Para penyelidek telah membuktikan bahawa terdapat pertalian antara penyakit jantung dengan merokok. Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok. Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?
Pages
▼
Thursday, August 13, 2009
10 Tips Meningkatkan Keupayaan Minda Anda
Seperti mana anggota tubuh yang lain, keupayaan minda akan mula menurun apabila manusia semakin tua. Akan tetapi kita boleh mempertahankan dan melambatkan proses penemuaan minda… diantaranya ialah dengan:
1) Bersenam
Tubuh yang sihat biasanya menunjukkan minda yang sihat. Kajian saintis menunjukkan bersenam membantu otak menghasilkan sel-sel yang baru dan senaman juga menstimulasikan otak pada bahagian yang di kaitkan dengan memori dan juga pembelajaran. Rajin-rajinlah bersenam sekurang-kurang 3 kali seminggu.
2) Sentiasa mempelajari benda yang baru
Kebanyakkan dari kita biasanya akan berhenti belajar apabila telah mencapai peringkat degree atau master ataupun PhD. Akan tetapi kalau kita terus belajar maka keupayaan minda akan terus berkembang. Bagaimanakah caranya untuk mencabar minda? Diantaranya ialah dengan mempelajari alat-alat musik, hobi baru (seperti melukis, menunggang basikal, mendaki bukit dll), mempelajari bahasa asing ataupun belajar memasak… kata kuncinya ialah mempelajari benda-benda baru
3) Stimulasi minda
Dalam ertikata lain mencabar minda dengan aktiviti atau permainan seperti soduku, crossword dan sebagainya.
4) Interaksi sosial
Ianya bermaksud mencari kawan baru dan berhubung dengan kawan-kawan. Apabila kita berinteraksi dengan kawan-kawan secara tidak langsung minda akan semakin aktif apabila kita berborak-borak mengenai isu semasa dan juga benda-benda baru.
5) Tidur dan tidur-tidur ayam
Tidur memainkan peranan penting di dalam mempertingkatkan keupayaan minda. Semasa kita tidur sel-sel neuron baru otak akan dihasilkan dan sel-sel neuron otak yang rosak juga di perbaiki. Kalau tak cukup tidur boleh mengakibatkan sel-sel neuron otak tidak sempat di perbaiki dan menyebabkan otak berfungsi tidak dengan sepenuhnya pada kesokan harinya. Kajian saintis juga menunjukkan tidur selama 1 jam pada waktu petang juga boleh meningkatkan daya ingatan…
6) Atasi stres
Kurangkan stres anda, walaupun sukar nak mengelakkan stres di dalam kehidupan sehari-hari… Di antara cara-caranya ialah denga berfikiran positif, bersenam, meditasi atau pergi berurut pun boleh… Yang pentingnya anda dapat menangani stres dengan baik di dalam kehidupan anda sehari-hari.
7) Ketawa dan lawak jenaka
Pepatah inggeris ada mengatakan “Laughter is the best medicine!”… Dengan bergelak ketawa boleh menghilangkan stress dengan mudahnya. Kajian juga menunjukkan ianya boleh meningkatkan daya ingatan.
8)Sarapan
Ini adalah sangat penting. Banyak kajian menunjukkan mereka yang bersarapan yang bersarapan menunjukkan peningkatan di dalam konsentrasi, pembelajaran, mood dan dan juga memori dan sebaliknya berlaku pada mereka yang tidak bersarapan.
9) Pemakanan
Antara makanan yang bagus untuk otak ialah Omega 3 (ikan tuna dan salmon antara makan yang mempunyai kadar Omega 3 yang tinggi) dan tidak lupa juga sayur-sayuran hijau yang mempunyai banyak khasiat untuk minda dan tubuh fizikal. Di dalam rawatan menggunakan warna juga menunjukkan hijau ialah warna yang boleh mencuci aura anda!
