala..


SUPAYA BAU BAYI LEBIH SEGAR

Sekiranya bayi yang berusia antara sebulan hingga setahun berbau kurang menyenangkan anda boleh mencuba dengan mengambil ketumbar kira-kira segenggam dicuci bersih-bersih. Setelah itu goreng tanpa minyak sambil membalik-balikannya hingga berwarna kekuning-kuningan barulah diangkat dan disejukkan. Malah bagi ibu yang hamil bolehlah memakan dua atau tiga biji begitu saja. Baki ketumbar boleh disimpan dalam botol yang bertutup rapat untuk dimakan pad masa berikutnya..


URAT BETIS TIMBUL

Bagi ibu-ibu yang merungut kerana timbul urat betis semasa melahirkan anak bolehlah mencuba dengan merebus segenggam kacang hijau (jangan bubuh apa-apa kecuali air hingga mendidih tetapi jangan sampai kacang itu pecah. Biarkan hingga air tinggal satu gelas. Kemudian angkat dari api itu. Biarkan dingin. Makanlah setiap pagi dan sebelum tidur malam. Sebelum tidur setiap malam angkatlah kedua kaki anda setinggi boleh menggunakan bantal atau apa-apa bantuan lebih kurang 10 minit. InsyaAllah.


DEMAM CAMPAK

Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campai dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).


RUAM PANAS

Beli daun peria sejenis sayur pahit yang telah dikeringkan. Panaskan aiar hingga mendidih dan tuangkan ke dalam besen mandi. Masukkan daun peria itu ke dalamnya. Biarkan sejuk sedikit baru dimandikan bayi anda. Buatlah setiap kali bayi anda mandi hingga hilang ruam panas di badannya..


BERAK BERDARAH

Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat air tebusan itu. Amalkan meminunnya selalu. Insya Allah penyakit anda akan sembuh.

Apa Itu Kencing Manis?

Kencing manis atau diabetes mellitus adalah keadaan di mana didalam air kencing terkandung glukos (gula). Ini di sebabkan oleh glukos yang terkandung dalam darah tidak dapat dicernakan dan kemudian di keluarkan melalui air kencing. Ia berpunca daripada:-

* kurangnya penghasilan insulin,
* kurang keberkesanan insulin atau
* kedua-duanya sekali.

Malaysia merupakan negara keempat tertinggi di Asia yang mempunyai penghidap penyakit kencing manis ini. Secara purata lebih daripada 800,000 penduduk Malaysia telah menghidap penyakit ini. Memandangkan Populasi penduduk Malaysia makin bertambah, jumlah ini di jangka akan bertambah dari setahun ke setahun.

KAJIAN SECARA KLINIKAL UNTUK KENCING MANIS

Kencing manis ini juga terbahagi kepada beberapa kategori, Antara kategori itu ialah:-:

Diabetes bersandar insulin (IDDM-Insulin Dependent)

1. Di kenali sebagai kencing manis peringkat remaja kerana ianya di hidapi oleh golongan yang lebih muda antara 10-16 tahun.
2. Biasanya penghidap tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes dan terjadi dengan begitu cepat.
3. Pesakit juga akan mengalami tanda atau gejala yang serius.

Kita perlu menerima suntikan insulin dengan teratur bagi mengelak diri daripada maut sekiranya kita tidak mengambil suntikan insulin. Ini kerana penguraian sumber tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones. Ketones merupakan asid molekul yang boleh menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel berfungsi. Sel beta kelenjar pankreas merupakan satu-satunya sel yang menghasilkan insulin untuk proses penghadaman glukos kepada tenaga. Apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel ini maka penghidap boleh menemui maut.

Golongan yang berisiko mendapat kencing manis jenis ini ialah:

* Serangan imunisasi sendiri
* Genetik
* Alam sekeliling.

Diabetes bebas insulin

1. Di kenali sebagai kencing manis peringkat permulaan dewasa kerana ianya terjadi pada peringkat umur 35 tahun keatas.
2. Biasanya penghidap mempunyai sejarah keluarga yang juga penghidap diabetes.
3. Terjadi secara perlahan-lahan di sebabkan insulin yang di hasilkan oleh badan tidak mencukupi menyebabkan glukosa dalam darah meningkat.

Kebiasaanya keadaan ini berlaku apabila sel kelenjar pankreas gagal menampung kadar insulin yang di perlukan oleh badan. Faktor-faktor lain ialah:-

* usia lanjut,
* gemuk,
* terencat ketahanan glukos,
* keturunan dan bangsa (genetik) dan kurang bersenam.

TANDA - TANDA AWAL DAN GEJALA

* Kerap membuang air kecil
* Sering dahaga/haus
* Penglihatan menjadi kabur
* Berat badan menurun/ kurang selera makan
* Penyembuhan luka yang sangat perlahan

Sumber:thetole.org

Friday, June 25, 2010

Barah Paru-paru

Barah paru-paru adalah pembunuh no 1 manusia.yang meningkat dari setahun ke setahun. Ini kerana paru-paru merupakan organ pada sistem pernafasan dan berhubungan dengan sistem peredaran darah. Ia berfungsi untuk menukar oksigen dari udara dengan karbon dioksida dari darah. barah tejadi apabila sel di bahagian paru-paru muncul pada bahagian organ paru-paru. barah paru-paru boleh dikelaskan kepada 2 bahagian iaitu:-

* karsinoma sel kecil - ia berkait rapat dengan menghisap rokok. Malangnya, ia merebak awal dan menyebabkan sedikit sahaja gejala-gejala awal, dan akibatnya, kes ini lambat didiagnosiskan.

* karsinoma sel bukan kecil - ia termasuk dalam karsinoma sel skuamus, adekarsinoma, karsinoma se besar, karsinoma sel bronkiol dan mesotelioma.


Faktor Risiko Mendapat barah Paru-paru

Antara faktor yang menyurus kepada penyakit barah paru-pari ialah:-

* Merokok mahupun pendedahan pada asap rokok.- mereka yang menghisap rokok lebih mudah mendapat barah paru-paru di bandingkan dengan mereka yang menghisap cerut atau paip
* Pendedahan pada bahan kimia. - Pendedahan pada bahan kimia seperti bahan kimia perindustrian boleh juga mambawa kepada penyakit barah paru-paru.
* Selain itu, faktor ganetik juga boleh mempengaruhi penyakit ini.


Simptom barah Paru-paru

Tanda-tanda awal yang menunjukan seseorang itu berkemungkinan akan menghidap penyakit barah paru-paru ialah:-

* Batuk berdarah
* Batuk berpanjangan (tidak sembuh)
* Jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan
* Suara menjadi kasar
* badan menjadi lesu dan susut berat badan
* sakit pada bahagian tulang dan tulang belakang.

Untuk langkah pencegahan, anda digalakkan berhenti menghisap rokok kerana ia dapat mengurangkan risiko untuk mendapat barah paru-paru selepas 10 tahun akan datang.

Punca barah Paru-paru

Menurut kajian tabiat merokok merupakan salah satu punca terjadinya barah paru-paru. Kebanyakkan pesakit barah paru-paru adalah dari penghisap rokok. Selain itu, pendedahan kepada radiasi dan pendedahan pada bahan kimia juga turut meyumbang dalam penyakit barah paru-paru ini. Pencemaran atmosfera juga tidak terlepas pandang dari salah satu punca barah paru-paru. Dan yang terakhir ialah di sebabkan oleh makanan yang mengandungi lemak tepu.
Sumber:thetole.org

Ketumbuhan(Tumor) / barah

Apa itu Ketumbuhan(Tumor)?

Satu ketumbuhan adalah satu 'ketulan' atau 'pertumbuhan' tisu yang tumbuh daripada sel-sel luar biasa.

