“The True Power Of Water” oleh Dr Masaru Emoto, pakar perubatan afternatif yang menggunakan air sebagai media penyembuhan. Pakar tersebut dibantu oleh Kazuya Ishibasi, seorang pakar mengambil gambar kristal-kristal air melalui mikroskop tercanggih.
Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun telah membuat kajian pada bulan Mac tahun 2005 juga menulis buku “the Hidden Massage in Water” (Pesan Tersembunyi di dalam air). Melalui kajian demi kajian yang telah dibuat oleh Dr Masaru telah terbukti bahawa air mampu merespons dengan baik perlakuan dan maklumat yang diberikan kepadanya, dalam bentuk tulisan, gambar bahkan kata-kata atau suara. Bersama pembantunya Kazuya, kristal-kristal air ditemui terakam dalam gambar apabila air dibekukan pada suhu -25”C menggunakan kamera berteknologi tinggi. Bentuk kristal yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada maklumat yang diberikan kepada air. Menurutnya air mampu merakam pesan, seperti pita magnetik atau compact disk.Mokekul air akan membentuk kristal yang paling indah adalah air yang diberi kata-kata “cinta” dan “terima kasih”. Sebaliknya molekul air membentuk kristal yang tidak cantik bahkan membentuk lingkaran yang berlubang di tengahnya apabila dikatakan padanya “kamu tidak berguna” atau “kamu bodoh”.
Apabila kita biasa menyatakan terima kasih, sentiasa bersyukur dan dihiasi perasaan cinta dalam kehidupan, kita telah berjaya membentuk air dalam tubuh kita menjadi kristal-kristal heksagonal yang sangat bermanfaat untuk kesihatan kita. Sebaliknya jika keadaan hidup kita sentiasa tertekan dengan kejahilan, kebodohan, tidak bersyukur, sentiasa bermusuhan dan membenci, tidak redha dan banyak komen, maka kita tidak akan pernah mendapatkan kristal-kristal air yang cantik dan indah dalam badan kita. Kesihatan dan emosi selalu terganggu, sedangkan air heksagonal sangat berguna untuk mengeluarkan toksid-toksid (racun-racun) dalam badan kita.
Air heksagonal adalah air yang berperanan untuk mengikat radikal bebas H+ dan OH. Oleh sebab itu apabila air seperti ini dibekalkan dalam badan kita atau terdapat dalam badan, maka akah terdapat reaksi atau tindak balas, rasa tidak sedap badan, bersin, batuk, mual, berpeluh-peluh, sering buang air kecil mahupun air besar. Reaksi seperti ini adalah tindak balas yang menggambarkan kemungkinan bertimbunnya toksid dalam badan kita. Tindak balas ini disebut sebagai detox effect atau homeostatic.
Sumber: http://penawaralami.wordpress.com
Pages
▼
Sunday, November 8, 2009
Kunyit Mengurangkan Tekanan Darah
Herba tekanan darah tinggi adalah bahan alami yang boleh mengurangkan tekanan darah. Walaupun herba-herba ini tidak disyorkan kepada mereka yang mengalami tekanan darah yang terlalu tinggi, herba boleh membantu ramai orang. Jika tekanan darah anda hanya sedikit tinggi, maka anda boleh mempertimbangkan manfaat dan kebaikan herba tekanan darah tinggi. Antioxidant dalam herba dan makanan adalah alat penting mengawal jantung dan kesihatan. Ini ialah kerana antioksiden membantu menghalang oksigen daam badan daripada merosakkan (mengoksidakan) molekul kolesterol dalam saluran darah.Ini sangat penting kerana kolesterol yang telah dioksidakan boleh menyebabkan plag dan penyumbatan, menyebabkan lebih sukar darah mengalir ke jantung.
Salah satu kuasa penawar alami kunyit ialah kandungan tinggi antioksiden, antaranya ialah vitamin C dan E, dan juga karotenoid (carotenoids). Ia juga mengandungi antioksidan yang berkesan seperti curcumin dan kompaun curcuminoids. Oleh sebab curcumin ialah antioksiden yang mujarab, ia membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri, dinamakan atherosclerosis, antara penyebab utama serangan jantung.
Kunyit mengurangkan paras kolesterol darah dengan menstimulasikan pengeluaran ‘bile’. Ia juga menghalang pembentukan ketulan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Kunyit juga membantu jantung dengan cara menghalang platelete, iaitu sel-struktur kecil dalam darah, daripada melekat antara satu sama lain menyebabkan darah berketul (blood clots).