10) Lain dari yang lain…
Maksud saya dengan lain dari yang lain ini ialah mengubah cara kita menjalani hidup kita sehari-hari. Contoh mudah kalau pergi kerja, ubah jalan yang dilalui setiap hari dan membeli belah ditempat lain dari yang selalu kita pergi. Kajian menunjukkan dengan adanya perubahan kecil yang kita buat sehari-hari boleh menstimulasikan bahagian otak yang kita tidak gunakan….
Demikian sedikit sepuluh tips yang boleh dikatakan agak mudah dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Semoga bermanfaat untuk semua dan kalau ada siapa-siapa nak menambah.. silakan
Sumber: www.shafril.com

Asma Tiada Ubat, Perlu Dicegah
Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru. Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk. Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.
Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.
Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok. Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru. Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.
Asma pada kanak-kanak
Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma. Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanakkanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa. Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun. Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.
Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya. Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.
Perubatan
Sedutan (Inhaler)
Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yarig kerap terjadi. Antaranya ialah Becotide, Pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori. Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami.
Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma.
Ubat sedutan ini antara lain:
1. Selamat dan cepat memberi kesan.
2. Ubatnya berkesan selama empat jam.
3. Boleh diambil selalu dan apabila diperlukan.
4. Ulang setiap dua atau tiga jam
5. Boleh digunakan sebelum bersenam.
6. Tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk.
Perbezaan antara penyedut dan ubat tablet (makan)
Ubat penyedut memberi kesan yang lebih cepat berbanding ubat makan yang hanya akan berkesan setelah setengah jam mengambilnya. Penyedut pula mempunyai dos yang lebih rendah dan kesan sampingan kurang berbanding ubat yang dimakan.
Alahan asma
1. Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.
2. Alat solek dan kelengkapan dandanan diri.
3. Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga.
4. Pewarna makanan.
5. Asap dan debu.
6. Debu/kutu rumah (house mite).
7. Senaman berlebihan.
8. Tekanan.
9. Jangkitan seperti vlrus dan selsema.
10. Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap.
11. Genetik.
Apa patut anda buat jika diserang asma.
Sebaik sahaja serangan bermula, ambil ubat sedutan. Tunggu hingga 15 20 minit dan ulang jika ia tidak berkesan. Ubat yang dimakan akan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk menunjukkan kesan. Jika anda merasakan kesan ubat, ulangi mengambilnya pada masa yang disyorkan. Jika ubat yang diambil tidak berkesan, cepat-cepat berjumpa doktor. Bagaimanapun, ubat-ubatan yang dicadangkan itu boleh meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit seperti terlalu mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh, kesukaran hendak tidur dan letih. Jika ubat yang diambil meninggalkan kesan sampingan dan menjejas kehidupan seharian, anda dinasihatkcm supaya segera berjumpa doktor. Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada doktor atau pakar farmasi kerana pengambilan ubat-ubatan tanpa mengikut dos boleh menjejaskan keberkesanan ubat itu. Sebaik-baiknya ambil ubat terakhir anda sebelum masuk tidur kerana serangan asma lebih kerap berlaku pada sebelah malam.
Selepas mengambil ubat, anda perlu berkumur-kumur, terutama jika anda diberi ubat jenis sedutan. Amalan ini penting untuk mengelakkan mulut dan tekak anda menjadi kering. Pesakit juga harus ingat, selain rawatan ubat-ubatan, mereka perlu berusaha mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan serangan asma.
Peringatan :
1. Ambil ubat seperti dicadangkan doktor dan jangan berhenti hingga dinasihat oleh doktor.
2. Jangan tunggu hingga janji temu yang seterusnya jika serangan asma anda semakin meruncing.
3. Bawa ubat anda ke mana-mana anda pergi terutama penyedut/inhaler.
4. Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan orang yang menghisap rokok.
5. Senaman baik untuk kesihatan (ketika anda tidak mendapat serangan asma) tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
6. Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma
7. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasa bawa nota (untuk ubat) daripada doktor anda.
Sumber: JELITA, JULAI 1997, M/S 170 -171

Penyakit Asma
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
Asma di kalangan kanak-kanak
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.
Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.
Patologi
Ø Pengaktifan sel mast oleh alergen menyebabkan penghasilan sejumlah besar histamina dan IgE
Ø Pencerobohan hingus (mukos) bronkus (lapisan laluan udara) oleh limfosit
Ø Oedema membengkak di bronkial mukosa
Ø Otot licin bronkiol menjadi tebal
Ø Peningkatan eosinophil granulokit
Ø Tersumbat hingus
Ø Pengubahsuaian (herotan) laluan udara
Patogenesis
Masalah utama kelihatannya sistem pertahanan immunologikal: kanak-kanak pada awal asma menunjukkan keradangan melampau di laluan udara. Epidemiologi memberikan bukti kepada patogenesis: serangan asma menunjukkan peningkatan seluruh dunia; asma lebih biasa di negara kaya, dan lebih tinggi dikalangan mereka yang berpendapatan tinggi di dalam sesebuah negara.
Satu teori adalah ia merupakan penyakit kebersihan. Secara semulajadi, kanak-kanak terdedah kepada bakteria sebaik sahaja dilahirkan, "menghidupkan" sel limfosit Th1 sistem imunisasi yang mengendalikan serangan jangkitan bakteria. Jika perangsang tidak mencukupi (sebagaimana, kemungkinannya dalam persekitaran bersih moden) kemudian asma dan penyakit alahan lain terbentuk. "Hipotesis Kebersihan - Hygiene Hypothesis" mungkin menjelaskan mengenai peningkatan asma dikalangan penduduk kaya.
Teori lain yang berkait dengan di atas mengenai sistem imunisasi badan yang mempertahankan diri daripada sesetengah parasit, seperti cacing pita. Limfosit Th2 dan sel eosinophil yang membantu kita dari cacing merupakan sel yang sama bertanggung jawab bagi tindakbalas alahan. Di negara barat parasit sebegini jarang dijumpai tetapi tindak balas pertahanan badan kekal dan dimulakan dalam badan sesetengan orang oleh sesetengah alahan.
Teori ketiga menyalahkan peningkatan asma ke atas pencemaran udara. Sungguhpun diketahui secara meluas bahawa pendedahan tinggi pada sesetengah bahan kimia industri mampu menyebabkan serangan asma teruk, ia tidak terbukti bahawa proses yang sama bertanggung jawab bagi pembentukan asma. Di Eropah Barah, kebanyakan pencemaran udara menurun dengan jelas dalam tempoh empat puluh tahun sedangkan kes asma meningkat.
Pencetus biasa serangan asma termasuk:
Ø alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
Ø udara sejuk
Ø senaman
Ø jangkitan sistem pernafasan
Ø tekanan emosi
Ø aspirin dan ubat seumpamanya
Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.
Gejala
Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadang kala dengan kehadiran lendir jernih (clear sputum). Kebiasaannya ada pelbagai tanda, seringkali dengan permulaan pantas, dan berkaitan dengan pencetus yang disenarai di atas. Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas. Asma kadang kala berkait dengan masalah ketidakhadaman asid (acid indigestion), terutama dengan pesakit berusia.
Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas sternum & klavikel, dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (rhonkhi). Dalam serangan asma teruk pesakit mungkin menjadi biru (cyanosed) dan boleh pengsan. Antara serangan asma pesakin mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.
Diagnosis
Dalam kebanyakan kes doktor boleh membuat diagnosa berasaskan gejala dan tanda-tanda biasa. Pertukaran pantas biasa dalam halangan saluran udara boleh dipastikan dengan penurunan fungsi jantung (pulmonari) selepas bersenam atau menghidu histamina, dan kelegaan setelah menghidu ubat bronkodilator. Kebanyakan orang dengan asma mempunyai alahan; ujian alahan positif menyokong diagnosa asma dan mungkin membantu mengelakkan punca serangan. Ujian lain sebagai contoh x-ray dada mungkin diperlukan untuk memastikan penyakit dada yang lain.