Ketumbuhan (Tumor) - benign

Ketumbuhan ini mungkin membentuk di pelbagai bahagian badan. Ketumbuhan lembut merebak dengan perlahan dan tidak menyerang tisu. Ketumbuhan ini tidak membahaya sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Walau bagaimanapun, ketumbuhan ini boleh menyebabkan masalah. Sekiranya ia tumbuh agak besar ia boleh menyebabkan gejala seperti pengeluaran hormon pada sel-sel kelenjar yang boleh menyebabkan kita tertekan dan boleh menimbulkan masalah yang tidak diingini.

Ketumbuhan (Tumor)- Malignant

Malignant ketumbuhan cenderung membesar agak cepat, dan boleh merebak ke dalam tisu dan organ tubuh berdekatan yang boleh menyebabkan kerosakan. Asalnya ketumbuhan dipanggil ketumbuhan Utama. ketumbuhan malignan boleh juga tersebar pada bahagian lain badan untuk membentuk ketumbuhan 'menengah' (metastases). ketumbuhan menengah ini kemudian tumbuh, dan akan menular lain-lain tisu yang berdekatan.

Peringatan: Tidak semua barah membentuk pepejal ketumbuhan. Sebagai contoh, dalam barah sel-sel darah (leukemia) banyak sel darah luar biasa dibuat di sumsum tulang dan mengedarkannya kedalam aliran darah.

Apakah tanda amaran barah?
Senarai di bawah hanya tanda umum barah. Bagaimanapun, tanda ini juga boleh muncul bersama ketumbuhan benigna seperti ketulan pada payudara.

* Kudis yang tidak sembuh selepas beberapa minggu.
* Pigmen atau ketuat yang semakin membesar (jadi hitam dan berdarah)
* Ketulan pada buah dada.
* Pendarahan vagina yang luar biasa (terutama di antara tempoh haid).
* Perubahan tabiat buang air atau najis berdarah.
* Air kencing berdarah.
* Masalah tidak hadam dan hilang selera makan.
* Sakit tekak dan batuk yang berpanjangan.
* Sukar menelan makanan.

Sumber: thetole.org

Apa itu Asma ?

Asma atau lebih dikenali sebagai lelah merupakan penyakit yang boleh di anggap sebagai penyakit kronik. Ini kerana sekiranya pesakit lambat mengambil tindakan awal ketika diserang ia boleh mengakibatkan nyawa pesakit dalam keadaan kritikal. Asma merupakan penyakit yang menyerang pada salur pernafasan manusia yang akan menyebabkan seseorang itu akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Selain itu juga nafas akan menjadi tersekat-sekat dan akan menghasilkan bunyi yang tidak menyenangkan. Ini kerana berlakunya penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru ketika pesakit menyedut udara. Apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru, salur pernafasan akan menjadi kejang dan berlakunya penyempitan ruang udara. Sekiranya pesakit di serang ketika pesakit mengalami batuk yang berkahak, ia akan mengakibatkan pesakit berada dalam keadaan yang kurang baik. Akibat daripada itu sekiranya diserang, penyempitan ruang udara ke paru-paru akan terjadi dan boleh mengakibatkan pesakit pengsan dengan serta merta dan boleh mengakibatkan kematian.

Tanda-tanda serangan asma?

Tanda-Tanda Untuk Penghidap Asma atau Lelah

* Kesukaran untuk bernafas.
* Sering batuk.
* Pernafasan menjadi pendek dan berbunyi.

Faktor yang memburukkan lagi keadaan Penghidap Asma

* Alahan kepada habuk.
* Bulu binatang seperti kucing.
* Debunga
* Asap - rokok, kenderaan.
* Senaman yang tidak teratur.
* Tekanan kerja.
* Tekanan perasaan.
* Alahan Ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin.
* Pencemaran udara termasuk pendedahan kepada bahan kimia. Sebagai contoh adalah asicynates yang di gunakan dalam industri plastik dan pengecatan.

Sumber:thetole.org

Rawatan Kolesterol Darah Yang Tinggi

Kolesterol Darah Yang Tinggi (hypercholesterolemia)

Kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi boleh menganggu kesihatan jantung manusia. Kolesterol terdiri daripada 2 jenis iaitu kolesterol HDL dan kolesterol LDL. Peningkatan kolesterol dalam darah adalah disebabkan oleh cara pemakanan seharian kita.

