Pages

Monday, August 17, 2009

Manfaat Minyak Ikan Untuk Kesihatan

Inuits, satu kaum Eskimo di Greenland, mempunyai 42 perkataan untuk salji tetapi tidak mempunyai satu patah perkataan pun untuk penyakit jantung. Mengikut Dr. Caroline Shreeve, kaum Inuit jarang mendapat mana-mana jenis penyakit jantung. Sebabnya, makanan utama mereka adalah lemak dan daging singa laut dam ikan air sejuk.

Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA, ia-itu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ianya boleh didapati dengan banyaknya di dalam ikan air sejuk berlemak tinggi seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, jerung, sardin dan ikan todak. Apa manfaat kesihatan yang boleh kita perolehi dari minyak ikan? Baca seterusnya:

Tanpa asid lemak dalam makanan harian kita, kita mengambil satu langkah ke arah kematian. Asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita terbahagi kepada dua: Omega-6 EFAs and Omega-3 EFAS. Omega-6 boleh diperolehi dari minyak sayuran dan Omega-3 dari minyak ikan dan beberapa minyak lain.

Para saintis dan doktor berpendapat bahawa peningkatan kes sakit jantung, hipertensi, darah tinggi, obesiti, kencing manis, penuaan dan kanser jenis tertentu adalah disebabkan pengambilan Omega-3 dan Omega-6 yang tidak seimbang.

EPA dan DHA, juga dapat membantu dalam pencegahan aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Permakanan tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis reumatoid, kencing manis, penyakit Raynaud dan kolitis ulseratif.

Banyak lagi penyakit dan keadaan yang dapat diatasi dengan pengambilan minyak ikan. Apa pun jika diambil secara berlebihan mungkin akan membawa kemudharatan tetapi sekiranya tidak diambil langsung, seperti asid lemak, juga boleh membawa kemudharatan. Bertanyalah kepada pakar permakanan, berapa banyak ikan yang perlu anda makan sesuai dengan umur dan keadaan kesihatan anda.

Bagi mereka yang tidak suka memakan ikan, dapatkan permakanan tambahan minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 dari farmasi, kedai makanan kesihatan atau pengusaha jualan langsung (yang berdaftar).

No comments:

Post a Comment