Rawatan
Symptomatic
Episodes of wheeze and shortness of breath generally respond to inhaled bronchodilators which work by relaxing the smooth muscle in the walls of the bronchi (airways). More severe episodes may need short courses of oral steroids which suppress inflammation and reduce the swelling of the lining of the airway.
Ø Inhaled bronchodilators
*Short-acting selective beta2-adrenoceptor agonists (ex. albuterol (salbutamol), terbutaline)
*Antimuscarinics (ex. ipratropium, oxitropium)
Ø Systemic steroids (ex. prednisone, prednisolone, dexamethasone)
Ø Oxygen to alleviate the hypoxia (but not the asma per se) that is the result of extreme asma attacks.
Ø If Acid indigestion (GERD) is part of the attack, it is necessary to treat it as well or it will restart the inflammatory process.
Langkah mengelak
Punca seperti haiwan peliharaan dan aspirin perlu dipastikan dan dielakkan. Mereka yang mempunyai simptom asma sepanjang hari biasanya berasa lega dengan ubat penghalang berterusan. Ubat penghalang yang paling berkesan adalah steroid yang dihidu.
Ø Penghidu (inhaler ) kortikosteroid (contohnya flutikasone, budesonide, beclomethasone, mometasone)
Ø Leukotriene antagonis (contohnya montelukast sodium, zafirlukast)
Ø Agonist beta2-adrenoseptor tahan lama (contohnya salmeterol, formoterol)
Ø Penstabil sel Mast (contohnya kromolyn sodium (sodium kromoglykate), nedokromil)
Ambil ubat seperti yang dicadangkan oleh doktor. Jika serangan asma semakin teruk, jangan tunggu sehingga janji temu seterusnya. Bawa ubat ke mana-mana saja anda pergi. Elakkan daripada menghisap rokok atau berada berdekatan dengan orang yang menghisap rokok. Ambil ubat sebelum anda ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasalah membawa senarai ubat daripada doktor anda.
Sumber: wikipedia.org

Merawat Anak Demam
APABILA anak demam, ibu bapa disaran segera membawa anak berjumpa doktor terutama jika mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk merawatnya. Demam adalah keadaan di mana suhu berada di atas tahap normal iaitu 38 darjah Celsius. Namun demam yang sesungguhnya ialah apabila suhu melebihi 38.5 darjah Celsius.
Tip penting semasa merawat anak demam:
* Mencari penyebab demam dan perhatikan perilaku anak. Jika perilaku anak hampir sama seperti biasa, maka anda tidak perlu risau kerana demam biasa adalah tidak berbahaya.
* Cegah dehidrasi kekeringan cecair dalam badan. Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi. Berikan anak lebih banyak cecair seperti air, kuah sup, jus buah segar yang dicampur air dan sebagainya.
* Jika anak muntah atau cirit-birit, berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan.
* Pastikan bilik anak tidak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa dan pakaikan anak baju nipis.
* Beri anak makan apa yang diingininya. Jangan dipaksa. Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.
* Walaupun sebaiknya anak tidak ke sekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak-kanak lain, namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.
* Ibu bapa harus berjumpa doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyai suhu melebihi 38 darjah Celsius, tiga hingga enam bulan dengan suhu lebih 38.3 darjah Celsius, lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.
* Berbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda tidak mahu minum atau terdapat tanda dehidrasi, gelisah, muntah atau cirit-birit.
* Anak nampak tidak selesa, gelisah atau asyik menangis.
* Asyik tidur dan sukar dikejutkan.
* Sering kejang, kaku atau sakit kepala yang teruk.
Sumber: www.utusan.com.my