Kebiasaannya, kolesterol hadir ketika seseorang itu mengambil makanan yang mengandungi lemak berlebihan.

Jenis-jenis Kolesterol

Terdapat 2 jenis kolesterol dalam tubuh kita antaranya ialah Kolesterol LDL dan HDL.

LDL ialah sejenis lebihan kolesterol dalam darah yang diendapkan pada dinding pembuluh darah membentuk bekuan yang dapat menyumbat pembuluh darah.

LHD pula ialah kolesterol yang berfungsi membersihkan pembuluh darah dari kolesterol LDL yang berlebihan. Lagi tinggi kolesterol HDL lagi baik untuk tubuh badan manusia.


Masalah kolesterol tinggi
Kadar kolesterol yang tinggi dalam tubuh manusia adalah tidak baik untuk kesihatan. Tingginya kolesterol dalam tubuh boleh menyebabkan penyumbatan pada pembuluh darah jantung yang akan menyebabkan serangan atau radangan jantung. Selain itu kolesterol yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan penyumbatan pada pembuluh darah otak dan sekaligus boleh menyebabkan serang stroke terjadi.

Faktor Peningkatan Kolesterol dalam Darah

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan peningkatan kolesterol dalam darah. Antara faktornya ialah :-

* Faktor genetik - tubuh manusia menggunakan 80% lemak yang berada dalam tubuh kita. Ada sesetengah kes tubuh mereka menggunakan lebih banyak kolesterol dibandingkan dari yang lain.
* Makanan - Lemak merupakan bahan makanan yang sangat penting. Jika tubuh tidak dapat lemak yang mencukupi, tenaga di dalam tubuh akan berkurangan. Dan jika sebaliknya ia akan menyebabkan kerosakkan pada pembuluh darah.

Lemak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu.

* Lemak tepu adalah lemak dari daging dan minyak kelapa
* Lemak tidak tepu adalah lemak dari ikan, sayuran, minyak zaitun

Berapakah kadar kolesterol darah yang normal ?
o Kolesterol total < 200 mg/dl
o Kolesterol HDL 35 – 65 mg/dl
o Kolesterol LDL < 150 mg/dl
o Trigliserida < 200 mg/dl
o Ratio kolesterol total : kolesterol HDL < 5
Sumber:thetole.org

Saturday, June 19, 2010

Senggugut

Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atau 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.

BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU?

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'.
Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.

TAHAP SENGGUGUT

Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.-

SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA

Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur.

Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid.

Terapi yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.

-SENGGUGUT SEKUNDER

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

Contoh-contoh lain adalah :

ENDOMETRIOSIS
Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.

FIBROID
Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.

PELVIK
Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.'

INTRAUTERINE DEVICE' atau 'IUD'
Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.
sumber rujukan - majalah rapi 1 sept 05

