Pages

Monday, September 7, 2009

Masalah Bau & Keputihan Berlebihan

Masalah kegatalan dan keputihan mungkin berpunca daripada jangkitan di faraj dan permukaan kulit sekitarnya. Masalah ini boleh dirawat dengan jalani ujian untuk mengesahkan jangkitan dan mendapatkan nasihat doktor tentang kaedah rawatan terbaik mengatasinya.

Selain jangkitan kuman, ia mungkin dijangkiti kutu rambut yang menimbulkan kegatalan tersebut. Penyakit ini banyak berkait rapat dengan penjagaan kebersihan di sekitar kemaluan dan amalan pemakanan.

Keputihan biasanya boleh bertukar akibat campuran peluh dan jangkitan bakteria serta akan mengeluarkan bau yang agak kurang menyenangkan jika tahap kebersihan sekitar kemaluan kurang dijaga.

Penggunaan pantyliner yang mengandungi wangian atau dari sumber herba untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri ketika bergaul dengan rakan-rakan. Amalkan juga penukaran pantyliner sekerap yang mungkin dan penjagaan kebersihan di kawasan alat sulit terutama ketika datang haid.

Minta pandangan doktor rawatan bagaimana untuk menyelesaikan punca masalah ini dan jangan hanya tertumpu kepada menutup gejala seperti bau yang timbul. Pastikan juga masalah ini dirawat dengan sebaik mungkin dan tidak menjadi lebih teruk dan menjejaskan kehidupan berkeluarga nanti.

Panduan menjaga kebersihan alat sulit:-

* Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.
* Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.
* Elak daripada sering mengamalkan douching iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
* Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.
* Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.
* Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection).
* Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.
* Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.—- http://www.sabah.org.my/

Fakta Mengenai Tidur

Pernahkah anda mengalami keadaan yang merimaskan terutama apabila sukar memberi tumpuan pada kerja atau pelajaran, merasakan otak ‘lebih lembap’ dan lambat berfikir berbanding dulu?

Mungkin ada yang berpendapat ia disebabkan peningkatan usia. Mungkin pendapat itu benar tetapi kajian menunjukkan masalah sukar menumpukan perhatian dan ‘kelembapan’ otak ini mempunyai kaitan dengan kekurangan tidur.Keperluan tidur setiap orang berbeza-beza tetapi secara puratanya kita memerlukan tujuh jam tidur yang lena bagi membolehkan badan berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.Tidur yang cukup bukan setakat merehatkan badan atau mengelakkan masalah mata cengkung tetapi ia mempunyai manfaat yang lebih penting. Tidur adalah satu keperluan dan ketika inilah badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel serta membina sel baru.

Malah, ketika tidur, otak kita sibuk membuat persediaan untuk menghadapi keesokan harinya. Kajian ke atas haiwan dan manusia mendapati tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu memelihara daya ingatan seseorang.
Dalam satu kajian, responden disuruh bermain piano mengikut nada tertentu. Kumpulan yang dilatih pada waktu pagi dan diuji 12 jam kemudiannya tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Tetapi kumpulan ini menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 20 peratus selepas mendapat tidur yang cukup.

Kumpulan kedua yang dilatih pada waktu petang juga menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 20 peratus selepas tidur pada waktu malam. Namun, ujian selepas 12 jam berjaga mendapati prestasi responden tidak berubah atau tiada peningkatan. Ini menunjukkan tidur memainkan peranan penting dalam kebolehan belajar.Apa sebenarnya yang berlaku ketika tidur masih belum dapat diterangkan dengan terperinci tetapi penyelidik percaya tidur membolehkan otak memproses semula perkara yang baru dipelajari supaya ingatan itu kekal.

Kajian selanjutnya mendapati tidur sekejap pada tengah hari juga dikatakan memberi manfaat terhadap kemampuan untuk belajar. Ujian ingatan terhadap responden yang diberikan empat kursus secara terus menerus menunjukkan keputusan yang agak ‘buruk’.
Bagaimanapun, daya ingatan mereka jauh lebih baik apabila diberikan rehat (tidur selama setengah jam) selepas dua kursus. Keputusan ini mencadangkan jika seseorang itu mendapat cukup rehat (fizikal dan mental) mereka mampu mempamerkan prestasi kerja atau pembelajaran yang lebih memberangsangkan.

Ini kerana selepas bangun daripada tidur, otak lebih segar dan boleh berfikir dengan cepat dan tepat. Tidur yang mencukupi juga dapat mengurangkan tekanan dan keresahan yang secara tidak langsung boleh menjejaskan kemampuan belajar.Mungkin inilah sebabnya mengapa bayi, kanak-kanak dan remaja memerlukan lebih banyak tidur berbanding orang dewasa. Malah, kajian berkenaan juga menjelaskan mengapa golongan yang amat muda ini mudah menerima dan belajar perkara baru dalam hidup mereka.
Malah, tidur juga dianggap amat penting untuk proses pemulihan terhadap kecederaan otak termasuklah pada pesakit strok kerana mereka perlu belajar semula untuk menguasai bahasa dan rutin harian.

Ada penyelidik menyarankan supaya kita tidur apabila berasa mengantuk. Namun, ramai yang ‘mengabaikan’ keperluan badan ini dan berusaha melawan rasa mengantuk sehinggalah tiba waktu untuk tidur. Ada juga yang masuk tidur terlalu awal tetapi tidak dapat melelapkan mata walaupun persekitaran bilik tidur sangat menyenangkan. Bagi individu yang bekerja syif juga boleh mendapat manfaat daripada tidur walaupun waktu tidur mereka berubah-ubah. Apa yang penting ialah mereka mesti mendapat tidur cukup dan baik (lena).

Tuntutan dan tekanan tugas membuatkan ramai antara kita yang mengalami masalah kekurangan tidur. Bahkan tidak kurang yang kerap terjaga pada waktu malam dan sukar untuk melelapkan mata semula.Akibatnya kita mudah letih, mengantuk dan hilang daya tumpuan jika perkara ini berlanjutan. Malah, lebih buruk kekurangan tidur boleh menyebabkan seseorang mudah tertekan dan mengalami gangguan emosi.Justeru, setiap kali anda menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian, kajilah semula gaya hidup anda. Kekurangan tidur, tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan kurang bersenam semuanya memberi pengaruh besar dalam menentukan kualiti hidup kita seharian.
Petikan daripada http://www.sioloon.com

Rumah Tangga Bahagia

Setiap pasangan yang berumahtangga inginkan bahawa ikatan perkahwinan akan berkekalan hingga ke hujung nyawa. Namun, ada sesetengahnya si isteri tidak mengambil berat dalam soal makanan untuk seisi keluarga. Orang tua-tua dahulu ada menyebut bahawa untuk mengikat hati si suami, si isteri hendaklah menjaga atau mengikat perut si suami.

Ini bermaksud, si isteri harus menjaga makan dan minum si suami. Antara petua yang biasa saya dengar oleh orang yang lebih tua (nenek) dari saya ialah ketika hendak menanak/memasak nasi, amalkan membaca selawat kepada Nabi sebanyak tiga kali ketika membasuh beras.

Petua ini selalu saya amalkan supaya “air tangan” yang saya usahakan itu dapat menambah kemanisan dalam keluarga saya.

Bagaimana pula dengan anda? selain membasuh beras berserta selawat.. adakah petua lain yang anda amalkan? Berkongsilah dengan saya.