Pages

Tuesday, September 15, 2009

Gymnema Kurangkan Gula Darah

Makanan dan minuman manis sememangnya sedap dan menyelerakan, tetapi pernahkah anda terfikir tentang kandungan gula dalam hidangan atau minuman tersebut?
Adakah anda sedar bahawa segelas (250 ml) air minuman berkarbonat mengandungi lebih kurang 25 gram gula? Bayangkan sekiranya anda mengambilnya lebih daripada satu hidangan sehari.

Apa yang turut membimbangkan adalah hasil kajian mendapati rakyat Malaysia secara puratanya mengambil gula melebihi 100 gram sehari berbanding saranan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya 50 gram sehari. Penyakit diabetes boleh berlaku pada sesiapa sahaja, tetapi obesiti atau berat badan berlebihan meningkatkan risiko penyakit diabetes jenis kedua. Faktor keturunan dan gaya hidup yang tidak sihat juga merupakan faktor risiko diabetes.
Jika anda mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes, diet yang sihat dan senaman berterusan adalah disarankan untuk mengawal peningkatan paras gula. Penggunaan herba terpilih juga merupakan alternatif yang boleh dijadikan pilihan. Kajian ke atas herba Gymnema mendapati ia mengandungi asid gymnemic yang boleh mengurangkan penyerapan gula dari saluran penghadaman. Fenugreek (halba) pula membantu meningkatkan tindak balas tisu terhadap insulin serta memperbaiki metabolisme karbohidrat. Berdasarkan hasil kajian, bitter melon atau peria juga boleh merendahkan paras gula. Berdasarkan kajian yang dibuat ke atas penghidap diabetes mendapati ia memberi kesan yang memberangsangkan untuk mengawal paras gula dalam darah. Kombinasi Holy basil dan herba-herba tersebut didapati memberi kesan yang lebih baik.

Sumber: UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment