Pages

Saturday, November 13, 2010

Metabolisme

Jagalah jantung anda...
Kekal sihat sepanjang hayat...
METABOLISME berperanan membakar kalori ketika semua anggota badan melakukan aktiviti termasuklah ketika bernafas, proses penghadaman dan peredaran darah.

Semakin meningkat usia seseorang, semakin sukar untuk mengawal berat badan kerana berlaku perubahan pada tahap metabolisme badan.

Perubahan ini berlaku disebabkan penurunan tahap metabolisme melalui faktor umur, jantina, genetik, tekanan, dan juga jumlah senaman yang dilakukan oleh seseorang individu tersebut.

Mereka yang mempunyai kurang lemak dalam badan, umumnya mempunyai metabolisme yang lebih tinggi.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan dengan tips semulajadi untuk tingkatkan kadar metabolisme.

Sekiranya anda mengimpikan untuk memiliki tubuh kurus tetapi sering bermasalah untuk mengurangkan berat badan, salah satu puncanya disebabkan anda mempunyai tahap metabolisme badan yang rendah.
Oleh itu, tahap pembakaran kalori juga akan menjadi
lebih perlahan.

Ada 6 cara-cara untuk meningkatkan kadar metabolisme badan iaitu :

1. Bersenam
2. Bersarapan pagi
3. Makan dengan lebih kerap
4. Minum air
5. Minum teh hijau
6. Mendapat rehat yang secukupnya

Anda perlu jadikan aktiviti ini sebagai rutin harian anda supaya hasilnya, berat badan akan turun, anda semakin

cergas dan bertenaga dalam melakukan sebarang kerja harian.