Pages

Friday, September 4, 2009

Penawar Penyakit Kencing Manis–Kacang Bendi

Please note that another name for Lady Finger (Bhindi ) is " OKRA ". Last month in one of TV program I learnt of a treatment of Sugar(Diabetes). Since I am diabetic, I tried it and it was very useful and my Sugar is in control now. In fact I have already reduced my medicine.

Take two pieces of Lady Finger (Bhindi) and remove / cut both ends of each piece.. Also put a small cut in the middle and put these two pieces in glass of water. Cover the glass and keep it at room temperature during night. Early morning, before breakfast simply remove two pieces of lady finger (bhindi) from the glass and drink that water.. Keep doing it on daily basis.

Within two weeks, you will see remarkable results in reduction of your SUGAR.

My sister has got rid of her diabetes. She was on Insulin for a few years, but after taking the lady fingers every morning for a few months, she has stopped Insulin but continues to take the lady fingers everyday. But she chops the lady fingers into fine pieces in the night, adds the water and drinks it all up the next morning. Please. try it as it will not do you any harm even if it does not do much good to you, but U have to keep taking it for a few months before U see results, as most cases might be chronic

Merokok Menyebabkan Buta

MAJORITI masyarakat dewasa di Malaysia mengetahui tentang bahaya merokok kepada organ paru-paru, jantung dan otak. Pendedahan secara meluas mengenai risiko barah paru-paru, penyakit jantung dan strok (angin ahmar) juga sering dipaparkan media cetak dan media elektronik. Walaubagaimanapun, masyarakat kita kurang didedahkan mengenai risiko buta di kalangan individu yang merokok.

Dalam satu kajian yang dijalankan di kalangan remaja Britain berusia antara 16 hingga 18 tahun, 30 peratus mengetahui bahaya merokok kepada jantung. Namun, 90 peratus daripada remaja-remaja tersebut tidak mengetahui tentang kesan merokok kepada mata. Mereka bagaimanapun mengakui lebih bimbang kepada kemungkinan menjadi buta akibat merokok melebihi risiko barah paru-paru, masalah jantung dan strok. Merokok boleh menyebabkan buta akibat penyakit katarak, penyakit degenerasi makula (age related macula degeneration atau ARMD), saluran darah arteri tersumbat pada lapisan retina (central retinal artery occlusion) dan saluran darah vena tersumbat pada lapisan retina (central retinal vein occlusion).

Penyakit Katarak

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit katarak merupakan punca utama masalah buta di seluruh dunia. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 18,000 orang pesakit negara ini menjalani pembedahan katarak pada tahun 2004 sahaja. Angka ini tidak termasuk mereka yang mendapatkan pembedahan di klinik-klinik atau hospital-hospital swasta. Bilangan ini juga dijangka semakin meningkat setiap tahun.

Katarak sememangnya berlaku akibat peningkatan faktor usia. Tetapi, penyelidikan di serata dunia telah mengenal pasti merokok merupakan faktor yang menyumbang kepada berlakunya penyakit katarak. Mereka yang kuat merokok dan telah merokok untuk tempoh yang lama dikatakan lebih berisiko menjadi buta akibat penyakit katarak. Individu yang merokok melebihi satu kotak rokok sehari didapati lebih berisiko tinggi untuk menjadi buta akibat penyakit katarak.

Bagi perokok yang merokok kurang dari satu kotak rokok sehari, risiko katarak mereka hanya akan turun dan menyamai risiko katarak seperti individu yang tidak merokok selepas 10 tahun perokok tersebut berhenti merokok. Pesakit yang mengalami masalah katarak biasanya mengadu kabur penglihatan secara beransur-ansur.

Pada peringkat yang teruk, pesakit mempunyai keupayaan melihat yang sangat terhad. Mereka tidak dapat melihat pada jarak jauh dan hanya boleh melihat objek-objek yang besar pada jarak yang dekat. Mereka biasanya terpaksa bergantung kepada bantuan orang lain untuk melakukan aktiviti harian seperti makan, minum dan menguruskan keperluan diri.

