Pages

Saturday, September 5, 2009

Ceria Sepanjang Minggu

Kehidupan bekerja di pejabat selalu membuat masa kita menjadi singkat. Sedar tak sedar hari ini akan sama macam keesokan harinya. Kita rasa mencabar pada setaip hari Isnin dan akhirnya apa yang kita dapat bila tiba hari jumaat? Ya, tak semua kerja boleh dihabiskan. Kalau kerja habis maknanya tiadalah bisnes kan? :p

Isnin: Membuatkan semua pekerja di pejabat menjadi aggresif dan mempunyai nilai dan tahap kerajinan yang tinggi. Ini adalah hari yang baik untuk kau membuat jadual dan menyusun kerja-kerja yang bakal kau lakukkan. Beri satu matlamat danpastikan setaip arahan dari pihak atasan (boss kau) diikuti dan cuba elakkan konflik. Jaga tatasusila dan elak dari memalukan diri sendiri di tempat kerja kau.

Selasa: Hari yang agak puncak yang kau boleh menyumbangkan output yang berkesan terhadap kerjaya kau. Di waktu tengahari selepas rehat adalah masa yang sesak dengan kerja dan ini adalah peluang untuk kau menonjolkan diri.

Rabu : Hari yang agak relaks tapi kau belum lagi kepenatan. Hari Rabu boleh dijadikan hari untuk agenda ‘brainstorming‘ demi masa depan kerjaya kau.

Khamis: Hari tersebut bagus untuk kau melakukan tugasan-tugasan penting. Kau akan merasakan diri kau lebih rajin dan produktif untuk menyelesaikan tugasan.Err, Ia adalah hari yang terbaik untuk kau meminta kenaikkan gaji :p

Jumaat : Okay, tempuhi hari ini dengan berhati-hati. Kau tak mahu membawa beban kerja hingga ke hari rehat kau kelak (Hari Sabtu dan Ahad kamu amatlah berharga!). Elak dari melakukan kesalahan dan membuat keputusan yang berisiko.Kalau ada cadangan yang bagus untuk kau majukan kepada pihak pengurusan, lakukannya! dan pastinya pihak atasan kau akan menimbangkan pendapat kau sebelum kembali bekerja dihari isnin minggu depan.

Hujung Minggu: Kau antara manusia yang mempunyai tekanan ditempat kerja yang tinggi? Cuba beriadah seperti bersenam pada hari jumaat untuk merehatkan sebentar otak yang penat akibat kerja yang bertimbun. Ini untuk mengelakkan dari mendapat sakit atau demam dihari minggu.Jika tidak, sesia sahaja kan? :p

No comments:

Post a Comment