Diet kesihatan - setiap orang seharusnya berusaha mengamalkan diet yang mengandungi keseimbangan buahan-buahan, sayuran,karbohidrat, protein dan low-fat dairy. Jauhi lemak berlebihan, kolestrol dan asid lemak.
Memperbaiki tahap kolestrol - individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 faktor risiko dan 10 tahun risiko penyakit jantung atau strok sepatutnya mempunyai LDL level tidak lebih dari 100mg/dl.
Terus memastikan tekanan darah rendah - individu dalam tahap kesihatan yang normal sepatutnya mempunyai 140/90mm HG atau kurang. Pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang lain patut mempunyai tekanan yang kurang dari orang normal.
Berhenti merokok - dan juga jauhi dari terdedah kepada 'second-hand smoke'.
Berat yang seimbang-setiap individu patut mempunyai BMI index 18.5 hingga 24.9.
Pengambilan aspirin - individu yang mempunyai risiko untuk mengalami penyakit jantung patut mengambil aspirin pada tahap rendah setiap hari kecuali mereka mempunyai sebab-sebab kesihatan yang menghalang pengambilan aspirin.
Pengawalan diabetes - individu yang mempunyai diabetes patut mempunyai tahap gula dalam badan yang kurang dari 110 mg/Dl dan hemoglobin A1C atau kurang 7%.
Pengawalan Atrial Fibrillation - individu yangmempunyai Atrial Fibrillation sepatutnya menggunakan 'anticoagulants' untuk mengurangkan risiko darah beku
Senaman - setiap individu dalam kesihatan normal sepatutnya melakukan aktiviti fizikal pada tahap minimum 30 minit setiap hari ataupun beberapa kali seminggu.
Sumber: http://www.ozone.com.my
lagi info tentang strok kat sini - Awasi Tanda-tanda Strok
ReplyDeleteinfo yang terbaik
ReplyDeleteBANYAK PETUA YANG BERGUNA