Tuesday, June 8, 2010

Arak / Minuman Keras / Alkohol


Adakah anda tahu apa itu alkohol?
  • Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakanuntuk mempertingkatkan "mood"
  • Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum
  • Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski
Adakah anda tahu kesannya terhadap badan?
  • Ia memperlahankan fungsi sistem saraf pusat
  • Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang
Apakah faktor-faktor risiko bagi seseorang untuk minum berlebihan?
  • Faktor persekitaran contohnya :
    • Mudah didapati
    • Tidak mahal
    • Pengiklanan yang menarik di media
  • Faktor Sosial :
    • Pengaruh rakan sebaya
    • Latarbelakang keluarga
    • Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal
    • Budaya
  • Faktor Biologi :
    • Keturunan
    • Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)
Mitos dan realiti tentang kegunaan alkohol
Mitos
Realiti
  • Penggunaan alkohol membuat seseorang individu berasa seperti dewasa.
  • Remaja yang tidak mengambil alkohol adalah lebih matang dan dapat berfikir secara rasional. Mereka juga kurang bermasalah.
  • Alkohol memudahkan mereka mendapat ramai kawan dan diterima sebagai sebahagian dari kumpulan tersebut.
  • Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh lebih dipercayai dan merupakan kawan yang sentiasa mengambil berat. Perhubungan antara kawan juga lebih sihat tanpa penggunaan alkohol.
  • Alkohol membuatkan seseorang itu nampak "cool" dan berjaya.
  • Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana ini jelas tidak "cool" dan juga merbahaya.  
  • Alkohol menghilangkan rasa bosan dan memberi keseronokan.
  • Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila seseorang itu mengambil bahagian dalam aktiviti sihat dan tidak mabuk. Kegembiraan di bawah pengaruh alkohol tidak bertahan lama dan mudah dilupakan.  
  • Adalah lebih baik mengambil alkohol semasa remaja supaya anda boleh berhenti mengambilnya semasa dewasa ketika anda mempunyai lebih tanggungjawab.
  • Remaja juga mempunyai tanggungjawab yang penting. Malahan, Alkohol boleh mengakibatkan ketagihan hingga ke peringkat dewasa. Memulakan aktiviti sihat pada usia yang muda menjadikan seseorang itu lebih baik dan sihat apabila dewasa kelak.
  • Alkohol dapat membantu melepaskan anda dari permasalahan dalam hidup.
  • Menghilangkan masalah melalui penggunaan alkohol merupakan penyelesaian jangka pendek sahaja. Menggunakan alkohol sebagai cara untuk menangani masalah adalah tidak benar. Penggunaannya akan menimbulkan lebih banyak masalah dalam jangka pendek dan panjang.
Apakah kesan-kesan pengambilan alkohol ?
Kesan pengambilan alkohol merangkumi berbagai aspek kehidupan seseorang.
Implikasi sosial termasuk :
  • Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran
  • Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik
  • Kelakuan Delinkuen/salah laku
  • Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alkohol
Kesan fizikal alkohol adalah:
  • Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang, pertuturan yang tidak betul atau jelas, bingung dan bercelaru).
  • Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukar bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian).
Gangguan kesihatan termasuk:
  • Kerosakan otak yang kekal
  • Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)
  • Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)
  • Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)
  • Kanser usus
  • Penurunan naluri seks dan mati pucuk
  • Keguguran spontan
  • Bayi yang tidak normal
  • Anaemia (kandungan darah rendah)
Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya :
  • Perubahan personaliti
  • Kemurungan
  • Bunuh diri
  • Kelakuan agresif
Adakah terdapat sebarang risiko tidak langsung terhadap kesihatan?
Ya, seseorang yang ketagihan alkohol lebih cenderung untuk :
  • Terlibat dalam gejala seks yang tidak selamat (berisiko tinggi mendapat HIV/AIDS).
  • Menunjukkan perilaku yang ganas.
  • Menderita akibat kecederaan contohnya akibat kemalangan jalanraya.
Apakah itu ketagihan alkohol?
Penyalahgunaan alkohol menyebabkan seseorang terlalu bergantung kepadanya sepanjang masa.
Bilakah seseorang itu disyaki mengalami ketagihan alkohol?
  • Keinginan yang teruk atau gian untuk minum alkohol
  • Gagal untuk berhenti dari terus minum
  • Gejala fizikal ( berketar, berpeluh dan loya)
  • Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum
  • Meneruskan tabiat minum walaupun mengalami banyak masalah yang diakibatkan oleh alkohol
Bagaimana anda boleh menghindari dari alkohol?
Anda sepatutnya :
  • Mengamalkan gaya hidup sihat
  • Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi
  • Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol
  • Isikan masa sepenuhnya - Ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program senaman atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti PROSTAR dan Rakan Muda
  • Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja
  • Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab malam, disko dan sebagainya.
  • Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yang tertera di atas (Lihat Penyelesaian masalah)
Apakah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai masalah alkohol?
  • Dapatkan pertolongan secepat mungkin
  • Berbincang dengan orang dewasa yang boleh dipercayai (ibubapa, doktor, kaunselor sekolah dan sebagainya) atau seseorang yang boleh memberi sokongan

Sunday, June 6, 2010

Fakta-Khasiat Air Suam

Sebar2 kan lah…

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung … Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.



Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan.
Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung Amaran berkenaan serangan jantung

Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim.

60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat. Pasni kene start minum air suam kerap ler…

Khasiat Minum Air Suam

Apabila pulang ke kampung halaman, saya selalu memerhatikan orang-orang tua di kampung. Ada di antara mereka yang kadang-kadang umurnya dah lanjut tapi kesihatan sentiasa terjaga. Badan mereka sentiasa cergas. Pada pendapat saya, kadang-kadang kita perlu juga mendengar petua-petua "orang-orang lama" ini untuk amalan harian kita walaupun kita sekarang dah moden. Pada saya amalan kesihatan yang baik perlu diamalkan seharian tidak kiralah sama ada amalan tersebut tradisional atau moden. Paling penting, kita perlu sentiasa sihat dan cantik. Itu matlamat kita. Dalam memastikan badan kita sentiasa sentiasa sihat dan cantik perkara yang perlu diberi perhatian ialah perjalanan darah kita. Kita perlu sentiasa memastikan perjalanan darah kita sentiasa berjalan dengan baik. Sebab itulah "orang-orang lama" mengamalkan berurut. Dengan berurut, urat-urat dalam badan kita dapat dibetulkan. Untuk perhatian anda semua berurut di sini bukan "massage". Berurut selalunya dilakukan oleh bidan-bidan kampung atau tukang urut tradisional. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk melancarkan peredaran darah. Namun begitu pada kali ini saya ingin berkongsi petua untuk melancarkan perjalanan darah sekaligus dapat membantu melangsingkan badan serta menyihatkan badan. 
 
Petua kali ini ialah meminum air suam. Nampak mudah kan. Amalkan meminum air suam pada awal pagi selepas bangun daripada tidur. Minum air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Mengapa minum air suam ini penting? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda semua, badan kita terdiri daripada 80% air. Oleh sebab itu, untuk memastikan system dalam tubuh kita berjalan dengan baik kita perlu minum air suam dengan banyak. Air dalam badan kita berfungsi untuk mengangkut oksigen ke sel-sel dalam badan kita. Apabila sel dalam badan kita dapat berfungsi dengan baik badan kita akan sentiasa sihat dan cantik. Cuba anda amalkan sentiasa kerana "orang-orang lama" memang amalkannya dan ternyata berkesan. Kebanyakan mereka yang mengamalkan minum air suam ini ternyata cantik dan langsing.

Saturday, June 5, 2010

Sup Cina

Sup cina adalah diantara makanan yang berkhasiat yang mana boleh dihasilkan oleh kita. Cara penyediaannya yang begitu mudah boleh dimanfaatkan oleh pengemar sup atau mereka yang sentiasa sibuk dengan bebanan kerja.



Bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan sup cendawan memang berkhasiat. Diantaranya ialah cendawan kering, sirip ikan yu, lobak merah dan juga ubi kentang. Kita sedia maklum bahawa bahan-bahan diatas mempunyai khasiat yang berbeza. Dengan amalan memakan sup cina ini, seseorang individu itu boleh mengekalkan kesihatannya dengan baik.

Friday, June 4, 2010

Identifying Asperger Syndrome Behavior

Asperger Syndrome is a disorder on the Autism Spectrum with similar symptoms to autism, but usually to a lesser degree. Identifying Asperger syndrome behavior is often difficult until a child is at least five years old. A child with Asperger syndrome may be very interested in his/her environment, extremely verbal, and have average/high intellectual functioning.

Usually an individual with Asperger syndrome behavior may have a hard time establishing social relationships, have a limited array of interests, poor coordination and poor concentration. There may also be some less noticeable self-stimulatory behavior, such as running around a room for no apparent reason or flipping objects between the fingers.

