Pages

Tuesday, June 8, 2010

Arak / Minuman Keras / Alkohol


Adakah anda tahu apa itu alkohol?
  • Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakanuntuk mempertingkatkan "mood"
  • Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum
  • Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski
Adakah anda tahu kesannya terhadap badan?
  • Ia memperlahankan fungsi sistem saraf pusat
  • Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang
Apakah faktor-faktor risiko bagi seseorang untuk minum berlebihan?
  • Faktor persekitaran contohnya :
    • Mudah didapati
    • Tidak mahal
    • Pengiklanan yang menarik di media
  • Faktor Sosial :
    • Pengaruh rakan sebaya
    • Latarbelakang keluarga
    • Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal
    • Budaya
  • Faktor Biologi :
    • Keturunan
    • Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)
Mitos dan realiti tentang kegunaan alkohol
Mitos
Realiti
  • Penggunaan alkohol membuat seseorang individu berasa seperti dewasa.
  • Remaja yang tidak mengambil alkohol adalah lebih matang dan dapat berfikir secara rasional. Mereka juga kurang bermasalah.
  • Alkohol memudahkan mereka mendapat ramai kawan dan diterima sebagai sebahagian dari kumpulan tersebut.
  • Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh lebih dipercayai dan merupakan kawan yang sentiasa mengambil berat. Perhubungan antara kawan juga lebih sihat tanpa penggunaan alkohol.
  • Alkohol membuatkan seseorang itu nampak "cool" dan berjaya.
  • Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana ini jelas tidak "cool" dan juga merbahaya.  
  • Alkohol menghilangkan rasa bosan dan memberi keseronokan.
  • Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila seseorang itu mengambil bahagian dalam aktiviti sihat dan tidak mabuk. Kegembiraan di bawah pengaruh alkohol tidak bertahan lama dan mudah dilupakan.  
  • Adalah lebih baik mengambil alkohol semasa remaja supaya anda boleh berhenti mengambilnya semasa dewasa ketika anda mempunyai lebih tanggungjawab.
  • Remaja juga mempunyai tanggungjawab yang penting. Malahan, Alkohol boleh mengakibatkan ketagihan hingga ke peringkat dewasa. Memulakan aktiviti sihat pada usia yang muda menjadikan seseorang itu lebih baik dan sihat apabila dewasa kelak.
  • Alkohol dapat membantu melepaskan anda dari permasalahan dalam hidup.
  • Menghilangkan masalah melalui penggunaan alkohol merupakan penyelesaian jangka pendek sahaja. Menggunakan alkohol sebagai cara untuk menangani masalah adalah tidak benar. Penggunaannya akan menimbulkan lebih banyak masalah dalam jangka pendek dan panjang.
Apakah kesan-kesan pengambilan alkohol ?
Kesan pengambilan alkohol merangkumi berbagai aspek kehidupan seseorang.
Implikasi sosial termasuk :
  • Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran
  • Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik
  • Kelakuan Delinkuen/salah laku
  • Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alkohol
Kesan fizikal alkohol adalah:
  • Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang, pertuturan yang tidak betul atau jelas, bingung dan bercelaru).
  • Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukar bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian).
Gangguan kesihatan termasuk:
  • Kerosakan otak yang kekal
  • Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)
  • Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)
  • Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)
  • Kanser usus
  • Penurunan naluri seks dan mati pucuk
  • Keguguran spontan
  • Bayi yang tidak normal
  • Anaemia (kandungan darah rendah)
Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya :
  • Perubahan personaliti
  • Kemurungan
  • Bunuh diri
  • Kelakuan agresif
Adakah terdapat sebarang risiko tidak langsung terhadap kesihatan?
Ya, seseorang yang ketagihan alkohol lebih cenderung untuk :
  • Terlibat dalam gejala seks yang tidak selamat (berisiko tinggi mendapat HIV/AIDS).
  • Menunjukkan perilaku yang ganas.
  • Menderita akibat kecederaan contohnya akibat kemalangan jalanraya.
Apakah itu ketagihan alkohol?
Penyalahgunaan alkohol menyebabkan seseorang terlalu bergantung kepadanya sepanjang masa.
Bilakah seseorang itu disyaki mengalami ketagihan alkohol?
  • Keinginan yang teruk atau gian untuk minum alkohol
  • Gagal untuk berhenti dari terus minum
  • Gejala fizikal ( berketar, berpeluh dan loya)
  • Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum
  • Meneruskan tabiat minum walaupun mengalami banyak masalah yang diakibatkan oleh alkohol
Bagaimana anda boleh menghindari dari alkohol?
Anda sepatutnya :
  • Mengamalkan gaya hidup sihat
  • Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi
  • Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol
  • Isikan masa sepenuhnya - Ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program senaman atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti PROSTAR dan Rakan Muda
  • Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja
  • Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab malam, disko dan sebagainya.
  • Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yang tertera di atas (Lihat Penyelesaian masalah)
Apakah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai masalah alkohol?
  • Dapatkan pertolongan secepat mungkin
  • Berbincang dengan orang dewasa yang boleh dipercayai (ibubapa, doktor, kaunselor sekolah dan sebagainya) atau seseorang yang boleh memberi sokongan