Cara pengambilan:
1. suplemen curcumin boleh dibeli di farmasi
2. gunakan kunyit dalam masakan harian
3. ambil kunyit sebesar ibu jari. Kupaskan kulitnya dan dicuci hingga bersih. Kemudian diparutkan dan diperah hingga mengeluarkan airnya. Campurkan air perahan kunyit itu dengan 1 sudu madu dan suku sudu teh lada hitam. Minumlah ramuan ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang. InsyaAllah ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

Tomato Turunkan Tekanan Darah
Satu kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa buah tomato (dan tomato paste) menurunkan tekanan darah dan risiko sakit jantung. Kajian yang diketuai oleh Dr Esther Paran, ketua bahagian hipertensi dari Soroka Medical Center. Kajian ini melibatkan pesakit yang tidak menunjukkan kesan ubat yang diberi. Dr Paran telah memberi pesakit ekstrak tomato. Keputusannya menunjukkan penurunan tekanan darah yang ketara selepas empat minggu.
Tomato berkesan menurunkan tekanan darah kerana ia mengandungi lycopene. Antioksiden lain yang didapati dalam buah tomato membuatnya tergolong dalam “super-food” mengawal sakit jantung. Ia juga boleh mengawas LDL dari teroksida yang membuat ia melekat pada arteri dan menyempitkan saluran darah menyebabkan kenaikan tekanan darah. Dosage yang disyorkan ilah empat biji tomata sehari untuk mendapatkan kesan positif menurunkan tekanan darah. Walaubagaiamanapun berikut ada beberapa cadangan bagaimana untuk mendapatkan manfaat khasiat buah tomato setiap hari.
1. Campurkan cili dengan tomato puree. Gunakan untuk membuat sos dengan mencampurkan dengan bawang putih dan bawang merah, lada hitam dan sebagainya mengikut cita rasa masing-masing.
2. Minyak zaitun meningkatkan kualiti sifat penyembuhan tomato, maka apabila membuat sos pasta merah dengan tomata, tomato puree dan minyak zaitun bersama bawang putih dan bawang merah.
3. Makan tomato mentah samada dengan salad atau dalam rojak
4. Minum juz tomato yang dibuat sendiri. Juz yang dalam kotak atau apa bekas pun mempunyai kandungan gula yang tinggi dan juga bahan pengawet. Jika anda ada juicer, buatlah juz tomato bersama karot dan juga cellery.
5. JIka anda tidak lalu makan tomato, ambil supplemen tomato 200 mg setara dengan 4 biji tomato.
Menambah tomato dalam diet anda boleh menurukan tekanan darah sistolik anda dan juga tekanan diastolik. Apa cara anda potong dan makan tomato , ia akan membantu meningkatkan sistem imun dan menurunkan tekanan darah.

Sakit Buah Pinggang
Buah pinggang yang sihat membersihkan darah dengan menyahkan cecair, mineral dan kumbahan berlebihan. buah pinggang juga membuat hormon untuk menjaga kesihatan tulang dan darah. Apabila buah pinggang rosak, bahan kumbahan meningkat dalam badan anda, tekanan darah akan naik, dan badan akan menyimpan cecair berlebihan dalam badan dan tidak dapat membuat sel darah merah. Apabila perkara ini berlaku anda perlukan rawatan untuk menjalankan fungsi buah pinggang yang tergendala ini.
Penyebab utama penyakit buah pinggang (end stage renal disease) ialah kencing manis dan tekanan darah tinggi. Dua keadaan ini membebankan saluran darah, dan buah pinggang kaya dengan saluran darah. Mengawasi kedua-dua penyakit ini boleh menghalang dari kerosakan buah pinggang dan elak dari dialysis. Selain penyakit, pembunuh buah pinggang ialah dadah – kerana dadah perlu melalui buah pinggang utnuk ditapis masuk ke saluran darah. Sesetengah atibiotik, ubat anesthesia, dan dadah antipsikotik boleh merosakkan buah pinggang. malahan memakan ubat yang mudah didapati di farmasi tanpa preskripsi jika diambil berlebihan juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Selain itu bahan kimia yang biasa didapati di rumah juga boleh merosakkan buah pinggang. Solven kimia, alkohol kayu, toluene, karbon tetraklorida (cecair pencuci), dan etilene glykol (antifreeze) boleh merosakkan buah pinggang jika tertelan atau terhidu. Berjaga-jagalah apabila mengendalikan bahan kimia.

Alahan Kulit
'Alahan' bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan. Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit
jika tidak mendapat rawatan perubatan.
Penyebab
-Tumbuh-tumbuhan.
-Makanan.
-Ubat-ubatan.
-Debunga.
-Sengatan lebah.
-Gigitan.
Alahan Rhinitis (demam alahan)
Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara. Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk. Debunga yang dibawa oleh angin adalah kecil dan lebih kerap menyebabkan demam alahan. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara.
Tanda-tanda dan gejala
-Penghasilan mukus (lendir).
-Gatal-gatal di
o Tekak
o Hidung
o Mulut
o Mata
o Kulit
-Batuk.
-Sakit kepala.
-Hidung berair/Bersin.
-Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).
Rawatan
-Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik.
-Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana.
-Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga
hidung.
Pengurusan sendiri
-Di bawah disenaraikan beberapa cara untuk mengurangkan pendedahan kepada
debunga dan kulapuk.
