Apakah yang dimaksudkan dengan harga diri?
Harga diri adalah satu cara di mana kanak-kanak menilai diri mereka sendiri. Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi?
Kanak-kanak ini :
• Mudah berkawan.
• Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru.
• Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan.
• Boleh mengawal perlakuan.
• Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain.
• Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif.
• Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi.
Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah?
Mereka :
• Tidak ceria.
• Kurang keyakinan diri.
• Perasaan tidak berguna.
• Sentiasa berasa letih dan penat.
• Sering memikirkan perkara-perkara yang tidak baik.
• Rasa rendah diri.
• Sering gagal di sekolah.
Apakah faktor-faktor positif perasaan harga diri?. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perasaan harga diri :
• Kasih sayang.
• Keselamatan.
• Panduan.
• Penghargaan.
• Galakan.
Bagaimanakah anda dapat membantu anak anda untuk membina perasaan harga diri yang tinggi?
Anda harus :
• Berikan pujian pada setiap kejayaan walaupun kejayaan yang kecil.
• Berikan kasih sayang yang ikhlas.
• Tunjukkan minat pada setiap masalah,aktiviti atau projek yang dilakukan oleh anak anda.
• Menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
• Cuba elakkan segala perlakuan negatif dan bunga-bunga kemarahan.
• Beri penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan atau apa-apa pertuturan yang sopan.
• Balaslah dengan sifat kasih sayang atas segala perlakuan yang baik.
• Sekiranya anak anda melakukan sesuatu yang tidak anda senangi, asingkan yang negatif darinya pisahkan perangai yang tidak menyenangkan dari dirinya. Umpamanya 'ibu tidak suka anda membaling-baling permainan, tetapi ibu tetap menyayangimu.'
Faktor-faktor yang boleh menjejaskan perasaan harga diri di kalangan kanak-kanak
• Menaruh harapan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah ke atas anak-anak.
• Memarahi atau mengherdik anak-anak terutamanya di hadapan orang lain.
• Memanggil anak-anak dengan perkataan lembab, bodoh, malas dan sebagainya.
• Terlalu membela atau tidak mengendahkan anak-anak.
No comments:
Post a Comment