Tembakau menyebabkan terhasilnya radikal-radikal bebas di dalam mata. Radikal bebas ini menyebabkan kerosakan secara langsung pada struktur kanta mata yang asalnya bersifat jernih. Ini menyebabkan kanta mata bertukar keruh secara perlahan-lahan. Keadaan ini menghalang cahaya memasuki mata dan menjejaskan imej yang terbentuk pada lapisan retina.

Pesakit yang mengalami penyakit katarak pada peringkat teruk perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penglihatan mereka. Pembedahan perlu dilakukan supaya pesakit tidak terus hidup dalam keadaan yang gelap dan suram. Berhenti merokok atau tidak merokok sama sekali merupakan satu pilihan yang tepat bagi mengurangkan risiko buta akibat penyakit katarak.

Penyakit Degenerasi macula

Penyakit degenerasi (kemerosotan) makula merupakan salah satu punca masalah buta di kalangan individu berumur antara 55 hingga 60 tahun di serata dunia. Sebanyak 3.5 peratus daripada individu berusia antara 40 hingga 80 di kalangan bangsa Melayu di Singapura dilaporkan mengalami masalah ini. Kaum lelaki merupakan majoriti yang mengalami penyakit ini berbanding kaum wanita. Kajian di kalangan warga Australia di Sydney juga menunjukkan peratusan yang sama. Walaubagaimanapun, kita masih tidak mempunyai data untuk prevalens (sebaran) penyakit ini di Malaysia.

Penyakit ini juga berlaku akibat faktor peningkatan usia. Namun, para penyelidik telah mengenal pasti hubung kait yang jelas di antara amalan merokok dengan penyakit degenerasi makula. Mengikut laporan yang diterbitkan dalam salah satu jurnal perubatan antarabangsa pada awal tahun ini, mereka yang merokok pada usia muda dan telah berhenti merokok berisiko lebih tinggi untuk mengalami buta akibat penyakit degenerasi makula berbanding mereka yang tidak merokok.

Dalam satu kajian yang berasingan, mereka yang merokok mempunyai risiko tiga kali ganda lebih tinggi mengalami penyakit ini berbanding individu yang tidak merokok. Penyakit ini juga didapati berlaku 10 tahun lebih awal di kalangan mereka yang merokok. Pesakit degenerasi makula biasanya mengadu kabur penglihatan pada bahagian tengah dan mengalami kesukaran untuk membaca, menulis, menonton dan memandu. Keadaan ini bagaimanapun tidak menyebabkan rasa sakit atau kemerahan pada bola mata. Lama-kelamaan pesakit boleh menjadi buta sepenuhnya. Ubat untuk merawat penyakit ini melibatkan kos yang mahal. Penglihatan pesakit juga sukar dipulihkan sekiranya terdapat parut pada bahagian makula.

Sekiranya ini berlaku, pesakit akan mengalami buta secara kekal dan perkara ini pasti menjejaskan satu kehidupan yang berkualiti dan berwarna-warni. Penyakit ini boleh dicegah pada peringkat awal. 'Jangan merokok' merupakan langkah pencegahan yang utama dan sepatutnya menjadi amalan kita. Banyakkan pengambilan sayuran hijau seperti bayam dan sawi. Khasiat sayur-sayuran ini memberi kebaikan kepada salur darah pada lapisan retina. Senaman sebanyak tiga kali seminggu juga dilaporkan dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit ini sebanyak 70 peratus.