-Tutup tingkap pada waktu malam untuk menghalang debunga atau kulapuk daripada
masuk ke dalam rumah. Jika boleh gunakan penyaman udara yang dapat membersih,
menyejuk dan mengeringkan udara.
-Pakai topeng/pelindung debu semasa memesin rumput, memungut daun-daun atau
semasa membersihkan halaman dan makan ubat-ubatan tertentu sebelum melakukan
aktiviti tersebut.
-Jangan mengambil ubat melebihi dos dengan tujuan untuk mengurangkan gejala yang
berlaku.
-Jangan terlalu menyiram tumbuh-tumbuhan di dalam rumah jika anda alah terhadap
kulapuk. Tanah yang lembap menggalakkan tumbesaran kulapuk.
-Tutup tingkap kereta semasa dalam perjalanan.
-Bercuti di kawasan yang bebas debunga seperti di tepi pantai atau laut.
Alahan Terhadap Makanan
-Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh
sesetengah jenis makanan. Alahan terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan
keadaan seperti:
-Intolerans terhadap makanan.
-Sindrom gangguan usus.
-Tekanan fizikal.
-Keracunan makanan.
Apabila alahan telah terjadi, anda harus mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan
tersebut untuk mencegah ia dari melarat.
Gejala
=Tekak terasa gatal.
=Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).
=Sakit perut.
=Loya.
=Muntah.
=Kekejangan otot perut.
=Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.
=Gatal-gatal/urtikaria.
=Angioedema pada kelopak mata dan bibir.
=Penyumbatan rongga hidung/ hidung berair.
=Sesak nafas/bunyi ronkus.
Rawatan
Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan reaksi alahan
dari berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam masa yang singkat. Krim penyaman kulit boleh diguna untuk melegakan ruam. Gejala yang teruk memerlukan rawatan dengan mengguna kortikosteroids.
Pengurusan sendiri
-Elakkan memakan makanan yang mendatangkan alahan kepada anda.
-Bertanya atau pastikan terlebih dahulu kandungan/ramuan makanan untuk menjauhi
bahan alergen yang tersembunyi di dalam makanan.
-Membaca label makanan dan mengenali istilah saintifik dan teknikal mengenai makanan.
(susu dikenali sebagai kasein, protein susu dan lain-lain).
-Bersedia untuk rawatan kecemasan. Reaksi anafilaksis disebabkan alahan terhadap
makanan berpotensi menyebabkan kematian.
-Memakai gelang amaran perubatan yang menerangkan tentang alahan yang dihidapi.
Alahan Terhadap Ubat-Ubatan
Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan sistem imun yang hipersensitif. Badan menjadi sensitif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun. Reaksi alahan boleh dibahagikan dari kesan sampingan yang merengsakan atau ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) kepada kesan yang boleh membawa kepada kematian seperti kejutan anafilaksis.
Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim di dalam kes alahan ini. Cara yang terbaik untuk mengelakkan alahan ialah mengelakkan dari mengguna ubat-ubatan ini.
Gejala
-Gatal-gatal.
-Ruam kulit.
-Gatal-gatal pada kulit atau mata.
-Bunyi ronkus.
-Bibir membengkak.
Gejala-gejala anafilaksis termasuklah:
-Penyumbatan rongga hidung.
-Sukar bernafas.
-Batuk.
-Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku.
-Pening.
-Keliru.
-Sakit/kekejangan otot abdomen.
-Loya, muntah.
-Cirit-birit.
Rawatan
Matlamat utama rawatan adalah untuk melegakan gejala. Penggunaan antihistamin ialah untuk melegakan gejala yang biasa (ruam, urtikaria, gatal-gatal). Kortikosteroids oral atau topikal (disapu di kawasan setempat di kulit) mungkin disyorkan juga.
Alahan Konjunktivitis
Alahan konjunktivitis yang bukan berjangkit merupakan reaksi terhadap bahan seperti debunga. Mata akan menjadi kemerahan dengan cepat diikuti dengan gatal-gatal dan keluar air mata.
Gejala
=Mata merah.
=Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera.
=Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar.
=Keluar air mata.
=Kelopak mata bengkak/sembab.
Rawatan
Rawatan yang terbaik adalah mengelakkan pendedahan terhadap bahan alergen. Menuam
dengan penuam sejuk di mata atau mengambil antihistamin dapat melegakan ketidakselesaan
yang dirasai.
Pengurusan sendiri
=Duduk di dalam rumah apabila bilangan debunga atau kelembapan dilaporkan lebih
tinggi dari biasa atau ketika hari berangin.
=Ambil ubat yang dicadangkan oleh pakar alahan mengikut dos yang disarankan.
=Pastikan tingkap cermin ditutup ketika dalam perjalanan.
=Elakkan dari menyentuh mata dengan tangan anda.
=Hentikan penggunaan kosmetik untuk mata dan gantikan/nyahjangkit kanta lekap anda.
=Tuam mata dengan penuam sejuk untuk melegakannya.