Apakah yang dimaksudkan dengan menggunakan flos?
Menggunakan flos dapat membantu menjaga kebersihan gigi. Ia dapat mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang melekat di antara gigi yang tidak boleh dibersihkan ketika memberus gigi.
Mengapa menggunakan flos penting?
Menggunakan flos dapat membantu menjaga kebersihan gigi. Ia dapat mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang melekat di antara gigi yang tidak boleh dibersihkan ketika memberus gigi.
Jenis-jenis flos gigi
Ada beberapa jenis flos gigi :
• Flos berlilin atau tanpa lilin.
• Flos berperisa atau tanpa perisa.
• Pita gigi.
• Super flos.
Kesemua jenis flos yang dinyatakan di atas berkesan untuk membersihkan gigi jika anda menggunakan flos dengan teknik yang betul.
Berapa kerap anda perlu menggunakan flos?
Biasakan amalan menggunakan flos sekurang-kurangnya sekali sehari terutama sebelum tidur.
Bagaimana sepatutnya anda menggunakan flos?
Ikut langkah-langkah berikut :
• Lilitkan sepanjang 18 inci flos di jari hantu dan pegang bahagian 1 inci dengan tegang.
• Arahkan flos dengan lembut di celah gigi anda.Gerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali dan lengkokkan keliling gigi dan tepi garisan gusi.
• Gunakan flos untuk membersih gigi belakang yang akhir.
• Buka flos yang bersih dari lilitan jari dan teruskan membersih gigi.
Bagaimanakah cara menggunakan flos untuk mereka yang kurang upaya?
Gunakan flos dengan pemegang untuk memudahkan dan membantu mereka yang kurang upaya.
Apakah yang perlu diberi perhatian ketika menggunakan flos?
• Anda mesti menggunakan cara pergerakan yang betul. Teknik yang salah akan menyebabkan kecederaan pada gusi.
• Anda mungkin mengalami kesakitan atau pendarahan di bahagian gusi ketika mula menggunakan flos. Jika pendarahan masih berlaku selepas seminggu menggunakan flos, berjumpalah dengan doktor pergigian.
No comments:
Post a Comment