Saluran darah arteri tersumbat pada lapisan retina

Saluran darah arteri yang tersumbat pada lapisan retina juga menyebabkan pesakit mengadu kabur penglihatan secara tiba-tiba. Penyakit ini juga dikenali sebagai 'strok pada mata'. Ia merupakan satu keadaan kecemasan dan perlu diberi rawatan segera bagi mengelakkan pesakit menjadi buta. Penyakit ini berlaku pada individu yang berusia melebihi 50 tahun dan berkait rapat dengan amalan merokok. ]

Di Amerika Syarikat, penyakit ini berlaku pada kadar 0.85 bagi setiap 100,000 individu pada setiap tahun. Penyakit ini juga lebih banyak berlaku di kalangan pesakit lelaki berbanding pesakit wanita. Pesakit biasanya mengalami masalah jantung atau saluran arteri karotid yang sempit selain amalan merokok dan tahap kolesterol yang tinggi. Darah beku dari jantung atau saluran arteri karotid menyebabkan saluran arteri pada lapisan retina tersumbat secara tiba-tiba. Ini menyebabkan kekurangan oksigen yang ketara pada lapisan retina dan mengakibatkan mata menjadi buta. Pesakit boleh menjadi buta secara kekal sekiranya rawatan kecemasan tidak diberikan dalam tempoh empat hingga enam jam yang pertama atau lambat mendapatkan rawatan doktor setelah mengalami gejala-gejala yang disebutkan di atas. Penyakit ini perlu dicegah sebelum berlaku. Sebanyak 65 peratus pesakit menjadi buta kekal akibat penyakit ini.

Amalkan cara hidup yang sihat. Pesakit perlu mendapatkan rawatan perubatan yang konsisten dan teratur bagi memastikan penyakit jantung dan paras kolesterol berada pada tahap yang terkawal. Berhentilah merokok atau jangan merokok merupakan asas yang penting untuk mencegah mata anda daripada buta.

Saluran darah vena tersumbat pada lapisan retina

Saluran darah vena pada lapisan retina yang tersumbat menyebabkan pesakit mengadu kabur penglihatan secara tiba-tiba. Pesakit biasanya tidak mengalami gejala sakit atau bola mata yang kemerahan. Penyakit ini berlaku pada individu yang berusia melebihi 50 tahun dan juga mempunyai hubung kait dengan amalan merokok.

Selain itu, pesakit juga turut mengalami masalah perubatan seperti kencing manis, darah tinggi dan paras kolesterol darah yang tinggi. Amalan merokok menyebabkan saluran vena mengalami kecederaan dan mengakibatkan berlaku tindak balas sel-sel darah pada tempat tersebut. Keadaan ini menyebabkan saluran vena menjadi sempit dan mudah tersumbat. Saluran vena yang tersumbat ini menyebabkan kekurangan peredaran darah pada keseluruhan lapisan retina. Ini diikuti dengan terjadinya pendarahan dan bengkak pada lapisan retina. Keadaan ini menyebabkan pesakit menjadi buta. Rawatan laser ditawarkan dalam kes-kes tertentu yang melibatkan bengkak dan timbul salur darah baru pada lapisan retina.

Sekali lagi, rawatan pencegahan amat penting. Dapatkan rawatan moden bagi memastikan penyakit kencing manis dan darah tinggi terkawal, serta pengawalan paras kolesterol yang optimum. Tinggalkan tabiat merokok yang terbukti menyumbang kepada masalah buta.

Makan Sihat Untuk Kekal Cergas

GAYA hidup yang sibuk membuat anda tidak duduk diam sepanjang hari. Anda mendapat kepuasan daripada pembahagian masa antara kerja dan komitmen peribadi. Anda suka berkejar (dan memandu) ke sana sini untuk menguruskan hal kerja dan keluarga. Untuk memastikan anda mempunyai tenaga untuk melakukan kesemuanya, anda mengisi perut dengan apa sahaja yang ada. Namun, ada kalanya anda merasa terlalu letih hingga tidak berdaya untuk membuka mata, apatah lagi untuk bangun dari katil. Keadaan ini membuat anda tertekan (stres), lesu dan murung. Selalunya, anda juga merasakan seperti ingin merangkak semula naik ke atas katil.

Mengapa anda dibelenggu keadaan ini?

Anda makan hingga kenyang, tetapi mengapa masih kurang bertenaga? Makanan yang anda makan setiap hari seharusnya memberi cukup tenaga untuk membolehkan anda bergerak cergas sepanjang hari tetapi di mana silapnya?