As one of the five pervasive developmental disorders, it distinguishes itself with an impairment in social skills, and repetitive patterns of behavior, interests, and/or activities. Although individuals with Asperger's disorder may be very verbal, speech may have an unusual inflection, tone, rate, rhythm, or emphasis (e.g., tone of voice may be monotonous or may not sound appropriate in the context that it is used). They may also have an impairment in nonverbal communication, such as little eye contact, appropriate facial expressions, or appropriate body gestures/postures.

Asperger's disorder becomes more noticeable as the child gets older and fails to develop appropriate social relationships. It may also be recognized as a child becomes inappropriately fixated on certain activities or objects. An individual may also have difficulty understanding certain types of humor, sarcasm, or other underlying information involved in socializing or communicating.

Treatment options for Asperger's disorder may vary depending on the child's level of need. A child displaying Asperger syndrome behavior may receive speech therapy, occupational therapy, and behavior analysis services using behavior intervention plans to increase social skills and decrease any problem behaviors.

The child may also have support from special education services within the school system to focus on specific social skills at school or other challenges the child may be facing. If you suspect your child may be showing symptoms of Asperger's speak with your pediatrician to learn how to have your child evaluated and what services are available in your area.

Rachel Skinner is a Board Certified Behavior Analyst with a Masters degree in Applied Behavior Analysis from Western Michigan University. She has over 15 years of experience working with children, including children with pervasive developmental disorders and behavior disorders. For more information on help related to Asperger Syndrome or other child behavior visit Child Behavior Guide - A free online resource for parents and professionals.

Article Source: http://EzineArticles.com/?expert=Rachel_M_Skinner

Rahsia Sebenar Kekal Sihat

Kita pernah mendengar orang merungut bahawa mereka telah patah hati atau berputus asa dengan matlamatnya untuk menurunkan berat badan. Mereka juga berkata yang mereka telah mencuba pelbagai cara. Pelbagai pil, jamu atau senaman dah dilakukan tetapi semuanya tidak menjadi. Mereka adakalanya berpatah hati dan kembali kepada tabiat tidak sihat mereka. Ini sungguh menyedihkan kita semua. Saya pernah berjumpa beberapa orang yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan jayanya. Petua yang mereka amalkan adalah berbeza-beza tetapi apa yang menjadi persamaan kepada kesemua mereka yang telah berjaya ini ialah kesungguhan mereka untuk menurunkan berat badan.

Pada entri kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua persamaan umum orang-orang yang telah berjaya menurunkan berat badan ini. Contoh yang saya berikan ini sebagai panduan umum. Sebarang produk atau petua sampingan yang mereka gunakan tidak saya tulis kerana terdapat banyak perbezaan antara mereka.

1. Mereka bersenam 5 hingga 7 kali seminggu. Mereka berjogging atau melakukan aerobik selama 30 hingga 45 minit setiap sesi.

2. Tabiat makanan mereka juga terkawal. Mereka berkata yang bersenam membuatkan selera makan mereka meningkat tetapi mereka telah berjaya mengawalnya.

Nampak mudah kan? Sebenarnya bersenam merupakan cara yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan. Di samping menurunkan berat badan, ia juga menyebabkan badan kita sentiasa sihat. Apa yang paling penting adalah keazaman kita untuk mencapai sesuatu matlamat itu. Kita Cuma perlu masukkan bersenam sebagai rutin harian kita. Kita menggosok gigi setiap hari untuk memastikan gigi kita sentiasa cantik dan sihat. Begitu juga bersenam, kita perlu bersenam untuk pastikan badan kita sentiasa sihat dan cantik.

Thursday, June 3, 2010

Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan

Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.

Sejarah
Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan oleh Jabatan Kilang dan Jentera dari Kementerian Sumber Manusia berikutan insiden letupan kilang mercun di Sungai Buloh yang berlaku pada 1994. Ketika berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban di dalam insiden tersebut.
Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Jabatan Kilang dan Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.

Prinsip
Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:
• Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan kemahiran yang baik
• Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan
• Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di tempat kerja
• Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja
• Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan
• Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan
Keenam-enam prinsip tadi merupakan asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994.