Pages

Saturday, January 2, 2010

Petua Mengubati Demam Campak

Mungkin ramai di antara kita tahu salah satu kegunaan Daun Semambu. Daun semambu juga dikenali sebagai Mambu atau Neem dalam bahasa Tamil. Kalau anda perhatikan, ramai sekali orang-orang India di Malaysia akan menanam pokok semambu ini di halaman/kawasan rumah mereka. Minggu ini seorang daripada keluarga saya telah terkena Demam Campak. Demam Campak ini mungkin boleh dikatakan sejenis dengan penyakit mizel @ chicken pork. Bagi mengubati penyakit Demam Campak ini, kami telah gunalah Daun Semambu yang mana Daun Semambu ini sememangnya terkenal sebagai ubat Demam Campak (Chicken Pork).

Cara yang digunakan untuk mengubati Demam Campak ini adalah ;
1. Gunakan sebagai pelapik/alas cadar untuk tidur
2. Gunakan ia dengan membasuh seluruh badan seperti penggunaan sabun mandi
3. Tumbuk daun semambu dengan beras dan kunyit, kemudian lumur dan sapukan diseluruh badan

Kalau ada ubat daripada doktor, bolehlah juga dimakan seperti biasa.

Tips kepada yang terkena Demam Campak atau Chicken Pork ;
1. Bila campak dah kering, biar dia tanggal sendiri. Jangan dikunas, nanti parut tak hilang.
2. Kalau gatal, eloklah mandi. Petua orang melayu tak bagi/pantang mandi, tapi doktor matsalleh rekomen sangat agar kita mandi. Mana satu yang anda nak ikut, terpulanglah pada kepercayaan masing-masing.

No comments:

Post a Comment