Makan secara sihat

Anda mungkin makan dengan secukupnya tetapi untuk mengekalkan gaya hidup yang begitu sibuk, anda bukan sekadar perlu makan mengikut masa, malahan juga perlu mengamalkan tabiat makan yang sihat. Ini kerana pemakanan yang betul memberi anda segala nutrien penting dan komponen makanan lain yang diperlukan untuk kekal sihat dan cergas sepanjang masa. Makan secara sihat bermakna mengambil pelbagai jenis makanan kerana makanan yang berlainan membekalkan tenaga dan kombinasi nutrien yang berbeza. Untuk memastikan anda mendapat bekalan tenaga dan nutrien yang secukupnya untuk keperluan harian, anda perlu makan pelbagai jenis makanan yang menggabungkan bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayuran, daging, ikan, ayam serta produk susu (dengan penekanan kepada empat kumpulan makanan yang pertama). Anda juga perlu mengurangkan pengambilan lemak, gula dan garam. Dan minum banyak air! Setelah memahami peranan diet yang pelbagai dan seimbang untuk memastikan anda cergas dan bertenaga, adakah anda tahu apa lagi yang diperlukan untuk memberikan prestasi yang terbaik setiap hari?


Gerakkan Badan!

Ya, anda perlu aktif dan bersenam! Kekal aktif adalah sama penting dengan makan secara sihat untuk mengekalkan kesejahteraan secara keseluruhan. Malah, pemakanan yang betul dan aktiviti fizikal perlu seiring kerana diet memberi anda tenaga yang diperlukan untuk kekal aktif. Aktiviti fizikal memberi banyak kelebihan. Antara lain, ia membolehkan anda mengekalkan imbangan tenaga kerana aktiviti fizikal membakar kalori untuk membolehkan anda kekal sihat, langsing, dan tidak gemuk. Ia juga membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat dan memastikan kesihatan kardiovaskular serta kekuatan dan fleksibiliti badan. Senaman juga berkesan menghindari pelbagai penyakit, termasuk penyakit kardiovaskular (senaman boleh membantu menguatkan otot jantung), hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi), diabetes (mengawal paras glukosa darah), obesiti dan osteoporosis. Sebagai bonus tambahan, senaman juga mengurangkan tahap stres, memberi anda semangat, tenaga dan menaikkan harga diri.

Lebih penting lagi, senaman membuat anda kelihatan segak, merasa yakin diri dan berfikir dengan lebih baik! Sekarang anda sudah tahu segala kebaikan yang diperolehi dari aktiviti fizikal dan senaman, jadi mengapa anda tidak berusaha untuk menerap amalan sihat ini ke dalam gaya hidup anda? Jika boleh, anda patut cuba bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dalam kebanyakan hari setiap minggu. Jika anda berbadan gempal, jangan terus mula berjoging selama 20 minit. Cuba dahulu senaman regangan badan yang ringan atau mula berjalan selama lima hingga 10 minit. Tingkatkan intensiti dan tempoh masa aktiviti fizikal atau senaman apabila anda semakin biasa dengan senaman tersebut. Anda juga boleh mulakan program senaman yang lebih berat setelah biasa dengan senaman yang anda mula-mula lakukan.

Terlalu Sibuk?

Dengan kekalutan yang menyebabkan anda sibuk sepanjang masa, anda mungkin mendapati sukar untuk meluangkan sedikit masa untuk aktiviti fizikal. Tetapi jika anda benar-benar serius untuk menjaga kesihatan, anda pasti boleh mencuri masa untuk bersenam. Jadi, jika anda makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal secara tetap, anda bukan sahaja akan merasa sihat dan nampak berseri-seri, tetapi juga mempunyai cukup tenaga untuk bekerja, berfikir, bergiat aktif dan meneruskan gaya hidup biasa anda setiap hari!

Sumber: Utusan Malaysia