Pages

Sunday, November 8, 2009

Tomato Turunkan Tekanan Darah

Satu kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa buah tomato (dan tomato paste) menurunkan tekanan darah dan risiko sakit jantung. Kajian yang diketuai oleh Dr Esther Paran, ketua bahagian hipertensi dari Soroka Medical Center. Kajian ini melibatkan pesakit yang tidak menunjukkan kesan ubat yang diberi. Dr Paran telah memberi pesakit ekstrak tomato. Keputusannya menunjukkan penurunan tekanan darah yang ketara selepas empat minggu.

Tomato berkesan menurunkan tekanan darah kerana ia mengandungi lycopene. Antioksiden lain yang didapati dalam buah tomato membuatnya tergolong dalam “super-food” mengawal sakit jantung. Ia juga boleh mengawas LDL dari teroksida yang membuat ia melekat pada arteri dan menyempitkan saluran darah menyebabkan kenaikan tekanan darah. Dosage yang disyorkan ilah empat biji tomata sehari untuk mendapatkan kesan positif menurunkan tekanan darah. Walaubagaiamanapun berikut ada beberapa cadangan bagaimana untuk mendapatkan manfaat khasiat buah tomato setiap hari.

1. Campurkan cili dengan tomato puree. Gunakan untuk membuat sos dengan mencampurkan dengan bawang putih dan bawang merah, lada hitam dan sebagainya mengikut cita rasa masing-masing.
2. Minyak zaitun meningkatkan kualiti sifat penyembuhan tomato, maka apabila membuat sos pasta merah dengan tomata, tomato puree dan minyak zaitun bersama bawang putih dan bawang merah.
3. Makan tomato mentah samada dengan salad atau dalam rojak
4. Minum juz tomato yang dibuat sendiri. Juz yang dalam kotak atau apa bekas pun mempunyai kandungan gula yang tinggi dan juga bahan pengawet. Jika anda ada juicer, buatlah juz tomato bersama karot dan juga cellery.
5. JIka anda tidak lalu makan tomato, ambil supplemen tomato 200 mg setara dengan 4 biji tomato.

Menambah tomato dalam diet anda boleh menurukan tekanan darah sistolik anda dan juga tekanan diastolik. Apa cara anda potong dan makan tomato , ia akan membantu meningkatkan sistem imun dan menurunkan tekanan darah.
Sumber: http://penawaralami.wordpress.com

No comments:

Post a Comment